Memaparkan catatan dengan label Jom Blajo Bahasa Ammiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom Blajo Bahasa Ammiah. Papar semua catatan

07 April 2010

Giliran ke pasar [سوق الخضروات ]

3 komenan



Teringat lagi ketika kali pertama ana ke pasar, hari rabu, na'am balik kuliah memang penat[rutin harian tullabul ilmi] alhamdulillah giliran ke 3 memasak pulak..memang rasenye nak bawak kamus al-khalil jela ke pasar ni, mujurla bantuan dr teman-teman seniurku memahami setuasi apabila berhadapan di suq itu, memang sampai di bumi syam ini, perkara pertama bagi seorang syabab@laki, beliau mestilah pandai memasak, tak kirelah walau megi@indo mee je pandai buat[itulah dulu kat tanah air ibu suh masak nasik gune ricecooker pun bukan main liyat agi(syle tu)], sebab kalaulah setiap hari nak makan shawarma arabi berharga 1.50Jd tu rasenye elokle puasa setiap hari.. 


Makanan adalah sumber manusia supaya hidup sampai hari ini, sebab itulah sumber yang halal adalah utama dan meresapi amalan seharian kite, jangan sesekali makan makanan yang ade malah terdapat ke unsur2 subhah@haram ok, kerana itulah yang membentuk sikap peribadi kite seharian dan menjadi darah daging manusia..lagi2le kite yang menuntut ilmu ini, dahla setiap hari kena berdepan dengan akhowat arab yang suke berpesyen ala2 rimau tu, nak tambah pulak dengan kita yg makan makanan ade unsur tak sihat lagi menghilang kan ingatan hafalan matan arba'iin tu..intabih jayyidan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati" ( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim ).

Firman ALLAH SWT dalam [Surah al-baqarah ayat 172] yang bemaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah"

Dan terdapat hadis rasulullahi sollallahu alahi wasallam lagi:
Rasulullah S.A.W bersabda, ”Wahai Saad perbaikilah makananmu (makanlah makanan yang halal) nescaya engkau akan menjadi orang yang doanya dikabulkan. Dan demi jiwaku yang ada di tanganNya, sungguh jika ada seorang yang memasukkan makanan haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima amal sholehnya selama 40 hari. Dan seorang hamba yang dagingnya tumbuh dari hasil menipu dan riba maka neraka lebih layak baginya.” [Dikumpulkan oleh Al Hafidz Ibnu Rajab Rahimahullah dalam Kitab Jami'ul Ulama Wal Hikam yang diriwayatkan oleh Thabrani.]


Atas dasar demikianlah, bagi mereka yang nak menetap lama ke Negara Jazirah Syam ni, wajib[1]menguasai sistem percakapan&bahasa ammiah, supaya senang kehidupan seharian(dgn menguasai byk bahasa boleh melazimi waqi'iyah penduduk qoryah tersebut [2]setiap perkataan baru yang di jumpai hendaklah tampal di papan dinding masing-masing(kalau ahli bayt ade yang cabut, tampal je kat dahi beliau ye).

Jom kita belajar hiwar yang ini:

السلام عليكم يا أحمد ماليزي
Assalamu'alaikum ya ahmad org maaysia.

وعليكم السلام
waalaikumussalam wbt.


كيف حالك؟ إن شاء الله مبسوط
Apa khabar kamu?Mudah2anle baik saje.

الحمد الله كويّس، شو إخبارك أنت؟
Alhamdulillah baik je, ammu pulak baik ke?

الحمد الله تمام، ولله مشتاق لك يا زلمي
ليش بطلت تبيّن؟
Mantap, macam biasalah, Alhamdulilah, sy
rindukan kamu ya ahmad, kenapa lama tak
nampak nih?

الله يخليك يا سيّدي، أنا مشغول شوي
بالدراسة هذه الأيّام
Semoga Allah melindungi kamu wahai ammu,
Saya sibuk sikitlah dengan pelajaran sejak
akhir-akhir ni..

الله يسهّل عليك يا سيّدي، أيُوَا شو بدّك
حسَّ؟ اليوم دورك للطبخ أه؟
Mudah-mudahan allah permudahkan kamu
wahai kwanku, ok. kamu nak Ape sekarang ni?
nampak gayalah hari giliran kamu
memasak ye?

والله صح اليوم دوري يا حسين..قدّيش
حقه كيلو بصل عندك اليوم؟ وكيف تحسب
حق الفلفل هدول؟
A''ah, na;am betulah ammu husin tu hari ni gililran saya
memasak tau, Berapa harga bawang sekilo
kat kedai hari ini?Pastu macam mana ammu
kire cili ni?

أيُوَا، الكيلو بصل بثلاثين قرُش اليوم و أنا باحسب لك الكيلو فلفل
بنُص ليرة. ماشي؟ قدّيش بدّك بصل و الفلفل؟ عبّي الكيش
عندك أكيد  بدّك تعمل شطة اليوم، صح؟
Ok, bawang putih 30 qirush dan utk kamu sekilo cili 
setengah dinar.ok? Berapa kamu nak bawang dgn cili ni?
Isi dalam plastik sebelah kamu tu, dah pasti nak buat 
sambal la hari ni kan?

يا زلمي صلى على النبي. راعني شوّي، أنا
زبون عندك صح؟  خلي البصل برُبُعْ ليرة
ماشي؟ شوف اللي كم كيلو طلّع معك، أنا بدّي كيلو 
بصل ونُصْ كيلو فلفل بَسْ
wahai ammu, kawanku selawatlah atas nabi,
Cubela kamu raikan sy cikit, saya kan pelanggan setia kamu?
Kira, bawang ni 1/4 dinar(25 qurush) jela ok?Tengok bape
kilo yang keluar, saya nak jugak sekilo bawang dan setengah kilo
cili sahaje.

ماشي يا أحمد، عشانّك أول ماليزي اللي إشتري 
مني، على راسي يا حبيبي
Oklah ya ahmad, disebabkan kamu orang
malaysia pertama pulak yang membeli dari saya
ikut suke hati kamu, saya ikut je wahai sahabat baik sy.

بارك الله فيك يا ابو حسين، تسلم رأسَك، أيوا
قدّيش كله هيك؟
Allah memberkati kamu wahai ammu abu husin,
terima kasih ye, ha berapa harga semua ni?

هيك يا غالي، نُصْ ليرة بَسْ. بدك إشي  ثاني؟ 
عندي كل إشي جديد و رحيص اليوم. في
بندورة، خيار، بازينجان، ملفوف، جزر
 و هن في بامية، زهرة و ليمن
Semua ni mahal ni, setengah dinar aje,
ha kamu nak apa-apa yang lain tak? Hari dengan saya
semua barang baru n murah. Ade Tomato, Timun,
Terung, kobis besar, Lobak, dan ade jugak Bendi,
Kobis Bunga dan Lemon.

خلص، حط لي وقيّة ليمون و وقيّة خيار
Ok, bagilah saya sekati lemon dan sekati Timun.

على رأسي  يا أحمد ماليزي
تفضل، هيك دينار
Takde hal punya, Silakan, semua ni sedinar.

تسلم عينك
يا سيّدي، هاي دينارك..والله نسيت أن اسألك
كيف العيّال و "مدام" في البيت؟
Terima kasih banyaklah ammu, betullah
kamu ni kawan baik saya, ha ini sedinar utk kamu,
Saya lupe nak nanyelah, apa khabar anak-anak
dan isteri ammu kat rumah tu?

والله تمام بسلّموا عليك كمان.. والله 
يا ريت أن تُفْتُر عنا في يوم من الأيام في رمضان
الجاي..شو رأيك؟
Wallahi tamam, semuanye okey, mereka kirim salam
dengan kamu lagi, saya haraplah kamu datang berbuke 
puasa satu hari untuk ramadhan akan dtg tahun ni,
okey tak?

الله يخلي لك اياهم وإنشاء الله إذا عندي
مجال، باجيك يا ابو حسين، يا الله، بدّي اروح
عشان أطبخ. شكرا يا أبو محمد، نراك مع السلامة
Mudah-mudahan Allah lindungi sekeluarga kamu,
Insya'allah kalau saya lapang nanti, saya datangle..
Okeyleh ye, kene balik ni sebab nak masak pulak,
terima kasih banyak wahai ammu abu husin,
jumpa lagi ye.selamat2..

الله يُجْزيكَ الخير ويُجْزيكَ زوجة صالحة ويُجْزيكَ
اولاد الصالحين، أمين
شوفك عالقريب إن شاء الله
Ok Mudah-mudahan Allah kurniakan kebaikan pada kamu
ya ahmad, dan mengahwinkan kamu dengan isteri yang
solehah dan mengurniakan anak-anak yang soleh-soleh.
Jumpa lagi ye masa terdekat ni..Selamat2.

Lampiran: kenalilah buah-buahan dan sayur-sayuran di negara arab iye..mudah-mudahan beroleh manfaat..hayati rezeki ciptaan Allah swt, supaya tenang dalam kehidupanmu.
[supaya gelisah bernilai ibadah].
[بصل]-Bawang besar, kalau takde ni jangankan
nak sedap rase masakan, tumis kangkung pun takleh
mujur takde sayur kangkung kat jrdan(sedih tau).

[زنجبيل]-Zanjabil@halia ni kalau kat negara arab cukup
femeslah, rasenye harganye pun dah naik
sejak akhir-akhir nih, cubelah berniat menanamnya
semoga bermanfaat.
[ بندورة ]-Tomato antara yang paling banyak
dijumpai, kadang-kadang orang arab
buat makan sambil bual-bual kosong, sape
pandai masak nasik tomato?angkat tangan?
[ فلفل ]-Filfil@Cili Hijau, rasenye tak pedas langsung kot, sebab
orang arab tak makan pedas, sbb tu kat jordan
payahle nak jumpa sos cili jenama aminah hasan tu
banyak sos tomato aje..
[ بطاطا ]-Batoto@mr.kentang ni paling banyak di jual
sesuai untuk di goreng supaya shawarma dan 
sandawish dan beit maqli menjadi sedap.

[ خيار ]-Khiar@Timun ini memang favouritelah di kalangan
orang melayu buat acar sgt menyelerakan..thniah.


[ بازينجان ]-Bazinjan@terunglah, kalau tak tau sila
lihat semula kamus adik yang banyak gambar2 tu
jadikan panduan..jangan tersesat dahle.

[ باميا ]-Bamia@Bendi, selalunya ahli bayt ana
buat masak kari, sebab tu jela yg tau..hihi
[ ملفوف ]-Malfuf@Kobis, pirst time nak beli dulu
memang terkejutlah..pehal besar sgt nih, kalu dibeli
mungkin boleh bajet untuk 2tahun kot..mabruk.


[ جزر ]-Jazar@lobak merah..mane2 yang suke sakit
mata tu silalah makan ini seperti orang arab
deme makan begitu sahaje, sambil senyum lagi.

[ زعتر ]-Za'tar inilah makanan berkhasiat yg di jual
sekitar bumi syam..khasiat yang banyak seumpama
za'faran..sape2 yang suke merokok gunekn kaedah
tembakau tu ce convert sesekali dgn ni..bnyak benefit.
[ نعنع ]-na'na@daun pudina, patutlah orang arb yang cemerlang
 dapat menjaga gigi deme dengannya, 
selalunya di masukkan bersama syai@teh..ade khasiat.

[ باقدونيس ]-Baqdonis-Daun sop, dah tentu sangat femes semasa
memasak sop kambing japnapari.

[ فاصوليا ]-Fasulia@kacang panjang, sebut sungguh-sungguh
bukan sejenis pencuci ke hape..ia adalah sayur yg
mantap di negara syam.

[ موز ]-Mouz@papaya@pisang, kalau tak penah tahu
jugak hantar balik malasia jelah, mahal tau di sini
sekilo dah Rm10, cadang baru nk niaga gorg pisang pula.

[  بطيخ ]-Battikh@tembikai, na'am sebut betul-betul jugak
nanti ingat buah betik..jangan silap semasa membeli
di suq fawaqih nanti..

[ عنب ]-'Inab@anggur-kat jamiah byk(sebelah bab'janubi)
sila dapatkan kebenaran dari  Mudir Jami'ah
terlebih dahulu..bwk iqomah(kad pngenalan diri).

[ فرواله ]-farawlah, ramai yang buat jem waktu syita(musim sejuk)
tak kurang ade yang buat aiskrim bg menampung kehidupan
seharian..tahniah.

[ ليمون ]-Laimun, kalau taktahu lagi..memang kene ngaji
(madah nabatat) bagi mumtaz..mudah-mudahan
beroleh manfaat..mabruk.

11 Januari 2010

Jom berhiwar di Kedai Jubah

0 komenan

Di sebabkan permintaan ramai agar penulis menuliskan setuasi jom berbahasa ammiah urduniah bab di kedai jubah, maka tergerak hati untuk entry yang kali ke-2 nak postkan hal ni, mudah-mudahan ada manfaat, kemaslahatan pun ada juga, walaupun penerbitan buku ammiah sudah banyak di pasaran, sekurang-kurangnya ada pembaca blog ini yang tau nak berhiwar apabila antum ke kedai jahit di pekan@balad di negara 4musim jordan ni..begitu juga para pembaca budiman yang lain, marila kita berkongsi bahasa, melihat zaman khilafah uthmaniah iaitu Sultan Muhammad Al-fateh(sebaik2 raja dan sebaik2 tentera dlm sbda Rasulullah saw) itu menguasai 10 bahasa dunia yang utama ketika itu..dahsyat kan.

Sedikit peringatan biasanya bab jubah ni adalah laziman atau habitual atau biasala bagi kita yang selesa memakainya, kalau kat negara timur tengah lagila sebagai pakaian rutin harian dan sesuai pakaian uruf pada tempat mereka ni, agaknya senang nak basuh dan nak sidai kot ye, yela bayangkn sefamily seramai 10 orang pakaian mereka sama je, ade satu hari tu ana pernah melihat di Tv channel 156 siaran Arab Saudi, deme ni duk main lumbe unta lagi dengan mengenakan pakai jubah je, tak kire manala janji sarung je mengikuti uruf mereka itu, bagusla sekurang-kurangnya penutupan aurat itu berlaku.



Tambahan pula yang namanya perempuan, adalah wajib bagi deme ni memakai mana-mana pun pakaian yang berlandaskan syariah islamiah itu, na'am di Malaysia banyak pakaiannya kan, baju kurung, kebaya, taktaule dengarnye skg dah ade nama kebarung(kebaya+kurung) maknanya selagi masih boleh dipikirkan sesuai silakanlah berbuat demikian, pastikan ia tepat dan tidak membawa kepada mana-mana fitnah terjadi, sebab itu islam meninggikan martabat kaum perempuan yang sangat hebat ini dengan syarat-syarat pemakaian mereka di dalam surah an-nisa' itu.




Namun sunnah pemakaian Rasulullah saw dan sahabat2 baginda ini juga menjadikan qudwah pada ikutan trend fesyen masa kini, bagusla sekarang ni pun dah banyak Butik2 yg islamik cumanya diharapkan tambahkan mutu keluaran yg sesuai demi maslahat ummah, TGNA pun penah sendiri merasmikan kursus jahitan secara islamik di negerinya tu, kerana pakaian inilah mar'uah@pandangan diri bagi seseorang itu, diingatkan tukang jahitla jugak yang melakarkan corak pemakaian itu, sama ada baik atau sebaliknya.




Mudah2an kita mengambil cakna bab pemakaian seharian kita supaya ia memudahkan urusan seharian, dan awlakan dalam bab ibadah kita terutamanya ketika solat agar kemas dan bersih ye.

Bukanlah handal bagi kami(org laki2) dalam mendalaminya tapi apabila dipikir-pikirkan, nanti nak khirij@balik tamat pengajian itu, bukanle saja nak bawa ilmu ke Malaysia insya'allah cornfirm nak kena belikan buah tangan khas buat mak, maklong, makteh, maklang, makngah, maktam, makcik markonah, mak lampir..dan lain-lain, jadi prepairation awal bermula sekarang demi mendalami bahasa uruf di negeri arab bumi syam ini, jom ikuti hiwar di dalam kedai jubah, intabih dan hayati ye..gerakkan mulut anda tanda komited dengan hiwar tersebut :-



السلام عليكم يعطيك العافية
Assalamu'alaikum, Mudah-mudahan Allah memberi kesihatan kepada kamu ye.




حسن: وعليكم السلام. الله يزيدك العافية.تفضلي يا إختي بإيش ممكن بقدر أخدمك؟
Waalaikumussalam. Semoga Allah menambahkan kesihatanmu, ada ape2
yang boleh saya bantu ke?


أميره: أنا مسافرة إلى ماليزيا الأسبوع الجاي إنشألله. وحاب أأخذ إلى والدتي جلباب او عبيات. شو في موديلات قصّات؟
Ni ha saya nak balik ke malaysia minggu depan insya'allah, kalau bolehla
nak jugak bawak jubah untuk mak saya, apa ye jenis atau corak yang ada kat sini ye?




حسن: هذا يرجع لك بس أنا بفترح عليك بما إنك بدك تأخذي لوالدتك فإنك تشوفي إشي مناسب لعمرها. مثلا إشي هادى وبدون نقشة
Tu semua terpulangla pada kamu, tapinya saya cadangkanoleh kerana kamu nak bagi
pada mak kamu, jadi kena tengokla yang paling sesuai dengan umurnya, contohla
jubah yang kosg, takpun yang takde labuci ke.




أميرة: ما شي فرجيني شو في عندك بس يكون مقاص صغيرلأنو الماليزيات إلى بناسبهن مقاص صغير
Okeyla, baik cuba kamu tunjukkan pada saya apa yang kamu ade. Tapinya 
saiz dia kenala kecil cikit ye sebab itula yang paling sesuai dengan
orang-orang Malaysia.




حسن: على راسي وأنت ايش بدك إلك؟
Boleh takde hal la, Untuk kamu sendiri apa yang kamu nak?




أميرة: أنا بدي نفس الإشي لو نها هادي بس قصة مناسبة لعمري لجيلي بس بدون زيادة في زينة حتى لو كان سادة ما عندي إعتراض عليها
Untuk saya pun sama jugak, Warnanya nak yang tenang tapi coraknya tu
sesuailah untuk orang yang sebaya dengan saya ni, Tapi tanpa labuci tambahan ye,
kalau kosong pun saya takde masalah.


أميرة: قدّيش سعره؟
Berapa harganya ni?




حسن: 25 دينار
25 Dinar.


أميرة: لا.والله هذا غال. راعينا عشان أخلي صحابتي إيجو إشترو من عندك. 20 دينار مناسب؟
Eh2 mahal nih, tolongla mahal ni, bagile saya cikit diskaun nanti saya
ajak kawan-kawan saya mai beli dari kamu jugak, betul, 20 Dinar ye,
boleh tak?


حسن: خليها و اخر كلم 23 كويس؟
Okey saya bagi 23, ok tak?


أميرة: طب انت بدّك 23 و انا بدّي 20 خليها 21.5 عشان احنا ثنين يكون مبسوطين إنشأ الله شو رأيك؟
Okeyla, kamu nak 23, saya pulak nak 20. Biarlah 21.5 Dinar, supaya dua-dua sama-sama 
gembira insya'allah..Gane pandangan kamu?


حسن: يلاّّ مبروك 
Okey2la tahniah.


أميرة: الله يبارك فيك. السّلام عليكم
Semoga Allah memberkati kamu, Assalamu'alaikum wbt.

06 November 2009

Mudah-mudahan tetap menjadi pemuda yg istiqomah dengan keimanan..

0 komenan

Rupe2nya sudah hampir sebulan ana menjadi seorang pemustautin yg mengembara di bumi syam penuh barakah…bukan senangle nak jadi student yg ingin berjaya dengan penuh kecemerlangan...terutamanya apabila berada jauh dari tanah air yang berlainan waqi’iyyah..ini.

Berada dibumi yang mempunyai 4musim yang berubah mengikut putaran masa dan waktu yang allah taala tetapkan itu…sebenarnya masih ada kesukaran digambarkan kalau kite sendiri tak mai ke sini…dan paling penting doa dari org2 dan sahabat2 yang dikenali membangkitkan semangat sebagai student life di bumi ini..insya’allah.

Di tanah air…lain pula halnya, banyaknye keadaan yang sangat2 berbeza…kalau kat Malaysia takdenye nk kenal syawarma, falafel, zanjabil, bandurah, na’na’, bazinjan, za’tar, bamia, mouz, khiyar dll, sume yang ana sebut ni bukannya kitab fiqh ye..engat molek tu, tp ia adalah makanan asasi mereka di bumi urdun ini..

Maka hati ini bermonolog”baik aku akn buat satu setuasi yang terjadi waima nak makan di kedai makan ke, sekurang2nya deme bolehla tau, keadaan di sini..yang confirmnye mejoriti arabiah”..

Takpele utk n3 julung2 kali diperantau ni sebenarnya nak share berjamaah kaedah2 percakapan yg mesti diungkapkan kpd seseorg yang layak kita panggil sbg tuan kedai makan@restoran…sebab masa mula2 mai sini memang sohih kita akan berasa lapaq tahap kunyit tau…

Jadinya, kita akan berbahasa ammiah jordanla kali ni,yang menjadi perantaraan mereka disini, tapi kene engat target kita pada bahasa Al-Qur’an yang sangat indah itu,dalam 10 wasiat ustaz hasan al-banna pun menyuruh kita kuasai bahasa fushah kan..ok mudah2an Berjaya.

Ha ia penting bukan takat time nak bertafaqquh dengan syeikh je, kalau ke gas kat umah kite abis ke, atau time elektrik yang sokmo terputus kt sakan@bait masing2 tu,camne kite nk kabbo ke ammu yg berkenaan agar senang kehidupan seharian kita dalam suasana student life.

Maka pada pagi hari pertama tu terlihat kelibat 5org syabab yg first time menyentuh bumi urdun tu, dahle lapaq…kan,dalam flyt semalam pun minum air je..ha cadangnye nk cari nasik lemak kedai moknah je tak pun nk gi mekfly, hmm jangan harapla kome..takkan jumpe punye..

Maka dalam suasana bertiupan angin lautan aqabah itu, menujula 5org syabab ke kedai yg menjual ayam panggang atau di sebut ”alaffaham”,sebut molek2 ye tapi deme org malaysia kite ni saje je menyebut “salahfaham”mentang2le ammu arab tu tak faham bahasa deme ni..terus je angguk kepala tanda setuju ayam panggang itu akan ditempah..

ammu.arab ni pun kadang2 bermasalah gak keje nk untung je…bukan ape, cubale betulkan makhraj2 yang silap n sengaja deme silapkan tu..dah tentu masing2 dapat manfaat bersama.


Jom kite ikuti sessi hiwar yang beikut:-


Assalamu’alaikum, sobahalkhoir ya..hamzah!

Selamat pagi encik hamzah(tuan kedai makan)!

Waalaikumussalam.ya mit marhaban.sobahul foul kum ya malizee.aiwahh tafaddol, u’moorni ya malizee!

Selamat datang korang orang Malaysia, ke restoran aku ni..maila2 silakan masuk..pagi ni korang nk order ape?

Hayyakallah..shu fi endak akala sobahi hun??

Mogakan allah memelihara kamu tuan restoran, ha apa je makanan untuk waktu serapan kt sini?

Eindana ya malizee hummos, foul wa falafel, mutobbal wamagali, beidh magli wa sandawish bi anwa’iha.

Kami ada hummus,foul,falafel,mutobbal, dan sayur goring, telur goring dan juga sandwich2.

Ooh, soal bas.akid fish’ endak ruz au spaghetti soh?mansaf, maglubah, kabsah au ishi heik?

Ooh..ni ha nak nanye je ni, ade tak kamu ni sediakan nasik ke ataupun mee ke?takpun makann arab lain cam mansaf, maglubah, kabsah, atau lain2 yg hok sama jenis dgn tu?

Ohh wahidullah taala ya rojul, fin as bufthor ala ruz?

Ohh sungguh allah taala yang maha esa, ade kat urdun ni orang serapan makan nasik?

Hehe, soal bas ya mu’allim,toyyib.shu biddi hassa.jibli sohen hummus ma’a khomsah habbaat falafel wa sawwi li sohan beidht magli.khollini bafthor masbut..alyaum, jau’ann wallah..

Hehe..saya bergurau jela, soalan je tadi tu, hmm ok, skg ce bagi kt saya sepinggan humus dgn 5ketul falafel dan buatkan telor mata, barula sedap nk serapan pagi ni, saya dah betol2 lapar tau..

Aiwahh, shoo fi Kaman? Tashrob ishi?

Okey.., ade ape agi tak?nk minum apa ye?

A’tini shai bil haleeb eh..

Bagi je saya, teh susu tau..

Hadhir ya malizee, hai el-fatourah ta’atak.hassa bannazil lak el-akil masyee..

Baik2 takde hal wahai org Malaysia, saya akan hantar makanan kamu sekarang ya..

Selepas beberapa minit..

La samahtu ya hamzah, nahnu khoollas. Tafadhol hai alhisab taba’ie.

excuxe me, ok encik hamzah kitaorang dah habis makan ni, ni ha duit untuk resit saya.

Sohhatiin, thawani bas ajib lak albaqi ah, tafadhol ya sohibee.ahlan wasahlan, fursoh sa’idaah.

Semoga korang sihat2 semuanya, jap ni ada baki, silakan sahabatku, selamat datang ke restoran saya ni, mudah2an hari yang gembira..

Taslam ya hamzah, salamat, yallah bai..

Okey terima kasih encik hamzah tuan restoran, mudah2an selamat..


Gambar 1, mereka yang berjalan mencari restoran

dipagi hari..

Gambar2, deme 2org berbincang nk makan katne..

Gambar3, deme 2org yang mencuba dujjaj alaffaham pg tu,

tapi kabo nk salahfaham...

Gambar4 contoh pelajar contoh yg menunggu dujjaj alaffaham

seterusnya..

Gambar5 dujjaj alaffaham agi la ni..mmg minatla deme

terhadap makanan

arabiah yg ni..

Gambar6 ni pulak falafel yg diproses oleh encik hamzah ala yg bulat tu.

.kalau kat malaysia tu agi sedap bergedil..

Gambar7 ni pulak falafel yg ditempah yg kene makan dgn roti

Gambar8 sama seperti diatas, adalah mengenai hal di restoran

cuma bezanya, ialah lgsung takde nasik lemak

di restoran ini..

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang