Memaparkan catatan dengan label Jumpa Masyeikh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jumpa Masyeikh. Papar semua catatan

17 Mac 2012

Blueprint: mengkaji Alim Ulama'.

0 komenan

Jom Kenali mereka. Allah memuliakan Para Ulama' dan mereka yang mencintai Ilmu. Kajian ini sangatlah sesuai bagi penuntut ilmu terutama di luar negara yang sedang berta'amul dengan kitab-kitab arab yang di karang oleh masyeikh-masyeikh terdahulu...mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat. Allahumma amin.

Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an):
[Sumber Kajian UZAR berdasarkan Kaedah 'Ala sabil al-mithal wa laisa ala sabil al-hasr ']

Bil Nama Negara Kemahiran Tahun Wafat / Lahir:


1. Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah, Mesir, Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am Wafat 1974 m.


2. Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf, Mesir, Fiqh dan Usul Wafat sekitar 60-70 an.

3. Syeikh Muhammad al-Ghazali, Mesir, Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah Wafat 1998 m.

4. Syeikh Mustafa As-Sobri Turki Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah dulu Wafat sekitar 60-70 an.


5. Syeikh Muhd Amin as-Shanqiti Asal Mawratania,Mekah Tafsir, Fiqh, Aqidah Wafat thn 1973 m.


6. Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki Mesir Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m.

7. Syeikh Mahmud as-Syaltut (Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu Mesir Fiqh dan Fatwa ‘am, penggerak kepada gerakan Taqrib mazhab sunni –syiah.

8. Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi India Keturunan Nabi. Bidang Fiqh, Dakwah dll Wafat.

9. Imam As-Syahid Hasan Al-Banna Mesir Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah, semua bidang Islam. 1948 M.

10. Syeikh Abul A’la Al-Mawdudi India Hadith, Fiqh , Dakwah, Mualamalat dll 1989 M.

11. Syeikh Hasan Al-Habannakah Syria Aqidah, Fiqh dll wafat.

12. Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa Syria (lahir) & Jordan Fatwa ‘Am, Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 Civil & Islam dan lain2. Di anggap sampai tahap Mujtahid. 1998 M.


13. Syeikh Abd Razak As-Sanhuri Mesir Undang2 dan Fiqh.

14. Syeikh Abd Aziz Bin Baz Saudi Fiqh, Aqidah dan umum Islam. Pakar Fatwa ‘Am . Ex Mufti Am Saudi, Ex Majma Fiqh Sedunia Wafat.


15. Syeikh Muhaddith Nasiruddin Al-Albani Jordan Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Ulama Salafi Moden 2000 M.

16. Syeikh Abd Hayy Al-Katani Mesir Ulama Besar Hadith & Pakar Hadith Mesir , Nizom al-Mal.

17. Syeikh Ahmad Muhd Syakir Mesir Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh.

18. Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba’ie Syria Fiqh dan Undang2 dan Hadith, ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan.

19. Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari Maghribi,Mesir Pakar Hadith dan Ulum nya Wafat 1959 m.

20. Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah Syria Pakar Hadith Wafat 1996 m.

21. Syeikh Tohir Muhammad ‘Asyur Tunisia Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid , Usul Fiqh, Lughah & tokoh Maqasid Syariah kurun ini Wafat 1973 M.


22. Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Acheh Fiqh Kurun ke 17.

23. Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari Acheh, Banjarmasin Fiqh 1808 M.

24. Syeikh Daud Al-Fatani Nusantara Fiqh Kurun ke 19.

25. Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Indonesian Pakar Tafsir, Usul Fiqh Kurun ke 18.

26. Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud Mesir Ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasauf , Falsafah.

27. Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi India Pakar Hadith dan Ulumnya Wafat 90 an.

Manakala yang masih hidup, di antara yang teralim dan pakar serta menonjol didunia Akademik dan Dakwah.


1. Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi Mesir (lahir)Skrg di Qatar BA – UsuluddinMA (Ulum Quran & Sunnah), Dip. Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar , thn 1973 )*Pakar Fatwa ‘Am.*Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah. * Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar . * Ex- Ahli Majma’ Fiqh Sedunia.* Di anggap sampai ke tahap Mujtahid Lahir 1926.

2. Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar) Fatwa am, Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh. Tahap Mujtahid Lahir 1929.


3. Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli Syria PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, thn 1963 ). Ex Majma Fiqh. Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh. Lahir 1932.


4. Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli Syria, UAE Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE.

5. Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir Jordan , skrg Qatar Pakar bidang Fiqh Mu’amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg.

6. Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot Syria ,Jordan Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma’ad dll.(Pernah bertalaqqi)

7. Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969).

8. Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970).

9. Syeikh Dr Fathi Yakan Lubnan Pendakwah. Pengarang yang hebat.

10. Prof. Dr. Nazih Hammad Syria Saudi Skrg di Univ Kanada Ex- Pensyarah Umm QuraPakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia.

11. Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman Saudi Univ. Ummul QuraPakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh.

12. Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid Saudi Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Pengerusi Majma Fiqh Dunia.

13. Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki Saudi Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia skrg.

14. Syeikh Sodiq Al-Habannakah Syria Adik Syeikh Hasan Habannakah.Pakar bidang Fiqh dan Lughah.

15. Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni Mesir Fiqh dan Usul Fiqh.

16. Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan Mesir Fiqh Muqaran.

17. Prof. Dr Muhammad al-Baltaji Mesir Phd Al-azhar tahun 60 an. Pensyarah Univ. Al-Qaherah Pakar Fiqh dan Usul Fiqh.

18. Syeikh Prof. Dr. ‘Atiya Saqr Mesir Pengerusi Majma Buhuth Islamiah. Pakar Fiqh dan Fatwa ‘Am.

19. Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni Syria, Jordan PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh &Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa Umur 80 an.


20. Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas Jordan PhD Tafsir Al-Azhar thn 72. Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk.(Meninggal pada 9/2/2011).


21. Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi Jordan PhD tafsir thn 84, Pakar Tafsir, Sirah dan ‘Ulum Quran.(pernah bertalaqqi)


22. Syeikh Ibrahim al-‘Ali Jordan Pakar Hadith dan Sirah.

23. Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim Jordan PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ. Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk.

24. Prof. Dr Rafiq Al-Masri Syria Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional.

25. Prof. Dr Kurshid Ahmad Skrg UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam.

26. Prof. Dr Umar Chapra Dulu UK Ex Pensyarah di Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam.

27. Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie India, UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam.

29. Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni Saudi (dulu) Ex- Univ Madinah. Ulum Quran.


30. Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan Iraq, Skrg di Yaman Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am.

31. Prof. Dr Sodiq Dharir Sudan Univ. Al-Kharthoum Sudan Ahli Majma’ Fiqh , Pakar Mu’amalat .


32. Prof. Dr Ali Ahmad Salus MesirQatar (skrg) Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat.

33. Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili Kuwait Ahli Majma’ Fiqh.

34. Prof Dr Ali Ahmad Salus Qatar Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat.

35. Prof Dr Haron Din Malaysia Pakar Fiqh (PhD Univ Qaherah) , Pakar Perubatan Islam.

36. Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa’di Iraq, Jordan Phd Ummul Qura dgn First Class.Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Ex Mufti Iraq. Pensyarah di Univ Mu’tah, Jordan.(pernah bertalaqqi)

37. As-Syeikh al-Akbar Tuan Guru Hj Hashim Malaysia Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh.

38. Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin Jordan Punyai 2 MA iaitu Fiqh & Undang2, PhD Fiqh (al-Azhar) thn 72 Pensyarah Univ. Jordan. Digelar Ulama teralim Jordan skrg. Bidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah. Fiqh Perubatan Kontemporari.

39. Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar Jordan PhD Al-azhar tahun 80, Univ. Zarqa Ahalliah. Fiqh, Usul Fiqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir . Fatwa ‘Am.Terkenal di Jordan.

:: Pesanan buat teman-teman perjuangan, Bumi Syam ini bumi pilihan manusia, Ramai Ulama'nya, maka kuatkan lagi Muassofat Tarbiyyah kita setiap masa..agar iman kita sekental mereka 'ayyuhas syabab.. izz azizann aw mut syahidann'. Ambil lah mana-mana peluang berjumpa mereka (dari kalangan Alim Ulama') yang dekat dirinya dengan Allah Ta'ala.

Mereka di lahirkan di bumi ini menjadi alat untuk menukilkan kalamullah setelah kewafatan Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam. Subhanallah haaza min fadhl robbi.

____________________________________________


Tatapan terakhir untuk al-Marhum allamah Syeikh Dr.Fadhl Hassan Abbas, sepanjang hayat yang buta matanya, tetapi Allah menajamkan Mata Hatinya yang layak diberikan kepada Ulama'.Subhnallahil 'azim.
Setiap kali melihat buku berwarna Hijau [ 'ijaz Al-Qur'an Al-Karim ]..saya hampir2 saja menangis..
mudah-mudahanAllah memberkati ilmu yang disumbangkan
 oleh Al-marhum Syeikh semasa hidupnya..Al-Fatihah.


26 Julai 2011

Kerinduan Syeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi.

0 komenan

Duktur yang pakar, Ulama' tafsir moden terkini yang alim.

Duktur Solah Abdul Fattah Al-Khalidi dilahirkan di Bandar Jenin(ini) Falestin, pada  12 januari 1947 Masihi/ 18 Muharram 1367 Hijriah.

Pendidikan keilmuannya.

Pada tahun 1965, syeikh solah al-khalidi telah belajar dengan masyeikh Al-Azhar, seterusnya beliau memasuki fakulti syariah dan lulus pada tahun 1970, lalu beliau menyambung pelajaran dengan mengambil sarjana pada tahun 1977 di Universiti Islam Imam Muhammad Saud di Riyadh, Thesis yang disampaikan oleh beliau bertajuk:[Syed Qutb dan Seni fotografi dal Al-Qur'an] dalam dua bahagian. Bahagian pertama tentang kehidupan Syed Qutb, dan bahagian kedua, seni fotografi di dalam Al-Qur'an.

Tahun-tahun(munaqasyah thesisnya) lama pada tahun 1980, terdiri daripada Prof Hassan Ahmad pengawal farhad, Prof Muhammad Qutub dan Syeikh Muhammad Al-Rawi, di Mesir yang terkenal dalam dunia perbahasan(munaqasyah thesis).

Lalu beliau mendapat gelaran Doktor dalam tafsiran Al-Qur'an pada 1984 dari Universiti yang sama, dan thesis(pHd) berjudul [في ظلال القرأن دراسة وتقويم -Dalam bayangan Al-Qur'an Pengajian dan Evaluasi] dan dibincangkan oleh para Ilmuan terdiri daripada Syeikh Manna Al-Qattan Rahimahumullah dan Dr. Adnan Starling(dunia Al-Qur'an yang dikenali).

Guru-guru yang menjadikannya ahli mufassirin.

Antara guru Syeikh Solah Al-Khalidi yang paling terkenal ialah:
(1) Syeikh Musa Sayyid Rahimahumullah.
(2) Syeikh Muhammad Al-Ghazali.
(3) Syeikh Abdul Halim Mahmud(syeikhul azhar).

Jiwanya diresapi semangat Syed Qutb Rahimahumullah.

Syeikh Solah bersama UZAR 10 tahun yang berlalu.

Syeikh Solah sangat sangat menjiwai perjuangan yang dibawa oleh Syed Qutb Rahimahumullah, tetapi bukan hubungan peribadi antara Syeikh Solah dan Syed Qutb tetapi adalah sebagai seorang penuntut ilmu, buku-buku Syed Qutb semua dibacanya, menunjukkan perjuangan Syed Qutb sangat disayanginya.

Nilai yang tidak terbeli pada karyanya.

Syeikh Solah Al-Khalidi sangat pakar dalam bidang Tafsir, Sirah Nabawiyyah, Ulum Al-Qur'an.

Karya yang berjudul Mafatih li Ta'amul Al-Qur'an.

Karya yang berjudul Isra'iliyyat Mu'asirah
diterjemahkan di Tanah Air Malaysia.

Antara karya yang terkenal ialah Ma' Qasas al-sabiqin fi Al-Qur'an dan Khulafa' Ar-Rasyidin bainal istikhlaf wal istisyhad. Selain itu juga karya bernilai yang banyak dihasilkannya disamping risalah dan makalah yan diterbitkan kebanyakkan pernerbit buku di Jordan seperti Dar-Al Nafaeez(ini).

Antara karya lainnya:

(1)Tafsir maudu'i baina an-nazoriyyah wa tadbi'.
(2)Tafsir ibnu kathir tazhib wa tartib.
(3)Qabasat tarikhiyyah. 
(4)Mafatih li ta'amul Al-Qur'an.
(5)Sawaruun min jihadissahabah.
(6)Al-Qasas Al-Qur'ani.
(7)Isra'iliyyat Mu'asirah.
 dan banyak lagi karya yang sangat bernilai keilmuannya.

Kini, Syeikh Solah Al-Khalidi punyai laman facebooknya(ini) dan laman rasminya(ini) yang membolehkan kita berhubung dengan anak muridnya di Jordan. Insya'allah segala soalan boleh dilontarkan dengan syarat berbahasa arab fushah lah.

Dengan keuzurannya dalam mengajar dan memberi ilmu, prinsip beliau tidak jemu dan luntur untuk menyebarkan kealimannya pada anak-anak muda di Jordan, dan Sweileh sering menjadi saksi perjuangannya yang penuh cabaran itu. Semoga kita doakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati kehidupan Syeikh Solah, Allah permudahkan urusannya menyebarkan dakwah Islam. Allahumma amin.

Dari kiri, Ust pudin, ust baith, Syeikh Solah Al-Khalidi, Ust kheider,
ust mad, saya yang faqir.
[Kenangan mengutip mutiara Ilmu yang tidak ternilai]
____________________________________


Nota Kerinduan.
______________________________

(1) Usik dan gurauannya setiap kali berlangsung kuliyyahnya membuatkan hadirin yang bertalaqqi/berdaurah dengannya merasa puas. Dia sering membersihkan fikrah kami, lihat sahaja nukilan ustaz hasrizal tentangnya di sweileh(ini).
(2) Kaki bukit sweileh sering menjadi penyaksian saya, pudin, dan rohimi, bertemu teman-teman di Amman mad dan baith. Mudah2an hibrah(kenangan) ini memberi semangat dan tasyji' saya bersama ruhh kepemudaan kami mengutip mutiara Ilmu dari Ulama'. Syeikh Solah memang sukakan tullabul ilmi dari Malazia ini.
(3) Insya'allah di entri lain, saya akan berkongsi tentang kuliyyahnya pula. Mudah-mudahan saya istiqomah dengan apa yang disampaikan Syeikh Solah dalam kuliyyahnya. Mohon doa teman-teman pembaca agar saya berterusan tanpa jemu menuntut Ilmu iya.
(4) Diadaptasi dari sumber MA Uswah /Taman Ulama.

01 Mei 2011

Nadwah Ilmu Syeikhain Abdul Malik As-Sa'di | Abdul Razak As-Sa'di.

2 komenan
Pendahuluan.


Kedatangan, Alim Ulama' selalunya membawa perkhabaran dan berita gembira buat orang-orang yang beriman, sebab itu antara cara dan kaedah terbaik untuk merapatkan hubungan hamba dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala iaitu bertemu para Alim Ulama' kerana mereka adalah waris bagi para Nabi di Akhir zaman, tidak mungkin ada Nabi setelah kewafatan junjungan Mulia Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, maka Ulama' mewarisi perjuangan mereka.


Dua beradik Ulama'dari Iraq menambah bekalan Ilmu.


Terima kasih daun keladi, kepada teman-teman yang berjaya menganjur kempen Biah soleh-solehah selama seminggu tempohnya, dan diakhiri dengan kehadiran dua beradik Ulama' sebagai jemputan Nadwah Ilmiah yang dimotivatorkan duktur favourite kami Dr.Syuesh Al-Mahamid.

Syeikh Duktur Abdul Malik Abdul Bin Rahman As-Sa'di bersama adiknya Syeikh Duktur Abdul Razak Bin Abdul Rahman As-Sa'adi menghidangkan bekalan ilmu pada kami di malam barokah itu, alhamdulillah, sesungguhnya inti-pati yang padat penuh hikmah disampaikan mereka cukup-cukup menyemarakkan kembali semangat menceduk mutiara hikmah tiada nilaiannya. Subhanallah.

Saya pernah membaca artikel mengenai Biodata Syeikh Abd.Malik, beliau begitu lama dengan pelajar Malaysia dan Ajanib(Luar Jordan) yang lain kerana belasan tahun pernah menjadi Pensyarah Kuliyyah Syariah di Universiti Mu'tah. Dan kini disarakan atas mungkin asbab tertentu.

Pernah ditanya pelajar terdahulu(seniur) tentang zaman pengajian Syeikh Dr.Abdul Malik As-Sa'di yang merupakan, Bekas Mufti Iraq, Jordan Phd. Ummul Qura dengan First Class. Pakar Fiqh Muqaran dan Fatwa ‘Am. ini; 

Berkenaan pengajian saya , saya telah belajar al-Qur’an dan Nasafiah ( Kitab Aqidah ) kemudian saya memasuki sekolah rendah namun tidak menamatkannya kerana bapa saya tidak sukakannya . Selepas saya belajar membaca , menulis dan mengira saya telah memasuki sekolah agama pada tahun 1948 . Seterusnya saya belajar di masjid-masjid sehingga tahun … saya terlupa namun selama tempoh ini saya habiskan untuk pembelajaran. 
Selepas itu saya sambung pelajaran ke peringkat yang tinggi dan selepas universiti dibuka saya memasukinya dan sebaik tamat dari universiti saya mengambil Sarjana ( MA ) dan seterusnya ( Ph.D ) di tempat saya . Akan tetapi pengajian kami adalah seperti berikut : Pada waktu pagi kami menghafaz dan juga mengikuti pengajian. Selepas Zohor kami menghafaz matan dan sebahagian syarahnya. Apabila kami selesai mengaji sesebuah kitab maka Syeikh akan memdengar bacaan kitab tersebut dan menyoal kami dari awal sehingga akhir kitab tersebut dan kami akan menjawab persoalan beliau. Selebihnya kami menghafaz matan-matan beserta i’rabnya dan setelah itu kami mula membaca kitab-kitab yang besar (luas dan panjang perbicaraannya).
Setiap daripada kami belajar dan kami mengulang semula apa yang kami belajar. Kami belajar bermula pukul 7 pagi dan berakhir pukul 12 malam dan kemudian kami tidur. Manakala kitab-kitab yang kami pelajari berperingkat-peringkat, bermula dari kitab yang kecil seterusnya besar dan lebih besar lagi. Manakala pengajian di masjid pula , setiap pelajaran yang dipelajari seakan-akan menjadikan kami mahir dalam pelajaran-pelajaran itu dan kerana itu kami belajar Nahu ,Sorof,Aqidah,Mantiq,Balaghah,Faraidh dan Tajwid. Kesemua ini kami pelajari sebagai tambahan kepada pelajaran Fiqh dan Usulnya , Hadith, Tafsir dan Ulum al-Qur’an dan apabila saya ingin mendapatkan ijazah saya telah pun mahir dalam Fiqh al-Muqaranah.
Hattalah malam berlangsungnya Nadwah di Masjid Bin Baz, Syeikh Abdul Malik yang dalam keadaan tidak sihat dan nampak lesu, namun sudi berkunjung tiba, datang kerana tahu yang menjemputnya iaitu anak-anak dari Malaysia. Terasa begitu dihargai oleh Ulama', Subhanallah.


Sedikit mengenai Syeikh Dr.Abdul Razak As-Sa'di, juga Ulama' yang selama 5, 6 tahun berkelana di Bumi Tanah Air Malaysia, beliau juga masak benar keadaan di Malazia, dan menjadi salah satu Pensyarah sambilan di Uia dan Kida. Kekuatan ingatannya membolehkan beliau faham lahjah negeri-negeri di Tanah air, sangat terhibur menceritakan Amalan orang melayu di Malaysia kepada arabiah yang hadir, menjadikan ia bermakna pertemuan kami malam itu.

Sungguhpun begitu keluarga Ulama' ini yang berasal dari Ar-Ramadi, Iraq pernah mencatatkan suka-duka dalam keluarganya, kerana salah seorang adik-beradik mereka iaitu Syeikh Dr.Abd Alim Bin Abd.Rahman As-Sa'di mendapat syahid, dibunuh dihadapan rumahnya di Iraq pada 2 Julai 2010 yang lalu dipercayai dilakukan oleh kumpulan pengganas Al-Qaedah mahu melenyapkan Ulama' Ahli Sunnah disana. 


Kepentingan Ilmu menjadi Tradisi Ulama'.


Disebut acapkali oleh Syeikh Abd Malik tentang ilmu yang mesti diamalkan dengan toleransi dan tadbi'nya. Berilmu kemudian beramallah dengan mempraktikkan dalam kehidupan terutama untuk kita yang bakal pulang membawa hajat masyarakat nantinya. Mana mungkin kedua unsur ini dipisahkan. Dibaca Syeikh dengan Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala;


"Wahai orang-orang yang beriman! Megapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?
[Surah As-Saff:Ayat ke 2].


Adapun satu kalam Tarbiyyah dari Syeikh Abd Malik dalam satu wawancara dengan pelajar Malaysia di Kuliyyah Syariah suatu masa dahulu, diminta untuk memberi nasihat kepada kami pelajar Malaysia.


'Untuk kamu dan sahabat-sahabat kamu , hendaklah kamu semua merebut peluang dengan tidak mensia-siakan masa (selama berada di sini). Sebahagian dari sahabat-sahabat kamu , antara masalah kebiasaan mereka ini adalah mereka pergi ke Amman dan pada masa yang sama mereka meninggalkan pengajian. Sekiranya kamu lihat situasi saya , saya yang mengajar kamu akan tetapi kadangkala saya terpaksa pergi sesuatu tempat maka saya katakan kepada diri saya sendiri: Tidak, esok saya mesti mengajar maka saya mesti datang(untuk mengajar). Maka saya akan pasti datang sekiranya saya mengajar namun kamu yang duduk (belajar) dengan saya ini, lebih ramai akhawat dari syabab kerana sebahagiannya pergi ke Amman. Ini menunjukkan ada rintangan dalam diri mereka sendiri. Kerana itu Imam Syafie Rahimahumullah telah bermadah :

'Barangsiapa yang tidak merasai kesengsaraan dalam menuntut ilmu sesaat ,
Dia akan meneguk kepedihan kejahilan sepanjang hayatnya.
Barangsiapa yang tinggalkan pelajaran waktu mudanya,
Maka angkatlah takbir ke atasnya sebanyak 4 kali'.


Dan beginilah apa yang saya faham dan saya amalkan sehinggalah sekarang dalam usia saya 66 tahun(ketika itu). Selain itu hidup ini adalah(pada)nafas. Dan kita sama sekali tidak akan mengetahui bilakah kita akan mati.

Penutup Nadwah.
Di sambung barnamij nadwah dengan pelengkap kata-kata hikmah dari Dr.Syuesh, tentang Manhaj Dakwah yang jelas dan mesti dihadami oleh kami, contohnya dalam Al-Qur'an juzuk ke 29, surah An-Nuh, menceritakan manhaj-manhaj dakwah dan inti-patinya, Surah Al-Ma'arij sifat-sifat Mu'min dan lain-lainnya menamatkan Nadwah Ilmiah malam itu dengan semangat dan Tasyji' penuh hikmah. Subhanallahil azim. Jom Doakan Alim Ulama' ini diberikan Usia panjang dalam menyebarluaskan dakwahnya insya'allah, Allahumma amin.




Sekitar Barnamij Nadwah Ilmiah dengan Syeikh Abd.Malik
dan Syeikh Abd.Razak As-Sa'di.

 Nadwah dimulakan dengan miftahul kalam Dr.Syuesh yang
memegang microfon.
 Syeikh Duktur Abdul Malik Bin Abdul Rahman As-Sa'di,
yang memberi pelbagai tasyji' yang hebat.Subhanallah.
Bersebelahannya iaitu adiknya Syeikh Duktur Abdul Razak
Bin Abdul Rahman As-Sa'di.
Ini pula gambar Syeikh Duktur Alim Bin Abdul Rahman As-Sa'di
yang mendapat syahid di Iraq. Moga Allah berikan as-syahid pahala
beribu ganjaran.


Sekitar wida' Barnamij Nadwah Ilmiah dengan Syeikhain.

 Pelajar Melayu di Mu'tah Jordan yang beruntung dengan 
sering berdamping dengan Alim Ulama'.
 Mengambil barokah Syeikh supaya alim dan tadbi'kan Ilmu
untuk Islam dan gerakannya.
 Ahli Bait saya namanya ust saifudin al-kelantani,
ibtisam je kalau bertaswir dengannya. Allahuyusahhil alaik.
 Semoga Nadwah yang dibuat mendapat hikmah dan sabar 
dalam menempuh cabaran|mehnah menuntut Ilmu. 
Kelihatan teman saya ustaz syed bersebelahan Syeikh
Abd.Malik.Allahuyusahhil alaik.
Dua orang syeikh yang direkodkan sedang bertaswir 
mengambil peluang yang ada. Moga berjaya dalam
bidang ilmu.Allohumma amin.

__________________________


Nota Pesanan Diri;
(1)Semoga para penuntut ilmu medan ini makin berjaya dalam mempraktik Ilmu yang dikutip, kerana ini adalah pertanggungjawaban kita penuntut agamawan.
(2)Sejak-sejak akhir bulan jamadil Awwal ini, Bumi Syuhada' Mu'tah sering disinggahi Alim Ulama' mudah-mudahan tertempias pada kami semua.Allahumma amin.
(3) Jaga disiplin dalam Ilmu kemudian Sabar dalam segala mehnah dan tribulasinya iya. Kerana menuntut Ilmu salah satu cabang mati Syahid dan satu IBADAH.

13 April 2011

Hujung minggu saya sudah terisi. Alhamdulillah.

2 komenan
Pendahuluan.


Jadual imtihan mulai bertasbih, antara peperiksaan awal, thani, diikuti niha'ei(akhir) dikeluarkan oleh Duktur-duktur pakar Fiqh, Hadis, dan Tafsir Jami'ah Mu'tah, mentahdidkan imtihan seperti biasa mengundang tiba lagi.

Thuqus(Ramalan) Cuaca di bumi syam, semacamnya sudah tidak percayai lagi,[Tekan ini]. Adakalanya, hujan berserta salji, adakalanya salji sahaja, adapun kadang-kadang panas mentari yang sangat terik. Pelik. Tidak macam mula-mula saya tiba di Bumi Syam belasan bulan yang lalu. Kerisauan mulai diperkatakan teman-teman di Bumi ini, masing-masing tergesa-gesa membeli ubat batuk di soidaliyyah(Kedai Ubat) yang berhampiran kampong Mu'tah yang kini dilanda baridd jiddan, kesejukkan tersangat pabila malam menjelma.

Semua ini, menjadi adiyy(biasa) bagi kebanyakkan mereka yang mengaku mahu menuntut ilmu di Bumi Syam, sifirnya Jangan Jemu mencari ilmu, pesanan Duktur Syuwes Mahamid[Tekan ini] digenggam erat di garaham saya, Fiqh(mencari ilmu serta kefaqihan) mesti dikaitkan dengan Akhlak, mafhum mukhollafah yang jelas saya fahami, disana terdapat orang yang menuntut ilmu lantaran tetapi tiada akhlak ditonjolkan. Wa iya zububillah. 

And indeed, you are of a great moral character.[Surah Al-Qalam:4]

Lalu disana, ketika kuliyyah tafaqquh mingguan fiqh muassarah, sengaja duktur syuwes, menyebut wainnaka la ala hulkin "fiqh", dan ramai yang membetulkan kesilapan kesengajaan duktur itu tadi, dan akhirnya, fahamilah kami khulasah yang disampaikan menjadikan kami para pelajar luar negara mesti hadami dan pegangi payung akhlak yang mulia sesuailah bakal menjadi petunjuk buat mujtama' pula nantinya. Insya'allah bi'izznillah.


Saya rindu ke sweileh. Tasjyi'(motivasi)Dr.Abdullah Azzam ada di sana.

Kini, tinggal cuma beberapa purnama sahaja kalau ingin hisabkan, 2 tahun adalah bukan tempoh yang matang bagi saya pelajar Tajsir(Muaddalah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin+Universiti Mu'tah Jordan Al-Hasyimiyyah].

Kadang-kadang, penat memikirkan, sudahkah dihadami niat yang awal-awal saya inginkan dahulu? Menuntut ilmu selain dari dalam kuliyyah dan kenali Para Ulama bumi bertuah syam, Terima kasih akhi mad, akhi baith di Sweileh Amman, memberi kata-kata perancang untuk sama-sama untuk kita hadami Daurah bersama para masyeikh nanti. Saya tetap rindu syeikh syuib al-arnauot, pentahkik musnad Imam Ahmad Rahimahullah itu.

Dan sekarang "masa" saya mestilah dimaksimumkan dengan baik, purnama ke purnama mesti diolah sebaiknya, setiap sabtu(cuti hujung minggu)bakal berulang-alik ke Amman, demi menagih Ilmu dan Tuntutannya, ia juga sebagai tamrin(latihan) diri dan jasmani juga. Biarlah saya redha masa saya dihabiskan dengan penat mencari ilmu, mudah-mudahan dengannya nanti beroleh pahala berlipat ganda, sesuai masanya kekuatan kepemudaan saya digunakan. 

Doakan saya iya. Demi Allah, saya malu setiap kali ke bumi sweileh, terlihat Masjid Abd.Rahman Al-Auff, terpahat sejarah bagaimana kekuatan para muslimin disatukannya membawa perubahan Islam di Syam, Pan-Islamisme.

Siapa yang tidak kenal kepemudaannya, dan setiap mereka yang berjuang sering terinspirasi dengan kalimah As-Syahid Dr. Abdullah Azzam 'Sesungguhnya sejarah Islam tidaklah ditulis melainkan dengan darah para syuhada', dengan kisah para syuhada', dengan tauladan para syuhada'. Semangat itu yang saya cari.

Sehinggakan, usamah bin laden menyatakan dalam wawancaranya, syeikh abdullah azzam bukan pemuda yang biasa, dia mewakili satu bangsa, satu ummat Islam, tubuh ummat Islam berada dalam jasadnya, Sehinggakan setelah kematiannya, Para Muslimah masa kini gagal melahirkan lelaki yang mampu menggantikannya. Mudah-mudahan kita semua menjadi pemuda yang haibat, bukan pemuda yang lesu lagi lalai dengan persekitarannya. Jadilah yang ghuroba'. Insya'allah. Allahumma amin.


Schedule Hujung minggu saya. Doakan istiqomah iya.



_______________________

Nota Pesanan: Saya semakin rindu kuliyyah Syeikh Dr.Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, dan Duktur Ahmad Hawwa.



[Melihat ulama' satu IBADAH].

16 Mac 2011

Kerinduan Syeikh Syuib al-Arnauot.

2 komenan

Bertaswir ma'a syeikh hunak, Al-Muhaddith Syuib al-Arnauot.

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, juga selawat ke atas Baginda Junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, sollu alan nabi, sollu alan nabi.

Berlalu musim dengan cepat, sehinggakan musim sejuk kali, ini dirasai begitu panjang sekali, entah mengapa begitu jadinya, ada teman saya beritahu, musim sejuk panjang kali ini disebabkan perubahan angin monsun yang mendadak ke Bumi Arabiah yang dilanda Thaurah beberapa kebelakangan ini, siangnya tetap dengan 15darjahcelcius menjelang malam, turun mendadak 1, 2 atau 3darjah mengikut pusat kajian cuaca di Jordan. 

Alhamdulillah Ya Allah, masih lagi berikan jasmani saya yang kuat, tulang yang kukuh, memudahkan urusan dalam segala perjalanan liya tafaqqahu fiddin, kuatkan tulang-tulang kami pelajar bumi syam yang punyai 4 Musim ini Ya Allah, ahyaanan, kadang-kadang panas sangat, kadang-kadang sejuk sangat, kadang-kadang pertengahan, jangan lekas reputkan tulang-tulang kami dalam menuntut ilmu ini, bertapa rasai pentingnya tulang yang sempurna yang Allah Azza Wa Jalla jadikan. Subhanallah.

Perjalanan ke Sweileh.

Terima kasih, Presiden PPMA, Ustaz Mad, orang jawa sama seperti keturunan saya, asalnya Jeram Selanjuur, tanpa jemu melayani tetamu seperti saya untuk menghadiri Kuliyyah Masyeikh di Sweileh.

Kedatangan saya di kaki bukit sweileh, diiringi Hujan dan sedikit frost, ironisnya sejuk akan mencecah-menggila ke beberapa -darjahcelcius, entah lain benar sejuk di Negara Arab Jordan ini, berbanding di Negara Asia ala Eropah-Turki(tekan ini) yang pernah saya jejaki suatu masa dahulu. Takkan pernah jemu untuk menghadapi suasana itu, sehinggakan saya mencipta Majaz(Peribahasa) tersendiri, 'sejuk itu hanyalah perasaan' dan itulah tasawur atau gambaran  syita'(musim sejuk) ini. Subhanallahil azimm.

3 JD, dari Jamiah Mu'tah ke Universiti Urduniyyah a.k.a Universiti of Jordan, akhirnya berjaya jejaki rumah teman saya di Sweileh-Amman itu, Alhamdulillah pertemuan yang baik, kami solat bersama di Masjid Abdurrahman Bin Auff yang diasaskan oleh As-syahid Dr.Abdullah Azzam, suatu ketika dahulu, penuh sisipan sejarah Masjid itu, hujung minggu saya di isi dengan baik. Subhanallah.


Hujung minggu di isi dengan baik.

Belum pun pernah lagi talaqqi dengan Syeikh Syuib al-Arnauot, tetapi sudah saya membuat culaan kitab musnad ahmad yang ditahkiknya menjadikan Ulama' Hadis yang keturunan Albania(Tekan ini), bukanlah seorang Arabiah yang tulin, tetapi mampu mengeluarkan hadis mengikut pengalamannya, antara kelebihannya, beliau mampu mengeluarkan hadis dengan spontan pabila ditanya oleh anak muridnya, hasil 'interaksi' dengan hadis tersebut melalui pembacaan dan kajiannya dahulu, Allahu yubarik fikk ya syeikh.

Sikapnya yang sangat terbuka, tidak terlalu syadid dalam mengajar ilmu hadis membuatkan anak muridnya dari kalangan Doktor dan pelajar lain tenang menuntut ilmu hadis, dan membuatkan santai dan praktikal terhadap pengajarannya, malah ketika mengajar ilmu hadis, anak didiknya menghidangkan kami  'syai' yang mengubat letih mencari rumah tempat syeikh mengajar di sekitar Duar Madinah. Allahu yubarik fikk ya syeikh. Allahumma amin.

Pengajiannya diteruskan, ketika ini khusyu' kami mendengar pembacaan kitab Shahih Imam Bukhari, dalam bab Kitab al-Azan hadis bernombor 821 itu, kebetulan, bab sunnat julus fit tasyahud 'cara sunnat duduk ketika tahiyyat', secara spontan Syeikh menyuruh anak muridnya, membuat praktikal hadis di situ, jazakallah!!, kata semua orang arab yang lain disitu, Syeikh Syuib mengajar kami cara duduk ketika tahiyyat yang diajarkan baginda Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam dalam solatnya, supaya setiap tartib solat dihadami betul oleh kita semua. Malam itu sahaja berapa buah Hadis diberikan Syeikh dengan baik, mudah-mudahan menjadi buah bekalan sepanjang zaman. Praktikal sungguh pabila bertalaqqi dengan Syeikh Syuib al-Arnauot. Allahurobbi panjangkan umurnya yang sudah berusia itu. Allahumma amin.


Kemanisan Ilmu hadis.

Dalam membuat semakkan(tahkik) ke atas Hadis, bukanlah perkara yang mudah, beliau melakukan semakkan keatasnya dengan teliti(Musnad Ahmad), jikalau anda membaca Musnad Ahmad, Maka kita mendapati Kerajaan Arab As-Saudi membiayai serta-merta memilih Syeikh Syuib al-Arnauot dan para pelajarnya sehinggakan Musnad ini berjaya ditahkiknya setelah Muhaddith agung dari Mesir Syeikh Ahmad Syakir mengkajinya dan tidak berjaya, ada terdapat Kitab lainnya yang ditahkik oleh Syeikh Syuib seperti Kitab Zad Al-Ma'ad(Tekan Ini). 

Pernah saya membaca bacaan tentangnya dari mereka yang pernah menjadi anak didiknya, dan ramai di kalangan muridnya adalah pensyarah Universiti atau penuntut yang menyambung Master atau Phd di Jordan ini.

Mulanya terasa hairan, kenapa agaknya seorang pensyarah yang sudah ada ijazah kedoktoran (hinggakan ada yang dapat Phd dalam hadith juga belajar dengan Syeikh Syuaib) ingin datang dan duduk belajar bersama-sama pelajar lain di hadapan Syuaib al-Arnaouth? Ditambah pula Syeikh Syuaib tidak ada apa-apa ijazah. Sesungguhnya itulah sikap yang patut dicontohi oleh kita di Malaysia. Tuntutlah ilmu pada orang yang berilmu dan jangan ukur ilmu itu semata-mata dengan ijazah dan sijil. Bayangkanlah kami belajar ilmu hadis ketika itu bersama Para pensyarah dan Doktor Phd.

Alhamdulillah semalam saya bertanya kepada Duktur Favourite yang mengajar saya Shahihain(Hadis Bukhari wa Muslim) di Jamiah, Duktur Mustafa Abu Zaid, pandangannya tentang Syeikh Syuib al-Arnauot, katanya Ya Bunaiyaa! jangan jemu menuntut ilmu hadis darinya, dia seorang yang pakar dan quwayyis jiddan katanya. Ala kulli hal pengisian saya hujung minggu terasa senang dan tenang, menghilangkan deprasi dengan memandang Alim Ulama' adalah satu pahala juga. Sesungguhnya mereka diantara hamba-hamba yang takutkan Allah subhanahu Wa Ta'ala:Al-fathir;28 Sekurang-kurangnya keberkatannya terhadap ilmunya tertempias pada kita pula. Allahu yubarikk fikk.


La yutimmal wajib, illa bihi fa huwal wajib.

Petang hari di Sweileh, sempat bersama sahabat-sahabat berjumpa Ustaz Anhar Bin Opir yang menyambung Phd di Jordan, Alhamdulillah, beliau yang terkenal dengan kuliyyah sekitar lembah klang dan juga menjadi pensyarah di Usim sebelum ini, kami ziarahi, bertanya khabar semasa tentang Tanah Air yang dirindui itu. Pesanan mukhtasar ustaz pada kami, kita beruntunglah menjadi penuntut ilmu, Syeikh dan Duktur sering mengajar kita dengan segala ilmu yang susah dan payah mereka suatu masa dahulu, tetapi kita hanya duduk dan mendengar, katanya itulah yang diumpamakan' sedikit tetapi banyak' sedikit yang didengari banyak yang didapati.

Dan akhirnya jom kita sama doakan, mudah-mudahan Allah memberkati kehidupan Syeikh Al-Muhaddith Syuib Al-Arnauot. Allahumma amin.


Ibnu Suhaimi-Medan syuhada Mu'tah Al-Hasyimiyyah.

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang