Hujung minggu yang dicuri masa.
Saya, dan teman-teman negeri mu'tah dilanda tahap kesejukkan yang terlalu melampau, kali ini berdepan 5/10 darjah celcius, tanpa tetap, turut merasai sama, penduduk negeri ini, kebanyakkan mereka masih memahami erti istiqomah solat subuh berjemaah, itulah yang membuatkan diri lemah ini menjadi lebih bermotivasi setiap pagi, mudah-mudahan ia menampung pahala yang betul-betul kurang pada diri saya.
Takpalah, ia menjadi kebiasaan bagi saya dan teman-teman lain menghadapinya, adiyy(sudah biasa)itu pada istilah arabnya, mentahdidkan salji dijangka turun dalam berapa masa terdekat ini. Menanti dan terus menghayati dengan rasa tenang hati, setenang Calon Muslimat di N.05 Dun Tenang itu.
Saya mengajak dan menyeru, marilah musim cuti ini manfaatkan seluruh masa anda yang ada, mabruk dan bagus juga Pihak Persatuan mengadakan Jaulah ke seluruh Jordan itu, ia meredakan hati-hati yang gelisah, setelah berakhirnya imtihan Niha'ei, walaupun natijahnya tak keluar lagi, tetapi rusum telah pun memanggil-manggil dengan manja.Kesian teman-teman saya, yang berbajet sentiasa dalam isu kewangan, mudah-mudahan ditarbiyah dengan nama kesabaran.
Antara yang barnamij paling glamour berlaku cuti-cuti musim sejuk begini, tidak lain lagi JJ(Jaulah Jordan), ada juga yang ke Mesir tidak kurang hebatnya, Walhal Bumi Hasyimiah ini pun belum habis dieksplore kan, segulung tahniah kekanda sefikrah saya itu, ustaz ket dalam eksplore menggunakan sayyaroh ke ashabul kahfi, abdali dan balad, jerash, ajlun, irbid, ma'arikoh yarmouk, umm qois, makam muaz bin jabal radhiallahu anhu, gua nabi musa alaihissalam, (tekan ini), katanya setelah ini ke Bumi Uthmaniah pula iya, huish berjutawan sungguh dia. Ini kesempatan tullabul ilmi, berjalan dimuka bumi mengambil pengajaran sejarah dan kejadian daripadaNYA.
Tidak mengapa asalkan ia langsung tidak mengakibatkan Pelanggaran Syariat berlaku, silakan berjalan ke Bumi Syam ini. Saya pun masih belum betul-betul hadami lagi, insya'allah beberapa purnama ini, saya akan hadami, kerana saya antara yang minat bergambar, diambil gambarnya dan dimasukkan dalam FB atau di tag', iyake, jatuh sikohnya nanti kata teman usrah manja saya itu, tidak mengapa kita hadami ia sebagai hibrah paling menarik dalam kehidupan. Lihatlah blog bekas Presiden Permata yang lama, sungguh tertarik saya, minatnya tamadun dan sejarahnya membuatkan saya rasai beruntung menjalani kehidupan dalam Bumi Syam ini. Kredit untuk ustaz hazimin(tekan ini).
Cuba Fokus kali ini.
Masa yang ada jangan dipersiakan, kalau mahu jadi pemuda medan ini, sila istiqomah dan hisab diri sendiri,analisa ibadah paling utama, sesungguhnya saya mahu jadi pemuda yang sungguh punyai azzam yang tinggi, kata fuqaha' pemuda itu 'himmatur rijal qatta'ul jibal'.
Beberapa hari ini, saya dilanda masruruun jiddan, mengambil ibrah di kawasan selatan negara jordan, melihat-lihat binaan bangunan membangun israel di depan mata, kesian negara ini, diambil kepentingannya demi yahudi laknatullah, terima kasih atas qaul membakar semangat, quotation FB dari ustaz rem,adik usrah saya, membakar semangat wibawanya itu, azamnya ingin berjumpa ismail haniyyah di syam sebelum beliau mendapat syahid sikit hari lagi, huh sungguh-sungguh dahsyat.Menarik tau, pesanan ikhlasku,akh dah jumpa Pm Hamas itu, share hibrah dengan ana ya.Allahu yusahhil alaik.
Ingin fokus kali ini, cuma hayati beberapa rahsia yang Allah rakamkan sebagai miftahunnajah(kunci orang-orang beriman), kali ini jom tasarruf surah al-mu'minun itu:
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu (zina, homoseksual, dan sebagainya) Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
[Surah Al-Mu'minun : 1-11]

Maka daripada mafhum ayat suci al-qur'an surah al-mu'minun diatas ini pun, rasanya antum orang dan anda dah hayati kan, apa lagi hafai ayat-ayat itu, walaupun disana, iaitu saya sendiri mengambil bidang tafsir dan hadis dalam bakolorius, ijazah sarjana muda, jangan kata saya seorang yang sikoh malah hebat menghayati ayat-ayat kunci kejayaan ini, cita-cita saya menguasai ilmu tafsir serta hadis dengan kemudian fiqh muassiroh, dan siyasah syar'iyyah, memohon doa tuan-tuan agar saya berjaya iya.
Terlalu banyak tafsir al-qur'an yang jarang dikaji oleh kita tullabul ilmi di maktabah jamiah tingkat 3 itu, huhh lebih gerun kita sibuk dengan 'mukabuku' 25jam sehari, dari mentasarrufkan tafsir, jangan kata yang lain, sayalah antaranya, tak tahulah ranking ke berapa, ke 12 rasanya kot maknanya tak ramai sangat kan, mudah-mudahan 11 orang diatas saya lebih sedar kepentingan mengkaji kitab tafsir di maktabah tabaqat thalas itu. Allahumma amin.Muhasabah diri, tajdid niat tajdid amal.
Fokus surah al-mu'minun diatas, mengenai keuntungan mereka yang beriman, kemudian akhirnya Allah give mereka ini syurga firdaus yang tinggi martabatnya, Duktur Jamiah saya yang mengajar Madah Akidah 2, Duktur Abd. Ra'ud menyatakan syurga firdaus antara pilihan para Nabi dan Rasul, allahurobbi, tenang saya ketika itu, setenang Calon Muslimat kita di Dun Tenang itu.
Ini dia kuncinya.
Apa kuncinya? ada teman seniur saya berpesan dalam karangan blognya yang bermanfaat itu, dia pesan ada 5 kunci semuanya, antaranya, (1)Anniat sodiq wa ikhlas fil amal, (2)Assabar fit torikul ilmi,(3)As-thiqoh bin nafsi wal adamul ya'sii,(4)Tarikul ma'asii,(5)Al-Mumarisah wa Tadbi'.
Okey sekarang jom kaji satu-satu tanpa penat dan dan jemu, katanya mahu faqih bidang agama ini. Fokus apa yang teman saya sebutkan itu dalam bahasa arabnya, sengaja saya ejakan dalam ejaan melayu yang tiada dalam kamus dewan bahasa atau dewan lain.
(1)Niat yang betul, dan ikhlas dalam amalan.
Menghafal sanad hadith dari Dr. mahupun Syeikh adalah dituntut diluar negara ini, supaya lebih barakah ilmu dan pelaksanaannya nanti, sudah tentu kita teringat hadith cukup most popular, yang sering diuar-uarkan, iaitu innamal a3malu binniat, sampaikan ada kumpulan yang buat lirik nasyid, tapi ingat ia bukan nasyid, hadith riwayat imam nawawi rahimahumullah ini sangat hebat. Nak kabonya, kita selaku pelajar dan saya juga, mesti hadami niat kita, adakah belajar semata-mata mahu diklisifikasikan memasukkan ia ke dalam medulla oblongata sebagai input dan keluarkan seketika pabila peperiksaan sebagai output sahajakah. Jawapannya tidak boleh.
Saya sebutkan kerana ia asyik berulang 56kali terjadinya, itulah yang Dr. marah sangat kalau kita hanya belajar untuk lulus gembira dalam imtihan, kemudian rasa best sangat lagi-lagi dapat cemburukan kawan yang lain, lebih buruk perangai yang hak jenis suke meniru itu, aib sungguhlah, kita tahu, arabiah tak lari dari meniru dalam peperiksaan, tapi kita jangan terikut rentak mereka itu, dahsyat, sanggup mengoyakkan buku demi peperiksaan, menyelak kitab menggunakan kasut tumit tinggi, coverliner itu bukan budaya kita okey, cumanya gaya pelajar melayu lebih-baik dan berhias lagi berhemah penuh wibawa, ala-ala sopan gadis melayu, menconteng nota ditangan, buat-buat ke tandas, connection bleutooth dan lain-lain kaedah lembut lain, yang tak perlu diajar dalam matapelajaran cara meniru mudah. Ingat keberkatan itu menjamin masa hadapan kita.Sama-sama insafi.
Tajdid niat, qoul seniur saya khirijat itu, ustazah aishah harun sering gunakan dalam status Ymnya, bukan mahu melobi beliau seniur saya, tapi menjadi fitrah kita analisalah diri, adakah belajar mahu mendapatkan ijazah best keluaran jordan, mahupun kerja paling mulia dan baik, kereta mahal, bugetti veyron, isteri chantek dan lain-lain.Tajdid niat banyak kali pun takpa iya. Memperbaharui niat, itulah maksudnya, ingat semula niat asal kita, apabila rasa-rasa macam dah nak tersasar.Mungkin niat asal kita adalah suci murni sperti tarikan pencuci muka safi dan syurah itu, tapi renung dalam-dalam maknanya, kadang-kadang setelah Allah memberi beliau ujian, maka ditempuh mehnah tribulasi itu boleh mengubah niat asalnya beliau tadi sedikit demi sedikit tanpa dia sedar, atau separa sedar. Maka Jom Tajdid niat itu.
Usah gelisah dimana kita sekarang, kalau bidang kedoktoran, maka disana jadilah Doktor yang mampu merawat muskilah kabir untuk merawat pesakitnya, rawatlah sekali hati pesakit itu, tak ramai doktor yang mampu memberi ubat sakit perut disamping menyuruh pesakitnya itu menghadami matan arba'in lalu ditasmik ketika pesakitnya datang untuk mengambil ubatan terapi yang kedua.Andai bidang jurutera, bantulah nampakkan seni bina islam dalam setiap binaan, lagi-lagi sekarang semua sudah syibih2 binaan freemason sahaja. Andai antum di bidang jururawat, rawat sekali hati pemuda yang rosak diluar itu dengan acuan al-qur'an. Andai takhasus ekonomi, carilah jalan alternatif untuk orang islam tidak menggunakan kaedah tidak islam, biar dunia kenal orang islam itu kaya, dan baik akhlak ekonominya. Tapi kalau jadi pesawah pun, biar padi yang dituai itu berkualiti,bertan-tan beratnya, untungnya keluar pagi untuk membaja, bukan setelah matahari ditengah kepala baru turun ke bendang, supaya nasik yang dijamah orang islam di tanah air berkualiti. Rezeki yang baik, menghasilkan jalan yang senang untuk beribadah kepada Tuhan.Kalau jadi ahli politik juga, biar siyasah syar'iyyah di dalam genggamannya, supaya anak bangsa maju, menyayangi islam dengan syumul, bukan sayang islam separuh-separuh atau dengan namanya mahupun pakaian baju kurung atau melayu di Pagi Raya itu sahaja.Ingat tu.
Khulasohnya, ikhlaskan niat kita dalam mengutip mutiara ilmu ini, jangan jemu mencari ilmu, insya'allah niat ikhlas kita mencari ilmu dibantu oleh Allah dalam jalannya, kemudahan dan penguasaannya menjadi senang, yang penting adalah keberkatannya itu, jangan kita punyai diploma, ijazah sarjana, master, phd 4 flat dan 8 flat mumtaz jiddan, tapi ilmu tiada keberkatan ibarat bangkai bernyawalah kita nanti, ingat molek tu, ilmu yang berkat adalah yang mahu kita gunakan jika perlu, ilmu berkat ialah ilmu sohih yang kita amalkan dengan istiqomah, ilmu yang berkat adalah ilmu-ilmu islam, jadi sama-sama tajdid niat supaya kita tidak tergelongsor mahupun terbabas walaupun sedikit.
(2)Sabar dalam jalan menempuh ilmu.
Cakap begitu senang, mereka yang bercakap lebih diuji dari mereka yang mendengar tau, sebab yang bercakap lebih dekat dengan dengan telinganya itu, 'bistu ustaz ari-ari kena sabar, sabar sabar sabar, nak sabar sangat..balik sabahlah', kata seorang yang begitu tidak sabar.
Menuntut ilmulah tarbiyah kesabaran paling susah, meraka kena cekal, ada orang belajar tapi tidak faham apa duktur katakan, ada yang sedang belajar kematian ibu, bapa, anak, ada yang belajar phd pun masih meniru lagi, ada yang sampai ke jordan 10 tahun tak balik-balik tanah air lagi, ada yang suka menaqalkan sahaja dalam ilmunya tanpa menghayatinya, ada yang ke jordan pun tak pandai lagi bertutur bahasa amminya apatah fushahnya, ada yang susah dalam susah dalam bab kewangan, ada yang susah hati dan gelisah dalam bab kesihatan, ada yang balik ke malaysia setelah 1 tahun sefasal sahaja belajar, ada yang suka berjadal dengan kawan-kawan serumah tentang syeikh mana yang terbaik, ada yang suka mencari musta'mal mengumpul koleksi spek mata rayban general 50 dan diamond hard original, ada yang duduk serumah dengan ahli bait tapi tak pandai lagi memasak, ada yang menzahirkan busuk hati kerana temannya lebih alim daripadanya, ada yang berilmu tiada langsung menjaga adabnya, ada yang begitu dan ada yang begini, itulah mehnah mengharungi dunia menuntut ilmu agama dan ilmu fardhu kifayah yang lainnya.
Walau nampak sesenang mana seorang itu megharungi proses menuntut ilmu, hakikatnya tidak semudah yang kita nampak, percayalah, masing-masing pasti ada ujian masing-masing dalam proses tarbiyah dan tazkiyah nafs. Lebih lagi dalam mengharungi medan menuntut ilmu ini. Manusia dan bermacam ragam inilah yang kita tempuhi, cuma lebih hayati lagi, kita nampak ragam orang, ragam kita orang lain nampak macam mana pulak. Kembalikan sabar itu dalam diri kami Ya Allah. Allahumma amin.
Jadi Ingat molek, fitnah di dunia ini, sangat kecil berbanding musibah besar di akhirat nanti, jadi rasanya tidak salah sedikit pun kalau kita sabar sebentar di dunia ini demi menjamin diri dan orang lain, supaya dapat elakkan musibah yang besar di akhirat nanti. Allahu yusahhil alaina.
(3)Percaya pada diri sendiri dan jangan sesekali putus asa.
Kalau diri sendiri pun sudah tidak dipercayai, adakah lain yang melihat beliau akan merasai senang hati dan percaya padanya?jawab dalam hati iya, iya kita akan jadi apa yang kita mahu jadi, mahu jadi kaya, jika tidak mampu jadi kaya akhlak pun okey, pabila percaya pada diri pasti semangat menjadi kuat.Tambahan pula beliau ahli ibadah, dan kuat tarbiyah dalaman dan luarannya.
Beliau juga seorang yang thiqah, menjaga batasan pergaulannya, jauh sekali untuk putus asa dari rahmat Allah Yang Maha Kaya, dengan itu keyakinan dirinya menjadi menebal, setebal salji yang turun di sekitar kawasan perkampungan mazar itu, sampaikan dababah atau kereta kebal yang menolak salji-salji itu ke tepian jalan. Hebat, itu keyakinan perlu ditanam, lebih-lebih lagi tullabul ilmi di luar negara ini, jangan rasa putus asa yang menebal, sedikit diuji dengan kegagalan skor madah killer atau susah dan rosib sudah berputus asa, balik ke tanah air dengan hampa, USAH begitu, jauhkan sekali melatah salahkan takdir, itu tak kena,itu tak kena, muskilah jiddan, selalunya beliau yang tidak percaya diri sendiri akan lebih cenderung kepada kegagalan, pesanan saya pada diri sendiri, dont give up to succes, yeh!.
(4)Meninggalkan maksiat.
qola al-imamuna imam as-syafei rahimahumullah.
Maka beliau menasihatiku supaya meninggalkan maksiat.
Sesungguhnya hafalan itu adalah satu anugerah dari Allah.
Dan anugerah Allah tidak diberi pada Ahli Maksiat.
Bait syair yang glamour sering digunapakai oleh guru-guru yang mursyid mahupun morobbi, daripadanya kita mafhum tentang kisahnya, Imam As-syafei Rahimahullah(wafat 204Hijriah)yang TER lihat betis seorang perempuan lalu mengadu pada gurunya, begitulah dahsyat efek pada hafalan beliau yang alim dan faqih, mahu bandingkan kita pemuda harapan ummah ini, yang hari-hari ke jamiah tambah dan asyik TER ini, adakah nanti ia nampak TER lekat ilmu kita nanti, Ya Allah jauhi kami dari TER-TER yang sengaja mahupun tidak dalam perjalanan ke Jamiah atau menuntut ilmu itu, kuatkan kami kaedah ghadul basor itu, dengan tepat lagi haibat.
Jangan beri kami tergolong golongan tidak mendapat Rahmat dan Anugerah daripadamu ini Ya Allah.Allahumma amin.Ya Allah perkenankanlah.
(5)Praktikal dan Perlaksanaan.
Sering kali saya berpesan dengan hati yang benar-benar bersifat berbolak balik itu, agar beringat kita akan diuji dengan apa yang sering kita ungkapkan itu. Maka buat yang terbaik untuk diri sendiri.
a.Menyibukkan diri mencari mutiara ilmu dan ilmu pengurusan diri.
Paling memberansangkan ialah meraka yang pakar dalam kedua hal yang disebut diatas, meraka ini sangat terpilih malah dipilih menjadi pemimpin dalam para pelajar ertinya, mereka lebih hampir untuk menguruskan diri sendiri.
Yang paling utama sering diuar-uarkan, Persatuan adalah tempat kita mentarbiyah diri mengawal emosi, dan bercambah idea, bermuamalah, balik menjadi ketua masyarakat, mahupun menjadi ketua keluarga, ketua wali, paling besar ditanya tentang amanah menjadi Rois Wizarah lah nanti. Mudah-mudahan kawan-kawan yang membantu Gerakan Persatuan di jaga ilmunya oleh Allah. Biiznillah.
b.La tansa dalam mengingati Allah, dan bacalah al-qur'an.
Berkata Duktur Amin Buttush, Duktur fi jamiah mu'tah, orang yang meninggalkan Al-qur'an sehari, beliau akan cuba meninggalkan bacaan al-qur'annya esok dan lusanya,maka jangan cuba tinggal dan tadabbur mukzijat hidup yang Nabi tinggalkan itu, begitulah mukjizat Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam yang kekal ke hari akhirat.
Sesungguhnya, nabi kita, Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam sangat merindui umat akhir zaman ini, baginda tinggalkan wasiat agungnya iaitu Al-Qur'an dan Hadith, lan tadillu, takkan sesat selamanya bagi mereka yang berpegang pada keduanya.
Disamping waktu yang sama berusaha mempertahankan cara perjuangan Nabi menentang orang kafir, munafiq, dan fasik, yang mana kelihatan ia moden zaman kini, makanya mereka yang menjadi mata rantai perjuangan Nabi lah yang sudi dan mampu menggalasnya.Sollu alann nabi.
d.Muhasabah diri setiap hari| setiap minggu| setiap bulan| setiap tahun.
Muhasabahlah diri sebaiknya, hatta tidak mengisi borang mutabaah, analisa berapa kali kita baca ma'thurat itu, tapi kuatkan iman kita pemuda islam diakhir zaman, pemuda yang menangis kerana takutkan Allah Subhanhu Wa Ta'ala.
Kata TGNA, sebenarnya setiap hari kita ini berpilihan raya, ia mantiq bagi menolak segala hujjah yang dikatakan tidak syar'ei untuk masuk Pilihan Raya bagi memilih pemimpin yang adil disukai rakyat. Kalau kita para pemuda sanggupkah PR ini setiap masa? sedangkan PRK pun sudah guna masa dan tenaga yang dahsyat, inikan pula sentiasa.
Itulah tamsilan ulama' menandakan pilihan ini dibuat orang beriman setiap masa, iaitu memilih untuk menambah imannya ataupun untuk mengurangkan imannya itu. Cuma Pilihan raya itu bunyinya besar, seperti jalan, jalan raya jalan besar, hari, hari raya hari yang besar ertinya.
Akhirnya dari saya Haji Muhammad Firdaus mengucapkan selamat bermuhasabah dengan ilmu yang ada, mudah-mudahan kita semua diberi masa yang cukup bagi mentadbi'kan segala ilmu itu.Selain berjaya mendapat ilmu, Kejayaan akhlak islamiah kitalah menjadikan manusia lain suka dengan cara islam dan itu paling utamanya dan Menuntut ilmu adalan Jalan Mudah ke syurga Allah.Intabih.
Sebagai muhasabah jom lihat haiwan ini peliharaan jiran arab saya bermain-main di musim salji.[asif gurauan semata-mata].
Kalau tiada ilmu beginilah jadinya, main memanjang
mujur tak pandai berFesbuk tu.
Manusia juga kalau malas mencari ilmu walau sedikit
nanti umpama serigala yang dalam pemikirannya main, makan, tidur.
Tengoklah tu, merenung masa hadapan pulak beliau.
Bila boleh berjaya, bila boleh menambah saham akhirat.
Jangan suka kacau kawan-kawan, bergurau takpelah
jangan lebih-lebihan, kata temannya yang seekor itu.
[semua pic. diatas adalah metafora atau gambaran musim sejuk semata-mata ketika berlaku syita' ini, Ya Allah
berilah kami cergas aqal fikiran di musim sejuk ini.Allahumma Amin].
0 komenan:
Catat Ulasan