16 Mac 2011

Kerinduan Syeikh Syuib al-Arnauot.


Bertaswir ma'a syeikh hunak, Al-Muhaddith Syuib al-Arnauot.

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, juga selawat ke atas Baginda Junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, sollu alan nabi, sollu alan nabi.

Berlalu musim dengan cepat, sehinggakan musim sejuk kali, ini dirasai begitu panjang sekali, entah mengapa begitu jadinya, ada teman saya beritahu, musim sejuk panjang kali ini disebabkan perubahan angin monsun yang mendadak ke Bumi Arabiah yang dilanda Thaurah beberapa kebelakangan ini, siangnya tetap dengan 15darjahcelcius menjelang malam, turun mendadak 1, 2 atau 3darjah mengikut pusat kajian cuaca di Jordan. 

Alhamdulillah Ya Allah, masih lagi berikan jasmani saya yang kuat, tulang yang kukuh, memudahkan urusan dalam segala perjalanan liya tafaqqahu fiddin, kuatkan tulang-tulang kami pelajar bumi syam yang punyai 4 Musim ini Ya Allah, ahyaanan, kadang-kadang panas sangat, kadang-kadang sejuk sangat, kadang-kadang pertengahan, jangan lekas reputkan tulang-tulang kami dalam menuntut ilmu ini, bertapa rasai pentingnya tulang yang sempurna yang Allah Azza Wa Jalla jadikan. Subhanallah.

Perjalanan ke Sweileh.

Terima kasih, Presiden PPMA, Ustaz Mad, orang jawa sama seperti keturunan saya, asalnya Jeram Selanjuur, tanpa jemu melayani tetamu seperti saya untuk menghadiri Kuliyyah Masyeikh di Sweileh.

Kedatangan saya di kaki bukit sweileh, diiringi Hujan dan sedikit frost, ironisnya sejuk akan mencecah-menggila ke beberapa -darjahcelcius, entah lain benar sejuk di Negara Arab Jordan ini, berbanding di Negara Asia ala Eropah-Turki(tekan ini) yang pernah saya jejaki suatu masa dahulu. Takkan pernah jemu untuk menghadapi suasana itu, sehinggakan saya mencipta Majaz(Peribahasa) tersendiri, 'sejuk itu hanyalah perasaan' dan itulah tasawur atau gambaran  syita'(musim sejuk) ini. Subhanallahil azimm.

3 JD, dari Jamiah Mu'tah ke Universiti Urduniyyah a.k.a Universiti of Jordan, akhirnya berjaya jejaki rumah teman saya di Sweileh-Amman itu, Alhamdulillah pertemuan yang baik, kami solat bersama di Masjid Abdurrahman Bin Auff yang diasaskan oleh As-syahid Dr.Abdullah Azzam, suatu ketika dahulu, penuh sisipan sejarah Masjid itu, hujung minggu saya di isi dengan baik. Subhanallah.


Hujung minggu di isi dengan baik.

Belum pun pernah lagi talaqqi dengan Syeikh Syuib al-Arnauot, tetapi sudah saya membuat culaan kitab musnad ahmad yang ditahkiknya menjadikan Ulama' Hadis yang keturunan Albania(Tekan ini), bukanlah seorang Arabiah yang tulin, tetapi mampu mengeluarkan hadis mengikut pengalamannya, antara kelebihannya, beliau mampu mengeluarkan hadis dengan spontan pabila ditanya oleh anak muridnya, hasil 'interaksi' dengan hadis tersebut melalui pembacaan dan kajiannya dahulu, Allahu yubarik fikk ya syeikh.

Sikapnya yang sangat terbuka, tidak terlalu syadid dalam mengajar ilmu hadis membuatkan anak muridnya dari kalangan Doktor dan pelajar lain tenang menuntut ilmu hadis, dan membuatkan santai dan praktikal terhadap pengajarannya, malah ketika mengajar ilmu hadis, anak didiknya menghidangkan kami  'syai' yang mengubat letih mencari rumah tempat syeikh mengajar di sekitar Duar Madinah. Allahu yubarik fikk ya syeikh. Allahumma amin.

Pengajiannya diteruskan, ketika ini khusyu' kami mendengar pembacaan kitab Shahih Imam Bukhari, dalam bab Kitab al-Azan hadis bernombor 821 itu, kebetulan, bab sunnat julus fit tasyahud 'cara sunnat duduk ketika tahiyyat', secara spontan Syeikh menyuruh anak muridnya, membuat praktikal hadis di situ, jazakallah!!, kata semua orang arab yang lain disitu, Syeikh Syuib mengajar kami cara duduk ketika tahiyyat yang diajarkan baginda Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam dalam solatnya, supaya setiap tartib solat dihadami betul oleh kita semua. Malam itu sahaja berapa buah Hadis diberikan Syeikh dengan baik, mudah-mudahan menjadi buah bekalan sepanjang zaman. Praktikal sungguh pabila bertalaqqi dengan Syeikh Syuib al-Arnauot. Allahurobbi panjangkan umurnya yang sudah berusia itu. Allahumma amin.


Kemanisan Ilmu hadis.

Dalam membuat semakkan(tahkik) ke atas Hadis, bukanlah perkara yang mudah, beliau melakukan semakkan keatasnya dengan teliti(Musnad Ahmad), jikalau anda membaca Musnad Ahmad, Maka kita mendapati Kerajaan Arab As-Saudi membiayai serta-merta memilih Syeikh Syuib al-Arnauot dan para pelajarnya sehinggakan Musnad ini berjaya ditahkiknya setelah Muhaddith agung dari Mesir Syeikh Ahmad Syakir mengkajinya dan tidak berjaya, ada terdapat Kitab lainnya yang ditahkik oleh Syeikh Syuib seperti Kitab Zad Al-Ma'ad(Tekan Ini). 

Pernah saya membaca bacaan tentangnya dari mereka yang pernah menjadi anak didiknya, dan ramai di kalangan muridnya adalah pensyarah Universiti atau penuntut yang menyambung Master atau Phd di Jordan ini.

Mulanya terasa hairan, kenapa agaknya seorang pensyarah yang sudah ada ijazah kedoktoran (hinggakan ada yang dapat Phd dalam hadith juga belajar dengan Syeikh Syuaib) ingin datang dan duduk belajar bersama-sama pelajar lain di hadapan Syuaib al-Arnaouth? Ditambah pula Syeikh Syuaib tidak ada apa-apa ijazah. Sesungguhnya itulah sikap yang patut dicontohi oleh kita di Malaysia. Tuntutlah ilmu pada orang yang berilmu dan jangan ukur ilmu itu semata-mata dengan ijazah dan sijil. Bayangkanlah kami belajar ilmu hadis ketika itu bersama Para pensyarah dan Doktor Phd.

Alhamdulillah semalam saya bertanya kepada Duktur Favourite yang mengajar saya Shahihain(Hadis Bukhari wa Muslim) di Jamiah, Duktur Mustafa Abu Zaid, pandangannya tentang Syeikh Syuib al-Arnauot, katanya Ya Bunaiyaa! jangan jemu menuntut ilmu hadis darinya, dia seorang yang pakar dan quwayyis jiddan katanya. Ala kulli hal pengisian saya hujung minggu terasa senang dan tenang, menghilangkan deprasi dengan memandang Alim Ulama' adalah satu pahala juga. Sesungguhnya mereka diantara hamba-hamba yang takutkan Allah subhanahu Wa Ta'ala:Al-fathir;28 Sekurang-kurangnya keberkatannya terhadap ilmunya tertempias pada kita pula. Allahu yubarikk fikk.


La yutimmal wajib, illa bihi fa huwal wajib.

Petang hari di Sweileh, sempat bersama sahabat-sahabat berjumpa Ustaz Anhar Bin Opir yang menyambung Phd di Jordan, Alhamdulillah, beliau yang terkenal dengan kuliyyah sekitar lembah klang dan juga menjadi pensyarah di Usim sebelum ini, kami ziarahi, bertanya khabar semasa tentang Tanah Air yang dirindui itu. Pesanan mukhtasar ustaz pada kami, kita beruntunglah menjadi penuntut ilmu, Syeikh dan Duktur sering mengajar kita dengan segala ilmu yang susah dan payah mereka suatu masa dahulu, tetapi kita hanya duduk dan mendengar, katanya itulah yang diumpamakan' sedikit tetapi banyak' sedikit yang didengari banyak yang didapati.

Dan akhirnya jom kita sama doakan, mudah-mudahan Allah memberkati kehidupan Syeikh Al-Muhaddith Syuib Al-Arnauot. Allahumma amin.


Ibnu Suhaimi-Medan syuhada Mu'tah Al-Hasyimiyyah.

2 komenan:

Shaker™ berkata...

bila plak giliran saya..nak juga.. hee

ibn suhaimi™ berkata...

next week jom ikut saya iya, dengan syarat belanja maqlubah thalatahh ayyam..

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang