Ziarah Sahabat Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam yang "masih hidup".
Seusai bermuktamar MPMMJ 2012 yang lalu, saya dan sahabat-sahabat di Mafraq mengambil keputusan mengadakan ziarah ke Sofawi satu mantiqah(Daerah) di Barat Jordan.
Terlalu banyak yang boleh di kongsikan untuk rehlah tarbawi kali ini, cukuplah gambar yang ada menjelaskan perasaan itu.
Ironinya, setiap kali rehlah berlaku..saya dan teman-teman takkan putus mengkaji ibroh dan hikmah kembara tersebut. Mudah-mudahan ziarah kami petang itu bernilai ibadah. Moga mendapat keberkatan Allah, semoga saya boleh berkongsi dengan ummat.
Manakala hati saya dan teman-teman menjadi teruja setelah melihat sendiri tempat yang diziarahi Habib Ali Al-Jofree Hafizahullah & Dr. said Ramadhan Al-Buti ke Sofawi seperti dalam video di bawah. Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke sana.
Kerutan-kerutan pada batang dan dahan Pokok menceritakan usianya yang lama.
Sesuatu yang boleh dihayati keajaibannya..di tengah-tengah sahra'(padang pasir) yang terbentang luas ada pokok rendang yang hidup..aman dan tenang, subur tanpa diganggu.
Bersama akhi afifuddin suwar mumkin hibrah di akhir fasal.
As-syajarah ar-rasul | Sofawi, Mafraq.
Sofawi: Di Mafraq satu mantiqah di Utara Jordan(menuju ke arah barat, yakni 150KM hampir Negara Iraq)..disana terletaknya satu pokok yang sudah berusia ribuan Tahun(As-Syajarah Ar-rasul).
Ada pendapat di kalangan ahli Sirah Nabawiyyah...bahawa Baginda Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam..pernah dua kali singgah kawasan ini dalam peristiwa: (1) Berniaga bersama Abi Thalib bapa saudaranya. (2) Membawa barangan dagangan Ummahatul Mu'minin Saidatina Khadijah Binti Khuwailid bersama pembantunya Maisarah..
Dalam Fiqh Sirah karangan Dr Ramadhan Al-Buti, peristiwa ini berlaku dalam fatrah Rasulullahi pergi ke Syam(Syiria) untuk berniaga...lalu Allah membuktikan tanda-tanda kenabian pada diri Baginda Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam..kepada Buhairah yakni Ahli Kitab..dizaman itu, yang menanti kemunculan Nabi di akhir zaman..
Mudah-mudahan hikmah terbesarnya menjadikan kami mencintai sirah Nabawiyyah yang semakin di telan usia zaman.
_______________________________
Nota tarbawi.
(1) Rehlah tarbawi kali ini disertai, ustaz kheidier, akhi fakhrul hayyi, akhi keri abu yamin, akhi keri awang, akhi ehsan, akhi izz abdus salam, akhi afifuddin.
(2) Berjam-jam perjalanan kami ke Barat Jordan, hamdulillah akhirnya bertemu sahabat Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam yang masih hidup ini...hazaa min fadhli rabbi.
apakah daku tidak sedar Ummat Islam semakin tinggi ujiannya
Namun yang nyata pasti, keimanan diri yang dipasak oleh Tarbiyah
dan amal jama'ei membimbing pemuda-pemuda untuk terus berdiri..
Dari Bumi Isra'..tempat Nabi Sollallahu Alayhi Wasallam diisra'kan, daku
merenung diri..semoga Islam terus membangun bersama semangat
pemuda Baitul Maqdis dan sekitarnya..
Semoga Al-Khalil perkampungan anbiya' itu bebas dari cengkaman Yahudi
Semoga Gazaa kian utuh berdiri.
Semoga ruhh intifadah mereka takkan hilang pergi.
Allahuakbar..Bumi Isra' Palestin kian bangun!
Siri 1 Perjalanan memasuki Baitul Maqdis(Al-Aqsa As-Shariff) dan menuju ke Hebron(Al-Khalil) perkampungan Para Anbiya'..
20 Januari 2012, yaumul Jum'ah yang barakah.
Pagi hening yang sejuk, hafilah kami dari syarikat adam arabi meluncur laju menuju ke Allenby Bridge atau border yang paling hampir memasuki Palestin bumi Isra' itu.
Saya dan teman saya, ustaz hazmi mengepalai 19 ahli yang lainnya, dengan harapan sampailah kaki ini menjejak ke Baitul Maqdis yang diberkahi sekitarnya. Harithah(peta), kewangan, pakaian, keselamatan habis dihadam oleh rombangan mahasiswa berani ini..mudah-mudahan dengan musafir penuh cabaran ini menjadi saham melihat dengan mata sendiri bumi yang didatangi Baginda Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam itu.
Tiada apa gangguan berlaku, sudah tentu Border(hudud) sekitar Allen Bridge itu sedang dikuasai mereka yang tiada negara itu. Hanya pemandangan buruk memandang bendera berbintang bebelang putih biru itu..tetapi saya tidak fokus kepadanya..tekad jihad sentiasa ditanam, tambahan pesanan teman-teman dalam doa agar segera menyahut pangilan jihad. Saya Sudah pun sedia!
Alhamdulillah, petang jumaat barakah, kaki ini sudah menjejaki Jabal Zaitun, dari situ saya melihat panorama Kota Suci yang dibebaskan Saidina Umar Al-Khattab dan Panglima Islam yang digeruni musuhnya Sultan Salahudin Al-Ayyubi.
Teman-teman dari Universiti JUST & Yarmouk menemani saya petang hari itu..melihat binaan asal Masjid Al-Aqsa As-Shariff..Allahu. Gambar di atas cukup menceritakannya..
Permusafiran 3 hari 2 malam itu memberi pelbagai hibrah(pengalaman) baru bagi diri ini, adapun saya cukup selesa melihat kota ummat Islam yang aman menjadi tumpuan dua Agama itu. Iaitulah yahudi dan nasrani.
Fokus saya untuk kali ini ingin membawa rakan-rakan pembaca yang dirindui dengan sama-sama kita menghayati peristiwa pertukaran kiblat utama ummat Islam. Dan Insya'allah selaku ummat Nabi Muhammad Sollallahu Alayhi Wasallam usah kita lupakan bumi ini jugalah yang sinonim dengan kisah Isra' dan Mikraj Baginda Nabi bertemu TuhanNya Yang Maha Kuasa, menerima amanah untuk ummatnya.
Ironinya, orang melayu cepat lupanya, mudah-mudahan dengan tasawur ini..kita tergolong dari kalangan manusia yang tidak alpa..Allahumma amin.
Nabi mendongak-dongak wajahnya ke langit.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada al-Barraa’, beliau berkata:
“..Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda bersolat di dalam keadaan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan tetapi Baginda SAW amat suka seandainya Baginda berpeluang untuk bersolat mengadap ke arah Kaabah. Lalu Allah SWT menurunkan ayat “Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan wajahmu ke langit”[surah al-Baqarah ayat 144]. Maka berkata-katalah orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia dan mereka itu adalah Yahudi, “Apakah yang telah memalingkan orang-orang Islam itu daripada qiblat mereka sebelum ini?” Lalu Allah SWT menjawab dengan menyatakan “Bagi Allah itulah timur dan barat”.
"..Orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia (iaitulah Yahudi) akan berkata (dengan ejekan): Apakah yang telah memalingkan mereka (orang-orang Islam) itu daripada qiblat mereka sebelum ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Bagi Allah itulah Timur dan Barat, Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki kepada jalan yang lurus {142} Dan (sebagaimana Kami tunjukkan kamu jalan yang lurus dengan berqiblatkan Kaabah), begitu jugalah Kami jadikan kamu sebagai umat yang ‘bersifat sederhana dan pertengahan’ agar dengan itu kamu menjadi saksi ke atas manusia. Manakala Rasulullah SAW itu pula, dia menjadi saksi bagi kamu. Dan tidaklah Kami jadikan qiblat kamu sebelum ini melainkan Kami ketahui siapa yang mengikut perintah Rasul dan siapa pula yang memalingkan lehernya (ingkar). Sesungguhnya perintah itu adalah amat berat melainkan bagi mereka yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Dan tidaklah sekali-kali Allah menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah itu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya (kepada orang-orang yang beriman) [143]”
"..Dan Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan kepalamu ke langit. Maka (pada hari ini) Kami tukarkan bagi kamu ke arah Qiblat yang kamu suka. Oleh yang demikian, hadapkanlah wajahmu ke Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada maka hendaklah kamu mengadap ke arahnya. Sedangkan mereka yang telah diberikan al-Kitab (Yahudi) itu benar-benar tahu bahawa hal ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan tidaklah Allah SWT alpa terhadap apa yang mereka lakukan. {144} Dan sekiranya kamu datangkan segala bukti kepada mereka yang telah diberikan al-Kitab kepadanya (Yahudi), tidaklah mereka itu mengikut Qiblat kamu. Dan kamu juga tidak akan sekali-kali mengikut Qiblat mereka. Bahkan mereka sesama mereka juga tidak mengikut Qiblat antara satu dengan yang lain. Dan sekiranya kamu mengikut hawa nafsu mereka selepas datangnya kepada kamu pengetahuan, maka sesungguhnya kamu adalah dari golongan yang zalim. {145} Mereka yang Kami berikan al-Kitab itu (Yahudi dan Nasrani), mereka mengenalinya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka. Akan tetapi sebahagian daripada mereka itu senantiasa menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui. {146}Kebenaran itu adalah datangnya dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali kamu tergolong dari kalangan orang yang zalim. [147]”
Ibnu Abbas RA dan at-Tabari berpendapat bahawa ayat 144 surah al-Baqarah adalah turun lebih awal daripada ayat 142. Pendapat ini disokong oleh riwayat al-Bukhari dari al-Barraa’ yang telah disebutkan di atas. Akan tetapi az-Zamakhsyari menyatakan bahawa ayat 142 tentang komen Yahudi itu telah turun lebih awal sebelum turunnya ayat perintah menukar Qiblat (Al-Baqarah ayat 144).
Ia adalah sebagai mukjizat daripada Allah SWT bahawa Nabi SAW telah lebih awal diperkhabarkan tentang pertukaran Qiblat berkenaan sebelum ia berlaku. Ini adalah supaya hati Baginda SAW dan umat Islam menjadi tenang menghadapi ejekan dan cemuhan Yahudi tersebut
Kerana cemuhan Yahudi kepada perbuatan Nabi SAW bersolat mengadapBaitul Maqdis, Baginda SAW sering pada waktu malam keluar dan mendongak-dongak ke langit mengharapkan kalau-kalau turunnya wahyu dari Allah untuk menukar Qiblat.
Meneladani kisah.
Tika saya memasuki bumi suci itu...saya asyik membelek-belek mukasurat dari surah ini, agarnya dengannya saya memahami setuasi yang dinaqalkan oleh Baginda Sollallahu Alayhi Wasallam..Allahu..
Tetapi bumi itu kini sedang dikuasai sekutu-sekutu yang mendakwa mereka dari golongan bani israel yang mulia..bahkan sudah terbukti kisah kezaliman mereka tatkala zaman Nabi sebelum kedatangan junjungan Mulia Muhammad Sollallahu Alayhi Wasallam khotimul anbiya'.
Semoga kita meneladani kisah ini...dan nantikan siri rehlah tarbawi saya bersama teman-teman di posting lainnya iya.
Doakan kesejahteraan Ummat Islam di Bumi Baitul Maqdis dan sekitarnya yang termasuk bumi syam..
_______________________________
Nota Bumi Isra'
(1) Jom teman-teman meneladani kisah yang sungguh hebat dalam posting kali ini.
(2) Perjalanan pendek dari Youtube yang dilampirkan diatas adalah siri 1 perjalanan saya bersama teman-teman..menuju ke Hebron(Al-Khalil) di sana terletaknya maqam Nabi Ibrahim, Ishak, Ya'akub, Yusuf alahissalam..
(3) Didoakan teman-teman juga ke sana suatu masa yang ditentukan nanti..Allahumma amin.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar...itulah lafaz yang terucap seusai tiba ke puncak utama Jabal Nur yang berusia 1400 tahun lalu menceritakan Sirah Nabawiyyah yang sangat hebat.
Ia betul-betul menambahkan lagi Nilai Amal Islami saya dan teman-teman seperjuangan, sekaligus menambah koleksi saya dalam misi jelajah ke Bumi Siraman Sirah Muhammad Sayyidul Anbiya' Sollallahu Alaihi Wassalam.
4 petang itu, delegasi saya ditemani 3 sahabat kirom yang berfikrah Islam yang hebat diketuai Presiden PERMATA(ini), ust nazri, akh tengku, saya dan akh syuk yazit, tanpa jemu mendaki ke Bukit yang merupakan jejak Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam mencari ketenangan demi mendekatkan diri pada TuhanNya.
Menaqalkan dari wikipedia.
Gua Hira (Arab: غار حراء, Ġār Ḥirāʾ) ialah sebuah gua tempat di mana Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, menerima wahyu yang pertama dari Allah melalui Malaikat Jibril. Gua Hira adalah tempat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.
Gua Hira terletak di Makkah, Arab Saudi. Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Bukit Nur atau Jabal al-Nour tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.
Struktur umum Gua Hira adalah berukuran 4 m (13 ka) panjang dan 1.75 m untuk lebarnya.
Menjadikan Tasyji'[Motivation].
Lafaz takbir petang itu..betul-betul saya laungkan sebelum berbuka puasa di Puncak Jabal Nur, menyaksikan peristiwa Nuzul Al-Qur'an yang mulia, bahkan itulah kali pertama memberi sejarah dan lebaran baru pada Sirah Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Sollu alann nabi, sollu alann nabi..
Sayangnya saya pada Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam tidak terbelah bahagi lagi, saya menduga pelbagai perkara rintangan yang Rasulullah SAW hadapi untuk sampai ke tempat ini sejauh 2 batu berulang alik tanpa jemu demi menjauhkan diri dari pegangan syirik dan jahiliyyah masyarakat quraisy ketika itu.
Bahkan saya mendapat ibrah lagi pabila teringat kisah isteri solehah, Ummahatul Mukminin, Saidatina Khadijah Radhiallahu Anha yang berulang-alik mendaki bukit setinggi itu demi menyediakan bekalan untuk Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, mencari ketenangan dan petunjuk dari Allah.
Batuan disini menjadi barakah kerana dipilih Allah untuk dipijak oleh jasad manusia yang agung itu, subhanallah. Kondisi Gua Hira' yang kiblatnya betul-betul menghala ke arah Baitullah yang terletaknya Kaabah yang mulia.
Saya sering bermonolog, alangkah tabahnya perjuangan di zaman Baginda, memulakan Dakwah Islam dengan sesuatu Agama yang asing, yang bila-bila masa sahaja ancaman terhadap diri Rasulullahi Sollallahu Wassalam boleh dilakukan akibat melanggar adat lama Jahiliyyah di sekitar Baitullah itu.
Lantas saya membaca Surah Al-Alaq Surah ke 96, Surah Makkiyah itu.
lalu menangis hati saya, lalu saya ulangi ayat pertama hingga ke lima itu.
Firman Allah Ta'ala untuk wahyu kali pertamanya:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Malaikat Jibrail Alaihissalam mendakap Rasulullah Sollallahu Aalihi Wassalam sebanyak 3 kali. Selepas dakapan yang ketiga itu, Rasulullah terus membaca wahyu pertama itu dengan sendirinya tanpa diajar oleh Malaikat Jibrail Alaihissalam.
Wahyu pertama yang diturunkan itu ialah ayat 1 hingga ayat 5 surah al-Alaq'. Wahyu terakhir yang diturunkan kepada Nabi SAW. ialah ayat 3 surah al-Maidah.
Walau bagaimana pun terdapat pendapat yang mengatakan wahyu terakhir yang diturunkan adalah ayat 281 hingga ayat 283 surah al-Baqarah. Sementara surah lengkap yang pertama adalah Surah al-Muddattsir.
Selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira', wahyu yang turun selanjutnya adalah dalam keadaan Nabi SAW. sedar. Beliau akan berkeringat dan tubuhnya menjadi terasa sangat berat setiap kali wahyu sedang diturunkan oleh Malaikat Jibrail sa. Apabila penurunan itu selesai Nabi SAW. akan terus membaca ayat-ayat suci yang diturunkan itu dengan lancar.
Saya berkata dalam hati..
Wahai Jabal Nur yang bersejarah, jadilah saksi untuk saya yang hina sampai disini agar saya terkena tempias barakah perjuangan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam supaya saya bekalkan pula untuk mujtama' nanti..doa saya di dalam hati.
Mudah-mudahan ibrah petang 27 Ramadhan 1432 Hijriah itu benar-benar mengamit kenangan kehidupan saya, kemudian saya istiqomah dalam perjuangan yang tanpa sempadan ini. Allahumma amin.
Sayup-sayup Masjidil Haram, kiblat Utama Manusia seluruh dunia dilihat di puncak Jabal Nur..ini, sayup-sayup jugalah hati saya meninggalkannya. Allahu yubarikk alaikumm..
Nota Tasyji' _______________________________________
(1) Dalam sirah terunggul Baginda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, Jabal Nurr telah menjadi saksi kerasulan yang diutus oleh Allah untuk ummat manusia akhir zaman. (2) Mudah-mudahan 27 Ramadhan yang lepas menjadi titik sejarah saya dan teman-teman mendaki Jabal Nurr dalam keadaan berpuasa dan berbuka di sini. Allahuakhbar.. (3) Mohon doa teman-teman blogger lain, agar kehidupan kami penuntut ilmuu di Medan Nafar diberkati Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
27 Romadon bersama ust nazri, akh hakim...mengangkut moya sihhi(air meneral) ke puncak bukit untuk berbuka puasa nanti.
mendaki jabal nurr memerlukan lebihan tenaga..saya benar2 merasai itu perjalanan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam.
ta'aban jiddan...bersama ahli syam, muhammad dari suria yang sama mendaki Jabal Nurr bersama kami petang 27 Romadon itu. Allahuakhbar.
Pemandangan dari sebelah timur di pertengahan pendakian ke Puncak Jabal Nur yang bersejarah.
Kelihatan ribuan bait/rumah penduduk Makkah Al-Mukarramah dari Puncak Jabal Nur.
Gua Thur, tempat Baginda Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam bertahanuth, mendekatkan diri pada Pencipta Yang Maha Kuasa.
Jabal Nurr ini menjadi saksi jasad Mulia Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam yang mendakinya demi permulaan baharu Sirah Nabawiyyah.
Saya dan sahabat2 sempat berusrah menanti tunggu masuk waktu ketika itu kami memerhatikan dari jauh Masjidil Haram yang terletaknya Kaabah yang mulia.
Sempat berzikrullah, memohon magfirah dari Allah agar sentiasa menghadami Sirah Nabawiyyah yang semakin lama ditelan zaman fitnah yang hebat.
Bertaswir selapas solat maghrib di Puncak Jabal Nurr yang jaraknya 2 Batu ke Masjidil Haram, sayup mata memandang Kiblat Utama Ummat Islam Seluruh dunia itu dari Jabar Nurr..
Ya Allah campaklah rasa ketenangan dalam jiwa kami agar sentiasa menjadi
Walaupun sudah berlalu Ramadhan 2010 yang lepas, namun ingatan saya cukup kuat dan masih mampu mengingati Aqdam Balad Fil Alam itu. Itulah jolokan yang diberikan untuk bandar Dimasy atau dalam bahasa melayu bermaksud Bandar Tertua di Dunia.
Beruntung dapat ke Bumi itu, yang kini dilanda thaurah(Revousi) di Selatan Negara yang 90% turun mengundi itu dek terlalu takut, sayang Perdana Menteri bersifat sama seperti ayahnya yang sebelum ini, pastinya semua penduduk syam kenal siapa Basyar Asad itu.
Tumpuan tulisan saya kali ini, berminat untuk sama berkongsi tajribah, pengalaman ke Jabal Qassiyun itu. Mungkin setelah, terjumpa semula ayat yang Allah rakamkan dalam surah Al-Maidah itu. Ia sungguh punyai nilai ibrah tersendiri pabila meneliti Ayatul Qur'an ini, siapa yang pernah mengambil satu madah, namanya Qasas Qur'ani, maka diceritakan kisahnya dan kena pengajarannya pada zaman kini yang manusia asyik lakukan.
Aqdam balad fil a'lam.
Hattalah disebut orang melayu dengan jolokan 'Damsyik', manakala kamus barat menyebut 'Damascus'. Itulah bumi yang Allah Ta'ala jadikan penuh kisah sejarah agar manusia sering mengingatinya. Usah dilupakan.
Setelah diturunkan dari Syurga Allah, dan kemudian selepas pertemuan Nabi Adam Alaihissalam dan Hawa di bumi, mereka telah berhijrah ke Damsyik, disanalah Hawa melahirkan Qaabil dan Haabil.
Adapun pendapat mengatakan bahawa 'Damsyik' mendapat nama dari perkataan 'Dam Syaqiq' bermakna Darah Saudara kandung. Mungkin dari kisah pembunuhan kedua saudara kandung yang dirakam ceritanya didalam Al-Qur'an.
Di bandar inilah mashyurnya kisah pembunuhan pertama manusia di atas muka bumi yang dirakamkan dalam Al-Qur'an, surah Al-Maidah mulai ayat 27 sehinggalah 32. Kisah Haabil yang dibunuh oleh saudara kandungnya Qaabil(kedua-dua anak Nabi Adam Alaihissalam) diceritakan dalam Al-Qur'an, Surah Al-Maidah bermula ayat ke 27.
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa#[Al-Maidah ayat ke 27].
Persoalan yang timbul, dimanakah pembunuhan itu berlaku? Dan itulah yang ditanya saya sendirian sesampainya dua kerat kaki di Bumi Dimsyik itu.
Kejadian tersebut telah berlaku di sebuah bukit yang dikenali dengan nama Jabal Qassiyun di Damsyik, Syiria. Sehingga kini tiada pandangan lainnya menyatakan lokasi pembunuhan tersebut selain di salah satu kawasan di Jabal Qassiyun.
Kawasan pembunuhan tersebut meninggalkan kesan pada gua yang membentuk sebuah mulut yang ternganga, terkejut dengan pembunuhan 2 orang anak Nabi Adam Alaihissalam tersebut. Dan kini kawasan ini lebih dikenali dengan nama Maqam Wali Arba'in. Kawasan pembunuhan turut diziarahi oleh Nabi Ibrahim alaihissalam dan Nabi Khidir alaihissalam dengan terdapat kesan dua Mihrab bersebelahan gua.
Alhamdulillah, masih dipelihara.
Pada tahun 2005, Kerajaan Syiria telah mengambil inisiatif membina anak-anak tangga untuk tiba di kawasan makam dan gua. Memandangkan kedudukan lokasi tersebut agak tinggi dan sebelum adanya anak-anak tangga, pengunjung terpaksa melalui lereng-lereng gunung yang agak curam dan membahayakan.
Dan anak-anak tangga yang beratus buah ini daripada kawasan perumahan penduduk Damsyik memudahkan para pengunjung ke Makam Wali Arba'in dan Gua di mana tercetusnya pembunuhan Haabil oleh Qaabil.
Itulah yang sedikit bermakna dalam kehidupan saya, sebagai penuntut Ilmu di medan ini, jangan ditanya perasaan, mestilah best sangat, tidak disangka boleh ke Bumi Syam yang menempatkan para Anbiya' para Sahabat, para Tabi' Tabi'iin, Ulama' warasatul anbiya'. Nanti-nanti kalau teman-teman ada anak-anak hantarlah belajar di sana iya, bumi barakah, orangnya beriman kepada Allah.
Berifhor Jama'ei bersama teman di Jabal Qassiyun.
Jangkaan teman-teman saya cukup tepat, naik ke atas bukit yang beratus anak tangga itu jam 6 petang dan sampai dalam 7 maghrib, maka sempatlah kami berifthor di kemuncak sana, dua tetamu kawan dari Negara Morocco itu, nampaknya macam tak sabar ke kemuncak. Akhirnya nilai pendakian tidak mengecewakan maghrib Ramadan 1431 Hijriah itu membuahkan hasil, kami melihat permandangan Seluas-luasnya bumi Syiria, bumi syam. Subhanallahil azim.
Walaupun hanya 3butir kurma ditelan maghrib itu, pada sebelah malamnya seusai Solat Tarawikh di Jami' Umawi, kami mengisi kekosongan yang ada dengan menambah nilai untuk bersahur. Terima kasih teman-teman Syiria sudi menjemput dan mengikramkan saya dari Bumi Jordan. Terima kasih daun keladi.
___________________________
Nota pesanan: (1) Membaca kisah di dalam Al-Qur'an ada kalanya membuatkan kita menangis sendirian. (2) Pembunuhan Manusia pada hari ini, disebabkan aqal mereka yang cetek tentang Agama. (3) Hak Allah WAJIB dilaksanakan(Hudud), jangan hak kita sahaja yang dituntut dalam kehidupan. (4) Doakan kami para pelajar di Bumi Syam ini, diberkati kehidupannya oleh Allah Ta'ala. (5) Sumber dari laman seniur lama di Mu'tah, ustaz Hazimin-www.penghunisahara.blogspot.com.
[Rehlah itu IBADAH].
Sekitar Pencerapan di Bumi Syam, Damsyik-Syiria.
Anak tangga di Jabal Qassiyun ke Maqam Arbai'in dan Gua
tempat Haabil dibunuh Qaabil.
Mendaki anak tangga di Bulan Ramadhan adalah diet yang seimbang.
Mihrab yang terdapat bersebelahan gua. Ada pendapat mengatakan tempat
Nabi Khidir a.s pernah berada dan terdapat sebuah lagi Mihrab di sebelah kanan
yang dikatakan Nabi Ibrahim a.s pernah berada.
40 Mihrab Wali Arba'in yang pernah ke kawasan ini.
Enam orang ustaz tunggu waktu berbuka ketika
bulan ramadhan 2010.
Bersama ustaz Ahmad di Jabal Qassiyun Terima kasih daun keladi
belanja saya laban chokolatah berifthor.
Bumi Syiria di sebelah malamnya. Berwarna Hijau adalah Masjid
yang bertebaran. Ana uhibb lunn akhdhor.
Kedai aiskrim 'Baqdash' yang berusia 100 tahun itu, takkan berkurang
pengunjungnya.
Nasi Mandi Syiria di bab musolla, mengisi nilai sahur ketika Bulan Puasa.
Masjid Umawi, mengingatkan kisah Saidina Muawiyah Bin Abi Sufian,
yang juhud dalam pemerintahannya selepas Khalifah yang empat.
Nasi Ayam Khao Mok Thai
-
Assalamualaikum semua..pekabo? Lama kita tak bersiaran ye..ok kali ni baru
berkesempatan memasak menu istimewa Nasi Khao Mok Ayam Thai sempena besday
K...
HAJI GUNA KERUSI RODA ELEKTRIK/ELECTRIC WHEELCHAIR
-
Assalammualaikum semua
Cepat sungguh masa berlalu. Baru rasanya kami berdua ke sana pada tahun
lepas.
Tak lama lagi akan tiba pula musim haji tahun 2025...
Kek Lapis Pandan Cadbury
-
It has been quite a while not showing off my Kek Lapis (Sarawak Layered
Cake)... Today I just baked one... which am preparing for our family away
day th...
MAMA CARRIES
-
*MAMA CARRIES*
*Source : Noni*
*Ingredients* :
300 g butter
400 g flour (I took out 1/4 cup)
130 g cornflour
100 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla ess...
Resepi Mee Kari yang sedap dan mudah
-
*Assalamualaikum.*
*Alhamdulilllah .... syukur sangat ....*
*Akhirnya blog kesayangan dapat juga dibuka balik setelah hampir setahun
blog Mas tak dapa...
Ghetuk Pisang
-
*Assalamualaikum & salam Jumaat...*
Lama sungguh tak bersiaran. Hajat di hati nak update banyak2. Tapi apa
boleh buat. Sibuk sangat sekarang ni. Tak semp...
Kelas Untuk Bulan February
-
Korean Flower Buttercream ~ New Buttercream
Di Johor Bahru 25 th Febuary 2017
Tempat : Masam Manis Cake Salon , Austin Perdana, Johor Bahru, Johor
Tarikh :...
TART NENAS
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Lainkali kecilkan saiz inti tu.. supaya tart awak comel lote.. hihihi..
Terima Kasih Ady Greatsword Empire Kitch...
Kek Coklat Keju Kukus
-
Wahhh! Dah agak lama tak mengukus kek. Rindu pulak nak makan. Projek
mengukus ni pulak asyik tertangguh2 disebabkan kesuntukan masa dan
jugaaa...heheh.....
Garlic Knots
-
*Made these yesterday...sebab teruja tengok kak Paty simpulkan knots dia
neh...so ambek la resepi dan buat la pg semalam as breakfast...*
*ok jom la teng...