03 Januari 2011

Mahu jadi askar ke ustaz!

Dulu saya juga seorang askar.
Angin suram makin menebal kawasan sekitar, dataran syuhada', tiba-tiba datang  idea berjumpa saya, bertanya nanti pulang mahu jadi askar ke mahu jadi ustaz? apa tidakkah, kedua-dua perkerjaan itu kan tersangatlah mulia. Rupa-rupanya hanya monolog hati saya ini sahajalah, dikala fatrah imtihan, melihat suwar@gambar lama, imbaulah kisah itu, nanti-nanti kalau anak cucu tanya pernah ke jadi askar saya akan berkata, pernah!.

Pernah, cita-cita murni ini saya sematkan dalam diri sedari kecil, saya melihat askar menjadi satu lambang kekuatan sesebuah daulah, gah, lalu disematkan tarbiyah emak melalui bacaan buku-buku ghazwah nabi, dan dengan cara yang Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam tasawurkan, Baginda bersama tentera muslimin menang disetiap ghazwah dan pertempuran kerana punyai jaisy  atau askar yang cukup gagah, dilatih penuh iman dalam diri tentera muslimin ketika itu, takut melakukan maksiat dan taat dan wala' perintah panglima islam, itulah mendorong saya minat namanya askar.

Kebetulan seorang pakcik saya adalah pencen askar, pernah melihat dia memegang M-16 dahulu, gambarnya itu saya tatapi, memang penuh semangatlah ketika itu.Punyalah semangat, terdoktrin filem action Rambo ketika kecil dan hattalah sanggup menangis mahu baju askar, Umpama hidup setelah mati bak bidalan orang melayu itu, namun semua itu hanyalah cita-cita awalnya, jauh panggang dari api, mustahil betullah, sudah umpama tikus, hendak menampar kepala kucing.Tidak akan terjadi, namun rupanya Allah yang sifatnya As-Sami' Yang Maha Mendengar, maka kehidupan ini diberi peluang merasai jadi askar, yang prebet pun jadilah. Ia memerlukan disiplin yang kuat dan dahsyat.

Tujuan menulis untuk membangkit semangat.
Dulu tingkatan 3, saya antara penggemar permainan PC Game Red Alert, jangan kata versi 1, 2, yuri revenge, game berbentuk ketenteraan dan picisan itu semua dah saya hafal gerak dan gaya cara menawan kota dan negara, sama ada soviet , sama ada brutal enemy, mahupun amatur saya sedia kalahkan, sebab itulah pulang dari cybercafe dimarahi emak, terimakasih emak, dengan kemarahan itu menjadikan saya sedar sehingga khauf yang benar-benar roja', ila allah, berusaha sampai ke luar negara ini, dan di luar negara menjadi askar lagi tau.

Pernah dalam hati, kalaulah aku jadi askar, gamaknya boleh pulang berhari raya ke pada pagi satu syawal tu, lagi pulak pangkat yang tinggi, padahal kalau jadi Ustaz PHD pun, kalau kena kuarintin menyemak kertas thesis pelajar MA atau Phdnya tetap sama taraf hidupnya, bukan kata balik raya ke kampung, selisih kawan sekampung pun rasa sedih dan rasa pitam,  lupa terus saya cita-cita suci murni itu, Allahurobbi, sukarnya menjadi jaisy seumpama tentera di zaman Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam itu.

Pemuda kena sering bangun berusaha. 
Saya seyakin teman-teman di Medan Mu'tah ini,  berada di bekas medan tempur Peperangan Mu'tah antara muslimin dan rom bayzntine ini, terasa malu dengan tiga sahabat serangkai yang Syahid nun disemadikan di Perkampungan Mazar itu, yang sangat hampir dari sini, kalaulah Saidina Jaafar Bin Abi Tholib, Abdullah Bin Rawahah, Zaid Bin Haristhah, panggil tiba-tiba untuk melancarkan jihad, sediakah kami disini.Apa jawapan terbaik  mahu menolak ajakan itu dan dituturkan kepada sahabat besar Rasulullah itu.Allahurobbi malunya.

Saya melihat profile As-syahid Fauzi Bin Ismail, hayati buku petikan kisahnya, 'Terlalu istimewa lelaki syurga ini untuk kita menatap sejarah hidup dan perjalananya. Seorang anak muda tipikal yang lahir dalam keluarga sederhana, meraih rezeki dengan berniaga secara runcit. Waktu lapangnya di gunakan untuk mendalami ilmu agama dan fikrah harakiah'.

'Keazamannnya untuk mencari Redha Allah sangat luar biasa. Beliau sanggup meredah arus malam berkelana ke Perak untuk mencari biaya ke bumi jihad. Menjual keperluan hidupnya yang menjadi nadi kepada kehidupan beliau selama ini, kedai runcit dan motosikal semata-mata untuk menampung kos perjalanan ke bumi jihad, akhirnya dia antara yang mendapat syahid di Bumi Afghanistan,' haibat kisahnya.

Bacalah dengan linangan air mata wahai orang muda, sudah pasti Bidadari sedang mendampinginya membawa barakah dari Allah, di syurga.

Zaman Diploma di K.U.S.Z.A.
Zaman berubah dengan cepat, Diploma saya habiskan 3 tahun di Bumi Sentuhan Pertama Tarbiyahku itu, Semester 2 ke 4, diwajib mengambil Kokurikulum yang mengakibatkan saya menjadi taradud(mana satu mahu pilih), sama ada pilih jadi Seorang Kesatria a.k.a ala-ala menjadi Kor Tentera yang haibat, dan gah mahupun menjadi Seorang Pembimbing Rakan Sebaya,

Akhirnya Kesatria(KKE 1011, KKE 2011, dan KKE 2021) saya pilih dengan berhemah sekali, sesuailah dengan jiwa muda ini, dan teman-teman kos saya semua pelik melihat ustad yang diketogarikan thiqoh lagi alim-alim kucing ini, memakai but seberat 3 kilo berjenama original, menaiki motor berwarna merah SS Sport 2, berflat KAC 2918, seawal 7.30 pagi jumaat mahupun sabtu, menuju ke kawasan lapang belakang maktabah K.u.s.z.a itu. Sambil ada yang bertanya mahu jadi askar ke ustaz!.

Perihallebih meyakinkan diri saya ke Medan Kawad, ialah kalau selepas usrah setelah subuh bersama abang yassar yang menjadi naqib mantap time tu, detik jarum di tangan menderu laju, entahlah saya diajar masa itu cepat sekali, sebab itu, saya gunakan kepantasan motor saya untuk menongkah masa yang laju umpama kilat sabung meyabung itu, tanyalah teman saya, siapa yang kata saya bawak perlahan! mujur di Jordan tiada istilah naik motosikal, mahunya arab disini lebih advant dari mat rempit tanah air.Bersyukur.

Terima kasih encik sarjan hussin, encik mad,  yang ikhlas memberi saya A++ dalam Madah Kokurikulum ini, kira mumtaz jiddanlah tu, mabrukk, Walaupun sering sibuk selaku pegawai tenteranya, beliau mendisiplinkan saya mahu menjadi pelajar Pengajian Islam yang disiplin tentang masa, kerana dari situ juga punca manusia menjadi lalai, kalau tidak kerana takut dengan but hitam berladam tebal itu pasti saya kurang arif erti masa, en husin tidak jemu mendenda kami, saya, afif, aslam, sering ditanya kenapa lewat, teori dan praktikal kami jalankan, kawad hal biasa dalam rejemin askar melayu diraja, kalau silap lagilah biasa untuk didenda. Itulah Disiplin namanya!.

Walaupun berstatus Bidang Pengajian Islam, ia bukan penghalang mahu jadi askar, seringkali diminta membaca doa pabila habis sesuatu majlis jamuan, perkara adiyy(biasa) bagi saya dan teman-teman sepengajian Islam dulu, saya rindu saat itu, melatih teman-teman lain dari kos yang Bukan Bidang Agama, untuk memperbiasa diri dengan hikmahnya doa, sebab itulah doa disebut senjata Mu'min, dengan doalah Allah memenangkan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam dan Tentera Badar Al-Kubra seramai 313 yang terjadi dalam Bulan Ramadhan al-mubarak.

Gambar ini: membuktikan saya antara meraka yang pernah
mengambil KKE 1011, KKE 2011, KKE 2021,  bersama
ustad afif dan ustad aslam, di kawasan belakang
maktabah K.U.S.Z.A.[Rindu Bumi tarbiyah itu].


Ulum Askari di Jordan.
Bunyi sahaja, sangat haibat kan, syibih-syibih Sains Ketenteraan Jordan, mata pelajaran atau madah Wajib Universiti di ambil oleh pelajar-pelajar Malaysia.

Juga mata pelajaran yang boleh sangat antumorang kalau mahu hadir atau tidak, sanggup pulang ke rumah kerana tension tidak memahami konsep ketenteraan negara al-hasyimiah ini, dicanai pulak dalam bahasa ammiah pekat likatnya, tapi USAH gelisah itulah hibrahh atau pengalaman namanya, kita belajar sejarah (dababah) kereta kebal jordan yang ada, kemudian sejarah pembukaan peperangan dunia pertama mahupun kedua.Ini penting! dan nantilah kalau anak cucu tanya, boleh jadikan hujah cerekerama(ceritarekaansematamata), pernah menjadi tentera negara Arab!.

Jazakallahukhairan jazak, kepada guru saya dari kalangan tentera Jordan yang mengajar kuliah ulum askari ini, dua pensyarah(1)Muqadam Dr.Ziyad Hammat Al-Qarawlah dari unit taujih maknawi (2)Muqodam Dr.Abdullah Al-Qudhah, imam bagi sub ketenteraan Kuliyyah amir hasan lilulum askari Jordan. Barakallah ya duktur, imtihan saya sudah abiskan, mudah-mudahan nanti berjaya, allahumma aminn, mereka mengajar saya mengenal budaya arab lebih dekat, mengajar saya benci kaum yahudi israel yang dekat jaraknya dari Negara ini!.Pengalaman ini saya akan gunakan kalau diperlukan di Tanah Air nanti, jadi manusia yang cakna isu besar melanda ummat islam.
 Gambar berikut: Pensyarah(paling kanan)yang mengajar saya erti
mengenali fe'el bangsa jazirah arab sekitar syam'
Muqodam Abdullah Al-Qudhah.
 Gambar berikut: Juga Pensyarah(paling kiri)saya yang 
sering mengingatkan tentang ketamadunan Negara Arab Al-hasyimiah ini, 
Muqodam Ziyad Hammat Al-Qarawlah.
Allahuyusallimuk.

Undi Pos penting di Tanah Air.
Beberapa Fakta menarik minat saya untuk mengkaji, di Tanah air lain kisahnya, undi pos khas diberi khusus pada setiap golongan berjiwa kental seperti askar ini, kalau seorang askar sahaja yang mengundi untuk memenangkan calon pilihan raya takpelah, tapi kalau isteri askar juga boleh mengundi pos, kalau seorang askar ada 2,3 dan 4 isteri, bagaimana pula, itu satu point yang mesti dititikberatkan oleh calon intikhobat, lagi-lagilah kalau ada kem askar di DUN mahupun Parlimen mereka.

Contoh mudah dapat dilihat berlaku di Galas pada 4 November lalu. Undi pos yang diterima PAS hanya 26 undi (17.68 peratus) berbanding dengan BN (82 peratus).

Begitu juga di mana-mana sahaja pilihan raya undi pos menjadi penyelamat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) kecuali pilihan raya umum 1999. Di Jeli undi pos di kalangan askar wataniah di Kem 301 dan Kem 302 berjaya menyelamatkan karier politik Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi mempertahankan kerusi parlimen Jeli masuk penggal kedua. Begitu juga Datuk Mohd Alwi Che Ahmad diselamatkan undi pos di Kem Desa Pahlawan untuk meneruskan penguasaan Umno di Dun Kok Lanas. Malah kerajaan BN tanpa berselindung menyebut hampir mencapai sasaran apabila 172 kawasan parlimen telah diisi dengan pasukan itu. 

Ketika berlaku Pilihan Raya Umum 2004, Tidak dilupa pada Ketika itu PM menang dengan majoriti hanya 241 undi. Sedangkan di Pekan ada 2,400 undi pos. Kemudian pada persempadanan semula 2003, Kem Batu 10, Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan.Sumber harakah, begitulah penting menjadi Undi Pos seorang askar yang beriman, dengan kekuatan imannya dapat menangkis segala permasalahan, lebih besar lagi dalam soal memilih pemimpin yang adil, thiqah, ilmu agama yang mahir, bertaraf ulama warasatul anbiya' menjadi pilihannya.

Supaya mengambil Ibrah. 
Pesanan ikhlas saya pada teman-teman di Medan ini supaya mengambil pengajaran sahabat tabi'- tabi'inn yang mengajar kita erti berjiwa besar seperti Jaisy Mu'minin terdahulu, askar yang hebat yang siang harinya bertempur di medan perang, malam harinya menangis takutkan Allah. Itulah ciri-ciri atau kaifiah askar yang haibat sebenarnya. 

Saya letakkan satu kisah supaya kita tullabul ilmi' mengambil peluang berjihad juga dalam waktu yang sama menuntut ilmu.

Seorang alim ulama' dalam Bidang Ilmu Hadis, dipanggil Abdullah Ibnu Mubarak Radiyallahu anhu(118-181Hijriah) atau digelar Amirul Mu'minin fil ilmu hadis, pernah menulis surat kepada rakannya, juga ulama' hadis, iaitu Fudhail Bin i'yad Radhiallahu Anhu, dia tinggal dan mengajar di Makkah. Dalam ungkapan syairnya dalam surat yang dikirim padanya, ada menyebut:

Wahai sahabatku  yang beribadat di Tanah Haram, Jika sekiranya, engkau fahami sebenar nya, Sesungguhnya engkau hanya bermain-main dengan ibadat itu, sekiranya engkau berlumur air mata beribadat ini kerana takutkan Allah, sesungguhnya leher kami ini berlumuran darah kerana berjihad di Medan Peperangan, Kalau kuda-kuda engkau penat di siang hari kerana ke tempat ibadat di Medan Kebatilan, sesungguhnya kuda-kuda kami ini penat di Medan Perjuangan. Lalu Fudhail Bin I'yad membaca dan menangis, kerana dia tidak dapat menyertai Medan Jihad.

Dan Dia berkata pada si penyampai surat itu' mahukah kamu aku Riwayatkan Satu hadis, dari guruku bersanad dari Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam,yang mafhumnya bahawa..

Sesungguhnya kamu tidak akan mendapat kelebihan, yang dicapai oleh mereka yang berjihad, sehinggalah kamu bertahajud tidak tidur selama-lamanya, kamu berpuasa selama-lamanya tanpa berbuka dalam tempoh orang yang berjihad itu keluar meninggalkan kampung halaman mereka.

Itulah pahala yang dibeli Allah khas untuk mereka(orang yang berjuang, orang yang belajar dan menuntut ilmu dan mereka yang sering menanam bekalan dalam membantu mempercepatkan kemenangan islam).Subhanallah.Jom jadi mereka yang berjihad.

1 komenan:

adikeica berkata...

Teringat as syahid Nizar, antara pimpinan Hamas yang syahid dibedil Israel.

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang