12 Febuari 1949, berlaku sejarah umat ini, membuatkan saya memuhasabah diri dan analisa lagi sedalamnya, dalam waktu yang sama, yahudi laknatullah alaik berusaha meletakkan tarikh itu(valentine day) untuk merosakkan ikhwan dan ikhwahnya di Dunia Islam.
12 Febuari 2011, pada hari sebelumnya memberi kesan pada sejarah Dunia Islam, di iskodnya(di halaunya) Pemerintah zholim seangkatannya di Negara tertanamnya Firaun laknatullah itu, dan berhasil laungan 18 hari seluruh rakyat Negara Sungai Nil itu ' as-sa'ab yurid iskotin nizhom'..Allahurobbi, rupanya Doa mereka sedang dizalimi di Dengari Mu Ya Allah. Maka bersujud syukur semua Abna'aul Nil disana.Alfun Mabruk.
Mautul Ulama' fa mautil a'alam kulluhu.
Teringat saya kata-kata, TITM dalam kuliyyah ijtima tarbawinya, sesungguhnya tanda kezaliman itu Allah sengaja kekalkan supaya manusia yang terang-terang melakukan kezholiman, terang-terang mengaku melakukan maksiat, terang-terang berselindung disebalik hijab kekufuran, supaya mereka semua itu mengambil pengajaran berguna.
Allah Subhanahu wa Ta'ala kekalkan Piramid di Mesir supaya Hosni Mubarak itu sedar, kekuasaan segala kekayaan Mutlak itu hanyalah milik Allah, hattalah kekayaannya yang bernilai 70 bilion dan lebih itu mampu menampung 80 keturunanmu.
Allah Subhanahu wa Ta'ala mengekalkan laut mati di Jordan supaya, rakyat negara syam tahu, itulah kesan ketamakkan harta benda di dunia, akhirnya ditelan bumi, kemudian mahu give motivation, menyedarkan pelajar Lulusan Syariah Jordan mengambil ibrah supaya bila buat jaulah ke sana bukan sekadar terapung-apung di atas permukaan airnya sahaja, diambil juga kisahnya. Mudah-mudahan diberkati setiap amalan diri.
Tempoh yang hampir, begitulah tasawur yang saya ingin kongsikan, tidak sampai 3 bulan seorang Ulama bumi syam mengikuti jejak langkah al-marhum Syeikh Muhammad Qudhah pada Bulan Disember tahun 2010.(tekan ini).
Kini Al-marhum allamah Syeikh Duktur Fadhl Hassan Abbas mengikuti gerak langkahnya menuju Syurga Allah, menambah haruman taman-taman syurga firdaus yang di naungi para syuhada' dan alim ulama'. Allahurobbi selamatkan iman kami setabal pada alim ulama', allahumma amin.
Kenali Ulama sekitar 50an, Supaya hati menjadi tenang.
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah meletakkan saya di Bumi Syam Bumi Isra' ini, mudah-mudahan masa muda ini, akanku gunakan sebaiknya, supaya tidak menjadi fitnah pada Islam dan Gerakannya nanti. Allahumma amin.
Imam Munzdhiri di dalam kitab at Targhib wa Tarhib, menuliskan dalam bab menganjurkan bermukim atau menetap di Bumi Syam dan keutamaan bumi bertuah Syam ini.
Dari Watsilah bin al-asqaa', berkata; Aku mendengar rasulullahi Sollallahu Alaihi wassalam bersabda kepada Huzaifah al-Yamani dan Muaz bin Jabal yang sedang meminta baginda tempat tinggal. Maka baginda mengisyaratkan ke arah Syam. Mereka berdua bertanya lagi kepada Baginda.(Dan) Baginda mengisyaratkan ke arah Syam, Baginda seterusnya bersabda;
عَلَيْكُمْ بِالشَّامِ فَإنَّهَا صَفْوَةُ بِلَادِ اللهِ يَسْكُنُهَا خِيرَتُهُ مِنْ خَلْقِهِ
'Beradalah kalian di Syam, Sesungguhnya ia Negeri Pilihan Allah
dihuni makhluk PilihanNya'.[Hadits shohih li ghairihi. Lihat Shahihut-Targhib wat-Tarhib, No. 3089.]
dihuni makhluk PilihanNya'.[Hadits shohih li ghairihi. Lihat Shahihut-Targhib wat-Tarhib, No. 3089.]
Termenung kesepian saya dibuatnya, dikala peristiwa Jatuhnya Rejim Hosni itu, alhamdulillah pekerja Mesir depan bayt saya sudah gembira, walaupun kerja hariannya menjahit kasut, puas sedikit hatinya, memperlihatkan kisah akhirnya jatuh Rois Wizarah berkuku besi yang membuang bangsanya di seluruh rantau dan Jazirah Arab ini. Alhamdulillah.
Laman Ustaz Zaharudin di al-ahkam.net mulai saya buka, mencari-cari lorong jalan memudahkan ilmu, dengan mengenal ulama' muktabar dalam proses meredah Ilmu, sesuailah saya mengambil madah Manahij Mufassirin dan Hadis Shohihain semester ini. Tertarik saya kajian ilmiah penuh wibawa kaedah 'Ala sabil al-mithal wa laisa ala sabil al-hasr '. Mengkaji ulama' yang hidup dan wafat sekitar 50 an keatas(abad ke19 dan 21). Mudah-mudahan Allah berkati Ustaz dalam urusan mencari ilmu, dan baru sahaja ke Qatar dalam Daurah Khusus bersama Syeikh Haraki Dr.Yusof al-Qaradhawi. Mabruk UZAR.
Jom Kenali mereka. Allah memuliakan para Ulama'.
Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an):
Bil Nama Negara Kemahiran Tahun Wafat / Lahir:
1. Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah, Mesir, Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am Wafat 1974 m.
2 Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf, Mesir, Fiqh dan Usul Wafat sekitar 60-70 an.
3 Syeikh Muhammad al-Ghazali, Mesir, Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah Wafat 1998 m.
4 Syeikh Mustafa As-Sobri Turki Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah dulu Wafat sekitar 60-70 an.
5. Syeikh Muhd Amin as-Shanqiti Asal Mawratania,Mekah Tafsir, Fiqh, Aqidah Wafat thn 1973 m.
6 Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki Mesir Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m.
7 Syeikh Mahmud as-Syaltut (Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu Mesir Fiqh dan Fatwa ‘am, penggerak kepada gerakan Taqrib mazhab sunni –syiah.
8 Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi India Keturunan Nabi. Bidang Fiqh, Dakwah dll Wafat.
9 Imam As-Syahid Hasan Al-Banna Mesir Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah, semua bidang Islam. 1948 M.
10 Syeikh Abul A’la Al-Mawdudi India Hadith, Fiqh , Dakwah, Mualamalat dll 1989 M.
11 Syeikh Hasan Al-Habannakah Syria Aqidah, Fiqh dll wafat.
12 Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa Syria (lahir) & Jordan Fatwa ‘Am, Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 Civil & Islam dan lain2. Di anggap sampai tahap Mujtahid. 1998 M.
13 Syeikh Abd Razak As-Sanhuri Mesir Undang2 dan Fiqh.
14 Syeikh Abd Aziz Bin Baz Saudi Fiqh, Aqidah dan umum Islam. Pakar Fatwa ‘Am . Ex Mufti Am Saudi, Ex Majma Fiqh Sedunia Wafat.
15 Syeikh Muhaddith Nasiruddin Al-Albani Jordan Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Ulama Salafi Moden 2000 M.
16 Syeikh Abd Hayy Al-Katani Mesir Ulama Besar Hadith & Pakar Hadith Mesir , Nizom al-Mal.
17 Syeikh Ahmad Muhd Syakir Mesir Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh.
18 Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba’ie Syria Fiqh dan Undang2 dan Hadith, ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan.
19 Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari Maghribi,Mesir Pakar Hadith dan Ulum nya Wafat 1959 m.
20 Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah Syria Pakar Hadith Wafat 1996 m.
21 Syeikh Tohir Muhammad ‘Asyur Tunisia Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid , Usul Fiqh, Lughah & tokoh Maqasid Syariah kurun ini Wafat 1973 M.
22 Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Acheh Fiqh Kurun ke 17.
23 Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari Acheh, Banjarmasin Fiqh 1808 M.
24 Syeikh Daud Al-Fatani Nusantara Fiqh Kurun ke 19.
25 Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Indonesian Pakar Tafsir, Usul Fiqh Kurun ke 18.
26 Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud Mesir Ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasauf , Falsafah.
27 Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi India Pakar Hadith dan Ulumnya Wafat 90 an.
Manakala yang masih hidup, di antara yang teralim dan pakar serta menonjol didunia Akademik dan Dakwah.
1. Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi Mesir (lahir)Skrg di Qatar BA – UsuluddinMA (Ulum Quran & Sunnah), Dip. Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar , thn 1973 )*Pakar Fatwa ‘Am.*Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah. * Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar . * Ex- Ahli Majma’ Fiqh Sedunia.* Di anggap sampai ke tahap Mujtahid Lahir 1926.
2 Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar) Fatwa am, Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh. Tahap Mujtahid Lahir 1929.
3 Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli Syria PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, thn 1963 ). Ex Majma Fiqh. Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh. Lahir 1932.
4 Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli Syria, UAE Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE.
5 Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir Jordan , skrg Qatar Pakar bidang Fiqh Mu’amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg.
6 Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot Syria ,Jordan Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma’ad dll.
7 Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969).
8 Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970).
9 Syeikh Dr Fathi Yakan Lubnan Pendakwah. Pengarang yang hebat.
10 Prof. Dr. Nazih Hammad Syria Saudi Skrg di Univ Kanada Ex- Pensyarah Umm QuraPakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia.
11 Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman Saudi Univ. Ummul QuraPakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh.
12 Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid Saudi Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Pengerusi Majma Fiqh Dunia.
13 Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki Saudi Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia skrg.
14 Syeikh Sodiq Al-Habannakah Syria Adik Syeikh Hasan Habannakah.Pakar bidang Fiqh dan Lughah.
15 Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni Mesir Fiqh dan Usul Fiqh.
16 Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan Mesir Fiqh Muqaran.
17 Prof. Dr Muhammad al-Baltaji Mesir Phd Al-azhar tahun 60 an. Pensyarah Univ. Al-Qaherah Pakar Fiqh dan Usul Fiqh.
18 Syeikh Prof. Dr. ‘Atiya Saqr Mesir Pengerusi Majma Buhuth Islamiah. Pakar Fiqh dan Fatwa ‘Am.
19 Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni Syria, Jordan PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh &Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa Umur 80 an.
20 Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas Jordan PhD Tafsir Al-Azhar thn 72. Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk.(Meninggal pada 9/2/2011).
21 Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi Jordan PhD tafsir thn 84, Pakar Tafsir, Sirah dan ‘Ulum Quran.
22 Syeikh Ibrahim al-‘Ali Jordan Pakar Hadith dan Sirah.
23 Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim Jordan PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ. Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk.
24 Prof. Dr Rafiq Al-Masri Syria Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional.
25 Prof. Dr Kurshid Ahmad Skrg UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam.
26 Prof. Dr Umar Chapra Dulu UK Ex Pensyarah di Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam.
27 Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie India, UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam.
29 Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni Saudi (dulu) Ex- Univ Madinah. Ulum Quran.
30 Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan Iraq, Skrg di Yaman Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am.
31 Prof. Dr Sodiq Dharir Sudan Univ. Al-Kharthoum SudanAhli Majma’ Fiqh , Pakar Mu’amalat .
32 Prof. Dr Ali Ahmad Salus MesirQatar (skrg) Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat.
33 Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili Kuwait Ahli Majma’ Fiqh.
34 Prof Dr Ali Ahmad Salus Qatar Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat.
35 Prof Dr Haron Din Malaysia Pakar Fiqh (PhD Univ Qaherah) , Pakar Perubatan Islam.
36 Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa’di Iraq, Jordan Phd Ummul Qura dgn First Class.Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Ex Mufti Iraq. Pensyarah di Univ Mu’tah, Jordan.
37 As-Syeikh al-Akbar Tuan Guru Hj Hashim Malaysia Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh.
38 Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin Jordan Punyai 2 MA iaitu Fiqh & Undang2, PhD Fiqh (al-Azhar) thn 72 Pensyarah Univ. Jordan. Digelar Ulama teralim Jordan skrg. Bidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah. Fiqh Perubatan Kontemporari.
39 Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar Jordan PhD Al-azhar tahun 80, Univ. Zarqa Ahalliah. Fiqh, Usul Fiqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir . Fatwa ‘Am.Terkenal di Jordan.
Penutup.
Walaupun saya tidak berkesempatan menghadiri Solat Jenazah al-marhum allamah syeikh Duktur Fadhl Hassan Abbas di Yarmouk pada pagi Khamis penuh barakah itu, namun teman-teman di Mafraq menghadiri pun sudah rasa syukur, mewakililah tu, menghayati hari terakhir al-marhum syeikh yang bukan sahaja meninggal Dunia malah meninggalkan segala apa yang ada Di Muka bumi, sesuailah pepatah arab itu, mautul ulama' fa mautul a'lam. Al Fatihah.
Gambar sekitar hari-hari terakhir Syeikh yang buta meninggalkan alam
dan seluruh isinya, Allah memberkati ilmunya yang tiada tara itu,
mudah-mudahan Bumi Syam punyai Ulama' bagi menggantikannya.
Sebahagian ahli Jemaah Jami' Zumaili solat Jenazah
untuk Al-marhum Syeikh Dr.Fadhl Hassan Abbas.
Lautan Manusia ahli syam membanjiri di Jami' Zumaili
menghormati Jasad Syeikh buat terakhir.
Maka turut matilah sekalian Alam pabila perginya
Alim Ulama' Bumi Syam ini. Allahurobbi.
Hari-hari terakhir al-marhum syeikh di bawa ke Tanah Perkuburan.
Kelihatan teman arab saya di Jamiah, akh huzaifah, mengiringi
fadilatus syeikh. Jeles betul saya tau.
Tatapan terakhir untuk al-Marhum allamah syeikh
Dr.Fadhl Hassan Abbas, sepanjang hayat yang buta matanya,
tetapi Allah menajamkan Mata Hatinya yang layak diberi kepada
Ulama'.Subhnallah.
Kelihatan Amid Kuliyyah Syariah Universiti Urduniyyah,
Duktur Majali, dan Dr.Muhammad Falah Uni. Yarmouk.
Turut sama menyembahyangkan jenazah fadilatus syeikh.
Kelihatan teman-teman Mafraqi Ustaz Khidir, akh Keri,
akh izz abdusalam, bertaswir bersama Syeikh Ahmad Sardani
mantan Hakim Palestin, rakan seperjuangan Al-Marhum suatu
ketika.adehh saya tiada dan sedikit jeles disitu.
Barakallahu fikumm teman2ku.
Kelihatan Al-fadilatus Syeikh Amin Kailani, turut bersama
solat jenazah disana. Semoga Allah memberkati kehidupan Alim Ulama'.
0 komenan:
Catat Ulasan