Di kala imtihan awwal menjengah awal zulhijjah ini, saya pula mendengar lagu ini dan begitu menusuk dasar hati dan meremangkan semangat juang saya di bumi syam ini.
Bermula Bouazizi di Tunisia akhirnya benghazi di Libya memperlihatkan kematian Muammar Gadaffi, begitu menjadi saksi perjuangan rakyat di jazirah(semenanjung arab) yang mahu kebebasan dan keadilan, mahu melihat Islam yang syumul kembali di hati semua ummat manusia.
Kita doakan perjuangan rakyat syam teguh dan terus istiqamah menentang kezaliman.
Penyanyi Yahya Hawwa sangat hebat, bagi saya beliau begitu di hati peminatnya yang lantang dalam setiap lagunya yang berbentuk dakwah, kaedah beliau dalam dakwah bil hal mendapat tempat dikalangan peminatnya..termasuk saya.
Terus support penyanyi yahya hawwa(disini).
2 komenan:
Assalamualaikum Ibn Suhaimi
selamat hari raya Qurban
Wassalam
Waalaikumussalam warahmatullah..
Jazakallah blogger atuk,
Salam Aidiladha.
Catat Ulasan