25 Disember 2010

Berhaflah Khirijin sehingga penat.

Minggu ini, minggu yang ceria, seceria mentari di ufuk bumi mu'tah ini, angin-angin sepoi mulai dirasai, suhu standard 9 dan 10-darjah celcius menebal sedaya mungkin,  itu petanda salji bakal turun lagi.

Kemudian kelihatan kaum arab depan bait saya sibuk dengan kerja-kerja harian seperti biasa menambah zahmah(jem), memeriahkan lagi bunyi-bunyi hon kenderaan, mahu dimarah bukan kaum sebangsa, kalau menjerit sudah seperti pepatah melayu'Ibarat singa mahu mengaum namun sakit tekak didapati' begitulah metafora ketika ini.Menambah daya  fizikal selaku mahasiswa islam universiti negara arab ini untuk terus bertahan.

Seperti biasalah, masa semakin suntuk, sudahlah yang namanya manusia ini jenis yang suka membuang masa, tidak tahu hujung, tidak ketemu yang panggal mahu jimatkannya, kalaulah tahu jimat masa seperti jimat guna air di Bumi Kering Kontang ini, niscaya kita semua berjimat dan berhemat, patutlah ditegur Imam Syafe'ei Rahimahumullah dalam kalamnya yang haibat dulu ' Aneh melihat cepatnya perjalanan masa, TETAPI lebih aneh manusia yang melalaikannya. Memang terkena pada batang hidung sendiri, dan baru tahu kan, bagi mereka yang suka buang masa.Ini termasuk saya sendiri tahu.

Kawan-kawan yang hebat sudah khirij(Jadi Graduan).
Sebenarnya naluri saya sudah tidak ketahuan ketika ini, kerana ketika bersyukur punyai sahabat-sahabat seperjuangan medan nafar ini, yang haibat dan gah, hari ini genaplah  17 purnama rasanya untuk mereka berhaflah khirijin, iya tidak sama dengan haflah khirijin di Tanah Air, samanya ketika senyum time bergambar sahaja. 

Lagipun siapa yang tidak senyum ketika bergambar kan. Bahkan haiwan juga kalau kita perhati ada yang senyum ketika bergambar, Mujurnya beruang kutub tu nafsunya pada makanan dan membiak sahaja, adapun manusia yang lemah ini, Allah Ciptakan dalam keadaan nafsu yang pelbagai yang mesti dikawal baik, dan naluri itulah yang sokmonya mendorong manusia mengikut nafsu sama ada baik dan tidak baik. Dan itulah yang manusia marah melenting pabila kita panggil dia lebih dan macam beruang kutub, padahal dah syibih-syibih perihal mereka ke arah itu.

Apalah ust pdaus ni, mahu cerita haflah khirijin ke beruang kutub?!!(berkata monolog hati peminat blog ini), USAH gusar, saya takkan hampakan peminat blog seramai 133 orang minat sangat saya menulis kan(Saja bergurau tahu).

Sebenarnya sudah tiada idea mahu menulis ni, ada tak sesiapa handal berbahasa tolong betulkan penggunaan BM saya, kalau saya salah iya, malu pada DBP ni, adeh.. namun benar lah kata seorang ustazah yang menuntut sama ilmu disini, dalam tazkirah ringkasnya, kalau tuan-puan, kawan-kawan mahu release tensen banyakkanlah menulis, tak kira di mana sekalipun, saya bertanya, abistu ya ustazah teringin benar saya mahu menulis kat coester yang mafi tanzilat selalu ke Jamiah tu boleh ke?!!, lantas gelak ustazah itu, macam-macam ragamlah ustad pdaus ni!! Padahal saya tanya ikhlas ketika itu. Dalam kondusi ini, saya cuba tenangkan Hati dengan banyak menulis dan bertanya.Mencari nilai Ibadahlah.

Udah-udahlah Ust haji pdaus bin haji suhaimi ni, Dari Beruang kutub, BM, DBP, release tensen, bila mahu masuk bab Haflah khirijin ini, tertunggu-tunggu tau, kata sedara Rahimi, penginap tetap mat'am syuruq, 100 meter dari bait saya, merupakan  seorang peminat aktif membaca dan membongkar blog saya ini kan, itulah pabila sudah jadi pelajar negara arab enta kenalah banyak menanti, macam menuntut ilmu, sehari sahaja tidak cukup mahu hadami kitab al-azkar karangan Imam yang lahir di Qaryah An-Nawa Suria itu.Intabih jiddan.Go on sajalah.

Disebabkan mendesak sangat, okeylah yop, saya mulai lah iya, bermulalah cerita panjang, cukuplah saya cuba ringkaskan mengikut kesesuaian waq'iyyah kita di Bumi Ini, sekadar berkongsi mana termampu, penulisan saya ini walau tidak serencam mana, namun sudah cakap dari dulu-dulu lagi ketika zaman  televisyen tiada caler lagi. Tulisan sekadar menjadi diari hidup kemudian ambil maslahah mana termampu, dan ia menjadi hibrah ketika bergelar seorang penuntut ilmu.Sekadar menjangka kotlah, kalaulah sudah bertemu jodoh nanti mungkin juga kualiti saya berfikir misti sudah sedikit tidak mahir sangat.  Mungkinlah Amanah menjadi lebih haibat. Itulah Sunatullah. Percayalah masa sekarang gunakan kekuatan syabab ini, kena faham sungguh dan mencari kekuatan pemuda yang haibat itu.

Bermula tengahari itu, haflah khirijin dijalankan, haflah khirijin dalam bahasa arabnya, dalam bahasa melayunya, haflah: sambutan, khirijin: graduanisasi, mudahnya Konvokesyenlah, ia dijalankan di wafidin, su'un tolabah universiti mu'tah-al-caraki. Cumanya takdelah penuh adat istiadat melayu seperti IPT di tanah air itu, takdenya kompang, malah hanya lagu-lagu lagha arab jelah dilagukan, itulah budaya arab yang jenis suka berhibur. Ia tidak pelik bagi kami ia berupa latihan berdepan masyarakat tanah air nanti juga, yang agak-agak calcer syok di zaman fitan ini.Mudah-mudah para khirijin wa khirijat kita bersedia, allahumma amiin.
Berikut teman-teman saya yang suka saya nukilkan dalam sesi kali ini:-

Amir Ibrahim 
Atau nama manjanya. abang am, amir, mir, mira, shamir dan lain-lain a.k.a Mantan Presiden Permata tahun lepas, banyak memperbaharui PERMATA tahun lepas. Seorang yang kental dengan prinsip diri sendiri, tidak menghairaukan manusia lain, sesuailah dengan thiqahnya terhadap dirinya itu, dengan ilmu yang mantap dia sempat menjadikan saya teman hidupnya, bersangka baiklah ye, teman sejatilah maknanya, Berbahasa tranung membuatkan dia kelihatan comel ketika bercakap, malah pabila berucap hadirin terpegun gaya pencapaiannya ala-ala Paklah Badawi itu. Paling penting ilmunya ditadbi'kan untuk kawan-kawan sekitarnya, naik lauhah menjadi hobinya juga. Kalau ada auntie-auntie free buat anak gadis mereka yang baca artikel ini tag saya cepat-cepat iya, boleh rekmen punye, Ingat Ustaz medan Mu'tah ini bukan sahaja ilmu di dada, ilmunya kalau diamalkan burang-burung di langit berhenti sebentar tau.[kinayah fil uslub balaghah].

Sepanjang perjalanan musafir 1000 lebih kilometer ke Haramain dulu, banyak berkongsi hal-hal semasa dengannya, sebab dia duduk belakang seat saya, maka senanglah berbual dengannya, masalah rakyat Mu'tah mana tiada dalam pikirannya, lihat sahajalah status facebooknya sokmo memperjuang kemaslahatan dan kebajikan, katanya antara cita-citanya selain mahu Faqih dalam kalangan Ulama' Bidang Usul Fiqh, beliau mahu jadi Menteri Wakaf di negara mesir kalau diizinkan kerajaan kedua negara. Takpelah Ustad Mir,  jadi pembasuh pinggan untuk markaz piliharaya Dun Wakaf Mempelam pun takpe okey.Ia satu IBADAH. Mabruk minni, Ustad Amir, teruskan usaha anta iya.


Al-fadhil, ustazul murobbi am. Amir Ibrahim, a.k.a
Mantan Presiden Permata Tahun Lepas, Ijazah Sarjana Fiqh
Wa Usuluh, mahir dalam banyak bahasa termasuk 
terengganu tempat asal lahirnya.[beliau yang berbaju konvo].
sebelahnya hanyalah model biasa ustad keri yamin al-lughatan.

Arip Ariffin.
Pemuda kacak, disamping berkumis rata, suka bermain qurratul qodam sampai berjaya menjaringkan hatrik yang banyak, kegiatannya menghafaz kitab Fiqh tanpa jemu setelah half time di Maidan(Padang) Bola di Solah Asykari, Bergelar Haji seperti sedara amir di atas, sebaris kepimpinan Permata juga, menjadi Bendahari menjaga uwang tanpa jemu lagi dedikasi.

Sering berilmiah dengan saya dalam semua perkara termasuk hal-hal orang lelaki, yang mesti disirkan setakat ini, punyai bakat terpendam tanpa semua ketahui termasuk saya, sebentar tadi baru berbincang masalah orang bukan islam yang menjadi peguam syariah tanah air, tidak fanatik mazhab malah semua diketahui maqasidnya, sesuailah perwatakan ayu beliau sering mengajar kuliah-kuliah akademik di Bumi Ini. Satu sahaja, sering menyakat orang termasuk saya dan minat menonton filem KCbai banyak kali sehingga menyuruh saya tasmi' bacaan mengikut perwatakan artis dalam filem pengajaran tersebut. Saya doakan ustad berjaya balik ke Bumi Tranung, kemudian jadi manusia beriman, dan taat perintahnya, Kalau mahu continue master ambillah bidang kejururawatan ke, sebab di sana banyak masalah Fiqh boleh di kaji tau(sekadar cadangan saya tau ustad). Jangan lupa ana nanti ye, jangan gelabah  sangat ketika turun dari kapal terbang nanti, tenang-tenang saja, ye Usah melompat berjumpa pokok kelapa sawit di Terminal Klia pulak.Mabruk ya sodiqq.

Ustazul arip arifin, a.k.a mantan bendahari Permata pjk.pjs.pph.
ppkk. pjr.pljar.jkr.jpj.dan lain-lain, ulama' muda bakal pulang ke Tanah
Air mencurah-curahkan ilmu yang banyak di dadanya.Barakallahulaka
ya ustad.
Susungguhnya bakal khirijin ini, memberi satu galakan yang  matang dan berwibawa  buat pemuda harapan ummah, khusus buat semua Ahli Permata(jam'iyyah tullab almalaziyyin bil jamiah mu'tah) yang ada, saya bangga walaupun kenal mereka sekejap memberi satu suntikan arabela yang bermakna, dan bermanfaat, mentahdidkan kita di Bumi Mu'tah ini diperlukan dalam mengutip segala ilmu Dari Para Duktur dan Syeikh yang ada, dan dengan barakah mereka, Natijahnya nanti pastikan kita berjaya.[Yakinilah].

Afiq Adnan. 
Dipanggil afiq, ustad afiq, fiq, dan lain-lain, negeri pantai timur juga asal beliau, pernah mengambil madah tilawah 3 bersama saya, namun suara lembutnya membuatkan duktur abdullah fawwaz, tertanya-tanya, anta ni sakit tekak ke hape?!Beliau seorang yang rajin senyum dan menyapu janggutnya dengan yakin dan bijaksana. Sering ke Amman dulu kerana di Taklif menjadi Bendahari Kehormatan Mppmj, kira orang besarlah juga, selepas balik kuliah perkara utama kami tuju dengan harapan dan maqasid yang tinggi, ke warung abbasyi, menempah ais koffi ma'a batoto masyrubb. 

Sihat tubuh badannya membuatkan dia sering, tenang berjalan kaki ke Kuliah, tanpa penat mahupun berjimat dari naik coester yang mafii tanzilatt itu, kerajinannya terserlah dengan mantap. Sesuailah pemegang Ijazah Sarjana Usul-Addin, Hadis boleh ditakhrijnya, madah Ulum Hadis menjadi  hidangan Kuliah akademiknya pada student mu'tah jordan al-hasyimiah ini. Barakallahulaka ya ustad fiq..u memang gratis dan enovatis lah..Seperti biasa tradisi mencari ilmu, jika continue Master nanti, ambillah Bidang Hadis yang diminatimu itu ya.Boleh jadi seperti Imam Abu Daud rahimahumullah, pada Umur 20 Tahun sahaja boleh menyusun Sunannya.


 Aiwah inilah ust afiq adnan yang diwarwarkan tadi,
bukan leftenan adnan tau, beliau teman rapat sebaya saya yang
paling seronok pabila terkenang-mengenang suasana makan
kepok leko di tepi pantai teluk ketapang tranung..
[sebelum balik nanti ustad belanja ana falafil 3 hari berturut-urut ok.]

Lutfi Hafifi a.k.a juru masak saya.
Dari nama yang disebut diatas pun dah boleh detect siapa beliau kan, dia seorang penyair yang hebat, kalau buka sahaja laman blognya, sudah bersawang dengan sajak-sajak terpilih dan masuk suratkhabar tobloid ataupun tidak tobloid di tanah Air, selalu benar belanja saya untuk makan laban dan qistoh, ketika Ramadan menjelang, disamping itulah menjadi juru masak dan tenaga pengajar saya mendemostrasikan beberapa masakan seperti, roti jala ala2 lemah gemalai, nasi ayam, kuah pecal, nasi lemak, masak korma, kari kepala dan lidah kambing, tempe, masakan western, dan lain-lain lain lagi.Bimakna orangnya pakar bidang masakan.

Juga Senior saya yang duduk selang satu bilik dengan saya, Satu saja pesanan ringkas padanya, kalau dulu rajin bersenam dan jogg. maka sekarang rajinkan mencari bahan ilmiah ya, katanya mahu letakkan thesis sebaris Prof. Dr. Sidek Baba di Pustakaan Negara kan, tak silap suka mengkaji isu luar negara termasuk minat berbahasa tehran dan mazhabnya.

Lutfi keluaran kusza seperti saya bijak menanam garjil, eh bukanlah!! menanam jiwa bersifat kasih sayang, itu yang saya respect, yang paling tidak minat dan harap berubah besar iaitu, rajinlah buang sampah tiap pagi, jangan suka buat sampah, dan jauhlah menjadi sampah masyarakat pula wa iyazubillah..Mabruk lufti, balik Tanah Air sudah ada  projek travel deal dengan saya okey, kalau jadi Imam besar Negeri di Bawah Bayu itu, panggil saya untuk untuk bilal pun boleh tau.
Layari-lutfihafifi.com(tekan ini)
Teman saya yang hebat bab penggunaan Bahasa Melayu
moden dan lama, kalau ke biliknya, penuh dengan kamus Dewan
Bahasa, itu belum dewan lain, dewan orang orang ramai, dewan mpkj,
dewan sewa untuk kemaslahatan masyarakat, dan lain-lain.

Sekarang puas rasanya sudah selesai taip penulisan bersifat picisan semata-mata, panjang tak sampai 110 patah perkataan pun, tapi puas jugak rasa sebab meluahkan perasaan pada keyboard sambil mulut berkata-kata sepanjang menaip, sekarang seperti biasalah tuan-puan pun memang minat jika saya letakkan gambar menceritakan metafora (muqoronah)perbandingan konvo di Malaysia dan Jordan kan. Yang penting inilah tasawur di Bumi Penuh barakah.Tahniah.Menguatkan semangat saya untuk berhaflah juga suatu hari nanti.Doakanlah iya.

 Ustad arip yang sentiasa tersenyum..balik nanti jangan lupa
dengan suggestion ana tu tau..kos yang sesuai ust intima' kemudian
selesaikan masalah fiqh yang pelbagai.

 Ust lutfi hafifi dengan ust fiq, penuh keyakinan 
berhaflah khirijin di su'un tolabah.

kawan-kawan yang beraswir bersama Rois Su'un Tolabah
a.k.a Duktur fakulti syariah addukur ahmad rawasydah 

  Berikut ustad Khairullah, juga teman saya semasa di Kolej
Ugama Sultan Zainal Abidin dulu, mabruk ustad
sudah khirij rupanya iya.
Mabruk, ust fiq..berposing abis-abis sebelum anta
 meninggalkan Bumi Mu'tah ni, lainlah kalau ust fiq ingin continue MA kat sini 
takhasus asykari ke, bulih jumpa lagi tau..
[hati2 baca: Mu'tah BUKAN Mut'ah] 

 Berikut dua orang pemuda yang beria-ria bertaswir, walaupun belum
menjadi peserta haflah khirijin, tetap meraikan sahabat-sahabat yang lain(kira practiselah)
ustad husin a.k.a encik presiden Permata menconvertkan Ust Amir
tahun lepas.
Bersama  dua teman saya yang bakal menjadi suami orang tak lama sahaja lagi,
itupun kalau mereka berjaya mengajar kuliah zawajj di masjid-masjid
sekitar lembah klang[siapa mahu jadikan imam masjid  juga boleh
calling saya ok]

Sempat bertaswir dengan ad-duktur musa'iid,
Dr.Faris ahmad as-syeikh hasan, duktur pakar fiqh
berserta murah markah dengan tullab maliziyyin
[barakallah duktur, allahuyusallimuk] 

 Masmukk ya sobiiy?! ismi ahmad lujjai al-karaki..
kata si kecil pipi ala-ala donat ini, rasa mahu makan sahaja,
 nasib baik bangsa arab syam ini, keturunan yang baik jugaklah.

  picture ini berusia tahun lepas ketika dua teman yang agak asobiah
kusza ini, berhaflah khirijin, ustad hadi harun dan ustad fikri,
kembali jumpa ust hadi kerana beliau sorang saja yang continue MA Fiqh
semula di Universiti penuh sejarah ini.

1 komenan:

Lutfi Hafifi berkata...

Sila buat pembetulan (hahhaha)

1. Bakal khirij soifi nanti disebabkan sibuk nk jadi pramugara akhirnya jadi mahasiswa kembali. huhuhu.(Tapi akan pulang berbakti dulu pada warganegara)

2.Universiti Mutah terkenal dengan haflah khirij dulu kemduian baru final exam (sentap).

3. Saya tidak bermazhab tehran (huhuhu) , bak kata pak HAMKA :

"Saya tidak bermazhab S***H , tetapi saya mencinta Husain..".

Salam Sayang.

p.s : Jom masak!!

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang