Memaparkan catatan dengan label Jejak ikhwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jejak ikhwan. Papar semua catatan

22 Januari 2011

kalau saya seorang calon.

2 komenan
Muqaddimah.
Semalam saya dan Ustaz Rahimi Gms Kuis itu ke makam syuhada', setelah dibancuh khutbah jumaat oleh khatib arabiah, maka menjadi tepulah medulla oblongata kami, lalu ibrah diambil lagi, setelah lama tidak menjengah ke sisi maqam sahabat baginda sollallahu alaihi wassalam, saidina ja'afar bin abi tholib radhiallahu anhu.

Setelah setahun di Bumi ini, ingatan saya dan teman-teman medan ini, tetap sama, ironisnya kami akan ke sana mengambil zhuq semangat, sempat saya berpesan kepada ustaz rem itu, bahawa malu kita selaku pelajar jurusan syariah, tiga sahabat baginda tidak pulang ke Tanah Madinah, tanah asal mereka mendapat tarbiyah nabi, kerana mendapat syahid di bumi syam ini. Jauh dari itu, pahlawan islam 3 serangkai, telah membuka laluan islam menempa nama di bumi ahli janubi jordan ini. Maka lahir setelah itu sultan salahuddin al-ayubbi ke tanah kita belajar ini.Allahurobbi beruntung kita tullabul ilmi di medan ini.

Membelek blog dan'mukabuku' N.05,(tekan ini) teringat juga ketika di tugaskan ke Permatang Pasir suatu masa dahulu, penuh praktikal bukan lagi teori, jauh sekali retorik, membina manusia untuk menyokong kebangkitan islam, alhamdulillah diri ini merasai sama melakukan tugas walaupun sedikit, cuma kerinduan pada teman-teman di tanah air yang still istiqomah berjuang. Mudah-mudahan Allah beri kemenangan tiada jangkaan.

TGHH mengumumkan calon partinya minggu lepas, cukup menarik, seorang muslimah, jawapan yang sama diberikan dalam sessi press conferens setelah itu, calon yang dipilih berpendidikan, dia tidak meminta untuk menjadi calon bahkan jauh sekali melobi-lobi pimpinan partinya. Alhamdulillah, itulah dikatakan amal yang diputuskan oleh tanzimnya, diikuti masa susah mahupun senang.
Cukup praktikal, cikgu mala, dinobatkan calon muslimah, sudah tentu acuan Muslimah Membangun Ummah dihadaminya, sesuai dirinya seorang bekas pendidik yang meletakkan jawatan kerajaan demi memenuhi hasrat Partinya, waimmalah kerajaan memutuskan para guru dibenarkan berpolitik, dilihat itu sebagai satu polemik sahaja.

Membina masyarakat.
Alhamdulillah,  semalam kedengaran suara emak di kampung tali Air 8, sekinchan penuh permai, lama saya tak melihat kehijauan sawah padi disana, emak sayu suaranya, emak saya seorang guru, malah berstatus guru besar lagi, bila kata guru besar taklifatnya lebih besar dari guru biasa, selalunya seorang guru menyembunyikan perasaan sedihnya, kecuali ditanya bertali-arus tanpa jemu.

Sedari saya kecil, didikan sama diberikan pada saya dan adik beradik sebagai anak murid, kalau dirumah lagilah sama, emak mengajar Subjek Al-Qur'an Hadis di sekolah menengah dahulu, kemudian menukar haluan ke sekolah rendah demi mahu majikan di bawah Kerajaan Negeri, walaupun diberikan tugas status tinggi guru kaunseling yang dipegangnya, hampir 20 tahun di sekolah lamanya ia mengajar masyarakat.

Sebab itu hati saya tersentuh, bila seorang guru menjadi calon, selalunya ia faham kisah masyarakat, mereka berinteraksi dengan ibubapa lebih lama dan matang, dikalangan merekalah yang mengendali Persatuan Ibu-Bapa dan Guru,
ingat sengaja ke Persatuan itu ditubuh di setiap sekolah-sekolah, kalau tiada Visi dan Misinya, meraka mampu mendepani ragam yang pelbagai, dari budak yang suka ponteng kelas sampailah ibu-bapa yang membiarkan anak-anak tidak bersekolah.Lagi-lagilah yang berstatus guru disiplin dan kaunseling.

Menjadi guru, selain pahala bertambah, ia terus dikenang orang ramai.Sebab itu juga ia antara profession terkenal dipilih penduduk malaysia, cukup gusar kalau golongan ini sedar kepentingan siyasah atau politik bagi hukama' di Tanah Air.

Fokus saya.
Iya kisah guru, saya hadami sedari kecil, adalah syibih-syibih kisah pada kehidupan saya yang mudah-mudahan menjadi tauladan teman-teman, dalam arena ini, masa kita penuntut ilmu di luar negara jangan dipersiakan lagi, terlalu banyak ruangan masa untuk menceduk ilmu dari para syeikh, tanamkan sekelumit cakna perkara semasa di Tanah Air, sebab kitalah yang bakal dilahirkan untuk masyarakat nanti.

Suami kepada Puan Normala Sudirman, iaitu Cikgu ma'aruf abdul mutalib, diberi warning 24 jam ditukar ke mantiqah Johor Bahru itu, sudah tentu memberi kesan pada hati, diri sendiri mahupun keluarga.Itu mehnah orang berjuang supaya mereka thabat dan lali dengannya.

Dulu-dulu Abah saya, pernah diberikan notis yang sama, malah lebih iaitu wajib berpindah terus ke Sepang, saya tahu hal itu, walaupun ketika itu belum bergelar pengundi berdaftar Borang A SPR sebab itu saya katakan, untuk keluarga pendidik kalau menjadi calon kena tabah malah istiqomah. 

Atas dasar kemaslahatan ummah, saya menyeru teman-teman yang bakal menjadi guru, pilihlah profession ini, ia sebagai satu taklifat yang besar, dan mampu terus berjuanglah sehingga kita menjadi thabat diantara rantaian perjuangan baginda Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam ini. Maka kalau kita, kalau saya, kalau sahabat-sahabat saya menjadi calon begitu jugalah, jangan jemu mencari sesuatu yang boleh disumbangkan untuk masyarakat dan agama khususnya.

Kalau jadi calon suami, letakkan paras keegoan di tahap yang sepatutnya, kerana sifat itu tidak sesuai untuk makhluk, hanya ada pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Kalau jadi calon isteri, sediakan keperluan diri sendiri,melaksanakan  tuntutan Islam, mampu membina masyarakat setelah dilafaz sakinahnya, mengingati suami dikala susah mahupun senang.Supaya payung khalifah dapat dibina.

Kalau jadi calon PilihanRaya, Ubah dan Selamatkan Malaysia menjadi tanah air yang meletakkan Al-Qur'an As-sunnah, ijma' ulama' dan Qias yang sohih sebagai acuan perlembagaan yang adil untuk semua ummat di tanah air. Islam ya'lu wa yu'la alaih. Dan mencapai baldatun toyyibatun wa rabbul ghafur.


 Puan Normala Sudirman a.k.a cikgu mala dipilih membawa acuan
Muslimah Membangun Ummah.Barakallahufikk.

Isu semasa tidak diketepi.
Kebangkitan rakyat Jazirah Arab semakin berlangsung, tertarik saya dengan first lady atau Laila Ben Ali dan digelar ilmelda Marcos versi Arab di Tunisia yang membelanjakan harta dengan membeli belah di Dubai, di syurga membeli belah itulah, Dihabiskan harta rakyat Tunisa, kemudian pada akhirnya Rakyat Tunisia Bangkit menconvert Kerajaan Tunia pimpinan Presiden Zine El Abidin Ben Ali itu.
Dan kebangkitan, demi kebangkitan iniah berlaku di mana-mana negara arab, mudah-mudahan suatu hari payung khilafah semula memayungi negara umat islam yang mendapat isti'marat atau dicanai ghawul fikr' yang dahsyat.Sumber harakahdaily.(tekan ini).

Semalam di Jordan Ikhwan Muslimin bersama Gerakan Pengguna Jordan sekali lagi bangkit, kesan kenaikkan harga barang yang menggusarkan orang arab, mereka menyatakan hasrat perjuangan mereka, alhamdulillah sekurang-kurangnya menyedarkan hukama' yang sebelum ini sering alpa dibuai dengan buaian Israel Laknatullah. 

Sikap kita, jadilah pelajar yang cakna hal Barang Naik, sesungguhnya duit ibubapa habis kita laburkan di sini, jangan nanti tullab malizi diambil kesempatannya, kalau pun 1/2 JD(Matawang Jordan) naik, ia sangat menggusarkan pemikiran kita, kita tahu teman-teman kita bukanlah dikalangan mereka yang berada ataupun kaya.1JD-bersamaan RM4.32203.(tekan ini).Kita cakna kerana kita ditarbiyah.

Ibnu Suhaimi-Muqobil Jami' Syuhada'.


Sekitar penggulingan Presiden Tunisia Incik zine el abidin ben ali.
nama je sedap, ntah berapa juta dozen makan harta rakyatnya.
Ya allah berikanlah beliau Hidayah-MU. 

Berikut adalah gambar bekas Presiden bersama Lady Firstnya
yang memakan harta rakyat dengan begitu hemah sekali.

 Rakyat tunisia bangkit, Ben ali pernah menolak bantuan
yang dihulur rakyatnya untuk warga gaza,diketepikan bantuan itu
dengan kuasanya.

Selalunya rakyat yang ditindas akan bangkit, begitula fitrah
manusia, sama ada Islam atau bukan mereka pentingkan Keadilan.
Islam itu Jalan Keadilan.


Sekitar Muzhoharat di Amman Jordan.

 muzhoharat dilakukan oleh gerakan ikhwan muslimin dan rakyat
sebab harga Barang Naik. Bertemapt di Jami' Hussain Amman.

 kalau kenaikkan harga barang naik, ia sekaligus
menyebabkan kita pelajar negara ini, dihimpit kegawatan
ujrah, rusum jamiah, dan lain-lain.
[Jordan ingin menuju baldatun tayyibatun wa robbul ghafurr]

20 April 2010

Syeikh Rantisi memberi kekuatan diri.

0 komenan
gambar 1
gambar 2
gambar 3
gambar 4
gambar 5
gambar 6
gambar 7
gambar 8
gambar 9
gambar 10
gambar 11
gambar 12
gambar 13
gambar 14
gambar 15
gambar 16

Duktur Hunak Al-Ustaz Abdullah Fawwas, amid@dekan kuliah syariah universiti mu'tah al-hasyimiah, mengingatkan kami dengan kuliah kelas tafaqquhnya seperti selalu, dibuka lembaran kitab fiqh  أنوار المسالك  penuh ceria malam ini, namun yang ada pada saya hanyalah kitab تنوير المسالك بشرح وأدلة عمدة السالك وعدة الناسك  na'am sama sahaja syarah keduanya dari duktur mustafha al-bugha(kuliah damsyiq-syiria)ia memberi ilmu dengannya..

Tekun kami menuntut malam ini, tidak terkecualilah tullab malizi semuanya melontarkan soalan-soalan penting pada Dr.Abdullah Fawwas dengan penuh pengharapan, lalu dijawab Duktur dengan baik dan mantap dalam membahaskannya, naam sudah tentu mauduq yang penuh izzahnya iaitu dalam bab kitabul jana'iz(bab pengurusan jenazah) terperinci sungguh syarah kitab fiqh bermazhab imam kita khususnya di tanah air tercinta iaitu imam as-syafe'i rahimahumullahu anhu,

Teman ana berbisik manja,"ce anta nanye duktur, apakah hukum memberi takziah pada si mati, desaknya; ish budak nih suh aku plak, detusan hati bermonolog di depan teman-teman tafaqquh, lalu ku beranikan diri, malah duktur membaca matan dari kitab fiqh ini dengan ihtisaban(mengharap dan yakin sepenuhnya dengan janji-janji allah).

ويقول في تعزية المسلم بالمسلم: أعظم الله أجزك، وأحسن عزاك، وغفر لميتك.  وفي المسلم بالكافر: أعظم الله أجرك وأحسن عزاك. وفي الكافر بالمسلم: أحسن الله عزاك وغفر لميتك.  وفي الكافر بالكافر: أخلف الله عليك، ولا نقص عددك
[دار المصطفى - كتاب الجنائز: 452 ]

begitulah tasawur(gambaran) tullabul ilm' yang bertafaqquh mencari manafi' magrib hening itu, ana tanya lagi"abistu ya duktur kalau orang munafiq, bagaimana ucapan takziahnya?"aiiwah nafs syai'(sama aje), ya malizi ma'a kafir li'anna humul minal kuffar", alhamdulillah sedikit yang bermanfaat dikongsi pada teman-teman..menghilangkan duka+lara melayan karenah orang arab di ma'arod thaqofi petang lepas kuliah tadi, seperti biasalah, susah di metaforakan..

Ust khairy, muhammad mubarak, ust pdaus..
di gerai pameran palestin ptg itu..
[supaya ukhwah bernilai ibadah]. 

Namun apakah yang ana nak sampaikan di perutusan yang maleh nak taip panjang-panjang ni, sudah tentulah berkaitan kejadian pada 17 april 2004 (7 tahun yang lalu).

Alhamdulillah sepanjang ma'rad thaqofi(pemeran kebudayaan+gambaran) tentang negara masing-masing di depan su'un tolabah(HEP-hal ehwal pelajar), memberi ibrah yang baik pada diri ana selaku penuntut jami'ah syuhada' ini, dipertemukan dengan teman-teman dari palestin (dalam pameran gambaran disana), rupenya itulah yang membuatkan hati ini merayu untuk menambahkan koleksi dan koreksi terus memberi di blog serba-serbi ini, alahai..16 gambar  yang berlaku di jazirah gaza yang lalu, dipertontonkan kembali diatas mendesak antum orang memahami perutusan kali ke berapa entah ini..intabih jiddan.

"anta uhibbu palestin?tegur teman ana muhammad mubarak dari gaza city itu; na'am ya akh, kullu malizi ma'aka, gembira sungguh beliau dengan kalimah ana tersebut, lalu dipeluk erat kuat seperti "pelukan ibu dengan anak lelakinya yang sudah lama tidak bertemu", apakah upaya kami untuk kamu ya akh? walaupun palestin jiran kami malah kami boleh melihat negara haram israel yang kecil sekelumit itu, tiada daya hari demi hari kami tetap dengan kamu dan stil berdoa..mudah-mudahan kita di beri nusrah minallahi ta'ala.

Naam sedih lagi mengenang, [supaya gelisah bernilai ibadah], hari yang lalu cuba diperingati, jom terus mebaca..

Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya.
Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid.
“Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi.
Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”
Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds.
Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’ Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin secular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun.
Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.
Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka.
Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi.
Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih-sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih-sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan.
Lantaran itu tidak seorang pun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.
Kelembutan as-syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya).
Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 oarng pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan ‘Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel’. Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000?
Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mengiktiraf sebuah Negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas Negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”
Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT ‘…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”
As-syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.

Sumber bersama dari 
Ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif(tekan ini).

11 November 2009

kenali tokoh urdun

0 komenan
Gerakan Ikhwan Muslimun bukan satu nama baru dalam dunia dakwah dan perjuangan Islam. Ia telah tersebar di seluruh pelosok dunia selepas ditekan oleh kebanyakan pemimpin negara di dunia Islam khususnya di Mesir. Semakin ditekan ia semakin dikenali dan diterima oleh masyarakat antarabangsa. Ini menunjukkan bahawa Ikhwan mempunyai cawangan di mana-mana hingga dalam negara haram Israel pun ada.

Fokus kali ini mengajak para pembaca mengenali seorang tokoh Ikhwan di Jordan yang terpaksa mengharungi gelombang tribulasi ketika berdepan dengan golongan Sekularisme yang sememangnya mahu melihat Islam terkubur.

Walau bagaimanapun apa sahaja bentuk rintangan yang dihadapi, kerana penguasaan ilmu-ilmu agama yang mantap dan kental, Ikhwan Jordan dapat meneruskan kerja-kerja amal dengan mengajak manusia seluruhnya kepada Islam, termasuklah dalam amalan berpolitik bagi menyatakan kebenaran Islam dalam sidang Dewan Rakyat. Itulah yang dilakukan oleh Pak Hamzah atau nama sebenarnya Syeikh Hamzah Mansour salah seorang ahli Parlimen Ikhwan Jordan.

Mengenali Syeikh Hamzah

Syeikh Hamzah Abbas Mansour dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Mansi dalam daerah Haifa pada 1944m/1363H.

Beliau mendapat pendidikan awal di peringkat rendah dan menengah di kampung asalnya, sementara di peringkat pengajian tinggi iaitu peringkat Sarjana Muda dalam takhassus Bahasa Arab dan di peringkat Sarjana pula dalam bidang Manhaj Pendidikan Bersepadu di Universiti Jordan.

Berkarier di Kementerian Pendidikan selama 24 tahun dalam pelbagai jawatan hingga bersara sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa.

Suasana politik di Jordan sama sekali tidak sama dengan di beberapa negara Arab lain seperti Mesir dan Libya. Ini kerana ia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang kini diterajui oleh Raja Abdullah 11 sekali gus sebagai Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Jordan.



Sementara yang melaksanakan pentadbiran negara pula dilakukan oleh Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam urusan di Dewan Rakyat dan membentuk Kabinet dan membahaskan isu-isu negara dalam Parlimen.

Perdana Menteri dipilih langsung oleh Raja sementara anggota-anggota jemaah menteri dipilih dalam satu pilihan raya khas di kalangan parti-parti yang bertanding, antaranya Parti Kesatuan Demokratik Rakyat Jordan, Parti Rakyat Jordan, Parti Barisan Amal Islami (Ikhwan Muslimun), Parti Komunis Jordan dan Parti Ba'ath Kemajuan Arab.



Jawatan dalam Gerakan Ikhwan


Pengalaman luas Syeikh Hamzah dalam kementerian, telah banyak mengajar beliau mengenai kemunduran umat Islam khususnya dalam memahami ajaran agama mereka sendiri mahupun yang berkaitan dengan politik negara dan antarabangsa.

Justeru, Syeikh Hamzah rasa terpanggil untuk mengetuai pelbagai persatuan yang bersifat ilmiah, kemasyarakatan dan yang berkaitan dengan parti politik melalui Gerakan Ikhwan Muslimun itu sendiri.

Syeikh Hamzah yang dikenali di kalangan pengamal politik Jordan sebagai seorang yang bersifat sederhana yang boleh diterima oleh segenap pihak dari pelbagai latar belakang pegangan dan amalan politik kerana beliau bersikap terbuka kepada semua.
Syeikh Hamzah pernah dilantik sebagai Timbalan Majlis Pemesyuaratan Rakyat dari 1989 hingga 1997 dan dilantik semula bagi sesi 2007 hingga 2011, beliau juga dilantik sebagai Ketua Whip Parti Barisan Amal Islami untuk sesi iaitu pada 1993 hingga 1997 dan 2007 hingga 2011.

Di peringkat parti, Syeikh Hamzah merupakan pengasas Parti Barisan Amal Islami dan menganggotai Majis Syura parti sejak ditubuhkan, menganggotai Majlis Syura Ikhwan Muslimun.

Sementara di peringkat kebajikan dan kemasyarakatan pula, Syeikh Hamzah dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Pelaksana bagi melindungi negara daripada ancaman luar, anggota Urusetia Persidangan Parti-parti politik Arab, Timbalan Ketua Ikatan ahli-ahli Parlimen dunia bagi mempertahan rakyat Palestin, Timbalan Ketua Lajnah Penyelamat rakyat Iraq dan Pengerusi Kesatuan Bulan Sabit Hijau Jordan hingga kini.



Penglibatan dalam bidang ilmu
Dalam kesibukan berkarier sebagai ahli politik, Syeikh Hamzah tidak lupa untuk beramal untuk hari akhirat, iaitu mengkhususkan sedikit masa bagi menyediakan amal-amal jariah melalui bidang penulisan yang dianggap sebagai satu-satunya amalan yang berterusan walaupun sudah menemui Allah SWT.

Syeikh Hamzah hanya sempat menyiapkan tiga buah buku di samping kertas-kertas kerja yang dipersembahkan dalam beberapa siri seminar mengenai keadaan umat Islam pada abad ke-15 hijrah, mengenai isu Palestin menurut hukum Syariat Islam dan lain-lain. buku-buku yang sempat dihasilkan adalah seperti Kalimat wa Mawaqif, Wa hakaza Allamatni Dakwat al-Ikhwan Muslimin dan Nazarat fi Adaie Nuwwab al-Harakah al-Islamiah.

29 Jun 2009

kembali mengingati pejuang haraki di bulan rejab

0 komenan
Zainab Al-Ghazali Az-Zubaili,
tokoh muslimat digeruni..



Ketika mencari pelbagai buku antara berlansungnya Muktamar55 Shah Alam itu, punyalah payah ana dengan sahabat-sahabat Unit Amal Selanjuur, tercari-cari buku kepada penulis yang memberi kebangkitan semangat syababku, Al-fadhilah Zainab al-Ghazali dalam karangannya hari-hari dalam hidupku, memang niat ketika itu kalau terjumpalah buku ini mahunya terus  beli sahaja...tapi mmg dok jupe langsung, kaciwa, puaslah ku round satu kedai ke kedai lain sambil termenung termenggu-menggu..pergi kedai Nurfair tiada, pergi kedai Pustaka Fajar tiada, pergi kedai Urussetia lagilah tiada..puncanya hari itu, dok sembang dengan abg pemuda pahang, tengah updated blog beliau, kemudian ternampak dia baca buku itu..allahurobbi menarik minatku, ana bertanya kat mana beli bang?die kabo di Pustaka Salam...rupanya manala ada kedai Pustaka Salam kt Muktamar55 Shah Alam kali ini, mungkin tiada sponser pihak syarikat atau mungkinlah abg itu terlalu penat asyik kerjanya maka dia beritahu begitu sajalah...takpalah, begitu akhirnya seperti yang dijanji hanya buku Ustaz Nasrudin at-Tantawi menjadi buruanku, Fikrah Untuk Pejuang, itu pun lepas ostadsyin teman terbaik ana(www.syirayafa.blogspot.com), mengirim belikan untuknya, akhirnya dia pula beli sendiri..ala kulli hal, dapat menaip n3 Ustazah Zainab al-Ghazali ni pun syukur benar rasanya..tambahan pula baru pulang bertugas dengan hemah di Muktamar55 penuh sejarah buat Gerakan Islam di Malaysia ini, alhamdulillah. Jom hadami.


Muqaddimah.


Telah berlaku suatu peristiwa di dalam abad ini ke atas seorang wanita Mesir yang bergerak di dalam harakah Islamiah di Mesir yang dapat dijadikan tauladan. Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, “Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan
Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidah di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya.”

Dia memperingatkan suaminya lagi, “Sekiranya berlaku Pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah SWT. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah SWT supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah SWT.”

Apakah kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Zainab Ghazali dan rakan-rakannya untuk harakah Islamiah?

Contoh seorang Muslimah Abad 20

Siapakah Zainab Al Ghazali Al-Zubaili? Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun - menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan “Jamaah Saidatina Muslimah”. Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namun beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.

Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh. Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.

Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam - pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menuju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.

Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam. Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari kongkongan dan cengkaman sekularisma yang menguasai negara mereka, membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati dan pemikiran mereka. Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukan sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang mengikat teguh sesamanya.

Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkan kembali dengan izin Allah SWT dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALAN ISLAM. Negara Islam tidak dapat ditegakkan dengan lain-lain jalan kecuali JALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALAN UTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) - satu revolusi yang dapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan 'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah - pendidikan amali untuk membentuk sikap, tindakan-tindakan dan tingkah laku serta pemikiran Muslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam.

Beliau menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukan Daulah Islam. Beliau fahami ini daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan. Sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.”

Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahan diri itu, yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakan satu macam ketentuan - sunnatullah dalam mengatur perubahan sejarah. Bahawa perubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadi dan tingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam tentang Islam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam, hendaklah mengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap para sahabat.

Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun - Qur'anun - Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, bila mereka memeluk Islam, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secara menyeluruh. Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dilakukan dan seluruh pandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam, bukan neraca dunia atau Jahiliyah. Beliau memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW dalam Dakwah baginda. Langkah pertama dalam membuat perubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan keatas para sahabat, mereka dididik oleh Rasulullah SAW bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka. Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohani dan Jasmani.

Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukan Iman yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, sehingga Al-Quran tercerna dan tercetak pada diri dan tubuh badan mereka. Sehingga segala tindakan mereka adalah Islam - di lihat sahaja pada diri salah seorang dari mereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan Daulah Islam pada diri mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam. Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia mithali yang unggul dalam sejarah peradaban manusia. Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sirah para sahabat. 



Lihatlah!! Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus’ab ‘Umair namanya - ia yakin dengan ajaran Muhammad SAW dan terus memeluk Islam sebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus’ab mengikut ajaran Muhammad SAW, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus’ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus’ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah SAW terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad SAW. “Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan.” Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan sehingga Mus’ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus’ab pula bersumpah, “Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tinggalkan Islam, sekali-kali tidak.” 


Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus’ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu. Demikianlah Mus’ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurga firdaus ganjarannya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan oleh manusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syarat yang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapat dikembalikan.

Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah SAW. Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb, Halidah Hassan Al-Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah Al-Fath, Aminah Al-Jauhati, Al-Waliyah Al-Hudaibi dan Al-Afdah. 



Mereka inilah yang beliau sifatkan sebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya, sebahagian dari mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya, dan sebahagian dari mereka sebagai ibu-ibunya. Kerana di antara mereka ada yang berumur 85 tahun, Ummi Ahmad namanya, ia telah di tangkap oleh rejim Jamal Nasser ketika ia berusia 85 tahun, ketika Zainab mendengar berita itu, ia memperkatakan bahawa ini adalah petanda baik bagi Islam. Musuh-musuh Islam telah gentar kepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Ini menunjukkan hasrat dan minat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuh Islam telah gentar, mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenaga dan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanya sama sebagai musuh mereka.

Setelah Mursyidul 'Am Hassan Al-Banna syahid dimamah peluru durjana yang tidak mengenal insan beriman atau tidak, Zainab Al-Ghazali terus berbai’ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul 'Am pengganti Hassan Al-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka dan
mengambil pengajaran daripada mereka.

Beliau bersuami, suaminya seorang yang dihormati, seorang ‘Ulama yang berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada isterinya untuk meneruskan dakwah ditengah-tengah masyarakat manusia di Mesir. Zainab Al-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjara sampai kemuncaknya, mereka telah menggunakan berbagai cara bagi melemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan ia terpaksa dibawa ke hospital. 



Rejim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya dan membawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan di hospital, di mana Zainab sedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya mereka menceritakan ketika suaminya dipaksa menceraikan Zainab Al-Ghazali, ia bersumpah “sekali-kali tidak, aku menceraikan isteriku”. Demikianlah keteguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya, sehingga ia kembali menemui Tuhannya ketika Zainab Al-Ghazali masih dalam Tahanan.

Kisah tahanan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah sangat mengagumkan, kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat dari penyeksaan ke atas lelaki. Beliau menyebutkan, sebelum ia ditahan, Jamal Nasser memerintahkan Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu dengan syarat Zainab Al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti Istrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab, “Dalam perjuangan ku tidak bercadang untuk menjadi menteri aku hanya mahu berdakwah” Jamal Nasser telah putus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah, Jamal Abdel Nasser memerintahkan untuk menangkap Zainab Al-Ghazali Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya satu pembunuhan telah dirancangkan, sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab Al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab ditahan, setelah di tangkap semula, setelah dibebaskan pada tahun 1964.

Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta, dalam perjalanan itu dimaki hamun yang tidak dapat diterima oleh akal dan tidak dapat digambarkan oleh fikiran. Setelah sampai ke penjara ia diseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajar dihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia. Mereka mengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untuk menanam hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh orang yang sealiran dengan Zainab Al-Ghazali. Dengan kata-kata yang kasar, ia diheret ke bilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besar seperti syaitan hitam. Zainab Al-Ghazali mengesahkan saya berdoa dalam hati saya, “Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai.”

Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan ke dalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki (syaitan) yang sedang duduk di atas meja membelek-belek buku catatan, yang saya tahu itu adalah buku catatan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawa Abdul Fatah juga ditangkap ketika itu.

Di waktu itu saya mendengar azan Asar, saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyelamatkan saya daripada ‘keganasan syaitan’. Saya dapat menunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengan sikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan. Saya diheret ke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheret ke sel kurungan, saya melihat dalam sel penjara itu tubuh-tubuh manusia yang
diseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga Ikhwan Muslimin. Mereka sedang diseksa dan dipukul, memenuhi sel-sel penjara itu. Mereka adalah pemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anak saya, pemuda yang pernah dan sering datang meminta pengajaran dan nasihat dari saya. Saya berdoa, “Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, Ya Allah peliharalah kami daripada kejahatan orang-orang yang jahat.”

Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik Dinyalakan dengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bilik itu dipenuhi anjing-anjing, anjing-anjing yang saya tidak tahu berapa banyak bilangannya. Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya, saya memejamkan mata dan meletakkan dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Saya membuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah SWT dalam hati saya, dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan memanjat-manjat seluruh tubuh saya - itulah yang saya rasai. Saya berdoa, “Ya Allah!!! Tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain, ya Allah, agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!”

Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar. Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah, itulah yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa-apa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah SWT bersama-sama dengan saya. Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku.

Beliau mengeluh dan merasai nikmat kurniaan Allah yang tinggi serta kemurahan Allah SWT kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya. Zainab Al Ghazali menceritakan; syaitan yang memegang tangan saya bertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merobak-rabikkan daging engkau. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!! Ada dua orang syaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan di tangan mereka. Waktu itu hari hampir 'Isyak…kerana bayang-bayang dari luar kelihatan kemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing itu selama tiga jam. Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai…saya berserah bulat kepada Allah SWT kerana lebih berkuasa dari segala-galanya. Kemudian peningkatan penyeksaan pun diteruskan. Satu ketika saya direndam dalam air sejuk, pada hal ketika itu musim sejuk, dilepaskan pula udara sejuk.

Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tangan Jamal Abdel Nasser (laknatullah ‘alaih) kepada pegawai penjara yang memerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap lelaki.

Demikianlah segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk dan macam-macam lagi penyeksaan, dengan segala sepak terajang dan pukulan-pukulan cota yang menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat di hospital beberapa kali. Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata, “Duhai Makcik ku (Ya Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya memukul mu, Ya Khali.” Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemuda itu ditembak mati.

Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah keseksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh wanita yang lebih berat penyeksaan yang ditanggung oleh lelaki dan tidak sanggup ditanggung oleh sebarangan lelaki. Iman seorang wanita yang kebal dan kental, lebih kuat dari bubur - Muhathah. Mereka amat takjub dan mereka mengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salah seorang dari mereka datang berjumpa dengan Zainab Al-Ghazali. Ia bertaubat dan meminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendak mendirikan solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatih keganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka.

Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al-Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamu berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari Nasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata: Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu. Inilah kekufuran yang berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.

Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb, bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.

Zainab Al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim sosialis. Zainab Al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang buruk, berbeza sama sekali layanan yang diberikan kepada wanita-wanita Yahudi yang ditangkap kerana kegiatannya sebagai "spy" adalah lebih baik daripada layanan yang diterima oleh Zainab Al-Ghazali, Hamidah Qutb dan saudara-saudara mereka yang lain.

Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun 1973, beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinya untuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanya diserahkan kepada Allah SWT, kerana Allah SWT lebih berkuasa dari segala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pun dibebaskan. Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau sanggup menanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah SAW dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempuhinya adalah benar. Rasulullah SAW bersabda, “Syaitan diharamkan menyerupai ku.” Oleh itu ia bermimpi berjumpa Rasulullah SAW adalah satu perkara yang benar.

Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang kini masih hidup, dan terus menjalankan tugas-tugas yang berat ini bersama-sama Mujahid-Mujahid yang lain untuk mengembalikan umat manusia dan alam ini kepada Islam. Berikutan dengan penangkapan beramai-ramai sahabat kita Ikhwan Muslimin oleh rejim Mendiang Anwar Sadat dan diteruskan oleh rejim Husni Mubarak (Zainab Al Ghazali) turut juga ditangkap, tapi kali ini ia hanya ditahan di rumah sahaja kerana dengan alasan sudah uzur. Semoga Allah SWT memelihara mereka. Allahummaj alha minal muslimatan solihatan fid dunya wal akhirah.Allahumma amin.



_________________________________________

.::sumber:Maktabah Duktur Mustafha Ramadhan alButi::.
Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang