Memaparkan catatan dengan label isu ummat islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu ummat islam. Papar semua catatan

24 Februari 2012

Panas: Dedikasi untukmu Syiria.

0 komenan
Dedikasi untukmu Syiria.

Bumi pemerintahan Islam di bawah kepimpinan khalifah Muawiyah Bin Abi Sufian itu, tidak pernah lekang dengan kelahiran dan kedatangan Para Ulama' nya yang hebat, pakar tafsir, fiqh, hadith, qiraat..banyak yang kelahiran dari bumi bertuah itu.

"...Bagaikan tangan kiri dicubit..terasa di tangan kanan.." begitulah diri saya tika ini.

Mudah-mudahan dedikasi yang dinukilkan oleh saya dan teman-teman menterjemahkan perasaan dan semangat membara itu. Saksikan.



01 Januari 2012

2011 KE 2012 – SEBELUM DAN SELEPAS.

0 komenan
Segmen yang diwujudkan oleh blog Ben Ashaari [www.benashaari.com].


Blogger satu medium utama 2011/2012.


Salam senyuman, buat teman-teman pembaca yang dikasihi, tiada yang saya mahu kongsikan, hanyalah mohon doa agar setiap penuntut ilmu di Medan Ilmu di Jordan ini dalam keadaan baik kesihatan dan selamat mengutip mutiara ilmu berpanjangan iya.


Di sebabkan saya antara penuntut yang duduk di luar negara(oversea), malam tahun baru dimulai dengan explore beberapa berita utama, antaranya apa yang berlaku di bumi jiran negara saya sedang duduki iaitu..Syiria. Tidak ramai yang tahu, melainkan kita rajin melihat perkembangannya.


Iya Jordan dan Syiria tidaklah jauh, ada yang kata umpama ampang ke keramat, atau kuala selangor ke klang, atau lebih dekat dari itu. 


Namun, sebenarnya apa yang mendekatkan kita selaku muslim iaitulah doa, doa disebut silahul mu'min(senjata bagi orang mukmin).


Jadi, saya mahu mengajak para blogger sama berdoa iya, doakan saudara-mara seakidah kita yang ditindas nunn disana, waiimma kita jauh..sebenarnya kita dekat dengan doa.


Cuma satu suggestion buat teman-teman blogger, sudah berdoa dengan azzam baru 2012? Usah lupa doakan untuk tahun ini(2012) supaya kita semakin hampir dengan Tuhan, pesanan guru saya, mengingati Allah sewaktu kita senang, semoga Allah mengingati kita ketika kita diuji kesusahan. 


Salam bingkisan senyuman berpanjangan dari saya.


Bingkisan dari bumi syam(Syiria).


Demonstrators protest against Syria's President Bashar al-Assad after Friday prayers in Binsh near Adlb December 23, 2011.
Ambulances carry the coffins of people killed at security sites on Friday in two car bomb attacks, at the Umayyad Mosque in Damascus December 24, 2011 in this handout photograph released by Syria's national news agency SANA. 
In this image made from amateur video released by Shaam News Network and accessed Wednesday, Dec. 28, 2011, purports to show a dead child being placed on the bonnet of an Arab League vehicle as monitors visit Homs in Syria.
In this photo taken during a government-organized tour for the media, Georgina Mtanious al-Jammal, the mother of Sari Saoud a 9-year-old boy who was shot dead in Homs three days ago while he was buying cookies from a shop, holds her son's portarit as she mourns at her house, in the village of Kfarbo in Hama province, Syria, on Thursday Dec. 1, 2011. Georgina blamed "armed terrorists" for killing her son. Syria's opposition called a general strike Thursday over President Bashar Assad's deadly crackdown on an 8-month-old revolt, ramping up efforts to persuade the country's business elite to abandon their long-standing ties to the regime.
 (AP Photo/Bassem Tellawi)
anti-Syrian regime protesters hold an Arabic banner reading, "to the Arab League, your initiative cannot protect us from death," during a demonstration in the Baba Amr area.
 anti-Syrian regime protesters shout slogans during a demonstration in the Baba Amr area.



17 Oktober 2011

Ustaz Haji Anhar Opir: Buatmu Businessman.

5 komenan
PESANAN RINGKAS BUAT BUSINESSMAN

1. Akhbar atas talian My Metro telah melaporkan berita Tertipu di Jordan. Ia melibatkan penjualan dan pembelian tiket penerbangan untuk siswa dan siswi yang ingin pulang bercuti ke tanah air. 

Ia juga melibatkan agen iaitu orang tengah yang menguruskan jual beli dengan mengambil komisyen tertentu. Tulisan ini bukan ingin membincangkan hukum feqh berkaitan jual beli secara akademik, tetapi sekadar pesanan ringkas buat semua orang yang telah, sedang atau akan terlibat dengan urus niaga jualan sama ada secara langsung atau tidak. Dengan tujuan agar ‘tertipu’ dan ‘ditipu’ tidak akan berulang lagi.
Ada satu pepatah menyebut, 'wanita diuji dengan emas, emas diuji dengan api,
lelaki diuji dengan wanita'. [gambar hiasan].

2. Semua manusia termasuk businessman, matlamat dan tujuan sebenar kita adalah Allah Azza wa Jalla. Jika kita mempunyai matlamat ini, nescaya kita akan mendapat ketenangan dan sentiasa mencari yang baik dan halal. Memastikan rezeki yang halal bermakna semua perbuatan dan transaksi kewangan kita juga tidak melanggar syara’.

Kemurahan, rahmat Allah SWT dan keberkatan harta sentiasa diharapkan. Renungkan peringatan Allah SWT dalam firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 281:

"Takutlah kamu semua kepada suatu hari yang kamu semua akan dikembalikan kepada Allah, kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang mereka lakukan, dan mereka tidak dizalimi(dirugikan)".

3. Oleh itu, hendaklah berlaku jujur dalam semua tingkah laku yang melibatkan urusan penjualan dan pembelian. Elakkan daripada berbohong dan menipu. Diriwayatkan daripada Abdullah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

'Sesungguhnya benar (jujur) membawa kepada kebaikan, dan kebaikan itu membawa kepada syurga, sesungguhnya seseorang yang berlaku jujur sehingga menjadi seorang yang jujur. Dan dusta pula membawa kepada maksiat, dan maksiat membawa kepada neraka, sesungguhnya seseorang yang sering berdusta sehingga ditulis di sisi Allah bahawa dia seorang pendusta'. (Riwayat al-Bukhari)

4. Sebenarnya tiada keperluan bagi businessman untuk berdusta dalam urusannya. Selain daripada kesan apabila sudah terlajak kata maka sukar untuk ditarik balik. Oleh itu, tiada keperluan untuk berbohong walaupun hanya sekali.

Di samping itu, paling utama bagi businessman ialah perasan khauf, khasyhah takut kepada Allah Azza wa Jalla sama ada ketika berseorangan atau di hadapan orang ramai, kerana sesuatu maksiat boleh menghilangkan keberkatan rezeki, merugikan perniagaan, merosakkan pasaran, melenyapkan kebajikan dan output nya hanyalah kesulitan dan masalah sahaja. 

Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Thauban RA: 

"Sesungguhnya seseorang akan diharamkan daripada rezeki dengan sebab dosa yang dilakukannya, dan tidak akan ditolak qadar melainkan dengan doa, dan tidak akan bertambah umur melainkan dengan kebajikan". 
(Riwayat Ahmad)

5. Bertawakal dengan sebaik-baik tawakal kepada Allah SWT juga merupakan pelan perniagaan yang terbaik. Iaitu dengan kepercayaan yang padu terhadap apa yang ada di sisi Allah Azza wa Jalla, kerana al-Razzaq hanyalah Allah SWT bukannya manusia atau pelanggan. 

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Ka’ab al-Qardzi:

"Maka jadikanlah apa yang berada dalam tangan (ketentuan) Allah lebih terjamin daripada apa yang ada pada tangannya". 
(al-Mustadrak ‘ala Sohihain).

6. Maka jika kita percaya segala ketentuan termasuklah rezeki yang berada di tangan Allah SWT ditambah dengan usaha yang berterusan, maka ia merupakan hakikat tawakkal yang sepatutnya ada dalam setiap individu muslim. Ketika kita keluar daripada rumah untuk menguruskan perniagaan, kita bertawakal kepada Allah Azza wa Jalla dan percaya bahawa Allah SWT tidak sekali-kali akan membiarkan kita, kemudian kita terus berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah SWT. 

Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 23 bermaksud:
"Dan kepada Allah lah sekalian kamu betawakkal sekiranya kamu semua beriman".

7. Diriwayatkan daripada Umar al-Khattab RA bahawa nabi SAW bersabda bermaksud:

[Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, maka Allah akan benar-benar memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada seekor burung, keluar di pagi hari dengan perut kosong dan kembali pada petang hari dengan perut kenyang]. 
(Riwayat Tirmizi)

8. Businessman juga hendaklah sentiasa memastikan jangan sampai perniagaannya melalaikan daripada mengingati Allah SWT dan melakukan solat. Bersegeralah menunaikan solat di awal waktu dan secata berjemaah. Ini kerana harta dan kekayaan tidak akan memberi manfaat kepada kita pada hari akhirat nanti. 

Semuanya tidak akan bermanfaat melainkan amalan dan taqarrub kepada Allah Azza wa Jalla. 

Firman Allah SWT memuji para sahabat dalam surah al-Nur ayat 37:

"Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat, mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbolak-balik hati dan pandangan".

9. Manusia diciptakan oleh Allah Azza wa Jalla adalah untuk berubudiyah kepadaNya. Bekerja dan berniaga juga boleh menjadi ibadah dan wasilah untuk berubudiyah kepada Allah SWT, tetapi dengan syarat pada selain waktu ibadah yang khusus serta tidak lalai daripadanya. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 11 bermaksud:

"Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bertempiaran lari menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (khutbah). Katakanlah: apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dari perniagaan dan permainan. Dan Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki".

10. Pesanan seterusnya buat businessman adalah elakkan daripada bersumpah ketika menguruskan perniagaan. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda:
"Bersumpah untuk melariskan barang jualan, menghilangkan keberkatan".
(Riwayat al-Bukhari)

11. Mereka yang banyak bersumpah boleh menjerumuskan diri ke lembah kehinaan. Businessman tidak perlu bersumpah dalam urus niaganya, sebaliknya jaadilah orang yang benar lidahnya, kerana kejujuran itu berasal daripada diri seseorang dan pendustaan uga berasal daripada diri seseorang.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Qalam ayat 10 bermaksud:
"Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina".

12. Begitu juga hendaklah businessman menjauhi daripada berbantah- bantah dan pertengkaran. Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah berbantah-bantahan atau bertikam lidah, sekiranya baginda SAW tertarik kepada sesuatu barang baginda SAW akan membelinya dan sekiranya tidak maka baginda SAW akan tinggalkannya. Baginda saw tidak pernah bergaduh di pasar dan tidak pernah berbantah-bantahan dalam hal barang. Bertolak ansur dalam urusan perniagaan di antara businessman dan client adalah sangat dituntut dalam Islam. 

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah Radhiallahu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda:

"Allah merahmati seseorang yang bertolak ansur (mudah) ketika menjual, dan ketika membeli, dan dalam urusan haknya".
(Riwayat al-Bukhari)

13. Selain itu, businessman juga perlu amanah memberitahu pelanggan keaiban barang jualan sekiranya ada. Tidak ada kerugian jika kita memeberitahu apa yang kita tahu tentang kecacatan produk jualan kita, bahkan ia boleh meninggalkan kesan positit terhadap tahap kepercayaan pelanggan pada masa akan datang. Perlu diingat bahawa mungkin kita boleh menyembunyikan sesuatu daripada manusia tetapi kita tidak akan sekali-kali boleh menyembunyikannya daripada Allah Azza wa Jalla. 

Allah SWT berfirman di dalam Surah An-Nisa’ ayat 108:

"Mereka menyembunyikan daripada manusia tetapi mereka tidak boleh menyembunyikannya daripada Allah, dan Dia bersama-sama mereka. Ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai.Dan adalah Allah maha meliputi ilmunya terhadap apa yang mereka kerjakan".

14. Semua ini adalah akhlak dan tingkah laku baik yang perlu dimiliki oleh setiapbusinessman, selain tidak dengki terhadap perniagaan saudaranya dan keperluan infaq serta zakat terhadap rezeki harta yang diperolehinya. Islam menyuruh kita mencari rezeki tetapi biarlah rezeki yang kita dapat adalah halal dan baik. 

Amalan dan perbuatan buruk perlu dijauhkan, kerana selain ia mendapat dusta, ia boleh menimbulkan persengketaan dan bermusuh-musuhan. 

Jika seorang pelanggan yang tertipu pun sudah memburukkan keadaan, apatah lagi jika ia melibatakan 96 orang sebagaimana laporan Tertipu di Jordan.

15. Kesimpulannya, businessman hendaklah mempunyai akhlak Islam dalam urus niaganya. Pesanan ringkas ini diharap dapat menambahkan lagi rezeki yang diberkati Allah Azza wa Jalla. 

_____________________________
Nota dan Inzar.

(1)Takziah pada teman-teman saya yang mengalami musibah itu, kepada yang cuba mengambil peluang kepada pelajar aka penuntut ilmu ini, sedarilah mereka ini dikalangan mereka yang sedang berjihad fi sabilillah, dan doa mereka pasti dikabulkan Tuhan. Ingat sungguh-sungguh tu.
(2)Kalau mahu menjadi businessman, jadilah yang beriman serta mementingkan kehidupan akhirat yang bakal kita semua hadapi.
(3)Mudah-mudahan peringatan ini, sama-sama kita sematkan dalam diri seterusnya iman kita sentiasa bertambah.
(4) Jazakallah, terima kasih Ustaz haji anhar bin opir Calon PhD WISE University AMMAN, mudah-mudahan ummat mendapat pencerahan. Layari laman beliau [tekan ini].


07 Oktober 2011

Ustaz Haji Anhar Opir: Hudud antara tahu dan mahu.

6 komenan

Menaqalkan kalam dari laman Calon Ph.D Feqh Dan Usul, The World Islamic Sciences and Education University, Jordan. Ustazul Murobbi Anhar Opir(ini).

1. Agak lama perbahasan isu hukum hudud di negara kita berlangsung. Sehingga hari ini masih ada kenyataan yang menyokong dan menolak. Sama ada mereka tahu atau tidak, mahu melaksanakannya atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan. Yang pastinya ia telah menjadi ‘seminar ummah’ yang semua orang boleh memberikan pandangan secara bebas. Ia memberi impak positif selepas sekian lama ia tersembunyi dalam timbunan khazanah turath Islam. Yang tidak pernah tahu menjadi tahu, yang sudah faham menjadi semakin mantap, dan ia telah memasuki fasa perbincangan yang lebih ilmiah.  


2. Kita semua telah mengetahui bahawa pada asasnya setiap muslim wajib beramal dan melaksanakan semua hukum hakam syari’at yang telah ditetapkan oleh Allah SWT serta tidak menafikan walau sedikit pun daripadanya. Kerana Allah Azza wa Jalla telah menyempurnakan agamaNya sebagaimana firmanNya dalam surah al-Maidah ayat 3:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha bahawa Islam itu menjadi agama untuk kamu.



Tanah Air: Artis pula yang dirujuk memberi respon tentang hukuman Allah ini.

3. Syariat itulah sebenarnya agama, yang meliputi hukum hakam yang berkaitan dengan ibadah dan mu’amalat. Menegakkan, melaksanakan dan berusaha ke arahnya adalah tanggungjawab kita semua, bukan hanya tertanggung ke atas pihak tertentu sahaja. Bukan hanya kepada kerajaan pemerintah, pembangkang, parti politik atau NGO semata-mata, tetapi kepada ummah seluruhnya. Firman Allah Azza wa Jalla dalam suruh al-Syura ayat 13 ditujukan kepada seluruh umat Islam:
Allah telah menerangkan kepada kamu apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami  wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisih pada dasarnya.

4. Maka tiada satu pihak pun yang boleh memberikan alasan itu dan ini. Lebih-lebih lagi alasan untuk tidak mahu melaksanakannya. Kerana kita semua sudah tahu kewajipan dan tanggungjawab ini. Allah SWT pernah menegur dan menempelak Ahli Kitab kerana tidak mahu melaksanakan syariat mereka, jadi bagaimana pula dengan kita, adakah kita bernilai jika tidak melaksanakan syari’at Islam? FirmanNya dalam surah al-Maidah ayat 68 bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai ahli Kitab, kamu tidak dikira mempunyai sesuatu sehingga kamu tegakkan ajaran kitab Taurat dan Injil, dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu.

5. Kita juga sedia maklum bahawa hukum hudud adalah satu juzu’ daripada perlaksanaan syariah yang lengkap dan menyeluruh. Ia ada hubungkait dengan sistem ekonomi, sosial dan siasah sesuatu tempat. Membincangkan perlaksanakan hukum hudud bererti membincangkan dan memperbaiki juga sistem ekonomi, sosial dan siasah agar semuanya mengikut syariat Allah SWT dalam perkara prinsip. Adapun perkara yang melibatkan teknikal perlaksanaan yang tiada nas padanya, maka ia bebas dilaksanakan mengikut maslahat yang mu’tabar. Memahami konteks ini menjadikan kita tidak pelik apabila Umar al-Khattab pernah tidak melaksanakan hukum hudud ketika suasana tidak mengizinkan yang digelar sebagai hari-hari lapar (aiyam al-maja’ah).

6. Bahkan kajian dan penelitian terhadap mafsadah (keburukan) yang bakal terjadi dalam perlaksanaan hukum hudud juga tidak boleh dipandang ringan. Kerana tujuan perlaksanaan adalah maslahat, tetapi jika mafsadah yang datang maka ia perlu dinilai semua, kerana mungkin ada kaitan dengan sistem sosial dan pendidikan sedia ada yang juga memerlukantransformasi menyeluruh. Ibn Taimiah (728H) menyatakan:
Sesungguhnya ia (hudud) termasuk dalam perkara amar ma’ruf dan nahi munkar, jika perlaksanaannya mempunyai keburukan terhadap pemerintah atau rakyat melebihi daripada tidak melaksanakannya, maka keburukan tidak ditolak dengan keburukan yang lebih buruk daripadanya. (Ibn Taimiah, al-Siyasah al-Syar’iah fi Islah al-Ra’ie wa al-Ra’iyah)

7. Kita semua juga tahu bahawa kesalahan jenayah yang diperuntukkan dengan hukum hudud adalah hanya sebahagian sahaja daripada sejumlah kesalahan jenayah yang sangat banyak. Dinamakan hudud kerana ia disebut secara tepat dan jelas di dalam al-Qur’an sesuatu kesalahan jenayah beserta hukumannya. Ia seperti jenayah zina, mencuri, dan minum arak. Ia ditentukan dan ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla yang maha mengetahui akan makhlukNya. Kesalahan jenayah selainnya tidak dikategorikan sebagai hudud. Ia mungkin qisas (balas balik) dan ta’zir (budibicara hakim). Jadi membincangkan perkara teknikal berkaitan dengan hukum hudud tidak menjadi kesalahan. Tetapi jika mempertikaikan dan menolaknya secara prinsip itulah yang memberi kesan terhadap akidah seseorang. Menolak ketetapan yang ditentukan oleh Allah SWT yang terkandung di dalam al-Qur’an bermakna tidak beriman kepada sebahagian isi kandungannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 85:
Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian isi kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

8. Apabila kita tahu yang hukum hudud adalah untuk sebahagian kesalahan jenayah, maka masih banyak lagi kesalahan jenayah lain yang perlu kita ketengahkan berdasarkan syari’at Islam. Sudah sampai masanya kita cabut dan buang acuan barat daripada sistem perundangan kita. Kerana para sarjana Islam juga mempunyai pandangan dan ijtihad yang jauh lebih menepati ruh al-maqasid al-syar’iyah (objektif pensyariatan) yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ibn al-‘Arabi (543H) ketika membicarakan tentang jasus (agen pengintip negara asing) menyatakan:
Bagi sesiapa yang banyak mengintip aurat (sesuatu yang perlu ditutup) umat Islam untuk dilaporkan segala berita kepada musuh mereka, maka dia bukan seorang kafir dengan perbuatannya itu jika niatnya adalah untuk kepentingan dunia, dan akidahnya masih lagi elok, sebagaimana yang dilakukan oleh Hatib bin Abi Balta’ah ketika dia lakukan perkara yang sama dengan tujuan ingin menyelamatkan (saudaranya), dan dia tidak berniat riddah (keluar) daripada agama. (Ibn al-‘Arabi, Ahkam al-Qur’an).

Mengetahui polemik dan syubhah
9. Melaksanakan hukum hudud yang fungsinya mendidik dan mencegah, bukan boleh dilakukan dengan sambil lewa. Ia memerlukan sistem perlaksanaan yang berkesan kerana ia melibatkan perkara lain yang menjadi tunjang kepada perlaksanannya. Antaranya ialah kewujudan syubhah (keraguan) dalam sesuatu kesalahan jenayah, maka hukum hudud ini tidak akan dilaksanakan, kerana secara prinsipnya, seboleh-bolehnya hukum hudud hendaklah dielakkan. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:
Lepaskan hudud daripada orang Islam setakat kemampuan kamu, dan sebarang jalan keluar yang kamu dapati, maka biarkan ia lepas. Sesungguhnya seorang imam (ketua) tersilap membebaskan (pesalah) adalah lebih baik daripada tersilap melaksanakan hukuman jenayah. (Riwayat Tirmizi)

10. Terdapat juga pelbagai polemik yang timbul dalam melaksanakan hukum hudud yang kebanyakannya melibatkan kebimbangan dan kurang percaya terhadapnya. Hukum ini dilihat tidak adil ketika membincangkan kedudukan non muslim dalam hukum hudud ini. Ketika ada pihak yang cuba menunjukkan adilnya hukum ini dengan memberikan pilihan kepada pesalah non muslim sama ada hudud atau civil, rupanya ia membuka ruang menunjukkan bahawa ia lebih tidak adil kerana hanya pesalah Islam sahaja yang akan dikenakan hukuman hudud.

Perlu tahu
11. Sebenarnya kita perlu mengetahui perbezaan definisi adil di antara Islam dengan barat. Barat menyatakan adil adalah sama rata, sedangkan Islam mendefinisikan dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jadi kita perlu tentukan definisi yang mana yang dipakai oleh seseorang yang mengatakan hukum hudud itu tidak adil. Boleh jadi juga polemik yang timbul ini kerana mereka tidak memahami konsep hukum hudud yang sebenar. Hal ini pernah berlaku ketika ayat berkaitan qisas diturunkan, mereka mempersendakan wahyu Allah SWT, firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 179:
Dan di dalam hukuman qisas itu ada kehidupun bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

12. Musyrikin Mekah tidak memahami konsep hukum qisas yang Allah Azza wa Jalla perintahkan untuk dilaksanakan. Yang mereka faham adalah yang lain daripada yang sepatutnya. Mereka menyangka dengan melaksanakan hukum qisas bagi kesalahan jenayah membunuh iaitu dengan balas bunuh, maka ia maksudnya kematian bukannya kehidupan sebagaimana dalam ayat tadi. Lalu mereka mempersendakan ayat ini dengan pelbagai tuduhan jahat. Sedangkan maksud kehidupan dalam ayat tersebut adalah bagi orang ramai dan masyarakat bukannya bagi pembunuh yang bakal dihukum mati. Kerana dengan hukuman qisas bunuh yang dijalankan ke atas pembunuh, maka selamatlah masyarakat daripada berleluasanya jenayah pembunuhan. Masyarakat akan hidup dengan penuh harmoni dan aman. Inilah kehidupan sebenar yang dimaksudkan oleh ayat di atas. Jadi polemik ini perlu diurus dengan memperbanyakkan lagi diskusi ilmiah yang menerangkan dan mendedahkan konsep hukum hudud yang sebenarnya agar ia dapat difahami dengan baik.  

13. Bagi mereka yang ragu dengan keberkesanan hukum hudud pula, perlu ditegaskan bahawa salah satu eleman penting dalam perlaksanaan hukum ini ialah ia mesti dilakukan di khalayak ramai. Maknanya mesti disaksikan oleh orang ramai. Hikmahnya ialah untuk menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak sekali-kali berniat untuk cuba melakukan jenayah, kerana nasib yang sama bakal menimpa. Belum lagi perasaan malu yang ditanggung oleh pesalah dan ahli keluarganya. Inilah jaminan pencegahan yang Allah SWT nyatakan menerusi firmanNya berkenaan hukum mencuri dalam surah al-Maidah ayat 38:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegahan daripada Allah.

14. Syarat untuk mensabitkan sesuatu kesalahan jenayah yang melibatkan hudud juga sangat ketat. Walaupun ia telah dipolemikkan, seperti bilangan saksi, minimum jumlah harta yang dicuri, ada unsur paksaan atau tidak dan sebagainya, ia sebenarnya menunjukkan dan membuktikan ketelitian syariat Islam dalam mensabitkan seseorang dengan sesuatu kesalahan jenayah. Ia sukar untuk seseorang mengambil kesempatan untuk melakukan kezaliman menuduh orang lain dengan sewenang-wenangnya. Kerana hukum hudud tidak akan melepaskan penjenayah, sebagaimana ia juga tidak akan menzalimi mereka yang tidak bersalah. Kaedah yang digunapakai cukup jelas iaitu sesuatu jenayah mesti ada yang melakukannya sama ada sengaja atau tidak, dan sesorang tidak akan menanggung kesalahan orang lain sama ada bermotif atau tidak. Punca utama kejadian juga menjadi persoalan utama dalam sesuatu kes. Al-Kasani (587H) menyatakan:
Jika seseorang meletakkan batu di jalan, kemudian orang lain tersepak batu tersebut lalu jatuh ke dalam lubang yang dikorek oleh orang lain dan meninggal dunia, maka dhoman (gantirugi) dikenakan ke atas orang yang meletakkan batu. Ini kerana mati terjatuh disebabkan tersepak batu, manakala tersepak batu pula puncanya ialah batu yang diletakkan (di jalan). (al-Kasani, Bada’I al-Sona’I fi Tartib al-Syara’i)    

15. Kesimpulannya, kita sebenarnya sudah mengetahui banyak perkara tentang hukum hudud. Yang menjadi halangan utama dalam melaksanakannya ialah mahu atau tidak. Tiada maknanya tahu jika tidak mahu. Allah SWT menceritakan golongan yang tidak mahu turut serta dalam peperangan Tabuk, firmanNya dalam surah al-Taubah ayat 46:
Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut serta berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanyya semangat mereka, dan dikatakan: Tinggalah kamu bersama-sama orang yang tinggal.

______________________________________
Nota dan Tasyji'.

(1)Masyarakat usah dibiarkan dalam keadaan tidak mengetahui tentang hukum hudud, hukuman yang difirmankan oleh Allah SWT, termaktub di dalam Al-Qur'an.
(2)Kembali kepada Islam adalah penyelesaian hidup yang paling efektif, kerana ia bukan peraturan hidup yang direka oleh manusia tetapi cara hidup yang disusun oleh Tuhan yang menciptakan manusia.
(3)Ketika manusia gagal memikirkan jalan penyelesaian kepada permasalahan, Islam adalah jalan terbaik untuk merungkaikan kekusutan itu.Segala-galanya terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah.
(4) Sedih, melihat segolongan artis yang memberi komen pada hukuman Allah ini. Bahkan mereka tiada pengatahuan tentangnya.
(5)Ayuh teman-teman kita ajak lagi masyarakat memahami hukum Allah Yang Maha Adil ini. Saya mendoakan Tanah Air kita menjalankan hak hamba pada Allah, iaitulah menuruti perintahNya. Tilka hududullah..

22 Julai 2011

Industri Filem: USAH terlalu banyak 'bermain' dengan Agama.

5 komenan
Drama yang dilakonkan sekitar Petra, Jordan.
[yang mendapat nama 7 perkara ajaib di dunia]

Mukaddimah.

Dikhabarkan tajuk asalnya artikelnya bertulis: Drama tahajjud cinta, teguran buat industri perfileman. Teman sefikrah saya itu tegar. Itulah Ustaz Hubb, afiq saleh.

Biarlah, Hadis Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam ditadbi'kannya "kull lil haq walauu kanaa murran", berkata benarlah walau ianya terlalu pahit. Mudah-mudahan hadafnya sampai kepada masyarakat.

Sifirnya jangan terlalu banyak "bermain" dengan Agama, waimmalah memperkecilkannya, kebelakangan ini terlalu lebat fitnah yang datang kepada golongan agamawan dalam industri perfileman, drama, kalau yang pakainya serban, kopiah, ala-ala koboi itulah watak "Ustaz" di dalam Drama, kalau yang pakainya tudung labuh dengan gaya selekeh, itulah watak "Ustazah" dalam drama, kalau yang bercinta sakan itulah dibuat produksi di set penggambaran tempat-tempat tumpuan orang menuntut Ilmu Agama di Al-Azhar, Mesir umpamanya tahu ke Al-Azhar itu Universiti yang berasal bagaimana?

Belum pun pulih tentang negara demokrasi di Tanah Air, kini golongan Agamawan pula dimainkan dengan teruk, lihat sahaja teman-teman di waqi'iyah sebenar penuntut ilmu di Mesir, isu yang di bawa PMRAM sehingga kini dibisukan. 

Mengapa kalau ingin berdrama yang konsepnya 'percintaan halal' katanya, tetapi tidak dikaji biah(suasana) sebenar disini, maaflah setelah meneliti dari youtube tentang drama itu, jelas menyebut pelajar Jurusan Usuluddin bercinta sakan di Jordan, ia sangat memberi impak kepada mahasiswa agama amnya, dan yang berbidang syariah khususnya. 

Mudah-mudahan Pengarah sendiri sedar, yang akhirnya Islam ini Agama yang mudah dan memandu fitrah, bukan drama yang mengejar untung di waktu yang sama menjatuhkan pelajar Agama yang bermaruah.


Dari al-mafraq membawa berita. 

Berikut petikan Ustaz Afiq Saleh(ini), Mantan Presiden MPPMJ 2010/2011. Yang artikelnya dikeluarkan pihak harakahdaily(ini).

Ketika drama ini dalam proses pembikinan, saya telah meletakkan harapan yang tinggi agar ia mampu mencetuskan fenomena baru dalam indusrti perfileman tanah air, lebih jauh daripada itu agar drama ini dapat menghidupkan biah Islam (suasana) yang baru dalam masyarakat yang semakin jauh dari agama.

Ternyata persepsi ini terpesong, selepas berkesempatan menonton 2 episod yang terawal, ramai di kalangan penonton terutama dari jurusan agama merungut dan mulai berang dengan hasil drama tersebut. 

Walaupun tidak sepatutnya ia (drama ini) dihukum dengan menyatakan keseluruhan filem tersebut dianggap sebagai negatif, tetapi persepsi orang ramai terhadap apa yang ditonjolkan di awal drama ini telah menimbulkan rasa kurang senang dengan cara pembawaannya.

Pada hemat saya, memaparkan adegan dengan tujuan menghidupkan jalan cerita yang seiring dengan suasana realiti memerlukan kepada beberapa penilaian yang teliti dan langkah berhati-hati. Tidak semua keaiban yang berlaku dalam masyarakat harus dipaparkan untuk tontonan umum lebih-lebih yang melibatkan sensitiviti agama.

Adegan seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, selak-menyelak, bersentuhan dan lain-lain lagi ini boleh menimbulkan tanggapan yang buruk terhadap golongan agama. Barangkali pada pandangan penerbit filem perkara itu suatu yang biasa dan perlu untuk menghidupkan watak dan jalan cerita lalu mereka menganggap ianya sebagai isu yang kecil. 

Tetapi berbeza bagi golongan agama yang melihat ianya sebagai sisi yang salah dan memalukan, kerana ia telah membabitkan pandangan negatif masyarakat terhadap imej mereka.

Dalam kebanyakkan filem atau drama di Malaysia terutama drama yang ingin menampilkan jalan cerita yang berbentuk islamik, wujud beberapa kelemahan yang jarang diambil berat. Antaranya menonjolkan sesuatu watak dengan pembawaan yang ekstrem, menghidupkan jalan cerita dengan suasana yang berlebih-lebihan. Watak ustaz digambarkan dengan seorang alim yang sentiasa memegang tasbih. Biah atau suasana (story board) yang ingin ditampilkan juga telah menggambarkan dengan keterlampauan.

Akhirnya, mereka yang jahil tentang Agama meletakkan persepsi bahawa inilah gambaran Islam yang sebenar sedangkan Islam tidaklah bersifat sedemikian.Kritikan dan teguran ini dibuat bersama-sama beberapa penilaian selepas apa yang ditayangkan dalam dua episod terawal drama ini. 

Namun disertakan dengan cadangan dan alternatif sebagai langkah kecil untuk membantu industri perfileman tanah air:

1. Filem atau drama yang mahu mengetengahkan jalan cerita atau suasana sesuatu tempat, perlu dilantik seorang penasihat yang berpengalaman untuk membimbing jalan cerita tersebut agar tidak lari atau berlebihan daripada suasana realiti. 

2. Walaupun apa yang berlaku di sekitar masyarakat itu dipandang sebagai realiti semasa, ia tidak semestinya perlu ditonjolkan kepada khalayak dengan pembawaan 100%. Produksi drama harus kreatif dalam pembikinan jalan cerita.

3. Isu sensitiviti dalam masyarakat harus diambil penting. Golongan majority yang berkelakuan baik, tidak seharusnya dihukum dengan sebahagian minority yang berkelakuan tidak baik. Persepsi dan pandangan masyarakat terhadap golongan Agama harus diambil kira terutamanya isu yang boleh menjejaskan imej dan keizzahan mereka.

Media massa adalah medium penyampaian yang terpenting di abad ini, seharusnya pihak yang diberi peluang dan ruang untuk menyampaikan sesuatu kepada khalayak menggunakan wasilah ini dengan sebaiknya, agar apa yang disampaikan dapat memberi manfaat dan mampu dicontohi. 

Jika baik yang dipaparkan kepada penonton maka baiklah yang akan diterima dan begitulah sebaliknya. 

Sedikit sebanyak, sebagai seorang mahasiswa yang sedang menuntut di Jordan, saya sendiri merasakan sedikit tempias dan “bahang” daripada drama ini, tetapi saya sedaya upaya cuba memandangnya dengan penilaian yang positif.

Saya memuji Saudari Erma Fatima yang cuba mengetangahkan suatu kelainan dalam industri perfileman tanah air. Selapas Drama Nur Kasih yang telah menaikkan biah Islam di Malaysia, saya yakin drama Tahajjud Cinta hasil air tangan pengarah berbakat ini mampu menyuntik fenomena baru jika ia disunting dengan jalan cerita yang baik. 

Bagi saya beliau mengikuti kehendak filem kontemporari dalam masyarakat yang dahagakan filem berbentuk Islamik. Saya tidak berhasrat membantah keseluruhan drama ini kerana ia tidak wajar dihukum hanya disebabkan “kerosakkan” yang sedikit. 

Tetapi besarlah harapan ini agar adegan yang telah ditonjolkan tersebut dapat diperbaiki pada masa akan datang dan sudi mendengar permohonan maaf daripada Saudari Erma Fatima. Setandan pisang tidak semuanya baik, tetapi “pisang” yang rosak harus lekas dibuang agar tidak memudhoratkan orang yang memakannya.

Bagi saya beliau seorang yang profesional dan permohonan maaf ini tidak langsung menjejaskan imej beliau sebagai pengarah filem terkenal. 

Akhir kata, saya mewakili mahasiswa Jordan mengharapkan satu perubahan dan penambah-baikkan dalam drama ini, kalaupun tidak semua memadailah dengan perubahan kecil yang boleh melegakan kami di sini. 

Mahasiswa Jordan tidaklah menuntut agar kami dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi amatlah tidak wajar jika diaibkan dengan sedemikian rupa. Industri filem Malaysia sudahpun terkenal dengan penghasilan drama dan filem yang berkualiti serta membangun setaraf dengan perfileman antarabangsa, lalu mereka harus mempunyai identiti tersendiri dalam menaikkan industri ini. Semoga industri perfileman tanah air terus maju dengan pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Mohd Afiq Mohd Saleh.


Nota tahujjudkan cinta sebenar kepada pemilik yang sebenarnya. 
____________________________________

(1)Saat akhir zaman yang pincang, golongan agamawan mesti bangun menyedarkan masyarakatnya. 
(2)Tugas orang-orang Agama ialah menegur dan terus membaiki mad'unya, bukanlah menghukum mereka dengan sambil lewa. Nanti jadinya Umpama tikus membaiki labu. 
(3)Terus mengambil peluang yang ada untuk mengislahkan masyarakat awam, saya tertariklah ada seorang yang menulis status di (FB) membantah drama ini, 'kita melatah pabila ada yang hina Agama mulia dikalangan orang bukan Islam, tetapi pabila sesama Islam mempermainkan agamanya, disebut janganlah kita bergaduh sesama melayu..Alangkah singkatnya pemikiran seperti ini'.
(4)Teruskan menambah ilmu demi kedatangan ramadhan barakah. Bulan puasa bulan dinanti orang yang memperjuangkan Islam. Intabih Jiddan.



12 Julai 2011

Pasca: Keyakinan didalam BERSIH 2.0.

2 komenan
Muqaddimah.

Seorang rakyat yang yakin akan menjadikan dirinya kuat demi mencapai apa yang diyakininya, kerja siang dan malam membanting tulang empat kerat, sanggup tidak tidur, demi mencari nafkah untuk keluarganya, asalkan sahaja keluarga dalam keadaan aman dan bahagia, demikanlah manusia yang keyakinannya sahaja mampu melakukan perubahan mendadak walaupun ianya cukup mustahil di pandangan orang lain.

Keyakinan inilah mampu menambah kekuatan luar biasa, walaupun kita tidak mengetahui cabaran halangan dihadapan nanti, berserta tawakal yang tersemat dalam diri kita mampu menggapai segala harapan. Diriwayatkan oleh Saidina Umar Radhiallahu anhu, Rasulullah SAW bersabda:

Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sebenarnya,
nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana
Dia memberikan rezeki kepada seekor burung, yang keluar pada
awal pagi dengan perut kosong dan balik pada lewat petang
dengan perutnya yang kenyang.[Riwayat At-Tirmizi].

Junjungan besar Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam, mengajak kita melihat keyakinan seekor burung, walaupun haiwan tiada akal, namun rezekinya dijamin oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, inikan pula manusia. Keyakinan berserta tawakal kita mampu berdepan masalah mendatang.

Islam telah meletakkan tingkat keyakinan yang tiga, seperti mana yang disebut didalam Al-qur'an iaitulah:


(1)'Ilmu Al-yakin'-Surah At-takathur ayat ke 5, 
(2)'Ainul Al-yakin'-Surah Al-Takathur ayat ke 7-8, 
(3)'Haqqu Al-yakin'-Surah Al-Waqi'ah ayat 95.

Oleh kerana itulah keyakinan merupakan kebenaran, keyakinan inilah fitrah semula jadi manusia, Namun Islam telah memandu keyakinan ini supaya tidak terpesong, menyeleweng waimmalah tersasar ke jalan kerosakkan.

Ironinya apabila keyakinan yang Allah tetapkan ini bergabung dalam satu-satu masa maka ia mampu menghasilkan kuasa yang hebat disertai semangat juang dirinya yang tinggi, kalaulah ada rintangan dan halangan di hadapannya maka dirempuh penuh semangat, dan Allah Ta'ala sempurnakan pertolonganNya dengan mencampakkan rasa keberanian pada jiwa Rakyat ini sebagai asbab  tawakal, penuh ikhlas meminta pertolongan kepadaNya. Allah berfirman didalam Surah Al-Ahzab ayat ke 22:


Ketika orang-orang beriman itu melihat tentera Al-Ahzab,
berkatalah mereka: Inilah yang dijanjikan Oleh Allah dan RasulNya
kepada kami dan benarlah(apa yang dijanjikan) oleh Allah dan RasulNya,
(angkatan Tentera Musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi
sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan
iman dan penyerahan diri mereka seluruhnya kepada Allah.


Kisah Ashabul Ukhdud.

Kisah yang dirakamkan Allah dalam surah Al-buruj ayat ke 5-8 pada akhirnya memperlihatkan kezaliman penguasa di tahap kemuncaknya, pemerintah yang zalim berasa amat tergugat dengan keyakinan dan keimanan yang diwar-warkan oleh seorang remaja. Kematian remaja ini akibat pembunuhan si raja zalim keatasnya yang beliau sendiri ajarkan kepada raja itu.

Mencetuskan kebangkitan rakyat, fenomena cukup besar apabila masyarakat telah sedar lalu mereka berpaling daripada pemerintah dan mengimani tauhid Allah Ta'ala. Ikhtiar terakhir si penzalim ialah mereka disekat, dikepung, tiada laluan selamat lagi lalu dibunuh beramai-ramai oleh pemerintah yang zalim itu.

Fenomena yang buruk seperti inilah sedang dipertontonkan untuk tatapan dunia, tidak malukah kita orang Melayu Islam yang terkenal dengan adat sopan-santunnya memperlakukan keganasan terhadap rakyat sendiri?

BERSIH dengan targetnya.

Saya melihat dari konteks BERSIH 2.0, keyakinan inilah yang mencetuskan momentum rakyat yang sangat dahsyat, apabila disekat "gila-gilaan", bukan itu sahaja malah ugutan awal, tangkapan, SMS hasutan dan bunuh, Silat mempertahankan diri "menggila" di dalam Ibu Negara Kuala Lumpur waimmalah diluar KL, surat pekeliling kepada penjawat awam Kerajaan, namun keyakinan rakyat memandu jiwa mereka untuk berkumpul seramai ini dibeberapa lokasi, boleh jadi tanpa sekatan 2Juta rakyat tanah air berhimpun dalam satu-satu masa dilokasi yang ditetapkan BERSIH 2.0.

Dengan keyakinan diri dan keimananlah sekumpulan muslimah yang membangunkan ummah dicerca dihina dikhalayak ramai, dengan keyakinan keimananlah seorang pemuda teguh berdiri disimbah air berasid, dengan keyakinan keimananlah seorang tua yang cacat kakinya mampu menghidu gas pemedih mata(tear gas) yang entah berapa ratusan dilepaskan secara rambang dengan tiada rasa ihsan.

Walaupun mentari BERSIH 2.0 hangat berlalu dan menjadi lipatan sejarah anak muda yang turun berbondong-bondong, ini bermakna masa tidak boleh dilewatkan lagi oleh pemerintah Putrajaya, ia akan terus diterjemahkan dalam PILIHANRAYA UMUM KE-13 nanti. Segala air mata, titis peluh, darah yang mengalir menjadi penyesalan si pemerintah Putrajaya dan konco-konconya.

Maka benarlah kata Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam amaran seriusnya sejurus dilepaskan oleh PDRM, perhimpunan BERSIH ini adalah mukadimah kebangkitan rakyat Malaysia, usah ditunggu pilihanraya atau tidak, jika tiada perubahan juga kebangkitan hasil keyakinan rakyat pasti lebih bersejarah dari tarikh bersejarah 9JULAI 2011 ini.


8 Tuntutan yang saya setujui sama dengan Ustaz Hasrizal Abd Jamil.
Ada beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan kepada kabinet Najib Razak agar BERSIH 3.0 dapat dielakkan.
PERTAMA, BN mesti menguasai Kementerian Pelajaran dan menambah usaha agar sistem pelajaran negara berorientasikan peperiksaan. Pastikan semua murid menjadikan koleksi A di dalam UPSR, PMR (sebelum dimansuhkan) dan SPM menjadi satu-satunya agenda murid sekolah kita. Pemikiran kreatif jangan diajar. Gam persatuan-persatuan dan galakkan kelab catur menjadi badan induk sekolah. Paling penting, lakukan ini di sekolah agama.
KEDUA, tambah bajet dan sokongan lain kepada industri hiburan seni. Pastikan program-program realiti yang memberi jalan pintas kepada rakyat menjadi artis, tidak tergugat. Mungkin boleh pertimbangkan agar subjek seni vokal dan tari sebagai subjek wajib sekolah menggantikan subjek Sejarah, Tasawwur Islam dan Bahasa Melayu.
KETIGA, galakkan juga industri hiburan sukan sebagai tumpuan utama rakyat. Apabila sukan dan seni menjadi hiburan yang ‘the in thing’, rakyat akan sentiasa bahagia, menyanyi dan menari, tanpa menyedari apa-apa yang tidak kena di sekeliling mereka. Golongan ini akan menunjukkan sikap sentiasa sangat bersyukur dengan apa yang ada ‘a.k.a zuhud ke qanaah ke apa, entah!
KEEMPAT, ramaikan lagi alim ulama ‘Saudi Oriented’ menganggotai badan-badan agama. Ugut mereka bahawa mereka Wahabi dan pengganas, kemudian mereka akan mencari perlindungan dengan menyertai UMNO dan menyerang pembangkang dengan hujah-hujah al-Quran dan al-Sunnah yang sahihah. Bukan senang nak dapat tu.
KELIMA, galakkan anak muda untuk lemah stamina minda dan mudah rungsing dengan politik semasa. Gambarkan kepada mereka politik akan mengganggu kelas, kafe dan katil mereka. Mungkin dengan kempen berstrategi dalam hal ini, akhirnya mereka malas hendak mengambil tahu malah berkemungkinan besar tidak mendaftar sebagai pengundi. Berleluasanya mereka tidak mengundi akan menyebabkan dengan sendirinya kuasa undi Melayu akan terhakis tetapi, so what?!
KEENAM, banyakkan lagi klinik 1Malaysia, sarapan 1Malaysia yang menyediakan hidangan sarapan RM2. Kempen 1Malaysia mesti lebih hebat daripada kempen Filem Dua Alam tempoh hari. Pastikan rakyat jelas akan jasa satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat yang terhutang budi akan sangat berbudi.
KETUJUH, pastikan rakyat terus bodoh, tiada common sense, self centered dan seterusnya sentiasa percaya kepada media arus perdana. Ajar mereka menggunakan internet agar pornografi membantu Malaysia berada di tempat ketiga dunia dalam carian Google. Tentu dengan corak seperti ini mereka akan malas membaca blog politik dan sumber alternatif.
KELAPAN, berdoalah kepada Allah (kalau berani, lah), agar strategi-strategi itu diberkati-Nya.
Semua itu memerlukan belanja yang besar serta strategi yang susah. Namun sudah tentu ia lebih mudah daripada Barisan Nasional berubah.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Ibnu suhaimi-Medan Syuhada' Mu'tah Jordan.


Nota BERSIH yang bersejarah.
____________________________________


(1)09 JULAI 2011 mencatatkan sejarah dalam negara sendiri, disaksikan diseluruh dunia perihal ini.
(2)Ingatlah firman Allah yang kita bacakan sentiasa setelah ma'thurat itu, bahawa kerajaan diatas muka bumi ini tidak kekal, yang akan ada hanyalah kerajaan Allah subhanahu Wa Ta'ala.
(3)Mudah-mudahan kita menjadi insan yang berfikir apa yang berlaku disekeliling kita pada hari ini, teruskan menambah saham untuk akhirat nanti. JANGAN jemu beribadah.
(4)Duktur di Universiti saya sering bertanya...keiff malaziaa al-yaumm, sambil mencebik bibirnya..


Sekitar peristiwa yang membawa sejarah Tanah Air.
____________________________________

























Mungkin video youtube dari tanah air ini yang ditanya oleh Duktur saya
di Jamiah, untuk kepastiannya apa yang terjadi di Tanah Air.
Moga ada istifadah.





Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang