Muqaddimah.
Saya menyelongkar indeks dan senarai fatwa mua'sirah(kontemporari) hasil tulisan hebat Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, disamping melihat Kitab Hukum Keluarga Islam, tulisan Ustaz Drs. Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris, cetakan pertama 1994.
Disamping itu, saya cuba mengkaji kitab lainnya, kerana Isnin mendatang ini merupakan yaumul imtihan bagi madah(mata pelajaran) Zawwaj wa Talak bersama teman-teman sekuliah bersama pensyarah kami Duktur Hammad Fahri Azzam.
Mudah-mudahan madah(matapelajaran) yang diambil memberi kebaikkan pada diri dan ummat umumnya. Insya'allah, mohon doa semua iya.
Ingat..ibu yang mendapat dan mentarbiyah bayi susuannya, hendaklah memiliki ilmu yang banyak selain ilmu mendidik bayi, perlu ada ilmu Agama, faham hukum-hakam...Jadilah seperti Halimatus Sa'diah Ibu Susuan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, wanita gigih yang solehah yang mendapat pahala besar mendidik seorang kekasih Allah...Subhanallah..
Human Milk 4 Human Baby-Malaysia.
Sesuatu yang menarik perhatian saya dalam isu semasa yang kena sangatlah apa yang saya mahu kongsikan kali ini.
Teman blogger bawanggoreng mendedahkan hal demikian(ini) Hayyakumullah diucapkan atas maklumat yang diberikan untuk dikongsikan pada semua pembaca.
Isunya timbul pabila terdapat sebilangan para ibu yang cakna tentang masalah yang dihadapi oleh para ibu di dalam masyarakat hari ini, usaha murni ini satu perkara yang dilihat baik dan memberi manfaat secara umum, terutama hari ini golongan ibu muda semakin sukar untuk menyusukan bayi mereka dengan hujah dan alasan-alasan tertentu, dan ketara ia melibatkan kerja.
Sikap prihatin ditunjukkan rangkaian diwujudkan di tanah air dapat membantu ibu mengalami masalah kesihatan dan menyelamatkan nyawa bayi tidak berdosa, yang benar-benar memerlukan sumber makanan berkhasiat, di samping melindungi hak bayi berkenaan.
Adapun disana, kumpulan HM4HB ini mesti meningkat usaha mereka memberi kefahaman Agama yang serius, seterusnya tidak menjurus ke arah kekeliruan dalam masyarakat terutama kita di Malaysia yang pastinya pabila sesuatu perkara berlaku ia mesti merujuk dan berpandukan hukum-hakam Agama Islam yang Syumul itu. Itu yang utama.
Sikap prihatin ditunjukkan rangkaian diwujudkan di tanah air dapat membantu ibu mengalami masalah kesihatan dan menyelamatkan nyawa bayi tidak berdosa, yang benar-benar memerlukan sumber makanan berkhasiat, di samping melindungi hak bayi berkenaan.
Adapun disana, kumpulan HM4HB ini mesti meningkat usaha mereka memberi kefahaman Agama yang serius, seterusnya tidak menjurus ke arah kekeliruan dalam masyarakat terutama kita di Malaysia yang pastinya pabila sesuatu perkara berlaku ia mesti merujuk dan berpandukan hukum-hakam Agama Islam yang Syumul itu. Itu yang utama.
Ada juga yang memberikan pandangan dan saranan demi memastikan penyusuan ibu dapat dipertingkatkan dengan mengambil kira aspek kesihatan, perundangan dan keselamatan makanan, paling UTAMA adalah ia membabitkan Hukum Agama!
Teman-teman pembaca laman saya, yang membimbangkan ialah pabila Hak Radha'ah(Hak Penyusuan) tidak difahami umum. Maka terdapat hukum yang melibatkan nasab keturunan, terutama dalam bab munakahat, hukum Islam menggariskan bahawa anak susuan tidak boleh dikahwini oleh adik-beradik susuan dan anak-anak kepada ibu dan bapa susuan.
Sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam:
"Apa yang diharamkan dengan sebab penyusuan, adalah sama dengan apa yan diharamkan dengan sebab keturunan"
[Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
Disini saya senaraikan permasalah fiqh yang dikaji oleh JAKIM tentang perkara ini, selamat membedahnya iya.
A. SIAPAKAH YANG BOLEH MENYUSU DAN DISUSUI?
- SAYA MAHU MENJADI IBUSUSUAN
- SAYA MAHU MENCARI IBU SUSUAN
- BAYI YG BOLEH DISUSUI
- Perlukah anak susuan seorang wanita sama jantina dengan anak kandungnya? (kerana khuatir akan terjadinya permasalahan perkahwinan antara mahram sesusuan)
- Apakah umur bayi yang boleh disusukan sebagai anak susuan?
- Bolehkan saya menyusukan anak tidak sah taraf (contohnya anak luar nikah dan anak sumbang mahram)?
- Bolehkah saya menyusukan anak-anak yang asal-usulnya tidak diketahui? Contohnya jika berlaku bencana alam dan ibubapanya tidak dapat dikesani.
- Bolehkah wanita bukan Muslim menyusu bayi Muslim?
- Memandangkan tiada larangan untuk ibu bukan Muslim untuk menyusukan anak Muslim, apakah agama anak atau ibu itu kekal selepas penyusuan?
B. CARA PENYUSUAN ANAK SUSUAN
- Apakah rukun Hukum Penyusuan atau Al-Radha'ah?
- Bolehkah saya memberikan susu saya yang telah diperah (EBM) kepada bayi yang bukan bayi/anak kandung saya?
C. ISU MAHRAM
- SYARAT YANG MENJADIKAN WUJUDNYA HUBUNGAN MAHRAM
- Berapa kali penyusuan sehingga bayi/anak berkenaan disabit sebagai anak susuan saya?
- Apakah saya perlu memastikan yang anak saya minum sehingga kenyang dan itu dikira sebagai satu penyusuan?
- Apakah syarat komposisi susu ibu supaya tersabitnya Hukum Penyusuan?
- Memandangkan hukum penyusuan hanya tersabit apabila seorang bayi berumur bawah 2 tahun qamariah minum sehingga sebanyak lima kali, bolehkah seorang bayi minum daripada ramai ibu tidak sampai 5 kali? Contohnya saya mahu mencari susu ibu untuk anak saya tapi tidak mahu pening memikirkan implikasi saudara susuan jadi saya berikan anak saya susu 10 orang wanita lain tetapi setiap orang dia minum hingga kenyang sebanyak empat kali sahaja. Adakah ini dibenarkan?
- HUKUM MAHRAM & SUSUR-GALURNYA
- Berapa orang ibu susuan dibenarkan untuk seorang anak? Jika tiada had, apakah implikasinya?
- Siapakah yang menjadi mahram kepada anak susuan?
- Siapakah yang menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan?
- Adakah adik beradik anak susuan itu juga dianggap sebagai mahram kepada ibu susuan?
- Apakah suami dari ibu susuan termasuk mahram bagi bayi yang disusui?
- Jika lebih dari seorang bayi yang bukan bersaudara disusukan oleh seorang ibu, adakah mereka dianggap sebagai saudara susuan?
- Bolehkah anak susuan berkahwin dengan anak-anak bapa susuannya yang terhasil daripada perkahwinan bapa susuan dengan wanita lain?
- Jika saya menyusukan seorang anak yang lebih daripada dua tahun qamariah, adakah Hukum Penyusuan tersabit dalam hal ini?
- Bolehkah nenek menyusukan cucu dan kakak menyusukan adik?
- LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA MAHRAM
D. TANGGUNGJAWAB SIAPA MENYUSU
Pandangan Ulama' Fiqh pada penyusuan yang mengharamkan.
Setelah kita memahami permasalahan Fiqh tentang Radha'ah(penyusuan) apa yang dibaca diatas, marilah pula kita mengkaji apa yang telah dibahaskan oleh Ulama' terdahulu tentang perkara ini.
Para Ulama' Fiqh berbeza pendapat mengenai sifat dan jumlah berapa kali penyusuan yang menimbulkan hubungan nasab keturunan:
(1) Penyusuan yang mengharamkan ialah penyusuan berlaku tidak kurang dari lima kali susuan untuk bayi yang dengannya mengenyangkan.
Ini adalah pendapat Ibnu Mas'ud , dalam satu riwayat Aishah Radhiallahu anha, Abdullah Ibnu Az-Zubair, Atha', Tawus, Imam Syafe'i, sebilangan pendangan yang rajih dari Mazhab Imam Ahmad Bin Hambal(Hambali), Ibnu Hazmin dan kebanyakkan ahli hadith.
Mereka berdalil dengan hadith riwayat Aishah Radhiallahu anha:
"Di antara ayat Al-Qur'an yang diturunkan ialah sepuluh kali susuan yang biasa(maklum) dapat mengharamkan, kemudian ia dinasakhkan dengan ayat lain, iaitu lima kali susuan yang biasa, lalu Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam wafat sedangkan lima kali susuan itu diantara yang dibaca di dalam Al-Qur'an" Dalam hadith ini menjelaskan maksud susuan yang disebutkan secara mutlak terdapat di dalam Al-Qur'an dan Hadith Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. (2) Penyusuan hendaklah tidak kurang dari tiga kali susuan. Inilah pendapat Abu 'Ubaid, Abu Thaur, Daud Az-zahiri, Ibnu Munzir, dan satu riwayat daripada Imam Ahmad. Saidatina Aishah Radhiallahu anha meriwayatkan sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam: لا تحرم المصة ولا الوصتان "Sekali atau dua kali hisapan(penyusuan) tidaklah mengharamkan" [Hadith riwayat al-jama'ah selain Al-Bukhari] Dalam hadith yang lain diriwayatkan dari Ummul Fadhli, katanya: "Seorang arab badwi datang kepada Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, di waktu itu Baginda berada di rumahku lalu ia berkata: Wahai Rasulullah! saya mempunyai seorang isteri, kemudian saya mengahwini seorang wanita yang lain. Isteri saya yang pertama itu merasakan bahawa dia telah menyusukan isteri saya yang baru, sekali ataupun dua kali penyusuan. Maka Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda: Sekali atau dua kali penyusuan tidaklah mengharamkan." [Hadis riwayat imam Ahmad dan Muslim] Kedua hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah Radhiallahu anha diatas menolak penyusuan yang kurang dari tiga kali. (3)Disana ada pendapat Ulama' Fiqh tentang banyak atau sedikitnya penyusuan kepada bayi, ia mengharamkan. Pendapat ini dibawa oleh 'Ali, Ibnu Abbas, Said bin Al-Musayyab, Az-Zuhri, Imam Hassan Al-Basri, Qatadah, Hammad, Al-Auzai', At-Thauri, Abu Hanifah, Imam Malik dan satu riwayat dari Imam Ahmad. Dalilnya: a.Ayat Al-Qur'an yang berkaitan dengan penyusuan ini hanya menyebut secara mutlak sahaja. b.'Uqbah bin Al-Harith meriwayatkan katanya: "Bahawa dia('Uqbah Bin Al-Harith) telah mengahwini anak perempuan Abu Ihab Bin Aziz, maka datanglah kepadanya seorang wanita lalu berkata: Sesungguhnya aku telah menyusukan 'Uqbah dan wanita yang engkau kahwininya(isteri Uqbah). 'Uqbah berkata kepadanya: Aku tidak mengetahui bahawa kamu telah menyusukanku, dan kamu tidak pula memberitahu kepada aku. 'Uqbah lalu menunggang kenderaannya untuk menemui Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam di Madinah. Maka Rasulullah bersabda : Bagaimana lagi...kan sudah dikatakan demikian. Maka 'Uqbah menceraikannya lalu wanita itu berkahwin dengan suami yang lain". [Hadith Riwayat Imam Bukhari Rahimahumullah] Dalam hadith ini Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam tidak bertanyakan berapa kali dan berapa banyak perempuan hamba itu menyusukan dan Baginda SAW menjawab mudah, kamu sudah tahu perkara ini, jadi bagaimana lagi...(kan wanita itu sudah menjelaskan dia menyusukan kamu dan isteri kamu..)dalam kiasan itu Baginda SAW mengarahkan Uqbah menceraikan isterinya. Ini membuktikan bahawa jumlah beberapa kali menyusu waiima banyak atau sedikitnya tidak diambil kira. Bila sahaja dinamakan menyusukan maka berlakulah hukumnya. Hikmahnya kalau kita melihat, penyusuan itu mengenai pengharamannya, banyak atau sedikit menentukan hubungan bayi itu dengan si penyusunya(ibu susuannya). Perlu kita ingat, susu ibu adalah khasiat semula jadi yang Allah ciptakan untuk makanan anak-anak kecil, dan susu itulah sama-sama membentuk dan membina tulang-belulang dan daging si anak yang disusukannya itu. Khasiat susu ibu tidak boleh ditandingi mana-mana susu formula kerana ia sangat baik dan dapat meningkatkan antibody bayi dan menyelamatkan bayi daripada serangan penyakit. Hikmah tarbiayul awlad[Pendidikan anak-anak sedari bayi]. Alhamdulillah, saya juga seronok mendengar jawapan dari Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah dalam Fiqh Mu'assarahnya berkaitan Radha'ah ini. Beliau begitu pentingkan kasih sayang pada ummat di zaman muta'akhirin ini, sesuai dengan pendekatan dakwah bil hal pada Ummat selagi mana tidak lari dengan sempadan garisan pahala dan sebagai satu ibadah. Jawapan beliau(Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah) pada kesimpulannya: Saya tidak menjumpai alasan untuk melarang diadakannya jalan atau kaedah "bank susu" selama bertujuan untuk mewujudkan maslahat syar'iyah yang muktabarah (dianggap kuat); dan untuk memenuhi keperluan yang wajib dipenuhi, dengan mengambil pendapat para fuqaha' yang telah saya sebutkan di atas(ini), serta dikuatkan dengan dalil-dalil dan hujah yang saya kemukakan di atas. Kadang-kadang ada orang yang mengatakan, "Mengapa kita tidak mengambil sikap yang lebih hati-hati dan keluar dari perbezaan pendapat, padahal mengambil sikap hati-hati itu lebih terpelihara dan lebih jauh dari syubhat?" Saya menjawab, bahawa apabila seseorang melakukan sesuatu untuk dirinya sendiri, maka tidak mengapalah ia mengambil mana yang lebih hati-hati dan lebih wara' (lebih jauh dari syubhat), bahkan lebih dari itu boleh juga ia meninggalkan sesuatu yang tidak haram kerana khuwatir terjatuh ke dalam sesuatu yang haram. Akan tetapi, apabila masalah itu bersangkut-paut dengan masyarakat umum dan kemaslahatan umum, maka yang lebih utama bagi ahli fatwa ialah memberi kemudahan, bukan memberi kesulitan, tanpa melampaui nas yang teguh dan kaedah yang telah mantap. Kerana itu, menjadikannya sebagai usaha meringankan beban untuk menjaga kondisi masyarakat dan kerana kasihan kepada mereka. Jikalau kita bandingkan dengan masyarakat kita sekarang ini khususnya, maka masyarakat sekarang ini lebih memerlukan kemudahan dan kasih sayang. Dan perlu diingat disini, bahawa memberikan hukum dalam segala hal untuk mengambilnya yang lebih hati-hati tanpa mengambil mana yang lebih mudah, lebih lemah lembut, dan lebih adil, kadang-kadang membuat kita menjadikan hukum-hukum agama itu sebagai "rasa berhati-hati" dan jauh dari ruh kemudahan serta kelapangan yang menjadi tempat berpijaknya agama Islam ini. Dari Jabir Radhiallahu Anhu. bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. bersabda: "Aku diutus dengan membawa Agama yang lurus dan toleransi. "(HR al-Kharaithi) Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahawa Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda: "Sesungguhnya kamu diutus untuk memberikan kemudahan, tidak diutus untuk memberikan kesulitan." (HR Tirmidzi) Manhaj (metode) yang kami pilih dalam masalah-masalah ini ialah pertengahan dan seimbang antara golongan yang memberat-beratkan dan yang melonggar-longgarkan: "Dan demikian pula Kami jadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan ..." (Al-Baqarah: 143) Allah memfirmankan kebenaran, dan Dia-lah yang memberi petunjuk ke jalan yang lurus. Menuju negara berkebajikan. Maka, kita telah pun melihat betapa hikmahnya cara Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah. Dan pada kesimpulan saya ada baiknya jika hukum-hakam Agama kita hadami sebelum mengambil bayi si comel anak susuan ini, dan persetujuan dengan suami perlu dibincangkan lebih teliti. Insya'allah niat ikhlas ibu-ibu muda diluar sana dicatat oleh Allah sebagai Ibadah tambahannya, saya menulis artikel fiqh kali ini dengan hati lapang jiwa tenteram, disamping ilmu yang bertambah, mudah-mudahlah. Dan saya teringat kerajaan kelantan dibawah kepimpinan Ulama' TGNA meletakkan cuti bersalin bagi sektor awam adalah 90 hari, dan akhirnya kronologi itu diikuti sama kerajaan pusat. Hal ini sudah tentulah ada kemaslahatannya, kebaikkannya. Manakala suami pula diberi cuti 7 hari menjaga isteri yang sedang dalam pantangnya. Kalau di Singapore cuti kerana bersalin 112(16minggu-4bulan), bahkan di negara maju seperti Eropah sehingga 1 tahun ke 2 tahun dengan gaji separuh yang berjalan seperti biasa. Inilah masa mentarbiyah si anak kecil, suami juga berusaha melatih diri menjaga isteri yang sedang pantang, sifirnya mudah, isteri penat bersalin suamilah kena penat menjaga, terutama memasak! Penting. Mungkin akan datang menjaga bayi susuan pun dapat cuti juga. Insya'allah doa-doalah para ibu..katanya sudah menjadi negara berkebajikan nanti.. Akhirnya, semoga lahirlah zuriat keturunan yang soleh-solehah diatas muka Bumi Allah yang Maha Pencipta ini. Semoga kita memahami hukum Fiqh dan seronok mempelajarinya. Wallahu a'alam. |
0 komenan:
Catat Ulasan