03 Mac 2011

Merajuk itu biasa. Memujuk itu luar biasa.

Dua teman sehaji dan segurauan saya yang 
telah ke Bumi Tanah Air untuk berbakti, Allahu yu'tikal a'fiat
 wa yusahhil alaikuma ya sodiqil kirom..
ust.arip n ust amir.


Buka fasal baru membuatkan saya kehilangan teman-teman yang begitu hebat di arena Jordan al-Hasyimiah, kerana kehilangan buat sementara, mereka pulang ke Tanah Air bagi meneruskan agenda Pelajar berijazah Syariah luar negara.

Ustaz Amiruddin, ustaz Ariep antara yang menjadikan saya lebih tabah, kemudian istiqomah dalam mencari ilmu, di Arena tullabul ilm' ini. Mereka teman-teman sehaji lagi segurauan saya yang suka memberi hiburan di kala mengenang-genang diri nun jauh dari kampung Halaman.

Allahurobbi, itulah sahabat yang baik, mencontohi sikap dan akhlaknya yang baik membuatkan kita berasa puas dalam erti kehidupan, percaya dan cubalah carilah kawan yang boleh memberi motivation pada diri iya, mudah-mudahan saya sempat ke  Bumi Negeri Pantai Timur, Terengganu itu, seusai habis sessi pembelajaran di Negara Jazirah Arab ini, untuk bertemu mereka lagi. Ya Allah perkenankanlah. Sejujurnya, saya rindu gelagat mereka, iyalah setiap manusia kan ada kawannya, paling kurang menjadi pendengar setia, mahupun sebagai ikon untuk berjaya. 

Dalam waktu yang sama, saya masih mengingati teman setarbiyah yang mantap bersama saya dulu di KUSZA itu, saya masih rindu, hairun, syarafi, hasby, hanafi, abg pidaus, azam, naziran, dan lain-lainnya dan saya doakan mereka menjadi pemuda yang disebut nabi sebagai' rojulunn bakka min khasyatillah' doakan sama iya pembaca blog ini.

Sengaja tidak mahu putus menulis.

Saat ini saya sedikit, tiada daya eksistensi, bila mana masa jadi cemburu menggila-gila, dahsyat sungguh, hanya mereka tertentu memahami saya ketika ini, tiba-tiba bagi mebangkitkan semangat kepemudaanku, saya mencari ruang menelefon emak dan abah di kampung, entah mengapa sayu sahaja suara mereka, katanya sibuk urusan guru dan pendidikan sejak akhir-akhir ini. Ya Allah engkau berkatilah Masa keduanya dalam urusan untuk Ummat Islam.

Satu peribahasa dari teman saya ustaz Amiruddin yang dipetik, ketika pernah bercambah idea dengannya, dia mengingatkan saya; dalam perjuangan Usah jemu hargai detiknya, ingat molek katanya 'Merajuk itu biasa, Memujuk itu luar Biasa'.

Satu Tamsilan yang insya'allah saya ingati dan fahami mengikut kaedah al-ibrah bil umum lafaz laisa bi khusus as-sabab, tersenyum sendiri dibuatnya. Terima kasih akhi, walaupun tak sempat hantar ke Mator, menaiki Kapal Terbang Kuwait Airline hari itu, namun pemergianmu untuk berjuang Usahlah di lewatkan lagi. Pasakkan langkah, hayunlah senjata iman yang terlatih di Bumi Syam, Itulah lain kali balik tanah air waktu tak bertembung dengan kuliah, barulah semu'tah berebut menghantar akhi ke Matorr Quenn Alia Amman itu.

Terima kasih teman sefikrah haibatku, dikaulah mengingatkan daku erti hidup muslim pada perjuangan mencari ilmu demi mujtama' nanti, lebih memberi tasyji' yang mantap saya memikirkan kudrat yang Allah pinjamkan semasa muda ini apa yang telah saya gunakan dengan sebaiknya?Allahurobbi lemahnya saya, aqal yang salim itu diciptakan Allahul kholiq supaya membezakan Manusia dengan makhluk ciptaannya yang lain. Akhirnya Jom kita tassarruf satu Maksud dari Kalamullah dalam surah as-sajadah yang tiap-tiap pagi jumaat kita amalkan itu; 

'Tuhan yang membuat segala sesuatu yang diciptakan dengan sebaik-baiknya dan yang memulakan penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menciptakan keturunannya daripada saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan ke dalam tubuhnya akan roh ciptaan-Nya.'[surah as-sajadah ayat ke-7 hingga 9].





Firdaus Suhaimi-Medan Mu'tah penuh sejarah.
03/03/2011.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang