12 Ogos 2009

Doa menghilangkan rasa berdebar-debar sokmo


Salam ihya' sya'aban..

.:: Seorang akhi bertanya pada ana apakah kelebihannya kita membaca Qunut nazilah...maka ana menjawab ianya doa yg Ma'thur dari Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam, apabila tibanya musim peperangan menentang musuh-musuh Islam ia diamalkan...namun, apabila kita berbarnamij tarbiyah..doa ini pasti takkan lekang, ianya memberikan zouq terapi pada hati-hati yang bersatu kerana Allah Ta'ala ini..apabila selesai berwehdah adalah paling serasi dibacakan...maka kita dengan membaca doa kita mengikut salah satu dari sunnah-sunnah Rasulullah SAW..sebenarnya doa ini ialah salah satu yg dikeluarkan oleh pusat perubatan Islam terkenal masa kini...sesuailah untuk kita amalkan...mudah2an memberi kesan pada hati kita...insya'allah.

Marilah kita berkongsikan doa yang dititipkan dari Darussyifa. Perasaan berdebar-debar, penyakit was was, risau dan sebagainya adalah penyakit hati yang disebabkan kerana cinta kepada dunia dan jauh dari Allah SWT.

Saidina Ali bin Thalib Karamallah pernah berkata: "Apabila hati seseorang telah dipenuhi dengan cinta dunia, ia akan terkena 3 penyakit:
(a) Rasa risau yang tidak berkesudahan.
(b) Rasa tamak yang berlebihan.
(c) Harapan yang berlebihan yang tidak pernah tercapai."

Tidak ada jalan lain untuk menghilangkan penyakit tersebut melainkan dengan memperbanyak zikrullah.

Firman Allah dalam Al-Qur'an [13:28] yang bermaksud, "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram."
Zikir kepada Allah ada 3:

a) Mengenal Allah SWT dengan sifat dan asma'-Nya
b) Menyebut dan membesarkan sifat dan asma' Allah, bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan lain-lain dengan lisan
c) Mempelajari hukum Allah untuk mengenal perintah-Nya, sehingga dijalankan atau mengenal larangan-Nya sehingga ditinggalkan.

Maka zikir yang paling basic, ada seperti yang dinyatakan di bawah. Selain mengamalkan doa di atas, elok juga diamalkan zikir ini setiap kali habis je sembahyang fardu.


Dari Abu Hurairah r.a..dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan."
(Hadis sahih Muslim).


Semoga Allah SWT memelihara kita daripada penyakit hati...terutama sesuai diamalkan pada musim-musim musibah kini, juga untuk ihya'ramadhan minggu ini..Barakallahu fiikum.


0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang