04 Mac 2012

Sekufu': (Setaraf) Dalam Perkahwinan.


Maka siapa yang tahu makna 'sekufu' maka dia akan bahagia...tau..ingat molek tu..


Muqaddimah.

"..Pipit sama pipit, enggang sama enggang.."

Bahasa melayu kan terlalu banyak peribahasa, perumpamaan, kiasannya..
Cuma saya tambah lagilah.

"..singa sama singa, rimau sama rimau.."

"..kuman sama kuman, gajah pun mestilah sama gajah jugak.."

dan banyak lagi...adapun perumpamaan yang dibuat, maksudnya tetap sama, maqasidnya juga sama iaitu menggambarkan apa yang saya nukilkan kali ini iaitu jelas erti kufu' ini.

Dalam perbincangan yang lalu kita berbincang mengenai ciri-ciri ideal yang ditetapkan oleh para Ulama' Fiqh. Disebut di antara kedua pasangan itu tidak mempunyai jurang perbezaan yang terlalu jauh dari segi status sosial kerana ciri ini melahirkan rasa hormat menghormati antara bakal suaminya atau bakal isterinya.

Mudah-mudahan di zaman yang penuh cabaran getir buat seorang pemuda waiima pemudi..menggunakan kebijaksanaannya dan prinsip dalam diri meraka dalam menilai. Ingatlah teman...Islam merupakan Agama yang membawa rahmat untuk penganutnya, Islam menggariskan hukum di samping ada jalannya, di saat kita tension dan penat berfikir+berzikir mengenai menuju ke alam pernikahan Islam muncul sebagai solusinya. 

Subhanallah hebat kan Agama Islam kita ni.


Jangan hanya syurga dunia..

Kerana Islam menggariskan peraturan yang wajibat dipatuhi oleh penganutnya, maka setiap aturan itulah membawa maslahah(kebaikkan) pada diri manusia.

Apakah maqasid(tujuan) perkahwinan? Ingat kan apa yang saya tekankan sebelum ini..kalau kawan-kawan clear hal ni, insya'allah dipermudahkan Allah..barakallahu fik..

Adapun begitu, sebahagian imam-imam dalam mazhab feqah berpandangan tentang hal kufu ini. Jom lah kita kaji, mudah-mudahan beroleh ilmu nan bermanfaat.

Apakah hukum kufu'(setaraf) dalam perkahwinan dan sudut-sudut apakah yang dikira sebagai sekufu'?

Para Ulama' Fiqh berbeza pendapat mereka tentang hal ini...


(A) Sebahagian Ulama' mensyaratkan adanya kufu' antara calon suami dan isteri, iaitu antara keduanya mestilah setaraf, umpama perumpamaan melayu itu.."..berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" 


Kata Auntie Aun: You kalau nak anak i ni..you mesti sama ukuran tinggi, i nak sama wokey..kalau tak..jangan haraplah, you tak penah dengar ke peribahasa melayu yang kita sanjungi..berdiri sama tinggi..duduk sama rendah...


Kata kita: err..takpelah auntie, anak auntie tu tinggi umpama klcc...susah pulak saya nanti..nak kena ukur baju baju rayanye..udah confirmlah tu 2,3,4,5,6,7, 100....pasang..semuanya ukuran kali hasta setiap satu 27mx270m tak mampulah saya..tak jadilah...cencel..cencel..


Bukanlah bermaksud sama, semuanya mesti mengikut kemahuan nafsu sesetengah manusia di atas ini...namun masih ada di dalam masyarakat am melayu masih mengambil ini..sebagai jalan mengikut adat merekalah tu..


Akan tetapi, kufu' yang diiktiraf Ulama' Fiqh hanyalah dalam sudut Keagamaan dan Akhlak. Antara keduanya hendaklah setaraf dari sudut Keagamaan dan Akhlak, Kekayaan, kebangsawanan, Kehartawanan, kejutawanan dan lainnya itu tidaklah dikira. Kerana itulah orang miskin berhak mengahwini wanita jutawan..orang golangan bawahan berhak mengahwini golongan atasan..selama mana seorang pemuda itu beragama dan berakhlak molek lagi baik.


Maka dalam hal ini, para wali tidak berhak menghalang atau menganggu gugat perkahwinan orang di bawah perwaliannya selama adanya syarat-syarat ini (Beragama+Berakhlak).


1. Allah SWT berfirman:


"..Wahai manusia! Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa( banyak bangsa di dunia ini) dan berpuak-puak tujuan supaya kamu saling berkenalan, Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa.."

[Surah Al-Hujurat : Ayat 13]#


Ayat ini menjadi wajhu dilalah(dalil yang sama digunakan) dalam persamaan taraf antara semua orang Islam di atas muka bumi Allah yang luas ini, dalam waktu yang sama Allah memperlihatkan pada kita penciptaanNya yang Agung, punyalah banyak bangsa-bangsa dan puak-puak yang dijadikan semenjak zaman Nabi Allah Adam Alaihissalam sehingga ke zaman Baginda Nabi Muhammad Sollallahu Alayhi Wasallam, namun yang taat perintah Allah sahaja yang dimasukkan ke dalam Syurga Nya kelak.


Tidak ada perbezaan antara meraka, tidak siapa lebih mulai dari yang lain kecuali beliau sangat bertaqwa(beribadat kepada Allah & takut segala azab seksanya), maka dialah insan yang bertaqwa, orang arab sekalipun, kalau beliau buat zalim pada rakyat, membunuh rakyat sendiri, macam Bashar Assad tu..maka tidak ada darjatnya disisi Allah. Nilai pada Allah adalah Taqwa waiimma beliau hanya seorang pengembala kambing japnapari tetapi beriman dan taat perintah Allah setiap waktunya.


2. Abu Hatim Al-Muzni meriwayatkan, bahawa Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam bersabda:


"...Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya(untuk meminang) maka kahwinilah dia. Jika kamu tidak berbuat demikian akan berlakulah fitnah dan kerosakkan yang besar di atas muka bumi. Mereka berkata: Ya Rasulullah, walaupun ia mempunyai sesuatu(kekurangan)? Rasulullah bersabda: Jika datang kepada kamu orang yang kamu redhai(rasa selesa, berkenan) kerana Agama dan Akhlaknya, 
maka kahwinilah dia. Nabi SAW bersabda demikian sebanyak tiga kali.."

[ Hadith riwayat At-Tirmidzi Rahimahumullah: 209H-279H ]


Dalam hadith ini Baginda Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam ini, menunjukkan pada kita banyak perkara, Rasulullah SAW sangat memahami isi hati manusia dan menggariskannya supaya sesuai dengan ummat di zamannya ini, Baginda SAW memerintahkan para wali(mengikut tartib wali-mazhab syafe'i Bapa, Datuk dan seterusnya ke atas) supaya mengahwini anak perempuan mereka dengan siapa sahaja yang datang meminang asalkan dia orang yang baik sudut Agama dan Akhlaknya.


Maka kufu' yang dikira hanyalah "beragama dan berakhlak mulia". Lain-lain perkara tidak termasuk perhitungannya. Dan Rasulullah SAW, memberi amaran bahawa jika perkahwinan didasarkan kepada unsur-unsur selain agama dan akhlak itu tadi nescaya akan datang fitnah dan kerosakkan besar dalam gaya hidup manusia.


Al-kisah suatu ceritera..


Makcik A : saya tengok budaknya bagus bang...selain pendidikan Agamanya yang jelas yang diajarkan mak bapaknya, dia pun rajin ke surau, masjid..siap bagi tazkirah lagi..kadang-kadang tu.. dia bukak kuliah " fiqh mar'ah " untuk muslimat cawangan kita bang..kira baguslah tu..dia praktikkan apa yang dituntut di oversea tu..oraitlah dia pun udah masuk greenlight anak kita bang..


Pakcik A : iyeke..nanti dulu..saya nak uji ketahanan mental dan fizikalnya dulu.. tanye sikit tasrif fe'el madhi, mudori' dan fe'el amar..pastu, saya nak suh dia ceramah malam ni kat balai raya jkkkkkk, macam mane dia handle dan berhadapan ummat macam tuu..oraitlah kalau awak pun setuju..saya pun okey je..hamdulillah..


Makcik B : Yang penting dia meminang anak kita dengan mahar 23k disaluti cincin bebelang-belang rotan asli lagi mahal berkelip-kelipan..pastu..kereta untuk hantar rombongan sahaja, lambor ghini highest sport rim 17..teringin saya tengok anak saya dalam wedding ala-ala prince william&pasangannya tu..ala yang bakal naik waris takhta Raja Britain tu...lagi pulak sekarang musim festival pengantin kan..kena ar lumba2 sertai..hm macam saya pulak pengantin ni..ngee..awak setuju tak ni?


Pakcik B : yer..betul tu..setuju..cantek..layaknya anak kita camtu..supaya hidupnye nanti tidak lah merempat tepi jalan, nampak dah jalan dia nanti lepas berumah tangga...kan, lagipun Nabi pesan supaya kita memilih calon dari sudut kekayaan..kejutawanan..kehartawanan..kewartawanan..kan..kan..


Mudah-mudahan kufu' yang digariskan Baginda Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam..difahami jelas, jangan bias pada unsur yang lain, kerana itulah Agama dan Akhlak menjadi prioriti yang utama, mengelakkan fitnah dalam masyarakat.


3. Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam telah meminang Zainab Binti Jahsyi sepupu beliau untuk Zaid Bin Haritshah. Zainab telah menolak pinangan dam saudaranya Abdullah juga menolak pinangan itu, Penolakkan ini didasarkan kepada keturunannya(iaitu Zainab Binti Jahsyi) adalah dari keturunan bangsawan Quraisy ketika itu, walhal Zaid Ibnu Haritshah hanya seorang bekas hamba, peristiwa ini berlaku dan Baginda SAW terus meminangkan bagi pihak Zaid sehinggalah turun ayat Al-Qur'an:


"..Dan tidak patut bagi lelaki dan wanita mukmin apabila Allah dan Rasul Nya
telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan mengenai
urusan mereka. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul Nya, maka sungguhlah dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata"

[Surah Al-Ahzab : Ayat 36]

Maka dengan penurunan ayat ini menyebabkan Abdullah iaitulah saudara Zainab Binti Jahsyi segera datang menemui Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam dan berkata, "..perintahkanlah pada ku apa yang Rasulullah kehendaki". Maka Baginda SAW mengahwinkan Zainab Binti Jahsyi dengan Zaid Ibnu Haritshah.

4. Abu Huzaifah Radhiallahu anhu telah mengahwinkan Salim(seorang hamba yang dimerdekakan) dengan seorang wanita bernama Hindun binti Al-Walid Bin Utbah Bin Rabi'ah.

5. Bilal bin Abi Rabbah(tika itu seorang hamba yang dibeli dan dimerdekakan oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A) berkahwin dengan saudara perempuan Abdur Rahman Bin 'Auf R.A.

6. Saiyidina Ali Bin Abi Thalib R.A. sewaktu ditanya orang ramai mengenai perkahwinan sekufu' berkata: "..Manusia itu sebahagiannya adalah setaraf dengan sebahagian yang lain..apakah mereka berbangsa arab atau berbangsa ajam(selain arab) ataukah mereka berketurunan Quraisy dan golongan Hasyim setelah mereka memeluk Islam dan beriman.."


Inilah juga menjadi pendapat dalam Mazhab Maliki, Saiyidina Umar Al-Khattab, Ibnu Mas'ud, Muhammad bin sirin, Umar Bin Abd. Aziz dan ditarjihkan oleh Ibnu Qayyim. Menunjukkan sekufu' sebenar melihat kepada yang bertaqwa seperti yang kita bincangkan tadi..Pendapat inilah yang sesuai dengan dasar dan roh Agama Islam yang suci.


Namun jom kita melihat adakah pernikahan atau perkahwinan ini mestilah sekufu'(setaraf) dari pandangan Ulama' Fiqh yang lain...


(B). Ibnu Hazm tokoh nazhab Az-Zahiri menolak sebarang bentuk kufu' dalam menuju ke alam perkahwinan ini. Beliau berkata: "...Mana-mana ummat Islam selama mana dia bukan seorang penzina berhak mengahwini mana-mana wanita Islam(yang juga tidak pernah terjebak dalam zina). Semua penganut Islam adalah bersaudara. Tiada haram bagi anak lelaki dari seorang wanita zanji(satu kaum) yang tidak dikenali keturunannya mengahwini puteri khalifah yang berketurunan Hasyim(satu lagi kaum lain)..dan seorang muslim yang terlalu fasik(sekalipun) selama mana dia bukan seorang penzina..adalah layak bagi seoarang wanita yang fasik selama mana dia(wanita itu) tidak berzina.."


Begitu lah pandangan Ibn Hazm, beliau berdalilkan:


1. Firman Allah SWT:


"..Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara.."

[Surah Al-Hujurat: Ayat 10]

2. Firman Allah lagi:

" Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu sukai, dua, tiga, empat"

[Surah An-Nisa' : Ayat 3]

3. Setelah firman Allah SWT yang menyatakan dengan tegas wanita-wanita(yang haram bagi lelaki) mengahwininya lalu Allah SWT berfirman:

" Dan dihalalkan bagi kamu(mengahwini) wanita-wanita selain itu.."

[Surah An-Nisa' : Ayat 24]


4. Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wassalam telah mengahwinkan Zainab Binti Jahsyi dengan Zaid Ibnu Haritshah dan mengahwinkan Al-Miqdad dengan Dhaba'ah binti Az-Zubair Bin Abdul Muthalib.


Maka dengan bersandarkan dalil-dalil inilah...Ibn Hazm tidak menerima sebarang hujah perkahwinan kufu'(setaraf) yang disyaratkan oleh Ulama'-ulama' Fiqh yang lainnya.


(C). Adapun terdapat pandangan dikalangan fuqaha' mensyaratkan adanya kufu' ini..dalam perkahwinan selain dari.."Agama dan Akhlak" yang kita bincangkan di atas. Di antara yang disyaratkan dalam kufu' iaitu perkara seperti di bawah ini:


(a) Keturunan.


Orang arab setaraf dengan orang arab yang lain. Golongan Quraisy setaraf sama-sama golongan Quraisy. Orang ajam(selain arab) tidak setaraf dengan orang arab..begitulah sebaliknya.


Dalilnya ialah Ibnu Umar RA pernah meriwayatkan bahawa Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam bersabda:


"..Orang Arab sebahagian nereka setaraf dengan sebahagian yang lain,
satu kabilah setaraf dengan kabilah yang lain, satu kelompok setaraf dengan
kelompok yang lain, seorang lelaki setaraf dengan lelaki yang lain(keturunannya) kecuali tukang tenun dengan tukang bekam.."

[Hadith Riwayat Al-Hakim]

Namun, hadith ini disabitkan oleh Ad-Daruquthni mengatakan ia maudhu'. 

Kemudian seterusnya...

(b) Merdeka.

Lelaki hamba tidak setaraf dengan wanita yang merdeka. Lelaki bekas hamba yang dimerdekakan tidak sekufu' dengan wanita yang sejak asalnya merdeka. Lelaki yang pernah menjadi hamba tidaklah setaraf dengan wanita yang keluarganya tidak pernah diperhambakan keturunan Nya, kerana perkahwinan itu bakal mendatangkan " aib " pada wanita yang dikahwini. 

Inilah antara ciri-ciri terdahulu dikalangan bangsa arab.

(c) Islam.

Lelaki dan wanita hendaklah sama-sama berketurunan dari orang-orang Islam.  Waiimalah wanita yang mempunyai ayah dan datuknya yang beragama Islam tidak setaraf dengan mana-mana lelaki yang tidak mempunyai ayah dan datuk yang beragama Islam.

(d) Perkerjaan.

Wanita-wanita dari keturunan pekerja atau pengusaha yang mulia tidak setaraf dengan lelaki yang berkerja dalam pekerjaan yang rendah.

(e) Kekayaan.

Wanita yang kaya tidak setaraf dengan lelaki miskin.

(f) Selamat dari aib dan cacat.

Wanita yang tidak cacat tidak setaraf dengan lelaki yang cacat.

Jom fahami semula tujuan perkahwinan.

Sebagai kesimpulan tentang sekufu' yang dinukilkan di atas..mereka yang berhak menentukan kufu' ini atau tidak ialah perempuan yang bakal dipinang itu sendiri.

Maka kerana itu wali tidak boleh mengahwinkan orang yang dibawah perwaliannya dengan lelaki yang tidak setaraf kecuali dengan kerelaan perempuan yang hendak dikahwini dan dengan kerelaan(redha) seluruh walinya.

Adapun begitu, jika perempuan yang hendak dikahwinkan dengan lelaki yang tidak sekufu'(setaraf) dengannya tanpa relanya(perempuan tersebut) dan para wali merelakannya hukum perkahwinan itu tetap sah.

Begitu pandangan para Alim Ulama' Fiqh tentang hal ini..dalam hal ini wali adalah mereka yang arif tentang si anak gadisnya, kalau boleh seorang bapa mesti yang mampu membaca lirikan mata anak gadisnya..itu lebih baik, kerana itu besar peranan wali dalam perkahwinan ini.

Sesungguhnya pensyaratan kufu' selain " Agama dan Akhlak " adalah keterlaluan dan berlawanan dengan dasar dan ruh Islam itu sendiri.

Pensyaratan yang dibincangkan itu masih menampakkan ciri-ciri jahiliyyah, iaitu mengkelaskan manusia di mana mereka, walhal Allah telah jelaskan yang paling baik dikalangan manusia seperti kita ini adalah yang " bertaqwa".

Kemudian kita melihat kisah Rasulullah SAW menghapuskan kedudukan kebanggaan keturunan dan kedudukan seseorang manusia itu..dan Islam mengariskan cara yang paling terbaik.

Ingat ke gerbang perkahwinan itu adalah gagasan.

Impian memerlukan pandangan yang jauh..lagi pula kita selaku orang-orang beriman kepada Allah sampailah ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur dan akhirnya sampai ke Syurga Allah.

Teman..jadikan perkahwinanmu itu kenderaan yang membawa dirimu menuju Syurga Allah.

Jangan sekadar Syurga di dunia yang fana ini.


Sabda Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam:

"..Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para Isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil(menikahi) mereka itu dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan kalimah Allah.."

[Hadith Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah RA]

___________________________________
Nota & Bimbingan.

(1) Begitulah pandangan Alim Ulama Fiqh tentang kufu'(setaraf) ini..bahkan pandangan-pandangan inilah yang membawa rahmat(pencerahan) pada ummat.
(2) Ingat apa yang Allah perintahkan pada seorang suami yang bertanggungjawab melainkan dengannya membawa kebaikkan pada isterinya. Mudah-mudahlah ilmulah yang membimbang pergerakkan rumahtangga.
(3) Memohon jutaan kemaafan pada sidang pembaca yg dihormati jika ada yang tersilap bicaranya..anggap lah sebagai satu ibrah dan perkongsian secara santai agar mudah difahami iya.
(4) Doakan anak muda diluar sana..supaya mencari nilai tambah ketika hendak mendirikan gerbang wedding of the year ini..Barakallahu fikumm jami'ann.



0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang