09 Mac 2011

Thaurah Islamiah pasti berlaku.

Izinkan daku melontar tanya.
Apa benar kita lemah...?
Atau hanya hambatan tohmah?
Atau kita hanya rebah..?
Rebah yang menjana haibah..?
Ya, aku yakin, rebah kita rebah haibah..
Rebah setelah lelah...
Rebah bukti kita mujahadah...

Anak Dataran Syam, Anak Dataran Syuhada'...
Wangi darah jihad masih segar..
Ibn Rawahah merobah syair untukmu,
Jaafar bersayap pengiringmu,
Zaid pula ahli syuramu.
Bukankah itu haibah?
Bukankah itu izzah?

Aku melihat air mata tumpah pengganti darah,
Aku melihat benih ukhuwah kian bercambah.
Aku melihat putik tarbiyyah tumbuh megah.
Aku melihat sinar dakwah semakin cerah.
Aku melihat pendekar ummah berpencak gagah.
Aku melihat daie izzah menebar Islah.
Aku melihat jemaah haibah mengemudi siasah.

Maralah-maralah Wahai Anak-anak harakah.
Beruntunglah kita di Bumi Bertuah. Alhamdulillah.
Bangkitlah.


Mukaddimah.

Rupanya, Ibrah surah al-kahfi, kurang saya hayati lagi, terima kasih teman saya Ustaz Ihsan Fadhli Dar Muttaqin, sahabat yang saya kagumi(tekan ini) memberikan suntikan syair-syairnya, membuatkan saya ingin mencoretkankan sesuatu.

Naam seperti saya katakan, surah yang sering kita amalkan setiap kali hari jumaat itulah, itupun kalau sempat buat kan, entah apa yang kita buat di pagi Jumaat setiap minggu iya? Semuanya tentang 'kepemudaan', iya tentang orang mudalah, kisah ashabul ukhdut seorang pemuda jalanan yang biasa-biasa tetapi luar biasa, kisah ashabul kahfi tentang golongan orang muda, raja zulqarnain orang muda juga, kalaulah pemimpin yang zalim mentafsir surah ini, alangkah bagusnya, sudah pastinya nanti dia segera insaf, kerana selalunya golongan Muda yang bakal menumbangkan mereka yang zalim, lihat sahajalah kisah Firaun, rupa-rupanya, orang yang berada di dalam rumahnya itu yang menumbangkan kerajaannya, Nabi Musa Alaihissalam.


Lima Fasa Kepimpinan selepas yang keempat.

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Nu'man Bin Basyir Radhiallahu Anhu, wurudnya hadis(diriwayatnya hadis) ketika mana beliau bersama Para Sahabat Radhiallahu anhum di dalam Masjid Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam, soalan yang ditanya kepada Abu Sya'labah, tetapi dijawab oleh Huzaifah Al-Yamani, dan soalan tentang kepimpinan ummat islam ini dijawab oleh Huzaifah Al-Yamani Radhiallahu anhu, Bahawasanya kalau berkaitan tentang kepimpinan Ummat, Maka Ummat Islam akan melalui lima fasanya. Hadis yang Sohih Riwayat Imam Ahmad Radhiallahu Anhu ini, saya naqalkan sahaja dari pembacaan bebas dan sumber yang sohih Alhamdulillah.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون ملكاً عاضاً، فيكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم يكون ملكاً جبرياً، فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، ثم سكت. رواه أحمد 
273/4 

"Muncul fasa Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Raja-raja yang menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian. Kemudian Nabi saw diam." (Hadis Riwayat Imam Ahmad Radhiallahu Anhu).


Allahurobbi sudah pastikah kita ini, selaku Tullab Syariah dihayati Wurudnya Hadis ini? maka kena  confirmlah boleh hadami maksud besar tentang Pembinaan Daulah ini, dengan Islam telah membekal serta mengajar Siyasah Syar'iyyahnya, mengajar bagaimana pemimpin yang angkuh lagi takabbur akan melebur di bawah rakyatnya sendiri, Mutakhhirin yang berlaku terhadap anak-anak Firaun Zaman Moden, Ben Alinya, Hosni ghairu Mubaraknya, dan Muaammar Gadaffinya. Inilah fasa yang menjadi trauma terhadap sekutu mereka, yang dinamakan Mulkan Jabriyyan, dan inilah yang berlangsung di zaman twitter dan i-phone 4 kini. 

Selaku mereka yang cintakan keadilan dan semangat persaudaraan Ukhuwah Islamiah, Maka kita doakan Allah memelihara para pemimpin yang soleh dan solehah, kemudian doakan mereka dalam keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, biiznillah, Allahumma amin.

Kebobrokan Muammar Gadaffi.

Tergelak betul dibuatnya, dalam kuliah mingguan Ustaz Hasrizal a.k.a Saifulislam.com itu, mencuit hatiku mendengar celotihnya tentang Muammar Gadaffi ini, ustaz Hasrizal dipetik sebagai berkata, 'jikalau Muammar(Orang yang panjang umurnya), Gadaffi(Yang kuat celaanya), masuk pertandingan  Juara lagu, penatlah L'oreal menajanya, malah rugi dibuatnya, sejam setengah beliau berucap entah apa-apa diucapnya, sudahlah lama memimpin Libya, beliau yang mahu dikata sebagai sosialis tidak juga, dikatakan islamis nampak sikap kejamnya. Sejarah pun tahu benar tentang pemimpin zalim ini, pernah dulu-dulu ditembak rakyat Libya yang tidak mahu pulang dalam tempoh 6 bulan ke tanah Air sendiri dengan sengaja, it's simple dead's and very absurd, imposible.

Ala kulli hal, ini menunjukkan fasa Mulkan Jabriyyan, pasti berlaku untuk membenarkan Hadis Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam, wa Alhamdulillah semester ini satu pelajaran yang saya ambil Fiqh Qada' dengan Ad-Duktar Faris di Universiti yang bermazhab Imam Abu hanifah disini, ia membuka fikiran dan lembaran untuk mengkaji sikap seorang Qadi mengikut acuan digariskan Islam dan Alim Ulama' terdahulu, mudah-mudahan dengan Ilmu itu nanti, meresapi  Hati-hati kami Tullabul ilm' di Medan ini. Mohon doanya iya. Alfun Sukran.

Sebagai buah tangan mutakhirrin, Jom kita renungi Picture yang diuploud oleh Reuters seluruh Jazirah Libya, yang menarik untuk saya dan kita hayati, kemudian doakan kesejahteraan Umat Islam di sana, Insya'allah Amin.



Muzhoharat yang berlaku di Jazirah Libya, susulan Tunisia dan Mesir.
Di Central Square, 
 in the eastern city of Tobruk on February 25, 2011.

Seorang akhawat yang dipercayai, berbangsa Tunisia, turut sama
menggesa pemimpin entahapa-apa itu segera diiskot dari Libya.


Rakyat Libya yang sudah pun bersedia, menghadapi apa sahaja
serangan dari jaisu yang Pro-Gadaffi.

Kalimah irhal, berundur sering diwar-warkan oleh para Mutazhohirat.

Bandar Zawiya, yang berjaya ditawan oleh Rakyat, pada 27 Feb. lepas
50 KM barat ke Ibu Negara, Tripoli.

'Kami menuntut kebebasan- matlubuna hurriyyah' 


Rakyat istiqomah memohon Doa Kepada pemilik segala Kerajaan Langit 
dan Bumi ini.

Seperti Di Bumi Kinanah, dababah menjadi pilihan rakyat untuk
dinaiki, minat sangat agaknya naik dababah iya.

Bendera Negara terus dikibarkan oleh, penduduk setempat
menutup segala kekejaman Rejim Gadaffi.

Prepairation seorang abang askar, dipercayai untuk menghadapi
serangan udara tentera dari kerajaan Libya.

A Libyan armed man shoots in the air with his automatic rifle at a destroyed army barrack in the eastern city of Benghazi on February 28, 2011.

Memang tekad betul mereka mahu bebaskan Libya. Dahsat betul.

Libyan rebels hold anti-tank rockets in the eastern city of Benghazi on February 28, 2011.

Seorang askar yang mengambil wudu' bagi menunaikan solat 5 waktu
di hadapan, alatan perang anti pesawat. Allahu yusahhil alaik.

Rebels carry bullets in a base for training and recruiting rebels for the army in Benghazi.

Muammar yang diwawancara press, inilah yang digambarkan
kalau masuk Juara lagu, susah hati betul penajanya. Muskilah Jiddan.

Antara Ribuan rakyat yang terbunuh dalam tarikh fil Libya.
tetapi Gadaffi bersumpah' 
 “We will fight until the last man and woman”

Bandar Al-Brega, Libya, mereka berjuang habis-habisan menentang
Gadaffi.

Alaff mabruk, askar yang sedar memahami perjuangan rakyat Libya
menuntut kebebasan.

A rebel fires a rocket at a Libyan air force jet loyal to Libya’s leader Muammar Gaddafi during a battle in the desert near Brega.

A rebel holds his ears as a bomb launched by a Libyan air force jet loyal to Libya’s leader Muammar Gaddafi explodes in the desert near Brega.

Bandar Adbadiya,Libya, rakyat meraikan para askar yang berjuang mati-matian.

Para pejuang, terus berusaha menawan bandar-bandar utama.

Di samping solat memohon segala pertolongan dari Allah Subhanahu
wa Ta'ala.

Sempat lagi berhibur bangsa arabiah ni, adehh itulah
sikap arab suka tadkhin, menghilangkan tekanan katanya. ish.

rakyat yang terbunuh terlalu ramai dalam serangan udara dari
askar yang pro-gadaffi itu.

Seorang ammu menangisi pemergian saudaranya, di Bandar Ajdabiya
150km south west of Benghazi.

solat Jenazah tetap dilakukan para penduduk tempatan.

Mourners pray next to coffins containing the bodies of rebels killed in clashes with forces loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi in Brega, during their funeral in Benghazi March 3, 2011.

Seorang abang askar yang terlalu penat agaknya, dalam
memastikan hidup mulia atau mati sebgai syuhada'.

Terus memohon pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Tentera rakyat hampir sahaja memasuki Tripoli waktu ini.

An anti-Libyan leader Moammar Gadhafi rebel, holds his anti-aircraft missile as he looks to the sky, in the oil town of Ras Lanouf, eastern Libya.


Gambar gadaffi semasa Muda turut dibenci rakyatnya.

Kita doakan mereka yang mati mendapat ketenang disisi Allah. Atas
dasar menentang kezaliman.

Mourners bury bodies of rebels killed in clashes with forces loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi in Bin Jawad, in Benghazi’s Cemetery.

Ras Lanuf- terlalu ramai rakyat yang cedera dirawat dengan baik oleh para Doktor.Libyan rebel soldiers are treated in an emergency room after being wounded on the frontline on March 8, 2011 near Ras Lanuf, Libya. 

Terkini dari reuters, gadaffi terkepung di Negara sendiri.

Sebagai pengakhiran, sama-sama kita ambil ibrah atau pengajaran,
tentang kebangkitan Rakyat Libya yang za'lan jiddan, Sepatutnya diktaktor berfikir. afala tatafakkarun.


Sumber gambar dari reuters dan pinkturtle2.wordpress.com. Mabruk. Semoga beroleh istifadah, supaya benar-benar berNILAI IBADAH.

2 komenan:

Shaker™ berkata...

allahuakbar.. moga allah permudahakan segalanya..

ibn suhaimi™ berkata...

to Shaker, naam ustaz kita doakan iya.

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang