26 Februari 2015

Belangsungkawa TGNA. Allah teguhkan lelaki beriman hingga akhir.

0 komenan


TGNA seorang tokguru ikutan abad ini.

Setelah hampir dua minggu al-marhum tokguru meninggalkan kita semua, adalah rasa kehilangannya mula dirasai.

Bagi orang beriman mereka merasai Ulama' ini bukan sahaja meninggalkan jasadnya tetapi membawa ilmunya yang bermanfaat untuk ummah ini. Moga saham wakaf ini kekal membawa al marhum tokguru bertemu Tuhan Yang Maha Agong.

Kata-kata memberi tasyji'(motivation) buat diri.

Saya tiada pengalaman manis bertemu tokguru cuma pernah bersalam dengannya, seterusnya berharap(atamanni) tokoh ummah ini dihayati oleh generasi mendatang,  namun tokoh ummah ini akan dibekalkan untuk anak cucu suatu masa nanti, biiznillah.

Sehingga saat ini saya masih ingat kata-katanya sebagai bekal kehidupan..

"...Nyawa kita ini ibarat lampu pelita..bila-bila masa sahaja boleh terpadam.."

Sedeqahkan Al-Fatihah buat almarhum TGNA.


04 Februari 2015

Perniagaan Sunnah Nabi : Praktikal.

0 komenan
Minat Baharu

Menjengah 2015, saya sudah 6 tahun mempunyai blog peribadi seperti orang lain.

Minat saya sudah menjadi lain dari tahun ke tahun berikutnya. Alhamdulillah dikurniakan rezeki dan ilmu dari Alloh.

Terbaru sejak berkhidmat menghadapi pelanggan rasmi di UiTM (Student) banyak benda baru berlaku pada diri saya. Termasuklah untuk berniaga.

Rupanya, sunnah Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wa Sallam sejak Baginda berusia 12 Tahun menceburi bidang perniagaan dengan konsisten (istiqomah) dan amanah membuatkan Baginda tidak jemu berniaga malah di sukai ramai pembeli (customers).

Produk Islamik Education Kids (Pendidikan Islam Kanak-kanak)

 IPad Islamik Moden mendapat hati di kalangan Parenting.


Apabila kakak (pensyarah uni. tempatan) beritahu gaji dia berniaga melebihi pendapatan tetapnya, saya semakin sukar percaya dan akhirnya saya hadapinya sendiri.

Segala puji bagi Allah, dengan niat ingin menyebarkan dakwah bermula zaman kanak-kanak yang semakin dihujani hegemoni barat, produk saya sering mendapat 'PM' orders dari ramai pelanggan waimma sedia ada(setia) ataupun yang baru.

Semoga Allah berkati perniagaan ini, menjadi salah satu Sunnah pesuruhnya yang Mulia di muka bumi ini. Doakan saya berjaya teman. Saya punya cita-cita, saya pun wawasan agar anak-anak dijauhi dengan gejala gadget yang semakin menggila 100 abad setelah syahidnya mujaddid abad 21 Al-Imam Hassan Al Banna Rahimahumullah.

Berniaga sunnah Nabi, Sollu alann nabiy..

__________________________

Nota perniagaan.

(1) Banyak membaca tips berniaga, tips parenting.
(2) Taamul dengan sirah nabi dalam berjaya dan amanah dalam berniaga.
(3) Rajin ke Pos Laju untuk hantar order customers.

25 Januari 2014

Belangsungkawa: Murobbi Ummah ini, Manir menjadi saksi.

0 komenan
25 Januari 2014.

Bismilahirrahmanirrahim.

Kesedihan yang terlalu besar maknanya.

Dua berita yang didengari tentang dua guru, murobbi ummah umumnya.

Saya yang begitu sedih dihujam dengan hati yang sayu, alangkah sedihnya ummah ini bersaksikan ulama' terbilang dijiwa mereka pergi satu persatu.

Tahun yang lalu, Al fadhil(AF) ustaz azizan (almarhum) kini Tuan Guru Ustaz Haron Taib mengikuti jejaknya, bahkan jejak ulama' terdahulu.

Muktamar lalu di dewan MBSA Shah Alam, rupanya adalah akhir kedipan mata saya melihatnya, semua menceritakan tentang Al Marhum Ustaz Haron Taib, sudah tentulah tokoh ini adalah susuk peribadi yang begitu istemewa ?sehingga menjadi perbualan ramai orang ?


[TGHA yang ziarah Ustaz Harun Taib di HSNZ Kuala Terengganu]

[ manakala TG Harun Din yang dikejarkan ke IJN, semoga Allah beri kesembuhan, syahullah syifa'aan 'ajilann ]



Ghairah untuk berjihad.

Sudah tentulah tokoh ini cukup-cukup bernilai buat masyarakat, saya sempat bersembang kisah dengan sang isteri, ustazah basyirah yahaya yang merupakan insan beruntung dibesarkan bersama anak-anak almarhum, beliau menceritakan perihal Ustaz Harun Taib dengan hebat.

Lebih daripada itu dalam subjek master UKMnya beliau menyahut cabaran membuat kajian tentang tokoh ini, trilion mabruk buat sang isteri.

Adapun saya menanamkan hasrat menerbitkan kertas kerja mengenai kajiannya biiznillah.

Sebegitulah hasrat saya yang ghairah untuk berjihad.

Ustaz Haron Taib pula menunjukkan jalan pada kita semua, beliau telah menyumbang pada ummah, adakah saya tidak ada picisan tulisan demi ummah?

Allahu, teringat satu Hadith Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam:


من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل الله
Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari Radhiallahu Anhu,

Rasululluhi Sollallahu Alayhi Wasallam bersabda:
"..siapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang 
tertinggi, maka ia berada di jalan Allah.."

[Direkodkan Riwayat Muttafaqun alaih, Imam al-Bukhari dan Muslim]

DUN Manir & kubang lembek menjadi saksi perjuangan mereka terdahulu.

Kita doakan Al Marhum bersama para syuhada' yang berjuang fi sabilillah umur mudanya digunakan ke jalan menegakkan Islam bahkan beliau menjadi pengimbangtara untuk para aktivis terus berjuang tanpa mengutip kemuncup dalam perjuangan ini.

Allahu, berilah kami mengikuti jejaknya.

Dun Manir, kubang lembek menyaksikan kaki-kaki mereka yang berjuang fi sabilillah. Moga Allah beri keredhaanNya pada semua pejuang Ugamanya.

[ Al-fatihah, sumber iluvislam ]

____________________________

Nota Tasyji'

(1) Kajian tentang tokoh dapat mengenalkan kita tentang Almarhum, insyaallah.
(2) Kita doakan agar segala usaha Al Marhum menjadi amal pahalanya di dunia ini.
(3) 25 Januari, merupakan peristiwa beliau ditarbiyah dalam Ikhwan Muslimin di mesir sekaligus mengisahkan peristiwa penting kader dakwah IM dalam peristiwa Khomsah wa isrinn.
(4) Marilah kita yang membaca, sedeqahkan Al Fatihah pada Al marhum dan takziah pada ahli keluarganya.

16 Oktober 2012

Qasidah of the day: Ya Hanana.

0 komenan
Ya Hanana, menguatkan jati diri.

Saya memulai hari-hari alam pekerjaan & tercari-cari semangat baharu, adakalanya saya ke usrah bersama ustaz fakhrulrazi(grad Jordan-Uni. Of Jordan-Phd USIM) beliau mengajarkan saya dan teman-teman lain erti cinta ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu Alayhi Wasallam.

Dan alhamdulillah ia sedikit sebanyak memberi kesan supaya setiap kehidupan kita sentiasalah mencintai Baginda Sollallahu Alayhi Wasallam kerana syafaat dan mukjizat Baginda takkan mati sehinggalah ke hari kiamat.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang diberi syafaat oleh Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam. Allahumma amin.

Antara yang menarik, mungkin ianya memberi kita semangat untuk teruskan kehidupan yang pelbagai ragam ini, maka saya syorkan dengan menghayati Qasidah oleh Syeikh Habib Syech Ali As-Saqaf ini sebagai semangat jatidiri, permulaannya ia telah mencelikkan mata saya, kerana pertama kali mendengar kalimah yang di qasidahkan. Tapi saya percaya pendengar diluar sana pun ada yang telah mendengar kumpulan nasyeed in-team menperdengarkannya.

Semoga setiap hari kita ada zikr, yakni peringatan untuk mengingatkan kepada Nabi yang kita cintai Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam.

Jom hayati lirik-liriknya.


















______________________________

Nota Qasidah.

(1) Semoga ia bermanfaat untuk menguatkan hati kita dari cabaran-cabaran yang melemahkan iman.
(2) Setiap hari kita untuk mencintai Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam.
(3) USAH jemu berjuang.

26 Julai 2012

# Madrasah Romadon: Membaca Al-Qur'an & Tadabur.

0 komenan
"..Tiada ucapan paling layak diucapkan oleh hambamu yang lemah dan berdosa ini...Wahai Allah Yang Sifatnya Al-Ghaffar(Yang Maha Pengampun) ampunkanlah dosa hamba Mu ini, janganlah hamba keluar dari madrasah ramadhanmu dengan penuh kerugian dan menyesal tiada guna..Allahumma aminn.."

Detus hati saya yang berdoa agar ramadhan yang Allah jadikan ini, tidak pergi dengan begitu sahaja.





Allahu..Ramadhan kali ini saya sudah berada di Tanah Air, suasana yang cukup berbeza..ketara memerlukan iman yang kuat.


Alhamdulillah, dalam suasana ini..bekalan iman terus dipasakkan dalam hati agar Bulan Al-Qur'an ini tidak pergi sia-sia, agaknya bagaimana teman-teman seluruh dunia milik Allah ini menghadapi bulan Ramadhan iya? Semoga dalam nusrah Allah sentiasa.


Bulan Al-Qur'an disebut ramai orang.


Waimma lepasan ijazah syariah dari universiti mu'tah Jordan, saya akui bacaan Al-Qur'an saya lebih terasa zhuqnya berbanding belajar di peringkat sekolah dan diploma dahulu..tatkala saya memahami Al-Qur'an berperingkat-peringkat... terasa sangat ilmu itu semakin kurang, waimma saya bukan penghafaz Al-Qur'an yang kamil seperti kebanyakkan teman-teman sepengajian yang lain.


Namun dek belajarnya Ijaz' Al-Qur'an, Ulum Al-Qur'an, saya merasakan ia sangat bermanfaat dalam bacaan saya dari setiap helaian ke helaian yang lain untuk merasai nikmaatnya membaca Ayat-ayat suci yang diturunkan Allah itu...subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar...


Maka benaarlah status yang dibuat Ustaz Nik Mohamad Abduh berikan, bahawa Ramadhan ini bulan pejuang agamanya, bulan membaca dustur apa yang kita perjuangkan..


Maka jomm saya kongsikan apa yang dirasai oleh Ustaz Nik Mohamad Abduh, sesuai untuk kita hayati bagi meneruskan perjuangan tanpaa jemu dalam bulan ini...


Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Antara saat kecergasan iman saya yang sentiasa dalam ingatan adalah tahun saya menghafal al Quran semasa belajar di India dulu. Oleh kerana saya mula menghafal al Quran selepas tamat pengajian menengah tinggi (berbanding adik-adik/anak-anak kita hari ini yang mula memasuki sekolah tahfiz selepas tamat UPSR), saya sudah dapat memahami makna al Quran walaupun masih bertatih.

Dari helai ke helai dan berpindah dari satu surah ke satu surah yang seterusnya, saya begitu menikmati bacaan dan hafalan dengan khusyu' sekali. Adakalanya saya diberi kenikmatan menangis semasa menghafal. Sungguh mengingati saat- saat cergas iman sebegitu..

Hari ini, dalam kesibukan tugas dan hiruk-pikuk kehidupan yang penuh ujian, saya kehilangan rentak untuk menikmati saat- saat indah masa remaja dahulu.

Hanya satu saat yang sentiasa ditunggu- tunggu oleh saya dan saya kira, oleh semua para huffaz al Quran, untuk mengembalikan saya ke tahap kecergasan lama yang tak terlupakan. Saat itu ialah kehadiran bulan Ramadhan yang penuh barakah.

Kami akan berusaha memperuntukkan masa sebanyak-banyaknya untuk hidup bertemankan al Quran, mengulang hafalan, memanaskannya dengan menjadi imam solat tarawih di samping memberikan tazkirah Quraniah sepanjang Ramadhan.

Walaupun kunjungan bulan Ramadhan hanyalah sekejap, tetapi ia adalah nikmat tak terkata daripada Allah yang maha pemurah dan penyayang.

Marilah bersama hidup bertemankan al Quran. Allah sentiasa hadir dengan rahmat, kasih dan sayang. Selagi kita bersedia dengan hati yang insaf dan taubat, saat cergas iman akan terus bertandang memasuki ruang hati kita, taman syurga di kehidupan fana.
_________________________________


Nota Cerdas Al-Qur'an.


(1) Pesanan Ramadhan ini bagi mereka yang tadabbur dengan ayat Al-Qur'an sahaja, teringat naqal Dr. Amin Buttush yakni Pakar Ulum Qur'an & Hadith, Sirah dll, iaitulah Dr. di Universiti saya pernah beritahu..ada seorang Ulama' di malam perkahwinannya beliau mampu mengkhatamkan Al-Qur'an sebanyak 3 kali...Allahu, saya menduga dialah orangnya... kita nanti di malam perkahwinan bagaimana?

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا



(2) Imam asy-Syafie pernah mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan! (lihat Kitab Siyar A’lam an-Nubala’ 10/36)


(3) Formula khatam Quran Bulan Ramadhan. Baca 2 helai (4 muka surat) Quran setiap kali habis solat fardhu.
4 muka surat x 5 kali solat = 20 muka surat (1 juzu')
1 juzu' x 30 hari = 30 juzu' (1 Al-Quran)

Selamat mencuba!

P/S: Formula ni sekadar alternatif, jika mahu membaca banyak helai lebih afdhol.




15 Jun 2012

Belangsungkawa: Ustazul Murobbi Al-Marhum Ustaz Yahya Othman.

0 komenan
Muqaddimah.


"....Sedih tetapi syahdu..." sebegitulah berita mengejutkan buat mereka yang mengenali, waimma mencintai Al-Marhum Ustazul Murobbi Ustaz Yahya Othman.


Saya mendapat berita itu seawal pulang dari urusan terakhir...menjelang esok yakni 15 Jun 2012...pulang ke Malaysia meninggalkan bumi ashabul kahfi ini.


Selaku mukmin yang beriman, mari kita sedeqahkan Al-Faatihah kepada Ustazul Murobbi buat pemuda-pemudi Islam ini.





Marah, media tidak menerangkan.


Tatkala, ummat dilanda kebejatan, kebanjiran fasad atau maksiat...Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang Maha Penyayang..mengambil nyawanya untuk diangkat ke tempat yang lebih mulia..ila rubbul izzati.


Media semasa sepatutnya menerangkan siapa Ustaz Yahya Othman!


Nah ini jawaban untuk yang tidak mengenali Al-Marhum.






Doakan untuk Al-Marhum.


Allah..memberkati seluruh jiwa dan raga Al-Marhum Ustaz Yahya Othman, beliau merupakan kilang mengeluarkan jundi-jundi, pejuang AgamaNYA.


Semoga amanlah Al-Marhum di sana. Allahumma Ameen.


Mendapat kemulian di dunia, dengan khusnul khatimah. Semoga kita yang tinggal meneruskan perjuangannya tanpa rasa jemu.


Maha Benar firman Allah SWT.


… Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat Meliputi PengetahuanNya” [Luqman 31: 34]






__________________________________


Nota Terakhir di musim panas.


(1) Menyusuri kehidupan Al-Marhum membuatkan saya mengusap airmata sendirian...Allahu.
(2) Mendapat berita ini seusai saya siap menguruskan urusan pulang ke Tanah Air setelah tidak pernah pulang. Ini tasyji' buat diri saya.
(3) Semoga kemenangan Islam semakin mampir.





03 Jun 2012

Syair TGNA di himpunan kemenangan Iman Xpresi Hijau ke Putrajaya.

0 komenan

YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Al-Mursyidul Am, menaqalkan satu syair arab yang meruntun jiwa pejuang agama Nya.








و قلت يا أمـــلي في كل نائــبة * * و من عليه لكشف الضر أعتمد
أشكو اليك أموراً انت تعرفها * * ما لي على حملها صبر ولا جلد
و قــد مددت يدي بالذل واقفة * * يا خير من مدَت اليه يد
فلا تردنها يـــا رب خــائبة * * فبحر جودك يروي كل من يرد


Semasa orang lain semuanya tidur nyenyak..
Ya Allah, aku bangun ketuk pintu-Mu bawa unggun harapan.
Aku merayu padaMu sepanjang malam,
Bagaimana pedihnya penderitaan yang aku pikul.

Aku bermadah, wahai Tuhan, kerana Kamu adalah tumpuanku,
Bila saja bala menimpa.
Bahawasanya Kamu sajalah tempat aku berpaut,
Aku mengadu padaMu aneka penderitaan.
Kamu tentu tahu sepenuh-penuhnya.

Kesabaran aku sudah mulai luntur,
Daya tenagaku sudah mulai lemah lesu,
Oleh itu padaMu Ya Allah aku menadah tangan dengan cukup hina,
Kerana Kamu Zat yang memang layak sepenuhnya untuk ditadah.
Tolonglah Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi.
Limpah kurniaMu seluas lautan, akan memuaskan siapa saja yang menghirupnya.

Syair arab yang di bacakan tadi[Himpunan Expresi Hijau Ke Putrajaya] oleh Tuan guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

___________________________________________

Nota & Istifadah.


(1) Sesungguhnya jalan kemenangan Islam semakin hampir, semoga pemuda pemudi beriman sentiasa istiqamah perjuangan.
(2) Himpunan ini merupakan himpunan keimanan yang dibasuhi munajat pada Allah SWT pemilik Kerajaan Langit dan Bumi.

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang