Memaparkan catatan dengan label Muslimah membangunkan UMMAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muslimah membangunkan UMMAH. Papar semua catatan

26 September 2011

Anak-anak yang lahir dari Bait Muslim Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi.

2 komenan

Mukaddimah.

Alhamdulillah seusai kuliyyah saya di tahun akhir bersama Al-Ustaz Duktur Hamad Fakhri Azzam, bekas Dekan Kuliyyah Syariah jabatan Fiqh wa Usuluh itu.

Matapelajaran yang diambil kali ini, dipastikan cukup menampung keperluan saya dan teman-teman sekuliyyah menuju ke destinasi itu nanti, biiznillah iaitu Akhwal Syakhsiyyah Zawaj Wa Talaq. 

Secara peribadi madah ini begitu "adiy/familiar" dengan penuntut ilmu di medan Kuliyyah Syariah Universiti penuh kenangan ini.

Duktur Hamad Azzam menyentuh perihal, munakahat yang termaktub di dalam silibus kami pada bab khitbah/pertunangan, sehinggalah habis juzuk perkahwinan yang berlaku di zaman jahiliyyah era sebelum kedatangan Islam yang Syumul. Dihidangkan pada kami hukum nikah yang lima mengambil kira pandangan Ulama' Fiqh dan Jumhur alim Ulama'.

Sesuatu yang menarik perhatian saya di bilik kuliah yang bersuhu rendah tanpa sinaran matahari pagi bumi syam itu. Duktur mengajar erti tarbiatul awladd[pendidikan kanak-kanak sedari kecil]. Saya sedar hal itu bermula dari kedua ibubapa yang soleh-solehah bagi mencorakkan si anak kecil.

Para alim Ulama' menekankan hal 'Tarbiatul awlad' ini berabad lamanya, antara lainnya iaitu Syeikh Duktur Abdullah Nasih Ulwan dengan kitab besarnya' [Tarbiyatul Awlad fil Islam]. Disebut antara lain kewajiban si ayah dan ibu mendidik anak sedari dalam kandungan si ibu lagi, sehinggalah menamakan mereka pabila sudah melihat bumi Allah yang luas ini.

Menamakan anak juga adalah perkara penting, sehinggakan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda:

Kamu sekalian di hari Kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu. [Hadis Riwayat Abu Daud dari Abi Darda'].


Dalam hadis lain: Hadis Riwayat Imam Muslim dari Ibn Umar r.a. (bermaksud) Telah bersabda Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam : Sebaik-baik nama kamu disisi Allah ialah Abdullah dan Abdur Rahman.

Sekarang saya ingin mengupas syarahan untuk mereka yang mahu anaknya soleh-solehah, agar nantinya mereka pula memberi saham pada kita di Hari Akhirat. Saya cukup tertarik kajian ilmiah Al-Fadilah Ustazah Fatimah Syarha itu tentang anak-anak yang lahir hasil pernikahan Syeik Duktur Alamah Yusuf Al-Qaradhawi hafizahullah.

Semoga kita semua terhibur tau.

Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi Hafizahullah, kehebatannya tidak perlu diperkenalkan lagi. Harum di mana-mana, seantero dunia. Baik kawan ataupun lawan, takjub dengan jihadnya. 

Mari sama-sama kita berkenalan dengan wanita hebat d belakang tokoh terkemuka dunia ini. Begitu juga kehebatan anugerah cinta yang lahir daripada mereka.

BIDADARI AL-QARADHAWI…satu-satunya.

Satu-satunya isteri Syeikh ini ialah Ummu Muhammad, seorang wanita solehah yang berasal daripada Hasyimiah Husainiyah, keturunan Rasulullah SAW. Beliau adalah nikmat yang lebih besar daripada dunia dan seisinya buat Al-Qaradhawi.

Berkongsi suami dengan umat memberi ketenangan hati bukannya azab cemburu.  Berkongsi suami dengan dakwah dan perjuangan, menganugerahkan pahala sabar yang besar buatnya. 

Beliau merelakan suaminya pergi ke mana sahaja belahan dunia untuk Islam. Di rumah, tangannya banyak membantu aktiviti keilmuan, serta dakwah dan tarbiyah dengan mengorbankan waktu dan perhatian yang besar.

PUTERI-PUTERI KESAYANGAN AL-QARADHAWI.

Dr. Ilham Al-Qaradhawi, Profesor Fizik di Universiti  Qatar.
[tekan ini].

Dari didikan seorang ibu yang amanah, lahirlah anak-anak yang hebat. Pasangan bahagia ini dianugerahi 7 orang anak. 4 perempuan diikuti 3 lelaki. Masyallah! Macam angka anak Rasulullah.

Semua anak-anak ini sering menduduki nombor satu di kelas pengajian sejak tadika sehinggalah habis Ph.D. Semua puteri Al-Qaradhawi pakar dalam bidang eksak (Matematik, Fizik, Kimia). Kesemuanya merupakan alumni Universiti Qatar.

Puteri sulungnya, Ilham, meraih ‘first class’ di Universiti Qatar. Dengan kelayakannya yang tinggi, pemerintah Qatar menaja hingga dia menggapai ijazah kedoktoran dalam bidang Fizik, pengkhususan Nuklear di Universiti London.

Puteri keduanya, Siham, alumni Universiti Qatar, meraih ‘first class’ dalam jurusan Kimia. Kemudian menggenggam ijazah kedoktoran dari salah sebuah universiti di Inggeris dalam bidang Biologi pengkhususan Organ Tubuh. Dia juga ditaja oleh pemerintah Qatar.
                
Manakal puterinya yang ketiga, A’la, mendapat ‘first class’ dari Fakulti Biologi, pengkhususan Haiwan. Memperoleh Master di Universiti Texas, Amerika dalam bidang Genetik.
               
Puteri keempatnya pula, Asma’, memperoleh Master di Universiti Khalij di Bahrain. Kemudian mengambil program kedoktoran di Universiti Nottingham di Inggeris bersama-sama suaminya.

Mereka semua telah menikah dengan lelaki-lelaki hebat yang sekufu’.

PUTERA-PUTERA KEBANGGAAN AL-QARADHAWI

Puteranya Muhammad, alumni Fakulti Teknik Jurusan Mesin dari Universiti Qatar. Memperoleh Master dari Universiti Denver di Colorado. Mengambil program kedoktoran di Universiti Orlando, Florida, Amerika.
                
Puteranya, Abdur Rahman, mengambil jurusan keagamaan di Universiti Qatar, jurusan Syariah dan Fikih. Kemudian menyambung Master ke Universiti Darul Ulum di Mesir dalam bidang Usul Fiqh. Terkenal sebagai seorang sasterawan dan penyair. Antara karya puisinya ialah Nazf al-Huruf.
                
Putera bongsunya iaitu Usamah, alumni Fakulti Teknik Jurusan Elektro. Kini, dalam proses melanjutkan lagi pelajaran.

PERIBADI ANAK-ANAK AL-QARADHAWI

Mereka bukan hanya terkenal dengan kepintaran luar biasa. Malah, dikagumi kerana berpegang teguh kepada agama dan menjunjung tinggi akhlak yang terpuji. 

Dalam setiap posisi yang mereka duduki, mereka sering menjadi contoh ikutan yang terbaik. Siapa jua yang pernah berinteraksi dengan mereka, akan menjadi saksi kepada kebaikan mereka. Cara bergaul mereka selalu diwarnai dengan kerendahan hati yang tidak dibuat-buat.

_____________________________

Nota keibubapaan.

(1) Mudah-mudahan saya juga beroleh anak-anak yang haibat seumpama Syeikh Duktur Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah. Itu antara sisipan cita-cita saya, moga Allah perkenankan. Allahumma amin.

(2) Menaqalkan dari blog yang memberi kesedaran pada remaja di luar sana daripada terjerumus padsa hegemoni barat yang melalaikan. jazakillah ustazah fatimah syarha(tekan ini).
Sumber rujukan beliau iaitu (Rujukan: Ishom Talimah, Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi).

(3) Mudah-mudahan pembaca laman saya mendapat istifadah yang bermanfaat. Mahu anak yang comel, soleh solehah adalah bermula dari kita dahulu. Cubalah iya.


26 Mei 2011

Muslimah menjejaki perjuangan ayahnya.

0 komenan
 Penulis blog ini, di perkuburan baqi' al-gharqad setahun lalu.
Teman saya ust amir pung berada ketika itu.
Muqaddimah.

Soifi melabuhkan tirainya, rata-ratanya saya pergi ke kamar teman-teman di kampong Mu'tah Jordan, terutamanya ustad2 yang bujang-bujang ini, semuanya sudah menukar|perbaiki|beli kipas baru yang harganya 15JD keatas. Tak kurang ada juga yang  menjual kipas dengan demand yang agak-tidak berpatutan dek bahang cuaca  yang menyengatkan mata dan badan. Emosi boleh berubah ketika ini, pula-pula musim 'durian' iaitu istilah saya untuk  musim pilihan raya kampus, dan jelmaan imtihan yang belum kesudahan.

Nikmat-nikmat dunia masih diterima dengan sempurna, Alhamdulillah, syukurku padaMU Ya Alloh. kalaulah musim panas begini, mengalirnya air kelapa muda di tekak kering ini, hmm alangkah jernihnya pemikiran tatkala masih imtihan bertalu ini. Monolog saya di malam hari ditemani angin sepoi bahasa dari arah selatan Jordan, bumi hampir yang terletak Al-Aqsa bersebelahannya.

Mudah-mudahan engkau permudahkan urusan umat-umat Islam ini, permudahkan jua kami para penuntut Ilmu yang penuh kecapi nikmat dariMU. Allahumma amin.

Masih rindu Al-Haramain.

Cakap-cakap teman mula berlegar disana-sini, adik beradik dalam bayt saya, si puding itu telah selesai menukar matawang Jordannya kepada Saudi Arabiyah, muzammil pula tak tahu bila, sibuk waktu imtihanlah tu, baru saya perasan tarikh mereka mahu ke Haramain sudah hampir.

Baguslah, senang tak perlu menukar uwang di Haramain nanti iya. perlu diingati matawang Jordan yang tak stabil jarang sekali mahu turunnya, tetap sama, 1JD bersamaan RM4.32, saya tidak tahu bagaimana jumlah terkininya, lihat sahajalah di xe.com itu.

Artikel saya mula beralih wajah ke Haramain seketika, entah tiba-tiba mahu sahaja menapak semula tatkala melihat hibrah yang lama bersama teman-teman ke Haramain dalam Peristiwa Haji dan Umrahnya(ini).

Rupa-rupanya, baharu saya terjumpa makalah yang baik untuk dikongsi dengan pembaca setia laman usang saya ini. Saya cukup-cukup tertarik dengan Muslimah yang membangunkan Ummahnya itu.

DIA wanita pilihan UMMAH.

Masih kebas ingatan saya ketika keluar dari bab jibril, seusai  menagih pohon simpati kepada Alloh di dalam Masjid Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam itu, rupa-rupanya struktur binaan, dan lokasinya disitulah letaknya rumah serikandi Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam Siti Fatimah Binti Rasulullah. Subhanallah, mudah-mudahan perjuangannya membela Ayahandanya dicontohi anak muda masa kini.

Dialah Muslimah Membangunkan Ummah.

Mari membaca kisahnya, yang saya kira cukup berharga buat mereka yang sama-sama memperjuangkan agenda muslimah di mana-mana antunna berada.
Terlalu banyak kemulian dan jasa  Fatimah Radhiallahu anha Binti Muhammad yang tidak termampu untuk dinukilkan semuanya. Beliaulah puteri kepada penutup segala Nabi yang banyak mewarisi keindahan akhlak ayahandanya.


Lahirnya Si Puteri Bongsu

   Saat Ummul Qura (Makkah) menyaksikan orang-orang Quraisy membaiki Kaabah, lahirlah puteri bongsu Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam 5 tahun sebelum kenabian. Beliau sangat mirip dengan ayahandanya yang mulia. Disusui sendiri oleh bondanya. Tatkala masyarakat jahiliyah malu besar setiap kali menerima berita lahirnya anak perempuan, namun Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam sangat gembira dengan kelahiran puterinya. Mencintai dan menyayanginya dengan penuh tulus.

Didikan di Rumah Kenabian
Sekolahnya di rumah kenabian. Berguru langsung dengan penghulu segala murabbi, seorang Nabi. Daripada kecil sehinggalah menginjak remaja, beliau sentiasa menjadi yang terbaik. Sumber rujukannya adalah sumber yang terbaik. Ayahnya insan terbaik. Ibunya wanita terbaik. Mengalir daripada asuhan ibu bapa yang agung.

“Ibu Ayahnya”
Ketika masyarakat jahiliyah hidup dalam lumpur kejahatan yang hina, menyembah patung, mabuk arak, membunuh anak perempuan, namun Fatimah menyaksikan ayahnya tetap bersih terpelihara. Fitrah insan bencikan kejahatan. Apabila terbit sinar Islam menerangi tanah Arab dengan terutusnya Nabi akhir zaman, maka Fatimah tidak teragak-agak menyertai ibunya untuk menjadi generasi yang pertama beriman.

Kewafatan bonda tercinta, Khadijah al-Khuwailid, menyebabkan remaja puteri itu berperanan mengambil alih tugas ibunya. Apatah lagi kakak-kakaknya Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum sudah berumah-tangga. Perjuangan ayahnya didokong habis-habisan. Kematangannya terserlah hinggakan para sahabat menggelarkannya, “Ibu ayahnya.” (Rujuk Nisaa ahlil bait, 533-534).

Imam Zarqani berkata, “Sehingga, tidak diperlukan pernyataan khusus untuk membuktikan bahawa mereka adalah generasi pertama yang memeluk Islam, kerana mereka tumbuh dalam bimbingan kedua orang tua yang penuh kasih sayang dan akhlak mulia. Dari ayahnya, Fatimah belajar semua akhlak mulia. Dari ibunya, Fatimah belajar kejernihan fikiran yang tidak dimiliki wanita lain.”

Berani Membela Nabi
Ibnu Ishaq berkata, “Orang-orang Quraisy benar-benar memusuhi Rasulullah dan orang-orang yang memeluk Islam. Mereka tidak henti-henti mendustakan Rasulullah, mengganggu dan melemparinya dengan batu. Mereka juga mengejek baginda sebagai tukang sihir, bomoh dan orang gila. Namun Rasulullah tetap menyebarkan kebenaran.” (Rujuk Sirah Ibnu Hisyam 1/238).

Abdullah bin Umar berkata, “Ketika Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam berada di halaman Kaabah, Uqbah bin Abu Mu’ith mendekati dan menarik bahu Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Dicekik leher Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam dengan selendangnya. Abu Bakar datang lalu menarik bahu Uqbah supaya ia menjauh daripada Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam.” (Rujuk HR Bukhari, 3856).

Saidina Ali r.a. berkata, “Demi Allah tidak seorang pun dari kami yang berani mendekati kecuali Abu Bakar. Beliau menghalau orang-orang Quraisy itu dan menjauhkan daripada Baginda. (Rujuk Ghafir: 28).

Selain Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu, Fatimah Radhiallahu Anha tidak berpeluk tubuh tatkala melihat ayahnya diganggu dan dianiaya. Suatu kisah menyayat hati diceritakan oleh Abdullah Ibnu Mas’ud, saat Rasulullah SAW sedang solat berdekatan Kaabah, Abu Jahal dan teman-temannya duduk berhampiran. Mereka saling mencabar,

“Siapa yang berani meletakkan najis unta di punggung Muhammad saat dia sujud?” Maka bergegaslah orang yang paling sengsara di antara mereka iaitu Uqbah bin Abu Mu’ith. (Rujuk Bukhari, 3186 dan Muslim 1794.)

Mereka ketawa berdekah-dekah. Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam tetap bersujud. Tiada siapa berani membela  saat itu sehinggalah Fatimah Radhiallahu Anha dengan beraninya datang membuang najis unta.

Rela Menahan Lapar, Iman Tidak Pudar.
Tragedi pemulauan kaum muslimin amat menguji iman. Ketika itu kebencian kaum kafir Quraisy terhadap Rasulullah SAW kian memuncak. Sejarawan Suhaili merekodkan: 

Jika ada rombongan pedagang datang ke Kota Makkah, beberapa orang Islam pergi ke pasar Makkah untuk membeli makanan buat ahli keluarga mereka. Namun Abu Lahab berkata dengan suara lantang, 

“Wahai para pedagang, jika teman-teman Muhammad ingin membeli sesuatu, berikan harga yang sangat mahal agar mereka tidak dapat membelinya. Jangan takut tidak laku, aku yang akan membeli barang dagangan kalian.”

Lalu para pedagang itu menaikkan harga sangat tinggi. Orang-orang Islam pun tidak mampu membeli. Mereka tidak memperolehi makanan dan pakaian.

3 tahun orang-orang Islam melalui hari-hari yang penuh kelaparan di perbukitan. Fatimah r.ha. sabar dan teguh melalui kesulitan tempoh itu. Namun, parahnya ujian kelaparan membuatkan Fatimah r.ha jatuh sakit. Bondanya juga tenat menahan sakit.

Sakit Fatimah belum pulih, bondanya pula dijemput Ilahi. Kesedihan bertali arus. Gadis tabah itu tidak tenggelam dalam emosi. Beliau menggagahkan diri untuk terus bangkit mendokong perjuangan ayahanda tercinta habis-habisan.

Mengagumi Keberanian Saidina Ali Karramallahu Wajhah.
Penyiksaan demi penyiksaan makin tidak kenal belas kasihan. Selepas beberapa siri penghijrahan, akhirnya Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Baginda menyusul kemudian, ditemani oleh Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anha.  Peristiwa hijrah yang agung itu diatur dengan penuh strategi.

Fatimah r.ha tidak dapat melupakan keberanian Saidina Ali menggantikan tempat tidur ayahandanya. Peranan yang sangat penting dalam strategi hijrah kerana taruhannya adalah nyawa. Allah SWT juga tidak melupakan keberanian Saidina Ali r.a. menggantikan tempat tidur Nabi hingga menganugerahkan Fatimah Radhiallahu Anha sebagai teman tidur hidupnya. Alangkah bertuahnya Ali.

Pernikahan yang Barakah.
Di dalam buku Raudhatul Muhibbin wanuzhatul Musytaqin, karangan Ibnul Qayyim al-Jauziyah menyebut, puteri Nabi, Fatimah Az-Zahra pernah dipinang oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar namun kedua-duanya ditolak oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. Kenapa ya? Rupa-rupanya, Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam tidak mahu semua puterinya dimadukan.
            
Pada tahun ke-2 hijrah, Saidina Ali menikahi Fatimah  Pernikahan barakah ini berlangsung setelah perang Badar. Demi memiliki cinta penghulu bidadari syurga, Saidina Ali r.a. menjual sebahagian barang miliknya termasuk peralatan perang. Semuanya bernilai  480 dirham.

Daripada jumlah itu, Rasulullah menyuruh menggunakan 2/3 daripadanya untuk membeli wangi-wangian dan 1/3 daripadanya untuk membeli pakaian. Rasulullah memasukkan wangi-wangian itu ke dalam bekas mandi dan menyuruh pengantin mandi dengan air itu.

Fatimah Radhiallahu Anha rela malah bahagia dinikahi oleh Saidina Ali Karramallahu Wajhah meskipun hidup miskin. Biarpun maharnya rendah, dihadiahkan pula mahar itu kepada suami tercinta. Berpindahlah pengantin baru ke rumah suaminya yang tidak memiliki perabot.  Rumah yang sangat sederhana. Hanya terdapat kulit biri-biri sebagai alas tidur, bantal berisi serabut tamar, penggiling gandum, ayakan dan sekantung susu. Letak rumah itu pula jauh daripada rumah Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. (Rujuk Nisa’ Mubassirat bil Jannah: 209).
Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam berperanan sebagai mertua terbaik apabila memberikan nasihat yang panjang sebelum meninggalkan anak menantunya mengharungi bahtera rumah tangga bersama. Didekatkan pula anak menantu dengan keluarga baginda apabila memindahkan mereka berdekatan dengan rumah baginda iaitu di salah sebuah rumah pemberian Haritsah r.a. (Rujuk Suwar min hayatis sahabah, 40)

Rumah tangga suaminya diuruskan sendiri. Terserlah peribadinya sebagai seorang wanita yang sabar, taat beragama, baik, menjaga kehormatan, qana’ah dan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. (Rujuk al-Siyar: 2/119).

Zikir Fatimah.
Kelelahan menguruskan tugas rumah tangga seharian, mendidik anak-anak, ditambah pula dengan tugas-tugas dakwah menyebabkan Fatimah Radhiallahu Anha teringin mempunyai seorang pembantu. Lagipun, kebetulan pada masa itu Islam mempunyai banyak tawanan perang.

Kelelahan Fatimah Radhiallahu anha bukan sedikit. Jika pada zaman ini, kita hanya perlu ke kedai untuk membeli sebuku roti namun Fatimah perlu menggilingnya daripada biji-biji gandum, mengayak, mengadun dan membakarnya sendiri.

Dipendamkan dahulu niat memiliki pembantu biarpun beberapa kali menziarahi Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam kerana sangat pemalu untuk meminta daripada ayahandanya. Begitu juga suaminya. Namun lantaran berat beban ditanggung, Fatimah r.ha terpaksa meluahkan keperluannya itu pada suatu hari. 

Kebetulan, kaum muslimin mempunyai beberapa orang tawanan perang yang boleh dijadikan hamba atau pembantu. Fatimah r.ha memohon salah seorang daripadanya. Permintaan itu tidak dikabulkan oleh Rasulullah.

Hal ini bukan kerana tidak elok memiliki pembantu rumah kerana semua isteri Rasulullah pun mempunyai pembantu rumah. Namun, selaku pemimpin yang adil, Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam lebih mengutamakan untuk memberi makan kepada golongan suffah (golongan merempat yang menumpang tinggal di masjid) dengan duit hasil jualan para tawanan tersebut. Fatimah r.ha. dan suaminya pulang dengan redha.

Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW pula datang ke rumah puterinya. Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Baginda bersabda,
“Mahukah ayah ajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diminta? Jika hendak tidur, bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali. Ini lebih baik daripada seorang pembantu.” Lalu, zikir ini terus menemani hayat Fatimah r.ha. Beliau dan suaminya memilih hidup zuhud dan sangat sederhana. (Rujuk Nisa’ Ahlil Bait: 550).

Membuktikan Wanita Berhak Mengizinkan atau Minta Dibebaskan Jika Suaminya Ingin Berpoligami.
Suatu hari Saidina Ali r.a. dipinang oleh Abu Jahal untuk puterinya. Hal itu amat menyakitkan Fatimah r.ha. Apabila diadukan kepada ayahandanya, ternyata Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam juga terasa disakiti dengan apa yang menyakitkan puterinya. Baginda berdiri lalu berpidato, “Aku telah nikahkan Abu Ash bin Rabi’. Dia berkata kepadaku dengan jujur. Fatimah binti Muhammad adalah sebahagian daripadaku. Aku tidak suka orang-orang menyakitinya. Demi Allah, tidak akan berkumpul puteri utusan Allah dengan puteri musuh Allah pada seorang lelaki.”

Mishwar bin Makhramah pernah mendengar Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda di atas mimbar, “Bani Hasyim bin Mughirah memintaku merestui pernikahan  puteri mereka dengan Ali bin Abi Thalib.  Aku tidak izinkan, dan aku tidak izinkan. Kecuali jika Ali menceraikan puteriku dan menikahi puteri mereka. Puteriku adalah bahagian daripadaku. Apa yang membuatnya gelisah juga membuatku gelisah, dan apa yang menyakitinya juga menyakitiku.” (Rujuk HR Muslim, 2449). Maka Ali r.a. menolak pinangan Abu Jahal.

Imam Nawawi berkata, dari hadis ini para ulama mengambil kesimpulan, “Tidak boleh menyakiti Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam walaupun pada perkara yang harus. Seperti peristiwa di atas, perkahwinan puteri Abu Jahal dengan Ali sebenarnya harus dilakukan tetapi Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam melarangnya dengan dua alasan: (1) Pernikahan itu akan menyakiti Fatimah, dan itu menyakiti Rasulullah. (2) Khawatir terjadi hal-hal yang tidak baik pada Fatimah yang timbul dari rasa cemburu.” (Rujuk Syarhun Nawawi: 16/4).

Imam Bukhari RA berkata (hadis 5230): Qutaibah meriwayatkan kepada kami dari Laits dari Ibnu Abi Mulaikah dari Miswar ibn Makhramah dia berkata, saya mendengarkan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda dari atas mimbar, "Sesungguhnya Bani Hisyam ibn Mughirah meminta izin untuk menikahkan puteri mereka dengan Ali ibn Abu Talib, maka aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan. Kecuali putera Abu Talib ingin menceraikan puteriku dan menikah dengan puteri mereka. Kerana dia adalah darah dagingku, membuat aku sedih apa yang menyedihkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya."[1] 

Ulama-ulama memberikan beberapa tafsiran terhadap hadis ini sebagaimana dipetik dalam kitab syarah hadis Bukhari yang paling terkenal iaiatu Fathul Bari 86/7,  karangan Ibnu Hajar al-Asqalani. Antara tafsirannya ialah:
1.Puteri Abu Jahal tidak layak bersama Fatimah dalam satu darjat sebagai madu.
2.Difahami daripada konteks kisah ini Rasulullah telah mensyaratkan kepada Ali supaya tidak memadukan Fatimah, Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam menyebut menantunya yang lain telah menunaikan janji mereka. Jelas sekali bahawa menantu yang lain memenuhi satu syarat iaitu tidak memadukan puteri Rasulullah sebagaimana Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku, dia berjanji kepadaku maka dia memenuhi janjinya.” Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku.” Ia seperti syarat ke atas dirinya supaya tidak memadukan Zainab. Begitu juga Ali r.ha., jika dia tidak berbuat begitu juga (memenuhi syarat itu) ia mungkin lupa pada syarat itu, maka didatangkanlah dalam khutbah (untuk mengingatkannya). Ataupun mungkin tidak berlaku pun syarat seandainya tidak dijelaskan bahawa itu suatu syarat, tetapi menjadi kemestian ke atasnya meraikan ketetapan ini. Oleh sebab itulah berlakunya cercaan (ke atas kesalahannya supaya dibetulkan).
3.Meraikan hak Fatimah Radhiallahu Anha. Dia ketiadaan ibu dan kakak sebagai tempat bergantung, penghilang kesedihan dan menjadi peneman. Dia kehilangan ibu kemudian kakak-kakaknya seorang demi seorang, dan tidak tinggal seorangpun yang dapat ia bermanja dan dapat menjadi peringan beban masalahnya jika nanti dia cemburu.

Realiti hari ini, masih wujudkah bapa sewibawa Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam dalam memahami dan membela rasa hati puterinya?

Setiap Yang Berhak Boleh Menyuarakan Haknya.
Setelah kewafatan ayahandanya, Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, Fatimah Radhiallah anha meminta daripada Abu Bakar r.a. sebahagian harta warisan Nabi.  Walaupun Rasulullah telah mengkhabarkan awal-awal kepadanya bahawa usianya paling dekat menyusuli kematian baginda namun hak tetap hak.  Fatimah masih menuntutnya walaupun tahu beliau sudah dekat hendak mati.

Abu Bakar menegaskan bahawa, Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam pernah bersabda, “Kami para Nabi tidak mewariskan harta. Apa yang ditinggalkan adalah untuk disedekahkan.” (Rujuk HR Bukhari).

Abu Bakar berpegang dengan hujah ini. Manakala Fatimah juga mempunyai hujahnya yang tersendiri. Kedua-duanya  dalam daerah pahala kerana mempertahankan sesuatu dengan hujah yang benar bukan mengikut nafsu. Perbezaan pendapat itu lumrah. Fatimah al-Zahra tetap lantang menyuarakan haknya kepada Abu Bakar untuk mewarisi sebidang tanah.

Ketika Fatimah Radhiallahu Anha jatuh sakit, tidak lama selepas kewafatan ayahandanya, Abu Bakar datang meminta redhanya sehingga Fatimah meredhainya. (Ibnu Hajar menyebutkan hadis ini  yang disandarkan ke Baihaqi yang berkata, “Meskipun hadis ini mursal, tapi sanadnya ke Sya’bi tetap sahih. (Fathul Bari: 6/139).”

Teladan  kita ini menunjukkan  contoh bahawa walaupun dalam Islam, menunaikan tanggung jawab lebih utama daripada menuntut hak, tapi, itu tidak bermakna Islam menghalang menyuarakan hak. Maka, berlumba-lumbalah kita menunaikan tanggungjawab. Dalam masa yang sama, menghargai  hak kita dan menghormati sesiapa yang menuntut haknya.

Perginya Bunga Agama.
Pada hari Selasa, 3 Ramadhan tahun ke-11 Hijriah, selepas enam bulan kewafatan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, Fatimah pulang ke rahmatullah dengan tenang dan bahagia. Suaminya mengalirkan air mata. Begitu juga anak-anaknya yang amat mencintainya, Hassan, Hussain,  Zainab dan Ummu Kulthum. (Ada riwayat mengatakan puteri-puterinya bernama Zainab al-Kubra dan Zainab al-Asghar).

Umat Islam membanjiri Masjid Nabawi. Solat jenazah dipimpin oleh Saidina Ali Karramallahu Wajhah dan kali kedua dipimpin oleh Abbas bin Abdul Mutallib Radhiallahu Anha, Bunga agama itu lalu dimakamkan di perkuburan Baqi’ bersebelahan dengan makam saudara-saudaranya, Zainab r.a., Ruqayyah r.a. dan Ummu Kalthum r.a. (Rujuk Nisa’ Ahlul Bait: 601-603).

Nota penghayatan.
_________________________________
(1)Ibrah kisah ini, saya naqalkan dari penulis hebat ustazah fatimah syarha itu.
(2)Adapun disana, Siti Fatimah merupakan seorang serikandi Islam, namun tanggungjawab selaku Isteri kemudian anak yang solehah tetap diperlihat dalam kehidupan sahabat.
(3)Teruskan berjuang wahai mereka yang bergelar Muslimah yang membangunkan Ummah. Amalkan sentiasa zikirfatimah itu.
(4)Mudah-mudahan teman-teman saya yang mahu membuat Umrah ambil ibrah di haramain itu iya.

12 Mei 2010

Ummu Rauman juga Bidadari Syurga

2 komenan

Mereka itulah dari golongan yang sangat tabah, menghadapi pelbagai mehnah, ujian dalam kehidupannya sesuailah dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala Yang Maha Pencipta, menciptakan golongan kuat naluri ini dari rusuk seorang lelaki seperti Nabi Alaihi Salam dan Siti Hawa, supaya membantu sebahagian daripadanya malah bukanlah darjatnya yang rendah dan lemah, Naam itulah seorang yang namanya An'nisa@Perempuan maka bersyukurlah dan pastinya sikap Wanita yang beriman hari ini dengan mengambil ibrah kisah-kisah Perjuangan dan Pergorbanan Wanita terdahulu supaya diadaptasikan dalam kehidupan masa kini, sentiasa koreksi atau muhasabah iye, Jom baca kisah Muslimah Pembangun UMMAH ini.

NAMA sebenar Ummu Rauman ialah Zainab Binti Amir bin Uwaimir. Dia berkahwin dengan Abdullah bin al-Haris al-Uzdzi. Suaminya merupakan kawan baik dengan Abu Bakar as-Siddiq. Sifat-sifat baik yang ada pada Abu Bakar terpancar pada sikap dan tingkah laku suami Ummu Rauman.


Ummu Rauman dan suaminya tinggal di kota Makkah. Mereka mendapat seorang anak yang diberi nama ath-Thufail. Selepas beberapa lama tinggal di Makkah, suaminya meninggal dunia.

Kematian Abdullah sangat menyedihkan Ummu Rauman. Bagi Ummu Rauman, kematian suaminya adalah satu ujian baginya. Selepas beberapa lama kemudian, kesedihan Ummu Rauman terubat apabila dia dilamar oleh Abu Bakar as-Siddiq.

"Beruntung benar Ummu Rauman. Dia dilamar oleh Abu Bakar. Abu Bakar seorang lelaki yang baik. Dia sering membantu orang yang susah, menghormati tetamu, suka menyambung tali silaturrahim dan suka menegakkan kebenaran," kata seorang perempuan di Makkah ketika itu.

Perkahwinan Ummu Rauman melahirkan dua orang anak yang bernama Abdurrahman dan Aisyah Radhiallahu anha. Ummu Rauman seorang wanita yang baik budi pekertinya.

Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam sangat menghormati keluarga Ummu Rauman dan Abu Bakar sehingga beliau mengambil keputusan untuk melamar anak perempuan mereka iaitu Aisyah binti Abu Bakar.

Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam mengutuskan Khaulah binti Hakim pergi melamar Aisyah. Khaulah berkata kepada Ummu Rauman, "Wahai Ummu Rauman, Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam ingin melamar Aisyah."

"Benarkah?" tanya Ummu Rauman tidak percaya.

Khaulah tersenyum sambil berkata: "Ya. Nabi Muhammad telah menyebut nama Aisyah sebagai calon isterinya. Selepas kematian Siti Khadijah, Nabi Muhammad sering bersedih. Lamaran terhadap Aisyah merupakan satu keputusan yang telah dibuatnya."

"Saya perlu sampaikan berita ini kepada Abu Bakar terlebih dahulu," kata Ummu Rauman seperti tidak sabar-sabar menanti kepulangan suaminya.

Berjaya melamar Aisyah

Apabila Abu Bakar pulang ke rumah, Ummu Rauman pun menceritakan kisah yang berlaku tadi. Abu Bakar mendengar berita lamaran Nabi Muhammad dengan perasaan serba salah.



Abu Bakar pun berkata kepada isterinya: "Aisyah telah dilamar oleh Muth'im bin Adiy untuk anak lelakinya. Saya tidak boleh mungkir janji."

Ummu Rauman terdiam seketika. Dia juga memikirkan bahawa janji yang telah dibuat oleh suaminya patut ditunaikan.

Sebentar kemudian Abu Bakar berkata lagi: "Jika begitu saya perlu berjumpa dengan Muth'im terlebih dahulu. Saya perlu dapatkan keputusan sama ada mereka benar-benar inginkan Aisyah menjadi menantu mereka."

"Saya berpendapat cara itu adalah yang terbaik buat kita," kata Ummu Rauman pula.

Abu Bakar pergi berjumpa Muth'im. Isteri Muth'im turut berada di rumahnya. Abu Bakar pun bertanya: "Jadikah awak mengambil Aisyah sebagai menantu awak?"



Muth'im mendengar pertanyaan Abu Bakar lalu bertanya kepada isterinya: "Awak setujukah untuk menikahkan anak kita dengan Aisyah?"

Isteri Muth'im pun memberitahu Abu Bakar: "Sekiranya anak saya berkahwin dengan Aisyah sudah tentu anak saya akan masuk Islam."

Muth'im dan keluarganya belum memeluk agama Islam. Perkara itu membimbangkan Muth'im dan isterinya.

"Beginilah Abu Bakar, saya dan isteri sudah sepakat tidak jadi menikahkan anak kami dengan puteri awak. Maafkan kami," jelas Muth'im kepada Abu Bakar.

"Jika itu keputusan awak, saya menerimanya dengan hati yang terbuka," balas Abu Bakar pula.

Abu Bakar pulang ke rumah. Di rumahnya, Ummu Rauman sedang menanti kepulangan suaminya itu.

"Bagaimana? Jadikah mereka mengambil Aisyah sebagai menantu," tanya Ummu Rauman tidak sabar-sabar menantikan jawapan dari suaminya.

Abu Bakar menjawab dengan tenang: "Mereka tidak sanggup mengahwinkan anak lelaki mereka dengan Aisyah kerana mereka tidak mahu anaknya memeluk agama Islam."

"Syukur, dapatlah Aisyah berkahwin dengan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam," bisik Ummu Rauman sendirian.



Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wssalam berjaya melamar Aisyah. Pada tahun 2 Hijrah Nabi Muhammad  Sollallahu Alahi Wassalam berkahwin dengan Siti Aisyah. Perkahwinan mereka disambut dengan gembira.

Ummu Rauman seorang ibu yang baik. Dia banyak membantu Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam dalam usaha menyebarkan agama Islam. Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam juga sangat menghormati ibu mertuanya.

Ummu Rauman meninggal dunia pada tahun 6 Hijrah. Semasa Ummu Rauman meninggal dunia, Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam berdoa supaya Allah mengampuni segala dosa Ummu Rauman.

Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam juga pernah berkata: "Sesiapa yang ingin melihat wanita Bidadari dari Syurga, maka lihat Ummu Rauman."

Penutup; Untuk para wanita yang tidak pernah kenal erti penat lelah, ketahuilah pahala berlipat ganda bakal diperolehi, juga buat yang para muslimah yang bertungkus lumus membantu para suami dalam perjuangan adalah seorang MUSLIMAH yang membangunkan UMMAH.

[Supaya Gelisah Bernilai Ibadah].

07 Mei 2010

Jom kenali zaujah Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam.

2 komenan

Dalam suasana saya mengakhiri sesi kajian terperinci tentang kehidupan sirah nabawiyyah, fasal@semester ini, maka banyak sungguh yang memberi ibroh yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di Jazirah Syam, na'am sudah tentu semua ini proses tarbiyah bagiku mengetahui dengan terperinci apa yang dinamakan belajar dari sirah, alhamdulillah bertemu Duktur hunak Mustafha Abu Ziyad [Duktur sirah jami'ah mu'tah]cukup terkesan bagiku untuk memtadbi'kan apa yang dipelajari ini.


Suatu ketika dikampus dulu, guru pembimbing ruhaniku pernah memberi gambaran tentang Sirah nabi yang sesuai dicontohi semua golongan lapisan masyarakat,katanya muhhim jiddan, beliau sangat menekankan kehidupan baginda Sollallahu Alaihi Wassalam, rupa-rupanya ini memang di contohi pewarisnya di kalangan ulama' hari ini, kaitannya sungguh mendalam, dulu lagi saya pelajari bagaimana para ilmuan sepertinya, Dr.Said Ramadhan Al-butti[dalam fiqh sirahnya, 3jilid dalam Bahasa Melayu], kemudiannya sirah ibnu hisyam yang dikongsi sumber utama dari ibnu ishak, sampailah saya kenali pena haraki seperti Duktur Mustafha As-Siba'ei(dalam sirah nabawi dan ibrahnya), sampailah saya ke Jazirah Syam, maka kitab ditambahkan lagi, maka mengenalilah kitab seperti Ar-Rahiqqul Makhtum(الرحيق المختوم) yang terperinci kisahnya, ketika membacanya seolah-seolah sedang berada ketika  para sahabat sedang berperang di medan Mu'tah aje, perasaan menerewang dibacanya pula ketika sedang melihat-lihat kesan ghazwah  yang dekat dengan rumah ini, iaitulah jalan ke Jami'ah, subhanallah.

Maka, disedari semua inilah hasil didikan Rasulullahi sollallahu alahi Wassalam yang menjadikan Qudwah Hasanah(contoh ikutan terbaik) apa lagi yang tiada dalam kehidupan manusia hari ini yang tidak diperlihatkan lebih awal tandanya oleh Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam.

Hari ini Duktur Mustafha memaksa kami mengenali zaujah-zaujah Rasulullahi sollallahu alahi wassalam, marah sungguh dia di dalam kuliah jam 12.30 soifi(musim panas ini), walaupun hampir masuk ke fatrah imtihan thani, langsung tidak di sentuh buku sirah itu, ia menerangkan dengan spontan lagi mantap, supaya pelajarnya mengambil ibrah penuh wibawa, bukan kerana kertas imtihan, limaza antum la a'arif?! haaza muskilah..

Mana taknya di dalam kuliah tiada yang dapat mendapat jawab soalannya siapakah Zainab Binti Jahs, kuliah sirah setiap hari rabu itu yang terdiri dari bangsa Arabiah, Thailand, Brunei, Malaysia itu jadi senyap, malah membisu seperti"kanak-kanak mendapat aiskrim setelah penat menangis memintanya pada bapanya" di tepuknya meja pensyarah itu, lagi senyap tullabul ilmi ketika itu, mujurlah saya teringat sedikit bahawasanya Zainab Binti Jahs inilah yang menjadi zaujah kedua bagi diri Rasullullahi Sollallahu alahi Wassalam setelah Zaid bin Harishah sahabat baginda yang hebat..itu sahaja dapat ku jawab bagi mengisi sedikit masa yang terlalu senyap di bilik kuliah bersama duktur pakar fikrah itu, alhamdulillah duktur menerima lantas di ucapkan sukran jazakallah ya malizi, bersyukur barakallah.

Inisiatifku jalankan, setelah berusrah dan bermunaqosah dengan teman-teman, hati menjadi tenang setelah resah sebentar[supaya gelisah bernilai ibadah]..akh solihin teman saya yang hebat thaqofah sirahnya memberi sesuatu dalam munaqosahnya..kerap kali menyoal perihal sirah yang membawa ibrah menajamkan tumpuan kami, sukron iye, maka sekarang Jom kenali zaujah-zaujah Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam..pada rakan pena saya dari team dari dapur itu, apala salahnya sesekali puan-puan memasak sambil mengenali zaujah nabi, malah kebanyakkan sirah nabi menunjukkan isteri baginda sangat hebat dalam Dekorasi rumah tangga, sampaikan mereka bergilir dalam mengikuti siri peperangan Rasululahi Sollallahu alahi Wassalam sebagai sayap kiri perJUANGan.[USAH jemu memberi].

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud, 
“Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah 
yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya
 dan aku adalah yang terbaik dalam mempergauli keluarga ku.” 


Siti Khadijah Binti Khuwailid Radhiallahu anha.
Nabi mengahwini siti khadijah ketika berumur 25 tahun, sedangkan siti khadijah berumur 40 tahun, dan sudah bernikah 2 kali sebelum melamar Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam, 

Suami pertamanya ialah Abu haleh at-tamimi dan Atiq bin a'bid al-mahzumi, kedua-duanya meninggal dunia dan menyebabkan siti khadijah menjadi janda, kemudian 15 tahun setelah berkahwin dengan siti khadijah, Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam diangkat menjadi nabi iaitu ketika baginda berumur 40 tahun. Siti khadijah meninggal dunia ketika nabi memerlukannya, pada tahun  ke sepuluh setelah pengutusan baginda sebagai rasul, baginda sangatlah mencintainya sehingga setelah sepeninggalan siti khadijah barulah Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam bernikah dengan wanita lain..dikurniakan anak-anak ketika bersama baginda, (1)Zainab, (2)Qassim, (3)Ruqaiyyah, (4)Umi kalthum, (5)Siti fatimah dan (6)Abdullah.

Saidatina Sa'udah Binti Zuma'ah Radhiallahu anha.
Suami pertamanya As-sukran bin amru, yang kemudian meninggal dunia ketika pulang dari ethiophia(Habsyah), umur saidatina sa'udah berumur 65 tahun, seorang miskin dan tiada yang akan mengurusinya maka Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam menikahinya sebagai satu pertanggungjawaban.

Saidatina Aishah Binti Abu Bakar Radhiallahu anha.
Bagi merapatkan hubungannya dengan keluarga mulia sahabatnya Abu bakar as-siddiq, maka Rasulullahi sollallahu alaihi Wassalam mengutuskan seorang wanita bernama khaulah binti hakim untuk melamar siti aishah binti abu bakar as-siddiq.

Dan pada ketika itu siti aishah sudah dilamar oleh seorang musyrikkin, iaitu Muth'im ibn Adi untuk anak lelakinya bernama Jabir ibnu muth'im, namun kebimbangannya melihat mungkin anaknya juga akan memeluk islam dibatalkan ikatan itu. Waqi'iyyah orang-orang Makkah ketika itu tiada keberatan menerima  perkahwinan siti aishah, kerana walaupun masih muda namun mengerti sebuah tanggungjawab dalam perkahwinannya.

Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam bertunang dengannya selama 2 tahun sebelum mengahwininya dengan hantaran sebanyak 200 dirham, Saidatina Aishah wafat ketika di madinah, bulan ramadhan tahun 58 hijriah.

Saidaitina Hafsah Binti Umar Radhiallahu anha.
Hafsah adalah puteri daripada Saidina Umar Al-Khattab, suami pertamanya ialah Khanish bin khuzafah as-shahmiy yang telah gugur syahid di dalam peperangan UHUD.

Pada mulanya Umar meminta Uthman mengahwini anaknya, tetapi uthman menolak kerana isterinya baru sahaja meninggal dan belum mahu berkahwin lagi, kemudian umar berjumpa abu bakar as-siddiq dan memintanya mengahwini hafsah, ditolak juga, dan umar mengadu pada Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam, baginda memberi perkhabaran gembira kepada umar al-khattab bahawa hafsah akan berniqah uthman juga akan berniqah sekali lagi.

Maka akhirnya, Uthman bin Affan mengahwini puteri Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam dan baginda sendiri berniqah dengan Hafsah Binti Umar. Hal ini telah menggembirakan kedua-dua sahabat yang hebat itu. Wafatnya pada tahun 41 hijriah di Madinah.

Saidatina Zainab Binti Khuzaima' Radhiallahu anha.
Dalam sirahnya beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Jahs, yang telah syahid dalam peperangan UHUD, merupakan sepupu Rasulullahi sollallahu alahi wassalam.

Maka dalam usia tua Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam mengahwininya bagi memberi satu amanah pada diri baginda, maharnya hanyalah sebanyak 400 dirham, dan wafat di Madinah(yathrib), pada  rabi'ul akhir tahun 4 hijriah, iaitu setelah 3 bulan perkahwinannya dengan nabi Sollallahu alahi Wassalam.

Saidatina Hindun Binti Abi umayyah Radhiallahu anha.
Lebih dikenali dengan ummu salamah, Suami awalnya adalah Abu salamah abdullah bin abdul assad, juga sepupu bagi Rasullullahi Sollahu alahi Wassalam, suaminya itu telah meninggal dunia dan meninggalkan dirinya dalam keadaan faqir dan miskin bersama anak-anaknya.

Saat itu umurnya berusia 65 tahun, dan beberapa sahabat, iaitu Abu bakar as-siddiq meminta untuk mengahwininya bagi menanggung deritanya lantas ditolak disebabkan kecintaan pada suami yang pertama.

Maka Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam mengahwininya setelah itulah baginda merawati anak-anaknya, barulah beliau bersedia dengan kehidupan yang baru dan bahagia, dan pastinya ia termasuk dalam ahli bait nabi yang dijanjikan syafaat oleh baginda di akhirat nanti.wafatnya pada bulan syawal tahun 61 hijriah.

Saidatina Zainab binti Jahs Radhiallahu anha.
Merupakan puteri kepada ibu saudara Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam, iaitu umamah binti Abdul mutalib, Pada mulanya perkahwinan ini diaturkan oleh nabi dengan zaid bin haritshah(merupkan anak angkat baginda), 

Namun perintah Allah dirakamkan didalam Surah al-ahzab:37, setelah ditalakkan Zainab binti Jahs yang cukup tempoh iddahnya, maka diperintahkan Rasulullahi Sollahu alahi Wassalam mengahwininya, kerana tiada sekufu dalamnya bagi menjamin kebahagiaan dan hikmah disebaliknya.Wafatnya pada tahun 20 hijriah di Madinah.

Saidatina Juwairiah Binti Harith Radhiallahu anha.
Suami pertamanya ialah Masafi' bin Safwan, beliau merupakan anak kepada pembesar yahudi bani mustaliq, al-harith al-yahudi, dan Rasulullahi Sollahu alaihi Wassalam menyeru bani musthaliq memeluk islam, dan ketika kemenangan tentera islam dalam peperangan itu ditawan Juwairiah dan beberapa wanita yahudi yang lain.

Setelah itu datang bapanya untuk menebus dirinya, nabi memintanya memilih samada mahu memeluk islam ataupun sebaliknya, diberikan hak memilih maka dipilihnya islam dan menyatakan bahawa Rasululllahi Sollallahu alahi Wassalam adalah nabi utusan terakhir, dengan itu diselamatkan Juwairiah dengan dikahwininya oleh baginda, setelah itu mengikut sirah, ramai dikalangan Bani Mustaliq memeluk agama ISLAM. Wafatnya pada tahun 56 hijriah di Madinah Al-munawwarah.

Saidatina Safiyyah Binti Huyyay Radhiallahu anha.
Mempunyai suami terdahulu iaitu Salam ibnu musykam, kemudian Kinanah ibnu ar-rabi' keduanya dari bangsa yahudi, ayahnya pula Huyyay ibnu Akhtab juga adalah dikalangan Yahudi bani nadhir.

Rasulullah Sollallahu alahi Wassalam membebaskannya di peperangan KHAIBAR, serta mengahwininya, serta memuliakan taraf wanita itu dengan sebaiknya bukan seperti yang dilakukan kaum asalnya dahulu. Mahar perkahwinan dengan safiyyah ialah pembebasannya.
Wafatnya pada tahun 50 hijriah di Madinah.


Saidatina Ramlah Binti Abi Sufiyan Radhiallahu anha.
Lebih dikenali dengan panggilan ummu habibah, suami pertamanya ialah abid allah jahish,yang telah meninggal dan dia menetap di ethiopia(habsyah) kemudian beliau tinggal di habsyah, Raja habsyah iaitu raja najasyi telah pun mengatur perkahwinan dengan baginda sollallahu alahi wassalam, dengan maharnya sebanyak 400 dinar.

Dan menetap bersama  Rasullullahi Sollallahu alahi Wassalam. di madinah ketika nabi berusia 60 tahun, dan ummu habibah ketika itu dalam lingkungan 30 tahun.meninggal pada tahun 44 hijriah di Madinah.

Saidatina Maimunah Binti Haritsh Radhiallahu anha.
Mempunyai dua orang suami terdahulu iaitu, Mas'ud bin amru bin amir as-saqofi, dan kedua Abu rahma bin abdul ghazi, masih berumur 36 tahun ketika berniqah dengan Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam yang berusia 60 tahun ketika itu.

Perkahwinannya memberikan kesan pada penduduk makkah menerima ISLAM dan dakwah nabi, beliau berjumpa sendiri dengan Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam bagi memeluk ISLAM dan meminta agar nabi mengahwininya.Meninggal dunia di Makkah Al-mukarramah pada tahun 51 hijriah. 

Saidatina Mariah Binti Sam'uun Radhiallahu anha.
Dia awalnya hanyalah seorang pembantu mulia bagi menguruskan rumah tangga Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam, yang telah dikirim oleh Raja mesir ketika itu.

Dia sempat melahirkan anak yang diberi nama Ibrahim, dan Ibrahim akhirnya meninggal dunia ketika berusia 18 bulan, Nabi sangat sedih dengan kematian anaknya itu, namun memberi hikmah dibaliknya. Mariah akhirnya meninggal dunia 5 tahun kemudian iaitu pada  tahun 16 hijriah di Madinah, di sirahkan dengan Umar Al-khattab telah menjadi imam solat jenazahnya dan di kebumikan di perkuburan Al-Baqi'.

Penutup; Mudah-mudahan sedikit sumber ini memberikan inspirasi terhadap umat islam yang mengaku mencintai Nabi Sollallahu Alahi Wassalam serta ahli keluarga Baginda, sesungguhnya sedikit sukar yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang menyusahkan,
[Supaya gelisah bernilai IBADAH].

Sumber; Ar-Rahiqul Makhtum, Fiqh sirah, Sirah Ibnu Hisyam, www.mrafamily.com.
Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang