Salam istiqomah di musim sejuk, musim imtihan yang juga hampir tiba sekejap sahaja lagi ni, dan saya pun antara yang rasa perlu mencari kekuatan diri sendiri, sesiapa teman-teman blogger saya yang banyak sangat kekuatan please give saya sedikit ya..plezlah ya.
Demi menzahirkan rasa penuh keta'ajuban pada setiap penciptaan Allah diatas muka bumi yang hanya sekadar laluan singgahan kita semua tanpa mengira kamu ini, besar atau kecil, tua atau muda, tinggi atau tak tinggi, malah hensem atau cun sekali pun tetap di kira diatas segala amalan mereka di dunia ini.Intabih jiddan.
Balik dari Haramain, terus menjalankan jejak langkah sebagai penuntut ilmu sama seperti kawan-kawan yang lain, cuma teringatkan cara dan method menuntut ilmu dulu-dulu, entah tiba-tiba mahu menangis. Gamaknya kena kahwin cepat ke hape, sahaja guraulah, memang suka sangat pembaca blog ini, mahu saya respon kemudian buat cerita mengenai hal itu kan.Nanti-nantilah ya.
Kata seniur saya, Sifirnya mudah, segeralah ingat keluarga yang jauh jutaan batuan itu, katanya confirm terus kembali bersemangat, yelah siapa kita mahu letakkan diri jauh dari keluarga, Sedangkan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam juga diberi rasa bersedih lantas Allah memberikan Baginda Peristiwa isra' dan mikraj menambah kekuatan Motivasi diri Baginda, lantas Ulama' Sirah bersepakat menamakan tahun itu tahun kesedihan(yaumul hazan) kerana Baginda kehilangan dua manusia yang selama ini menyokong perjuangan belakang tabir diri Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam.
Hari ini dalam sejarah, saya begitu sedih melihat kebanjiran maksiat yang sengaja dilakukan oleh orang negara saya sendiri, sungguh aib lah! kemudian saya juga tersentuh hati mengetahui dalam waktu yang sama Ulama' dicabut nyawa oleh Allah demi membenarkan sabda nabi pada akhir zaman terjadi hanya ada ulama' yang sifatnya 'as-suq' lihat sahajalah blog Ustad Ket a.k.a Shaker shafiee, teman saya dari Darul Qur'an ini(tekan ini), itu belum lagi lihat peristiwa panas-panas ala-ala shawarwa baru masak di mat'am zumir itu, di laman web Abang Marzidul Akmal Sidek a.k.a press yang terkenal itu(tekan ini).
Jom tasarruf surah al-fathir ayat yang ke 28 itu..
'Sesungguhnya yang takutkan Allah dikalangan Hamba-Hambanya adalah Ulama'
Mereka mutiara yang berharga dan berjasa pada masyarakat, dan umumnya di didunia ini, merekalah pewaris setelah ketiadaan Nabi Atau Rasul terakhir, kalau ada manusia yang kita yakini ulama' dengan Cara akhlak dan thiqahnya, tolonglah kita hormati mereka kemudian segeralah sayangi mereka.
Pesanan saya, Hormati guru kita, hormati duktur di Jamiah kita, dan hormatilah syiekh kita, mereka juga kilang-kilang untuk kita menjadi orang berilmu, tidaklah nanti jadi mereka yang tiada ilmu, malah bila dapat ilmunya itu nanti bermanfaat pula untuk orang lain.Itu kan haibat namanya.
Sekitar Belangsungkawa Ulama' Jordan Al-Hasyimiah.
Syeikh Nuh Al-Qudhah merupakan antara syeikh atau mufti terkenal di Negara Jordan Al-Hasyimiah ini.
Merupakan bekas Duta Kerajaan Jordan ke Iran, meninggal dunia hari ini, anak kepada Syeikh Salman Ali Rahimahumullah, Ulama' besar di Tanah Syam, seorang hakim dan pakar undang-undang, pernah mengutip ilmu dan menuntut ilmu dari Syeikhul Azhar, Syiekh Dr.Halim Mahmud Tahun 1973 sehingga 1978.
Beliau seorang lagi mutiara ummah gugur, seluruh isi alam meratapi kembalinya ulama' ummah ini, Samahatus Syeikh Nuh 'Ali Salman al-Qudah, mantan mufti Jordan, ke sisi Rabbul Jalil pada pagi 19 Disember 2010, dalam usia sekitar 71 tahun. Beliau dilahirkan pada tahun 1939 di 'Ain Jina, Muhafazah 'Ajlun. Bapanya Syeikh 'Ali al-Qudah adalah faqih mazhab Syafi'i. Beliau menerima ijazah dari ramai ulama Syam, terutamanya Syeikh 'Ali al-Daqr. Antara guru-guru Syeikh Nuh al-Qudah yang lain ialah, Syeikh 'Abd al-Karim al-Rifa'i, Syeikh 'Abd al-Razzaq al-Himsi, Syeikh Mahmud al-Rankusi, Syeikh al-Murabbi Muhammad al-Hasyimi dan lain-lain. Dari Syeikh Muhamad al-Hasyimi beliau mengambil Tariqat Syaziliyyah.
Beliau juga pernah belajar dengan ramai ulama Dimasyq di Fakulti Syariah, Dimasyq, seperti Syeikh Mustafa al-Zarqa, Dr. Wahbah al-Zuhayli, Syeikh 'Abd al-Rahman al-Sabuni, Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Syeikh Fawzi FayduLlah dan lain-lain. Beliau merupakan graduan dari fakulti tersebut pada tahun 1965. Antara rakannya pada masa itu ialah al-Muhaddith Syeikh Muhammad 'Awwamah. Pada tahun 1972, beliau dilantik sebagai mufti Tentera.
Pada tahun 1977 beliau ke Kaherah, Mesir dan menimba ilmu dari ulama-ulama seperti Syeikh 'Abd al-Ghani 'Abd al-Khaliq, Syeikh Hasan al-Syazili.Beliau berjaya memperolehi ijazah masternya dari Universiti al-Azhar di bawah seliaan Syeikh Muhammad al-Anbabi dengan tajuk (قضاء العبادات والنيابة فيها) pada tahun 1980. Manakala ijazah kedoktorannya pula diperolehi dari Universiti Islam Muhammad bin Su'ud di Riyadh pada tahun 1986 dengan tajuk (إبراء الذمة من حقوق العباد).
Sepanjang tugasnya sebagai mufti, beliau telah mengeluarkan ribuan fatwa berkaitan agama dan juga manusia. Pada tahun 1996 beliau menjadi duta Kerajaan Jordan di Iran sehingga tahun 2001. Pada tahun 2004, beliau bertugas dalam bidang penfatwaan di Emirates dan juga sebagai penasihat Menteri Keadilan, Wakaf dan Hal Ehwal Islam sehingga tahun 2007. Pada tahun tersebut beliau dilantik sebagai mufti am Kerajaan Jordan sehinggalah beliau bersara pada bulan Februari 2010 yang lalu.
Laman Al-anba'(berita) dari sarayanews.com
yang menceritakan kematian Uama' Besar di Jordan.
layarinya-(tekan ini).
[ulama' pergi meninggalkan ilmu kita nanti tinggalkan apa!].
0 komenan:
Catat Ulasan