Memaparkan catatan dengan label Inthikhobat fil urdun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inthikhobat fil urdun. Papar semua catatan

29 April 2011

Inthikhobat MPPMJ 2011.

0 komenan
Sayangi MPPMJ kerana kita satu keluarga.



Pendahuluan.
Alhamdulillah. Segala Pujian bagimu Ya Allah. Selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam.

Gendang dan paluan intikhobat atau Pilihan Raya semakin rancak di Bumi Syam Jordan ini, para penuntut ilmu tahu kepentingannya, sesuailah dengan keadaan Negara Arab Hasyimiyyah 4 musim ini. Walaupun memilih pemimpin adakalanya mengikut musim, tetapi dalam memilih kepimpinan Islam dan Syiarnya kita takkan bermusim. Kita akan pilih yang adil, berkebajikan, kerana kita adalah mata rantainya.


Taklif laisa tasyrif.
Jawatan pemimpin bukanlah satu kelebihan tetapi adalah satu tanggungjawab yang besar yang perlu dipertanggungjawabkan dari dunia sampai akhirat.
Setiap pemimpin wajib melaksanakan segala ketetapan Allah .

Saidina Abu Bakar As-siddiq Radhiallahu anhu pernah berkata 'Sesiapa yang menjadi pemimpin keatas ummat Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam dan dia tidak menegakkan hukum dari kitab Allah, Maka baginya kutukan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.


Imam Abu Hanifah Rahimahumullah berkata 'Apabila seorang pemimpin menggunakan kekayaan negara dengan cara yang tidak sah ataupun melakukan kezaliman dalam hukuman maka kepimpinannya dianggap batal.


Seorang lagi tokoh ulama Islam, Qadhi Iyad pula mengeluarkan fatwa 'Apabila berlaku keatas seseorang pemimpin tanda-tanda kekufuran atau perbuatan mengubah syariat ataupun melakukan amalan bidaah(menambah hukum hakam yang sedia ada) maka wajiblah dilucutkan kepimpinannya dan gugurlah ketaatan rakyat kepadanya. Ketika itu beliau hendaklah di gantikan dengan seorang yang adil.


Seruan SPR MPPMJ 2011.
Kita berharap teman-teman istiqomah menunaikan amanah memilih pemimpin akan datang dengan terbaik demi kemaslahatan keluarga seluruh pelajar Malaysia di Jordan ini. Barakallahu fikum ajma'in.

Sesungguhnya, semua penuntut Ilmu di Bumi Jordan sedang berlatih melaksanakan tanggungjawab dan latihan demi mentadbi'kannya kaedah 'Muajjahah Silmiyyah' atau Demokrasi di Tanah Air nanti. Setiap Undi itu bermakna untuk Islam. Ia satu IBADAH.

Ikutlah saluran yang ada, patuhi peraturan kempen SPR MPPMJ-[Tekan ini].
Kemudian kenalilah calon kita yang berwibawa-[Tekan ini].


Berikut adalah nama-nama yang layak untuk bertanding dalam kerusi Pilihanraya MPPMJ 2011:-
CALON PRESIDEN MPPM 2011/2012 :
1. MOHAMMAD HUSSIN B. MOHD FAUZI
2. AHMAD SYAKIR B. NASSURUDDIN
3. ABDUL RAHMAN B.MOHD SYA’ARY
CALON TIMB. PRESIDEN II MPPM 2011/2012
1. ANISATUL QALBI BT. MOHD SOFIYUDDIN
2. SYAHIRAH SALWA BT. MD HARUN
3. UMME-AYMAN BT. AYUB
CALON AMT MPPM 2011/2012 (SISWA)
1. MOHAMMAD HUSSIN B. MOHD FAUZI
2. AHMAD SYAKIR B. NASSURUDDIN
3. ABDUL RAHMAN B.MOHD SYA’ARY
4. MUHAMMAD ARIF HAKIMI B. MOHD NOOR
5. MOHD ARIF AZFAR B. MD ASHARI
6. HASIBULLAH B. ROSLAN
7. MUHAMMAD B. SIDEK
8. WAN ABDUL BAITH IZZUDIN B. WAN MUSTAPA CALON
AMT MPPM 2011/2012 (SISWI)
1. ANISATUL QALBI BT. MOHD SOFIYUDDIN
2. SYAHIRAH SALWA BT. MD HARUN
3. UMME-AYMAN BT. AYUB
4. BAZILAH BT. AHMAD ZAKI
5. ’AFIFAH BT. AZAM
6.FARHANAH BT. TAJURUDIN
7. FAJALIA BT. ADENAN
8. NAZIRAH BT. ABD RAHMAN
Sekian terima kasih.

MOHD NAZRI BIN YASIN
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) Sesi 2010/2011.


_______________________________
Nota pesanan: 
(1) Badan Pemantau SPR MPPMJ 2011 akan melihat gerak-geri 1 Jordan berkempen agar mengikut acuan Syariat Islam, serta merta tiada pemusuhan dalaman.
(2) Segaralah melaksanakan tuntutan, amanah mengundi kepada yang layak mengundi.
(3) Dalam urusan memilih pemimpin, menjadi amanah bagi yang dipimpin.
Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang