27 Jun 2009

أهلا وسهلا يا شهر رجب


promosi i luv islam1


promosi i luv islam 2


promosi i luv islam 3


.:Seperti semalam sahaja baru terasa masuknya bulan yg Allah Ta'ala give banyak pahala, maka saya berpesan pada diri sendiri, juga pada sahabat-sahabat pastikan kita segera menqada'kan segala hutang piutang yang kita telah lakukan pada hak Allah Taala dengan penuh rasa ikhlas di dalam diri iya. 


Sebelum-belum ini, banyak kisah orang yang tak dapat nak Qada' tiba-tiba dah sampai ke bulan ramadhan, alangkah malangnya kita, sebab itu kadang-kadang kita berasa kurang selesa pada diri sendiri, ibaratnye kita berhutang dengan along itulah, apa kita rasai iya? Maknanye berhutang dengan manusia ni...derah2 je kite nk bayar tetapi dengan Allah Taala...boleh lagi mintak tangguh kan? tak minggu ni, minggu depan...pastu terus tahun depan..namun Sifat Allah Ta'ala Yang Maha Pengampun "Al-Ghaffar" tetap menerima segala yang diminta oleh hambanya...dengan syaratnya kenalah ikhlas padaNYA.

Baru semalam emak ana yang juga seorang guru itu, seusai balik ke rumah dan terus kongsi cerita mengenai anak muridnya di tingkatan 3 itu, sesuaila emak yang mengajar Subjek Pendidikan Islam dan Al-Qur'an..."ustazah nak nanyela kamu, baik korang mengaku..."emak dilatih dengan kemahiran psikologi dan boleh masuk denga student masalah ni...sebab itu beliau ditaklif Guru Kaunseling di sekolahnya, jadinya memang bermacam fe'el pelajar dalam rekod kaunseling yang tebal dan makin tebal,"ustzah nak nanya siapa yang tak habis hutang puasa tahun lepas? orang perempuan takmau tanyala, yang lelaki ni..

pelajar lelaki 1: saya ustazah, tahnn lepas saje ade 4hari, tak masuk tahun yang lepas2, saya tak tahanla ustazah..katanya selamba.      
pelajar lelaki 2: ustazah, tahun lepas saya main meriam pastu dengan saya sekali meletop, kirenya saya cederalah, emak saya cakap orang cedera tak wajib pose kan ustzah? beliau pula bertanya.
pelajar laki 3: saya tak yakinla bape hari tak puasa ustazah sebabnya, banyak tak puasa dari puasa...kata pelajar dengan yakin.
Begitula yang terjadi pada adik-adik di sekolah yang boleh diketogarikan dah baligh tu..itu baru pada sebilangan pelajar tu, abah pelajar tu gane, emak beliau, pakcik dan makcik beliau.. siapa hari ini yang sanggup mengaku begitu ikhlas pabila ditanya..makin besar makin malu kan..tahula malu itu separuh dari iman kan..
Apa yang ingin ana sampaikan, kita ini...mesti rebut sungguh-sungguh peluang@change kali ni bermula dari Bulan Rejab lagi...mudah-mudahan kita Berjaya dan istiQomah…namun pada itu..peristiwa paling dan WajiB buat kita selaku umat Islam yang sayang pada Islam…Bulan Rejab adalah paling mulia disisi Allah Ta'ala dan terkandung didalamnya peristiwa Nabi Muhammad S.A.W diisra' dan dimikrajkan…berapa ramai yang cakna hal perkaitan peristiwa dalam perjalanan Rasulullah S.A.W, bila ditanya saja tarikh barapa rejab Nabi isra’ pun macam biasalah kita…nanya pula abah kita kan..takpun tengok cepat-cepat buku darjah 6 sirah Nabawiyyah tu..nasib baik saja di kalender tu ada annous tarikh 27rejab itu tarikh penting…itu pun kita yang suka sebab cuti..kan.


Kisah utama ketika mana, dada Nabi junjungan mulia dibedah, dan diisikan dengan iman, hikmah serta kesabaran…adalah permulaan kisah isra’ baginda..sebab makam Baginda S.A.W adalah paling mulia disisi Allah Ta'ala sebagai kekasihnya..maka Rasulullah yang maksum terpelihara dari dosa sebelum dan selepas, adalah kekasih pilihan Allah Ta'ala...untuk dibawa berjumpa denganNya, malangnya umat arini ada mengaku jadi nabi melayulah, lebih teruk ada pula yang jadi pengikut keta’subannya..


Sunnah Nabi S.A.W diikut time mahu NiQah, AQiqah sahaja, Nabi S.A.W berjuang berjihad bersungguh-sungguh berapa ramai yang mahu ikut berkorban..mgkin n3 lepas kali ni, ana nk bawakanlah kisah seksaan-seksaan yang diperlihatkan dalam perjalanan Rasulullah S.A.W pada manusia yang lalai sewaktu umur hidup didunia yang sementara ini insya'allah, juga kita jika berpoya-poya hidup didunia ini yang confirm akan menerima seksaan azab dari Allah pada yaumul akhirat nanti..mudah-mudahan kita sedar dan muhasabah  segeralah updated taubat kita..dengan taubatan nasuha, khauf dan roja' kepadaNya, serta menghambakan diri pada Allah Ta'ala dengan iktiqod yg bersungguh -sungguh, insya’allah..amin ya rabb..salam sahru rajabb semua.



0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang