12 Jun 2009

"من لم يحتم بأمر المسلمين فليس منهم"

umat islam adalah bersaudara,
sempadan negara kita..

penduduk kampung solat zohor di sebelah masjid..

:: Kebelakangan ini shj, suasana umat umat menjadi tidak mnentu, bermula h1n1 sehinggalah hal2 jinayat yg melampau2, umat islam ada yg sedar, ada jg yg biase2 shj... ade jg fe'el2 yg lain..mana...taknya, ade segolongan umat yg masih lg tidak faham, konsep sesuatu kemaslahatan dlm islam...terlampau mencanangkan pelbagai kaedah2 agar nampk baik di mata umat yg lain, walhal islam itu sndri tidak myusahkn umatnya dalam apa jua keaadaan sekalipun.. ia agama yg syumul, mrgkumi sluruh aspek kehidupan termasuk politik, ma'nanye sesiapa yg mgasingkn pollitik dr pjuangan islam, maka ia telah mgurangkan sukatan pjuangan islam yg dibawa Nabi S.A.W..


:: oleh sbb demikian, hal perkaitan umat islam dinegara lain, kita tidak dapat mengetahui...bahkan kerap dan mudah sgt lupanya...ana terengat syeikh harun dari parti hamas/palestin yg mai muktmar 55 baru...punyalah beliau mengajak umat islam fil malazia ni...bersma2 menolong umat islam disana...namun segelintir je yg fhm mksud syeikh tu..taule dia ckp bhs arab..time ceramah tu, namun msj yg dibawa jelas, myokong parti islam dan umat islam di seluruh dunia ni..


:: nk citer pasal taklifat di muktamar baru ni..bykle, insya'allah lain kali ana postle yg suwari aritu ke, tak pun gambaq dobt kt sane tu ke...apa yg sedih, ingin di n3kan kali adalah mgenai nasib umat islam di selatan thai...yg baru ni dibunuh ketika berjemaah solat isya' kan..kite kt sini bkn takat, nk solat isya' je..kdg2 azan mgrib pun masih agi tgk citer..upin dan ipinlah, pastu bunyi azan cepat2 nukor cenel lain..mudah2anla adelah rase insaf dalam diri melihat nasib umat saudara kita yg jauh ni...benarlah sabda nabi..mengingatkan"barang siapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam, bukan kalangan umat islam"..


Harian Metro:-
NARATHIWAT (SELATAN THAILAND): Suasana pilu menyelubungi perkarangan Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan di sini apabila orang ramai yang hadir melihat gambar mangsa mati dibunuh ketika menunaikan solat Isyak dikejutkan dengan azan Zuhur dialunkan seorang penduduk tempatan.


Bagaimanapun, solat Zuhur berjemaah terpaksa dilakukan di bawah khemah bersebelahan masjid berikutan keadaan rumah ibadat itu belum dibersihkan sepenuhnya akibat kesan darah dan tembakan.


Difahamkan, tindakan menggantung gambar dan nama mangsa dibunuh serta cedera tidak disenangi pihak keselamatan Thailand kerana beranggapan ia mengundang kemarahan penduduk termasuk dari negara ini yang turut bersedih dengan kejadian berkenaan.


Berikutan insiden itu, tempat kejadian seperti taman larangan apabila dikawal ketat pihak keselamatan terbabit yang membuat kawalan dan pemeriksaan pengunjung yang datang.
Anak seorang mangsa terkorban, Saari Yusof, 31, berkata penduduk mendakwa kampung itu sudah ditanda sebagai kawasan ‘merah’ oleh pihak keselamatan kerana sering berlaku kekacauan.
“Kira-kira empat tahun lalu, dua adik saya pernah ditahan tiga bulan oleh pihak keselamatan sebelum dibawa ke Surathani untuk disoal siasat tanpa alasan munasabah.


“Arwah ayah saya nyaris ditahan, tetapi kerana tiada sebab yang logik, dia gagal ditahan sebelum terbunuh dalam kejadian ini pula,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, Abdul Rahman Daud yang sempat melawat kawasan kejadian melahirkan rasa kesal terhadap insiden terbabit.


“Kami mahu supaya kerajaan mencari pihak yang bertanggungjawab menimbulkan suasana tidak tenteram ini dan pada masa sama tidak wujud syak wasangka dalam kalangan penduduk Islam dan bukan Islam.


“Setakat ini, setiap kali berlaku pembunuhan atau pengeboman, tiada pihak yang pernah ditahan, tetapi akan berlaku tuding menuding antara beberapa pihak sehingga mencetuskan perasaan tidak percaya sesama penduduk,” katanya ketika ditemui, semalam.


Beliau berkata, sememangnya menjadi harapan seluruh penduduk supaya pihak terbabit dapat ditangkap segera sekali gus memulihkan keamanan secepat mungkin.


Dalam kejadian dua hari lalu, 12 jemaah Masjid Al-Furqan dibunuh ketika menunaikan solat Isyak termasuk imamnya, Wan Abdullah Wan Latif, 62.


Sembilan lagi jemaah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat sementara 11 mangsa yang parah masih dirawat di hospital sama.


Kejadian itu insiden tembakan paling buruk dalam masjid di wilayah selatan yang bergolak.


Pada 28 April, 2004, 108 penduduk yang terperangkap dalam kejadian tunjuk perasaan di pekan Takbai terbunuh ketika bertempur dengan pasukan keselamatan serta kejadian di Masjid Kruese yang mengorbankan 32 orang.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang