Memaparkan catatan dengan label syawal 1430. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syawal 1430. Papar semua catatan

01 Oktober 2009

malunya itu kan separuh daripada iman

0 komenan

Salam syawal, yang masih boleh disambut..

Sudah cukup ke agaknya puasa 6 itu, mudah-mudahan kita tergolong dlm golongan yang merindui madrasah tarbiyah itu, semalam ana membaca petikan yang berbentuk picisan2 untuk melihat apakah perkembangan terkini berlaku pada umat islam.

Berita tentang gempa bumi itu sangat menyedihkan, kita di tanah air malaysia ini, sebenarnya berasa bersyukur kerana negara ini, jauh dari lingkaran api pasifik yang mana seringla, gegaran@gempa bumi itu berlaku, tapi berbanding di indonesia, agaknya macam manela keadaan mereka di sana itu, semalam gegeran terkini di Padang indonesia berlaku lagi, maka kita teringat bagaimana firman allah swt, dalam surah az-zalzalah' itu, kebenaran keadaan berlaku hari qiamat nnt..dan dalam asbab an-nuzul al-qur'an menceritakan, dimana ayat yang akhir ke-8 itu yang kita ketahui" Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah sekalipun, niscaya dia akan melihat balasannya" ya allah, maha suci allah..kita berdoa agar dosa-dosa yang lalu samada besar, kecil, tak sengaja, sengaja di ampunkan oleh allah taa'la amin..

Baru terengat ketika di kampus dulu ada adik2 bertanya mengenai ini,"ostat ce tgk cam akhowat yg letak gambo deme dalam frenster tu, macamane ye..keadaan deme tu?haram ke, tapi deme tu menutup aurat deme,tapi kene bertobat dan berjanji taknak lakukan agi ke?ish nta ni, takdela sampai cmtu..disebabkan kecetekkan ilmu ketika itu, dan tak pernah lagi membaca kitab makarimul akhlak fil islam, sekadar ana menjawab wa allahu a'lam..kita sambung bincg2 petang next week ok"

Sekarang kita tengok apakah posting yang ditaip oleh akhi salman yang faqih hal ini sebagai panduan bersama, kadang-kadang manusia ini perlu sangat2 di inzar@di beri peringatan, walaupun hakikatnya sangat pahit dikhabarkan, kan sabda rasulullah saw kita ingati sokmo tu "قل الحق ولو كان مرا " sebab itu n3 ana kali ini memang khas untuk kemaslahatan bersama siapa saja yang bergelar akhwat,muslimah,wanita,awek,perempuan yang punyai sifat makarimul akhlak,

Kesian tau orang lelaki yang beriman pada allah taala itu, mendapat daya tarikan terkini disebabkan melihat kecantikkan yang bergelar wanita itu, takpela kita mengharapkan sedikit sebanyak timbul rasa malu tentang perbuatan itu, lagi2 kenela beringat teknologi ini mudah sangat2 diakses,diedit dll, berfikir dulu ye b4 nak letak gambo yang dpost di tenet ni..sebarkan malu dalam diri dulu ye, mudah2an kita menjadi umat acuan sunnah nabi saw...sallimna bil iman ya allah..

Jom kita baca dengan teliti hasil ilmu beliau supaya kita menjadi yang terbaik:

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH

كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها

"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya."
(Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara.
Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada Qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:

ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

sumber; Layari blog akhi salman misru..

08 September 2009

Mari menyambut syawal 1430 penuh keimanan.

0 komenan
Alhamdulillah allah swt memberi diriku kudrat lagi untuk menaip di blog yang sudah tentu kesekian lama juga tidak menukilkan karangan2 yang panjang2...

Sudah pasti, bagi diri ana yang sangat hina serta kerdil ini, merasakan bahawa rupa2nye ramadan 1430h kali ini sudah pun melabuhkan tirainya, ya allah sempat ke agi nak jumpe ramadan akan datang, alhamdulillah kaedah hujjatul al-imam ghazali rhmtllah, sudah pun ana ikut dalam memburu lailatulqodar.

Mudah2an usaha itu memberi hasil yang baik, benarle manusia yang banyak dosa itu tp sudah bertaubat akan berebut2 beribadah pada allah ta'ala..banyak spt kisah wali yang beriman, contohnya bagaimana ibadatnya zin nun al-mishriy memberi banyak ibroh pada manusia ini.

Ditakdirkan malam 23 ramadan yang lepas ana berqiam jama'ah di masjid, kalau ikutkan ustaz2 cite banyak tanda2 alqodar yang diperlihatkan oleh allah terhadap hambanya yang terpilih itu, ada yang cite pokok sujudle, ade yang kabo malam itu sunyi dan tenang tanpa bunyi-bunyian serangga2 malam biasa tu, dll, namun pagi itu jelas pada ana tanda itu, balik je masjid seperti biasa lepas solat fardhu subuh.

Terkejut tahap tinggi ni, memang betul pokok depan umah ana menyembah bumi waktu2 fajar tu, subhanallah, segala puji bagi allah, allahu akram, ana insan terpilih ke ni.

Dalam suasana itu, ana berdoa mudah2an segala doa2 yang lalu dimakbulkan allah taala amin2, termasuk urusan2 akan datang, diuji sedikit zouq dalam hati,"mungkin ni la yang aku lakukan selama ramadan ini", sebab ana terengat baru2 ni, ade menolong ibuku menjaga rumahku yang tiada orang itu, termasukle mengemasnye,nyiram pokok bunga, basuh langsir nak raye, basuh aquarium, lantai serambi tu agi, mmg penat thp8 tu, ini di buat olehku krn ana sorang je anak lelaki dirumah tersebut..memangle kene wat sape agi, namun ghoyah fil qobi tetap ikhlas.

Tepat pukul 2 petang hari tu, jiran datang,"kamu tak teringin ke nak ngemas2 sampah pelepah kelapa tepi jalan dekat umah kita ni, kang orang nak jalan pun payah.. sangkut2 katanya"ana bertanya sambil tersenyum kpd beliau, kerana inilah peristiwa tak boleh dilupakan olehku, "eh2 nak pi alihkan la ni, tp kamu nak tau tak ni la pelepah yang sujud pada malam alqodar malam tadi", huh ana penuh yakin, mesti beliau nak respon dan tanye keadaan berlaku tu camne, "oi tak yah perasanle pokok tu dah lame bersepai kat situ sebab malam kelmarin kan ribut yang masuk tv3 tu, sampai 30 bumbung umah melayang2 tak engat ke?"laa yeke bkn sebab alqodar la ni ye?

Takpela, rupenya, adalah sebab munasabah bakpe allah swt tak memberi tahu kpd hambanya tentang malam alqodar itu, ia perkara ghaib yang sengaja disembunyikan allah taala tentangnya, supaya bertambahlah keimanan manusia2 pilihannya yang sering beribadat itu.

Namun malam khatam al-qur'an last dimasjid diadakan majlis, jadi ana orang yang terpilihlah mendapat saguhati yang cukup bagus itu, bukanlah niat bertadarus itu untuk dapat ganjaran namun semua itu ikhlasku lakukan, sebab itu dalam kaedah u/fiqh "al-umuru bil maqosidiha" menjadi niat seseorang itu dalam menentukan amalannya.

Sempena syawal ini ana pun nak berpantunla, sume orang duk sms sampai penuhkan inbox tu je...pastu rase maleh forward je pada rakan2 lain kan..ala kulli hal marilah kita menyambut syawal 1430 hijriah ini dengan paling gembira serta menjag iman, sebeb tu kita diharamkan berpuasa pada 1syawal ini...kerana hari kemenangan umat beriman, hari bertemu wajah allah di hari akhirat nanti..allahuakram.

Ramadan pergi sehari demi sehari,
Syawal disambut dengan penuh sopan,
Mari kita muhasabah diri,
Adakah di Aidilfitri Baru nak Bermaafan,
Sesungguhnya manusia itu tak lari dari kesilapan,
Oleh itu jangan hanya berdiam diri,
Tepuk dada tanyalah iman,
Moga maksiat itu dapat dilawan,
Agar menjadi manusia beriman,
Daulah Islamiah menjadi pilihan,
Islam dilihat membawa perubahan, Salam Syawal 1430hijriah.
- minni ilaikumm..


Dapat jugak towel ni, ok la tu engat senang ke
orang nk bagi tuala mandi..syukur2


ni pulak mendapat kain pelekat free,
tandanya pasni tak perlu agi beli kain lagi,
bukan tak payah basuh kain..


ni la saguhati yang didapati setelah khatam
al-qur'an tahun ini..mudah2an
memberi al-qur'an memberi syafaat pada
umat yang menyanjunginya.

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang