Memaparkan catatan dengan label Fiqh of the day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fiqh of the day. Papar semua catatan

29 Oktober 2011

Fiqh of the Day: Kongsi susu Ibu.

0 komenan
Muqaddimah.

Saya menyelongkar indeks dan senarai fatwa mua'sirah(kontemporari) hasil tulisan hebat Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, disamping melihat Kitab Hukum Keluarga Islam, tulisan Ustaz Drs. Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris, cetakan pertama 1994.

Disamping itu, saya cuba mengkaji kitab lainnya, kerana Isnin mendatang ini merupakan yaumul imtihan bagi madah(mata pelajaran) Zawwaj wa Talak bersama teman-teman sekuliah bersama pensyarah kami Duktur Hammad Fahri Azzam.

Mudah-mudahan madah(matapelajaran) yang diambil memberi kebaikkan pada diri dan ummat umumnya. Insya'allah, mohon doa semua iya.

Ingat..ibu yang mendapat dan mentarbiyah bayi susuannya, hendaklah memiliki ilmu yang banyak selain ilmu mendidik bayi, perlu ada ilmu Agama, faham hukum-hakam...Jadilah seperti Halimatus Sa'diah Ibu Susuan Rasulullahi Sollallahu Alaihi  Wassalam, wanita gigih yang solehah yang mendapat pahala besar mendidik seorang kekasih Allah...Subhanallah.. 

Human Milk 4 Human Baby-Malaysia.

Sesuatu yang menarik perhatian saya dalam isu semasa yang kena sangatlah apa yang saya mahu kongsikan kali ini.

Teman blogger bawanggoreng mendedahkan hal demikian(ini) Hayyakumullah diucapkan atas maklumat yang diberikan untuk dikongsikan pada semua pembaca.

Isunya timbul pabila terdapat sebilangan para ibu yang cakna tentang masalah yang dihadapi oleh para ibu di dalam masyarakat hari ini, usaha murni ini satu perkara yang dilihat baik dan memberi manfaat secara umum, terutama hari ini golongan ibu muda semakin sukar untuk menyusukan bayi mereka dengan hujah dan alasan-alasan tertentu, dan ketara ia melibatkan kerja.


Sikap prihatin ditunjukkan rangkaian diwujudkan di tanah air dapat membantu ibu mengalami masalah kesihatan dan menyelamatkan nyawa bayi tidak berdosa, yang benar-benar memerlukan sumber makanan berkhasiat, di samping melindungi hak bayi berkenaan.


Adapun disana, kumpulan HM4HB ini mesti meningkat usaha mereka memberi kefahaman Agama yang serius, seterusnya tidak menjurus ke arah kekeliruan dalam masyarakat terutama kita di Malaysia yang pastinya pabila sesuatu perkara berlaku ia mesti merujuk dan berpandukan hukum-hakam Agama Islam yang Syumul itu. Itu yang utama.

Ada juga yang memberikan pandangan dan saranan demi memastikan penyusuan ibu dapat dipertingkatkan dengan mengambil kira aspek kesihatan,  perundangan dan keselamatan makanan, paling UTAMA adalah ia membabitkan Hukum Agama!

Teman-teman pembaca laman saya, yang membimbangkan ialah pabila Hak Radha'ah(Hak Penyusuan) tidak difahami umum. Maka terdapat hukum yang melibatkan nasab keturunan, terutama dalam bab munakahat, hukum Islam menggariskan bahawa anak susuan tidak boleh dikahwini oleh adik-beradik susuan dan anak-anak kepada ibu dan bapa susuan. 

Sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam:

"Apa yang diharamkan dengan sebab penyusuan, adalah sama dengan apa yan diharamkan dengan sebab keturunan"
[Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

Disini saya senaraikan permasalah fiqh yang dikaji oleh JAKIM tentang perkara ini, selamat membedahnya iya.


A. SIAPAKAH YANG BOLEH MENYUSU DAN DISUSUI?



    SAYA MAHU MENCARI IBU SUSUAN


    BAYI YG BOLEH DISUSUI

B. CARA PENYUSUAN ANAK SUSUAN

  1. Apakah rukun Hukum Penyusuan atau Al-Radha'ah?
  2. Bolehkah saya memberikan susu saya yang telah diperah (EBM) kepada bayi yang bukan bayi/anak kandung saya?

C. ISU MAHRAM



    HUKUM MAHRAM & SUSUR-GALURNYA

    LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA MAHRAM

D. TANGGUNGJAWAB SIAPA MENYUSU

  1. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan seseorang bayi itu dapat disusukan sepenuhnya?
  2. Adakah ibu susuan perlu dibayar upah untuk susunya?

Pandangan Ulama' Fiqh pada penyusuan yang mengharamkan.

Setelah kita memahami permasalahan Fiqh tentang Radha'ah(penyusuan) apa yang dibaca diatas, marilah pula kita mengkaji apa yang telah dibahaskan oleh Ulama' terdahulu tentang perkara ini.

Para Ulama' Fiqh berbeza pendapat mengenai sifat dan jumlah berapa kali penyusuan yang menimbulkan hubungan nasab keturunan:

(1) Penyusuan yang mengharamkan ialah penyusuan berlaku tidak kurang dari lima kali susuan untuk bayi yang dengannya mengenyangkan.

Ini adalah pendapat Ibnu Mas'ud , dalam satu riwayat Aishah Radhiallahu anha, Abdullah Ibnu Az-Zubair, Atha', Tawus, Imam Syafe'i, sebilangan pendangan yang rajih dari Mazhab Imam Ahmad Bin Hambal(Hambali), Ibnu Hazmin dan kebanyakkan ahli hadith.

Mereka berdalil dengan hadith riwayat Aishah Radhiallahu anha:

"Di antara ayat Al-Qur'an yang diturunkan ialah sepuluh kali susuan yang biasa(maklum) dapat mengharamkan, kemudian ia dinasakhkan dengan ayat lain, iaitu lima kali susuan yang biasa, lalu Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam wafat sedangkan lima kali susuan itu diantara yang dibaca di dalam Al-Qur'an"



Dalam hadith ini menjelaskan maksud susuan yang disebutkan secara mutlak terdapat di dalam Al-Qur'an dan Hadith Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam.

(2) Penyusuan hendaklah tidak kurang dari tiga kali susuan. Inilah pendapat Abu 'Ubaid, Abu Thaur, Daud Az-zahiri, Ibnu Munzir, dan satu riwayat daripada Imam Ahmad.

Saidatina Aishah Radhiallahu anha meriwayatkan sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam:

لا تحرم المصة ولا الوصتان
"Sekali atau dua kali hisapan(penyusuan) tidaklah mengharamkan"
[Hadith riwayat al-jama'ah selain Al-Bukhari]

Dalam hadith yang lain diriwayatkan dari Ummul Fadhli, katanya:

"Seorang arab badwi datang kepada Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, di waktu itu Baginda berada di rumahku lalu ia berkata: Wahai Rasulullah! 
saya mempunyai seorang isteri, kemudian saya mengahwini seorang wanita yang lain. Isteri saya yang pertama itu merasakan bahawa dia telah menyusukan isteri saya yang baru, sekali ataupun dua kali penyusuan. Maka Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda: Sekali atau dua kali penyusuan tidaklah mengharamkan."
[Hadis riwayat imam Ahmad dan Muslim]

Kedua hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah Radhiallahu anha diatas menolak penyusuan yang kurang dari tiga kali.

(3)Disana ada pendapat Ulama' Fiqh tentang banyak atau sedikitnya penyusuan kepada bayi, ia mengharamkan.

Pendapat ini dibawa oleh 'Ali, Ibnu Abbas, Said bin Al-Musayyab, Az-Zuhri, Imam Hassan Al-Basri, Qatadah, Hammad, Al-Auzai', At-Thauri, Abu Hanifah, Imam Malik dan satu riwayat dari Imam Ahmad.

Dalilnya:

a.Ayat Al-Qur'an yang berkaitan dengan penyusuan ini hanya menyebut secara mutlak sahaja.

b.'Uqbah bin Al-Harith meriwayatkan katanya:

"Bahawa dia('Uqbah Bin Al-Harith) telah mengahwini anak perempuan Abu Ihab Bin Aziz, maka datanglah kepadanya seorang wanita lalu berkata: Sesungguhnya aku telah menyusukan 'Uqbah dan wanita yang engkau kahwininya(isteri Uqbah). 'Uqbah berkata kepadanya: Aku tidak mengetahui bahawa kamu telah menyusukanku, dan kamu tidak pula memberitahu
kepada aku. 'Uqbah lalu menunggang kenderaannya untuk menemui Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam di Madinah. Maka Rasulullah bersabda : Bagaimana lagi...kan sudah dikatakan demikian. Maka 'Uqbah menceraikannya lalu wanita itu berkahwin dengan suami yang lain".
[Hadith Riwayat Imam Bukhari Rahimahumullah]

Dalam hadith ini Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam tidak bertanyakan berapa kali dan berapa banyak perempuan hamba itu menyusukan dan Baginda SAW menjawab mudah, kamu sudah tahu perkara ini, jadi bagaimana lagi...(kan wanita itu sudah menjelaskan dia menyusukan kamu dan isteri kamu..)dalam kiasan itu Baginda SAW mengarahkan Uqbah menceraikan isterinya.

Ini membuktikan bahawa jumlah beberapa kali menyusu waiima banyak atau sedikitnya tidak diambil kira. Bila sahaja dinamakan menyusukan maka berlakulah hukumnya.

Hikmahnya kalau kita melihat, penyusuan itu mengenai pengharamannya, banyak atau sedikit menentukan hubungan bayi itu dengan si penyusunya(ibu susuannya).

Perlu kita ingat, susu ibu adalah khasiat semula jadi yang Allah ciptakan untuk makanan anak-anak kecil, dan susu itulah sama-sama membentuk dan membina tulang-belulang dan daging si anak yang disusukannya itu.

Khasiat susu ibu tidak boleh ditandingi mana-mana susu formula kerana ia sangat baik dan dapat meningkatkan antibody bayi dan menyelamatkan bayi daripada serangan penyakit.

Dalam pandangan ini, sebahagian Ulama' menjadikannya dalil kerana ia tentu terjamin, dan lebih rasa selesa dalam kehidupan berumah tangga.

Hikmah tarbiayul awlad[Pendidikan anak-anak sedari bayi].

Alhamdulillah, saya juga seronok mendengar jawapan dari Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah dalam Fiqh Mu'assarahnya berkaitan Radha'ah ini. 

Beliau begitu pentingkan kasih sayang pada ummat di zaman muta'akhirin ini, sesuai dengan pendekatan dakwah bil hal pada Ummat selagi mana tidak lari dengan sempadan garisan pahala dan sebagai satu ibadah.

Jawapan beliau(Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah) pada kesimpulannya:


Saya tidak menjumpai alasan untuk melarang diadakannya jalan atau kaedah "bank susu" selama bertujuan untuk mewujudkan maslahat syar'iyah yang muktabarah (dianggap kuat); dan untuk memenuhi keperluan yang wajib dipenuhi, dengan mengambil pendapat para fuqaha' yang telah saya sebutkan di atas(ini), serta dikuatkan dengan dalil-dalil dan hujah yang saya kemukakan di atas.

Kadang-kadang ada orang yang mengatakan, "Mengapa kita tidak mengambil sikap yang lebih hati-hati dan keluar dari perbezaan pendapat, padahal mengambil sikap hati-hati itu lebih terpelihara dan lebih jauh dari syubhat?" 

Saya menjawab, bahawa apabila seseorang melakukan sesuatu untuk dirinya sendiri, maka tidak mengapalah ia mengambil mana yang lebih hati-hati dan lebih wara' (lebih jauh dari syubhat), bahkan lebih dari itu boleh juga ia meninggalkan sesuatu yang tidak haram kerana khuwatir terjatuh ke dalam sesuatu yang haram. 

Akan tetapi, apabila masalah itu bersangkut-paut dengan masyarakat umum dan kemaslahatan umum, maka yang lebih utama bagi ahli fatwa ialah memberi kemudahan, bukan memberi kesulitan, tanpa melampaui nas yang teguh dan kaedah yang telah mantap. 

Kerana itu, menjadikannya sebagai usaha meringankan beban untuk menjaga kondisi masyarakat dan kerana kasihan kepada mereka. Jikalau kita bandingkan dengan masyarakat kita sekarang ini khususnya, maka masyarakat sekarang ini lebih memerlukan kemudahan dan kasih sayang. 

Dan perlu diingat disini, bahawa memberikan hukum dalam segala hal untuk mengambilnya yang lebih hati-hati tanpa mengambil mana yang lebih mudah, lebih lemah lembut, dan lebih adil, kadang-kadang membuat kita menjadikan hukum-hukum agama itu sebagai "rasa berhati-hati" dan jauh dari ruh kemudahan serta kelapangan yang menjadi tempat berpijaknya agama Islam ini. 

Dari Jabir Radhiallahu Anhu. bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. bersabda: "Aku diutus dengan membawa Agama yang lurus dan toleransi. "(HR al-Kharaithi) 

Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahawa Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda: "Sesungguhnya kamu diutus untuk memberikan kemudahan, tidak diutus untuk memberikan kesulitan." (HR Tirmidzi) 

Manhaj (metode) yang kami pilih dalam masalah-masalah ini ialah pertengahan dan seimbang antara golongan yang memberat-beratkan dan yang melonggar-longgarkan: 

"Dan demikian pula Kami jadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan ..." (Al-Baqarah: 143) Allah memfirmankan kebenaran, dan Dia-lah yang memberi petunjuk ke jalan yang lurus.

Menuju negara berkebajikan. 

Maka, kita telah pun melihat betapa hikmahnya cara Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah.

Dan pada kesimpulan saya ada baiknya jika hukum-hakam Agama kita hadami sebelum mengambil bayi si comel anak susuan ini, dan persetujuan dengan suami perlu dibincangkan lebih teliti.

Insya'allah niat ikhlas ibu-ibu muda diluar sana dicatat oleh Allah sebagai Ibadah tambahannya, saya menulis artikel fiqh kali ini dengan hati lapang jiwa tenteram, disamping ilmu yang bertambah, mudah-mudahlah.

Dan saya teringat kerajaan kelantan dibawah kepimpinan Ulama' TGNA meletakkan cuti bersalin bagi sektor awam adalah 90 hari, dan akhirnya kronologi itu diikuti sama kerajaan pusat. Hal ini sudah tentulah ada kemaslahatannya, kebaikkannya. Manakala suami pula diberi cuti 7 hari menjaga isteri yang sedang dalam pantangnya.

Kalau di Singapore cuti kerana bersalin 112(16minggu-4bulan), bahkan di negara maju seperti Eropah sehingga 1 tahun ke 2 tahun dengan gaji separuh yang berjalan seperti biasa.

Inilah masa mentarbiyah si anak kecil, suami juga berusaha melatih diri menjaga isteri yang sedang pantang, sifirnya mudah, isteri penat bersalin suamilah kena penat menjaga, terutama memasak! Penting.

Mungkin akan datang menjaga bayi susuan pun dapat cuti juga. Insya'allah doa-doalah para ibu..katanya sudah menjadi negara berkebajikan nanti..

Akhirnya, semoga lahirlah zuriat keturunan yang soleh-solehah diatas muka Bumi Allah yang Maha Pencipta ini. Semoga kita memahami hukum Fiqh dan seronok mempelajarinya. Wallahu a'alam.


26 Mac 2011

Fiqh of the day.

2 komenan
Anak-anak wajib diajar dengan ilmu agama sedari kecilnya..
nanti sudah besar agamalah yang membimbingnya.


Pendahuluan.

Bismillahirrahmanirrahim, dimulakan, mudah-mudahan ummul ayat Al-Qur'an bagi permulaan setiap surah itu, memberi kekuatan untuk saya sentiasa senang menulis, kerana setiap satu ayat dari Al-Qur'an itu ada i'jaznya, ada mukjizatnya.

Mengenai Pernikahan.

Ketika rintik-rintik frost menerbangkan jisimnya di angkasa Bumi Syuhada' ini, membawa maksudnya kesejukkan dikala ini sangat dahsyat kembali menerpa, ramai sangkaan teman-teman saya, bahawa mana mungkin Hujan turun buat kesekiankalinya lagi, dari kejauhan jalan masuk ke Jamiah, pokok-pokok bunga sakura Jepun dapat dilihat jelas. Merah keunguan warnanya.


Walaupun saya berada di Jordan bukan di Jepun, hal ini mentahdidkan Musim Bunga bakal menjelma. Rupanya kuasa Allah mendahului, kerana dia sifatnya Al-Malik, Yang MAHA BERKUASA, subhanallah. Hujan turun lagi, kali ini membawa barakah, pengharapan semua ahli barunya agar dibawa salji putih sekali. Teruskanlah berdoa sahabatku, kemudian bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan, sebagaimana firmannya;




Pagi ini saya teringat Kuliyyah yang agak saya lazimi di bumi Terengganu itu, terasa sungguh zhuq' TGHH yang menjadi murobbitun pada setiap kuliyyah Jumaatnya,di Kampung Rusila itu, pantas betul masa berlalu.

Dulu-dulu saya sangat berhati-hati setiap pagi jumaat ke Rusila(kampong yang mendamaikan), takut-takut ada orang mengaitkan saya terlibat mana-mana parti politik, kerana zaman itu, ada manusia sifatnya tidak boleh samakan Politik dengan Agama, politik lain agama lain, entah apa dalam benak fikirannya itu. Akhirnya tersenyum sendirian saya ketika itu. Saya rindu ke sana bersama sahabat-sahabat, din, amri, hasbi dan lain-lainnya.

Ada satu hari, motorsikal kesayangan saya yang ditunggangi setiap kali ke kuliyyah itu bocor tayar belakangnya, sehinggakan saya sukar balik semula ke kampus, dan akhirnya di tanya teman-teman lainnya ke mana menghilang, jawabn saya ringkas; pergi 'nikahkan orang'. Itulah jawapan spontan namanya, semua tersenyum mendengarnya, bahagia betul rasanya.


Kalau namanya bab munakahat mesti tak kering airluirnya, Khairul Anuar kumpulan thesis bersama saya pun keriangan dengan jawapan itu, walaupun ketiadaanku disisi mereka dalam menyiapkan sub-paperwork thesis , itulah demi harga sebuah pengalaman. Diluar ini memang sentiasa memikir-mikir sahaja.

Mana bab nikahnya ustaz? maudu'nya dah best, cepatle..kata monolog hati pembaca(yang berstatus bujang) di blog setia saya ini.

Tiada apa ingin dinukilkan, hanyalah sebagai sajian santapan bagi mereka yang hendak bernikah, mahu berwalimah, sudah berumah tangga, dan beberapa tahun pun berkahwin dan beranak cucu. Waimmalah mereka yang mahu mengkaji sebaiknya. Supaya faqih dengan isu yang berlaku.


Bagi yang sudah tiba masanya, nanti kalau orang persoalkan tentang Hal Nikah Perkahwinan min bab munahkahat, jangan terkapai-kapai pula mahu menjawab iya.

Nakal betul kawan-kawan saya yang suka menggalakkan terbinanya Baitul Muslim acuan islam ini, dan ramai betul teman-teman saya tidak menghabiskan sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam itu;

Syarah sampai, 'manis ta ta'minkum al baa'ah fal yatazawwij', kemudian dan-dan aje tulis cepat-cepat 'aww kama kal' (penulis hadis tahulah ini), dia tak tahu bakal zaujahnya nanti Pakar Hadis, PHD Universiti Urduniyyah lagi.

Maka terjadilah dialog yang biasa-biasa atau jarang-jarang jumpa;

'itulah awak dulu-dulu masa mula-mula niqah dengan saya, amik Part satu je Hadis tu, Part kedua 'waa man lam yas ta ti'fa alaihi bis soumm fainnahu lahu wa ja'aa' nak letak mana?! kan susah sekarang ni, semua budak-budak muda guna ayat depan ajer leni, ni sumer awaklah ni, trainer yang bagi Planning Motivationlah konon kat diaorang nih'!, marah ala-ala manja, gurauan si isteri berPHD Hadis itu tadi.

Khulasahnya, Hadis yang menceritakan Rasulullahi memberi galakkan, agar setiap orang muda yang mampu(ada kemampuan berkahwin dan bertanggungjawab) lakukanlah pernikahan itu, JIKALAU tidak mampu berpuasalah ke atasnya, inilah keabsahan serta senjata ampuh melawan nafsu, ingatlah nafsu menjadi lemah bagi pemuda-pemudi yang berpuasa. Semangatlah sering berpuasa sunat, Barakallahu fikumm ajma'iin.

Ibrahnya, dalam mentahkik sesuatu hadis demi menghadaminya, hafal sekali matan dan sanadnya, kemudian baca dengan habis serta amalkannya. Insya'allah dipermudahkan. Nanti bolehlah praktikkanlah Hadis ini di mana-mana anda berada iya, hadami molek-molek, ingat jangan part awal-awal aje iya. Istiqomah insya'allah.


Perihal Nikah yang mengikut Kristianisasi.

Bebarapa masa yang lalu, berlaku isu di mana seorang ahli majlis fatwa disesebuah negeri menyatakan, perihal Nikah di dalam Masjid telah menyamai cara perkahwinan kaum al-maseh(kristian) yang berkahwin di dalam gereja.

Persoalan makin timbul, pastinya, dan yang wajib bagi anak muda yang belum berkahwin, malah kursus perkahwinan pun tak sempat sampai, perasaan makin kecewa tambahan pula ilmu agamanya tiada di simpan dalam benak kepalanya. Kenapa persoalan ini ditimbulkan?Macammana iya berlaku? Ini ada hal apa?Tak pernah siapa timbulkan sebelum ni, pelbagai spekulasi timbul dan tenggelam. Adakah saya akan menjawabnya, tidak, saya mahu selesaikannya? lagi tidak, siapa saya.Maka selaku mahasiswa yang menuntut ilmu kajian diperlukan supaya otak menjadi rencam dan fikrah menjadi tajam. Itu sahaja nasihat saya.

Mulai membedah,

mulai merencam,

dan mulai mengkaji,

Semoga Allah berkati. Allahumma amiin.


Disebabkan negara kita paling sihat dan subur mengamalkan Mazhab Imam As-syafe'i Rahimahumullah, maka perbincangan tersebut mengikut kaca Mata Mazhab Sya'fei, kemudian diikut pandangan Ulama' lainnya, supaya celik mata kita tentang khilaf, dan Duktur Farsi Mur'ie di Jamiah saya sering berkata khilaf itu membawa rahmah Bukan Permusuhan, pada sisi Jumhur Ulama'. Subhanallah hebatnya para ulama'. Jom kaji.


1. Pandangan Imam As-Sya'fei Rahimahumullah.

Sekurang-kurangnya disana terdapat 3 karya berharga dari Ulama' dalam Mazhab Syafe'i dalam membahaskan tentang perkara ini.

Pertama : Fathul Mu'iin karangan Imam Zainuddin al-Malibari.
Kedua    : I'anah At-Tholibin karangan Imam Sayyid al-Bakri al-Dumyati.
Ketiga   : Tuftahul Tahtaj karangan Imam Ibnu Hajar al-Haytami.

Ketiga-tiga karya atau karangan ulama ini telah bersepakat menyatakan melakukan akad nikah di dalam Masjid adalah sunat.

Mereka(Para Ulama' ini) bersumberkan dalil yang diriwayatkan oleh Aishah Radhiallahu anha daripada Rasullullahi Sollallahu Alaihi Wassalam;

أعْلِنُوا هذا النكاحَ واجْعَلوه في المساجد واضْرِبوا عليه بالدفوف

"Umumkan[Kepada Semua] pernikahan ini dan jadikanlah[urusan akad]nya
di masjid serta pukullah kompang"
[Riwayat Imam At-Tabrani wa At-Tirmizi Radhiallahuanhuma] 

Kemudian Ulama' Mazhab As-syafe'i iaitu Imam Sayyid Al-bakri Al-dumyati, mencatatkan;

ويسن أن يكون العقد في المسجد. قال في التحفة: للأمر به في خبر الطبراني

“Dan disunatkan akad [nikah] dilakukan dalam masjid. Berkata [Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami] dalam [kitabnya] Tuhfah, [disunatkan melakukan akad nikah dalam masjid] kerana [adanya] perintah [berbuat demikian] dalam hadis [yang direkodkan oleh] Imam 
al-Tabarani Rahimahumullah”.

Dan khulasahnya, kesimpulannya; melakukan akad nikah di dalam Masjid adalah Sunat menurut Mazhab As-Syafe'i.




2.Meneliti pandangan dari 4 Mazhab.

# Menurut Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-kuwaitiyyah(Majoriti Ulama) SUNAT melakukan akad nikah di Masjid(Jilid:39 M/s:221).

Mereka terdiri daripada Imam Mazhab Syafe'i dan Hanafi(jilid:32 M/s:6), Serta Mazhab Hambali(kitab fatawa wa istisyarat mauqi' al-islam al-yaum jilid:11 M/s: 231).

Dan mengikut Mazhab Imam Maliki Rahimahumullah; mengatakan HARUS sahaja, bukannya Sunat (mausu'ah al-fiqhiyyah al-kuwaitiyyah jilid: 32 M/s: 6).

Dalam kitab Mausu'ah al-fiqhiyyah al-kuwaitiyyah mencatatkan;


قال الحنفية والشافعية يندب عقد النكاح في المسجد، لحديث “أعلنوا هذا النكاح، 
واجعلوه في المساجد، واضربوا عليه بالدفوف” وقال المالكية إنه جائز

Terjemahan : 'Berkata Ulama-ulama [mazhab] Hanafi dan Syafi'e, disunatkan [dilakukan] akad nikah di dalam masjid berdasarkan hadis 'umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya dalam masjid serta pukullah kompang'. Berkata Ulama-ulama [mazhab] Maliki, ia (melakukan akad nikah di masjid adalah) harus'.
Ulama-ulama lain yang turut  mengatakan sunat melakukan akad nikah di dalam masjid ialah Imam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa dan Imam Ibnu Qayyim al-jauziyyah dalam I’lam al-Muwaqqi’in (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, mukasurat.231).


Kesimpulannya,


# Para Ulama 4 mazhab (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) bersepakat mengatakan SUNAT melakukan akad nikah di dalam masjid (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, M/s: 259).


Dalil Jumhur Ulama' bersandarkan Dalil di atas;


Pertama, Hadis at-tabrani di atas.

Kedua, Akad Nikah dilakukan di Masjid Bagi mengambil keberkatan Masjid.

Ketiga, Masjid adalah tempat yang diketahui ramai, Justeru melakukan akad Nikah di dalam Masjid akan menyebarkan berita perkahwinan. Manakala penyebaran berita perkahwinan pula adalah tuntutan syara'.    
Keempat, Nikah adalah ibadah, Justeru sunat dilakukan akad di dalam Masjid.



Penilaian terhadap Hadis;

Pertama, Hadis At-tabrani adalah hassan, termasuk rangkaian hadis Sahih, ini dinyatakan oleh al-Hafiz al-sakhawi, dalam al-maqasid al-hasanah, jilid 1 m/s: 36, al-ajluni dalam khasful khafa' , jilid 1 m/s 145, dan lain-lainnya.

Kedua, hadis ini adalah Dhaif, ini dinyatakan oleh Imam Al-Baihaqi(tahir al-hindi dalam tazkirah maudhu' jilid 1 m/s:55), albani di dalam irwa' al-Ghalil, jilid 7 m/s: 50, dan lain-lainnya.


3.Mengkaji pandangan Imam Syawkani.

Imam Syaukani(Kenali Imam Syaukani-Tekan ini), dan pada permulaan fiqhnya dinisbahkan Imam Syaukani kepada Mazhab Zaidiyyah salah satu firqah Syiah yang ada(Tekan ini) Maka beliau berbeza dengan pendapat serta pandangan dengan Jumhur Uama', bagi beliau akad nikah tidak HARUS di lakukan di dalam Masjid.

Justeru perkara-perkara lain selain mengingati Allah dan mendirikan solat tidak boleh dilakukan di dalam Masjid, kecuali adanya Dalil khusus mengharuskannya. Dengan sebab itu makan, minum, tidur, dan membaca syair di dalam Masjid diharuskan kerana ada dalil khsusus yang mengharuskannya.

Beliau mencatatkan dalam kitabnya, al-sail al-jarar (jilid 2, mukasurat 247-248).


فالمساجد إنما بنيت لذكر الله والصلاة، فلا يجوز فيها غير ذلك إلا بدليل يخصص هذا العموم، كما وقع من لعب الحبشة بحرابهم في مسجده – صلى الله عليه وسلم-،وهو 
ينظر، وكما قرر من كانوا يتناشدون الأشعار فيه

Terjemahan : 'Masjid sesungguhnya dibina bagi [menjadi tempat] mengingati Allah dan [mendirikan] solat, maka TIDAK HARUS [dilakukan] di dalamnya (masjid) selain [daripada] itu, melainkan dengan [adanya] dalil yang mengkhususkan keumuman [hukum] ini, seperti permainan lembing oleh orang-orang Habsyah di masjid Nabi s.a.w sambil Baginda melihatnya dan seperti perakuan [Nabi s.a.w] kepada orang-orang yang membaca syair di dalamnya (masjid)'.
Imam Syawkani tidak menerima hadis At-tabarani di atas yang menjadi dalil Jumhur Ulama', kerana ia adalah hadis dhaif pada penilaian beliau (rujuk Nayl al-Awtar, jilid 6, mukasurat.211).



Hipotesisnya dan monitesisnya, Perbentangan di atas boleh disimpulkan;

1. Mazhab Imam As-syafe'i Rahimahullah atau Imam Abu Abdullah Muhammad Bin Idris As-syafe'i wafatnya pada 204 Hijriah, dan 3 lagi Mazhab iaitu Imam Abu Hanifah(Hanafi), Ahmad bin Hambal(Hambali), Malik bin Anas(Maliki) Rahimahumullahu anhum ajma'inn, bersepakat mengatakan SUNAT melakukan akad nikah di dalam Masjid.

# Jadinya, pandangan yang tepat dan harus dinyatakan ialah 'melakukan akad nikah di dalam masjid adalah sunat menurut Jumhur Ulama' dari pelbagai mazhab termasuk mazhab kitalah orang Malaysia,di tanah melayu ini, mazhab rasminya iaitu Mazhab Syafe'i.

2. Berdasarkan pandangan Mazhab syafe'i dan jumhur ulama' akad nikah boleh dilakukan di dalam Masjid dengan konsisten(teratur lagi tersusun). Ia boleh dilakukan dengan i'tikad(kepercayaan+keyakinan) bahawa melakukannya di dalam masjid ada kelebihannya iaitulah pahala sunat. Subhanallah wa alhamdulillah.

# Dan kita memandang uruf masyarakat melayu hari ini, pabila nikah di dalam masjid, adalah senang bagi kedua pihak untuk dipertemukan di saat-saat lafaz sakinahnya, boleh bertemu kedua-dua pihaknya(merapatkan ukhwah islamiah), Cumanya adab-adab di masjid itu Wajib dan hendaklah dijaga sentiasa, patut atau tak patut, merokok dalam masjid?, takpun bunyikan henset lagu mawi-angan dan sedar itu?,  

Aurat di jaga paling utama, okey finelah, mahu capture picture 'kenangan' melalui camera berkuasa tinggi DSLR kan? 

Boleh sangat, silakanlah tapi pastikan tangkap sekali gambar jurunikahnya, manalah tau dia yang terima nikahnya, ha kan menyesal pengantin lelaki nya kan?!, Satu lagi, memang tiada nilai akhlak betullah, saya marah betul ni!! Jangan pula datang ke Masjid semasa orang akad nikah aje, waktu lain, jangankan muka, batang hidungnya pun tak kelihatan tau!.

Ni satu lagi fe'el(perbuatan yang disertai dengan niat) 'Orang Melayuwisme' yang dikesan berleluasa di kalangan Para Pengantin masakini, molek dah pakai pakaian baju kurungnya, dengan labucci, labu air, semua ada, cantikk sangat, fesyen jubahnya, songkok hitamnya, serbannya, tetiba ketika balik ke kenduri waimma di sebelah lelaki atau perempuan, dipakainya baju kebayan, eh baju kebayalah, yang tiada norma dan batas-batas auratnya itu. Menuntup aurat senang dilakukan dengan kekuatan iman yang ada, percayalah.

Malam tadi kan, molek dah dapat pahala akad nikah di Rumah Allah bersama jurunikah yang thiqah itu, harini kempis dan kurus dah pahala hari Walimahnya, siap macam biasa 'Tag' orang lain pulak dalam 'mukabuku' kita tuu, ingatlah isteri kita tanggungjawab kita, isteri membuka aurat kitalah mendapat dosanya, sohih kan?cubalah berubah sedikit dan istiqomah(berterusan), katanya mahu Baitul Sakinah yang diredhai Allah Ta'ala kan.

3. Individu yang menegah akad nikah di dalam Masjid tidak wajar dilabelkan sebagai jahil atau cuba menyesatkan masyarakat. 

# Mungkin beliau tersilap ketika itu, kemudian lama sangat agaknya menetap di Negara orang sampai lupa untuk kenal uruff masyarakat melayu hari ini. Mungkin pandangan peribadi supaya kita mengkaji, lagi-lagi kita ini kan tullabul ilm', penuntut ilmu atau mahasiswa kajilah mana-mana ulama' sekalipun jangan tersesat sudahlah. Moga Allah berkati kita, amin-amin.

# Dan Ingatlah seperti perbincangan yang saya bagitahu tadi, ada di kalangan Ulama' berpendapat sedemikian iaitu Imam Syaukani yang dinyatakan diatas tadi.

4. Melakukan akad nikah di Masjid ditegah kerana ia menyerupai amalan orang kristian yang melakukannya di dalam Gereja, semestinya tidak berbangkit..

# Pembaca orang muda dan banyak nampaknya remaja ni, dari laman ini, Usahlah gusar, sehinggakan Imam Syaukani yang kita terangkan tadi pun, tidak menukilkan dalam kitab-kitabnya, tidak disebut ia 'menyerupai orang kristian' sebagai asbabnya ditegah melakukan akad nikah di dalam Masjid.

Dan saya tertarik benar dengan pengalaman dari seorang muallaf yang menikahkan anak beliau di dalam Masjid UIA baru-baru ini, katanya kalau kita kahwin dengan muallaf, tempat mana yang sesuai dilakukan akad nikah? Bukankah Masjid menjadi tempat paling hebat untuk mengumumkannya, kena luaskan faktor kemaslahatannya, serta kesannya. 

Bayangkan mereka mengadakan pernikahan di tempat-tempat yang mendatangkan pembaziran yang ketara sangat, contohnya di hotel-hotel yang menelan 'puluhan k' yang banyak lagi membawa pembaziran melampau, dan ingatlah tidak dihalang mengadakan akad nikah hattalah dirumah persendirian.

# Dipermudahkan urusannya itu PALING UTAMA, Jangan dipersusahkan, mahu dilakukan di PASti pun boleh, tetapi di Masjid kan dah okey, paling tidak mendekatkan mereka yang tidak pernahnya ke Masjid ataupun mereka yang jarang-jarang, ataupun mereka yang kadang-kadang, ataupun mereka yang malas benor gamaknya.

Boleh pula menggalakkan orang yang hadir menjaga Adab, menjaga Akhlak, tata-susila di Rumah Allah, pulak-pulak sambil menanti pengantin tiba, semua tetamu solat sunat tahiyyatul Masjid dulu, Allahurobbi senangnya beroleh pahala kan. 

Sekali lagi saya ingatkan teman-teman semuanya, dengan pernikahan beginilah yang beroleh ganjaran pahala yang melimpah luas, disamping kita boleh melakukan kerja dakwah islamiyyah, contohnya kalau tadi muallaf yang berkahwin, mestilah dia jemput saudara-mara beliau yang belum beragama Islam lagi kan, yang mana mereka ini menganggap di rumah Ibadah ini, mesti adanya patung berhala semuanya, ternyata salah persepsi mereka, Tuhan kita Allah yang Esa Sifat kesempurnaaNYA, dan Islam adalah yang Syumul dan Mulia. Dan seterusnya mendekatkan mereka dengan suasana biah islamiah di dalam masjid, dengan harapan satu hari dia masuk pula ke dalam Islam. Subhanallah.

eh, ustaz hmm, mahu menikah dengan muallaf ke? tanya soalan ke jawab ni? tanya saya pula kepadanya(tanyalah diri sendiri iya), jawapannya begitulah sempurnanya Islam dari Sudut Hukum-hakamnya, Akidah yang salim(sejahtera) untuk semua Ummat, Bukan melayu sahaja, kalau orang melayu tidak suka kepada Islam Maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala gantikan kaum lain menjadi pemerintah islam dan melakukan keadilan untuk semua manusia, ingatkan sejarah Khilafah Turki Uthmaniyyah itu dulu, ingat molek tau.  

Akhirul kalam dari saya, memohon salah dan silap diampunkan, Selamat Hari Jumaat yang barakah buat semua, disamping doakanlah kami di Bumi Syam yang barakah ini, selamat dan sihat sentiasa, apa yang terjadi senyumlah bakal pengantin sekalian. Senyum satu IBADAH tau.


Sumber: Maktabah Syamilah, warisansemasa.blogsot, ad-madkhol lidirosiyyah assyari'ah islamiyyah duktur abdul karim zaidan.
Masjid bukan sekadar untuk hukum nikah sahaja,
Dan Ibadah Nikah bukan di Masjid juga.



Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang