16 Februari 2012

Eksklusif: Bumi Isra' penuh barakah siri 1.


Mukadimah.

Di antara kedinginan pagi
Aku tafakur menyepikan diri
Memikirkan hari
Yang saban waktu meninggalkan pergi

Kucuba untuk membukakan mata
Bagi melihat keindahan dunia
Namun ku kecewa
Yang ada hanya fatamorgana

Baru ku terjaga dari mimpi tidurku yang lena
Sepanjang usia hanya tergadai percuma
Kehidupan dunia mengejar pangkat kemewahan harta
Tanpa pernah bertanya di manakah sudahnya

Di antara kegelapan malam
Aku merenung purnama yang suram
Menghitung semalam
Dosa dan noda penuh mencengkam

Kucuba untuk melelapkan mata
Bagi melupakan derita dunia
Namun kukecewa
Kerana diri diburu oleh dosa

Kini kusedari hari esok yang sedang menanti
Menginsafkan diri menjadi mukmin sejati
Pada Tuhan yang Esa ku merayu di atas sifat hamba
Bimbinglah aku ke syurga sebagai mukmin berjaya

Kini tiga Masjid Ummat Islam..telah ku masuki
apakah daku tidak sedar Ummat Islam semakin tinggi ujiannya
Namun yang nyata pasti, keimanan diri yang dipasak oleh Tarbiyah
dan amal jama'ei membimbing pemuda-pemuda untuk terus berdiri..

Dari Bumi Isra'..tempat Nabi Sollallahu Alayhi Wasallam diisra'kan, daku
merenung diri..semoga Islam terus membangun bersama semangat
pemuda Baitul Maqdis dan sekitarnya..

Semoga Al-Khalil perkampungan anbiya' itu bebas dari cengkaman Yahudi
Semoga Gazaa kian utuh berdiri.
Semoga ruhh intifadah mereka takkan hilang pergi.

Allahuakbar..Bumi Isra' Palestin kian bangun!


Siri 1 Perjalanan memasuki Baitul Maqdis(Al-Aqsa As-Shariff) dan menuju ke Hebron(Al-Khalil) perkampungan Para Anbiya'..


20 Januari 2012, yaumul Jum'ah yang barakah.


Pagi hening yang sejuk, hafilah kami dari syarikat adam arabi meluncur laju menuju ke Allenby Bridge atau border yang paling hampir memasuki Palestin bumi Isra' itu.

Saya dan teman saya, ustaz hazmi mengepalai 19 ahli yang lainnya, dengan harapan sampailah kaki ini menjejak ke Baitul Maqdis yang diberkahi sekitarnya. Harithah(peta), kewangan, pakaian, keselamatan habis dihadam oleh rombangan mahasiswa berani ini..mudah-mudahan dengan musafir penuh cabaran ini menjadi saham melihat dengan mata sendiri bumi yang didatangi Baginda Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam itu.

Tiada apa gangguan berlaku, sudah tentu Border(hudud) sekitar Allen Bridge itu sedang dikuasai mereka yang tiada negara itu. Hanya pemandangan buruk memandang bendera berbintang bebelang putih biru itu..tetapi saya tidak fokus kepadanya..tekad jihad sentiasa ditanam, tambahan pesanan teman-teman dalam doa agar segera menyahut pangilan jihad. Saya Sudah pun sedia!

Alhamdulillah, petang jumaat barakah, kaki ini sudah menjejaki Jabal Zaitun, dari situ saya melihat panorama Kota Suci yang dibebaskan Saidina Umar Al-Khattab dan Panglima Islam yang digeruni musuhnya Sultan Salahudin Al-Ayyubi.


Teman-teman dari Universiti JUST & Yarmouk menemani saya petang hari itu..melihat binaan asal Masjid Al-Aqsa As-Shariff..Allahu. Gambar di atas cukup menceritakannya..


Permusafiran 3 hari 2 malam itu memberi pelbagai hibrah(pengalaman) baru bagi diri ini, adapun saya cukup selesa melihat kota ummat Islam yang aman menjadi tumpuan dua Agama itu. Iaitulah yahudi dan nasrani.

Fokus saya untuk kali ini ingin membawa rakan-rakan pembaca yang dirindui dengan sama-sama kita menghayati peristiwa pertukaran kiblat utama ummat Islam. Dan Insya'allah selaku ummat Nabi Muhammad Sollallahu Alayhi Wasallam usah kita lupakan bumi ini jugalah yang sinonim dengan kisah Isra' dan Mikraj Baginda Nabi bertemu TuhanNya Yang Maha Kuasa, menerima amanah untuk ummatnya.

Ironinya, orang melayu cepat lupanya, mudah-mudahan dengan tasawur ini..kita tergolong dari kalangan manusia yang tidak alpa..Allahumma amin.


Nabi mendongak-dongak wajahnya ke langit.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada al-Barraa’, beliau berkata:

“..Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda bersolat di dalam keadaan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan tetapi Baginda SAW amat suka seandainya Baginda berpeluang untuk bersolat mengadap ke arah Kaabah. Lalu Allah SWT menurunkan ayat “Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan wajahmu ke langit”[surah al-Baqarah ayat 144]. Maka berkata-katalah orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia dan mereka itu adalah Yahudi, “Apakah yang telah memalingkan orang-orang Islam itu daripada qiblat mereka sebelum ini?” Lalu Allah SWT menjawab dengan menyatakan “Bagi Allah itulah timur dan barat”.


"..Orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia (iaitulah Yahudi) akan berkata (dengan ejekan): Apakah yang telah memalingkan mereka (orang-orang Islam) itu daripada qiblat mereka sebelum ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Bagi Allah itulah Timur dan Barat, Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki kepada jalan yang lurus {142} Dan (sebagaimana Kami tunjukkan kamu jalan yang lurus dengan berqiblatkan Kaabah), begitu jugalah Kami jadikan kamu sebagai umat yang ‘bersifat sederhana dan pertengahan’ agar dengan itu kamu menjadi saksi ke atas manusia. Manakala Rasulullah SAW itu pula, dia menjadi saksi bagi kamu. Dan tidaklah Kami jadikan qiblat kamu sebelum ini melainkan Kami ketahui siapa yang mengikut perintah Rasul dan siapa pula yang memalingkan lehernya (ingkar). Sesungguhnya perintah itu adalah amat berat melainkan bagi mereka yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Dan tidaklah sekali-kali Allah menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah itu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya (kepada orang-orang yang beriman) [143]” 



"..Dan Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan kepalamu ke langit. Maka (pada hari ini) Kami tukarkan bagi kamu ke arah Qiblat yang kamu suka. Oleh yang demikian, hadapkanlah wajahmu ke Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada maka hendaklah kamu mengadap ke arahnya. Sedangkan mereka yang telah diberikan al-Kitab (Yahudi) itu benar-benar tahu bahawa hal ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan tidaklah Allah SWT alpa terhadap apa yang mereka lakukan. {144} Dan sekiranya kamu datangkan segala bukti kepada mereka yang telah diberikan al-Kitab kepadanya (Yahudi), tidaklah mereka itu mengikut Qiblat kamu. Dan kamu juga tidak akan sekali-kali mengikut Qiblat mereka. Bahkan mereka sesama mereka juga tidak mengikut Qiblat antara satu dengan yang lain. Dan sekiranya kamu mengikut hawa nafsu mereka selepas datangnya kepada kamu pengetahuan, maka sesungguhnya kamu adalah dari golongan yang zalim. {145} Mereka yang Kami berikan al-Kitab itu (Yahudi dan Nasrani), mereka mengenalinya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka. Akan tetapi sebahagian daripada mereka itu senantiasa menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui. {146}Kebenaran itu adalah datangnya dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali kamu tergolong dari kalangan orang yang zalim. [147]”


Ibnu Abbas RA dan at-Tabari berpendapat bahawa ayat 144 surah al-Baqarah adalah turun lebih awal daripada ayat 142. Pendapat ini disokong oleh riwayat al-Bukhari dari al-Barraa’ yang telah disebutkan di atas. Akan tetapi az-Zamakhsyari menyatakan bahawa ayat 142 tentang komen Yahudi itu telah turun lebih awal sebelum turunnya ayat perintah menukar Qiblat (Al-Baqarah ayat 144). 

Ia adalah sebagai mukjizat daripada Allah SWT bahawa Nabi SAW telah lebih awal diperkhabarkan tentang pertukaran Qiblat berkenaan sebelum ia berlaku. Ini adalah supaya hati Baginda SAW dan umat Islam menjadi tenang menghadapi ejekan dan cemuhan Yahudi tersebut

Kerana cemuhan Yahudi kepada perbuatan Nabi SAW bersolat mengadap Baitul Maqdis, Baginda SAW sering pada waktu malam keluar dan mendongak-dongak ke langit mengharapkan kalau-kalau turunnya wahyu dari Allah untuk menukar Qiblat.


Meneladani kisah.

Tika saya memasuki bumi suci itu...saya asyik membelek-belek mukasurat dari surah ini, agarnya dengannya saya memahami setuasi yang dinaqalkan oleh Baginda Sollallahu Alayhi Wasallam..Allahu..

Tetapi bumi itu kini sedang dikuasai sekutu-sekutu yang mendakwa mereka dari golongan bani israel yang mulia..bahkan sudah terbukti kisah kezaliman mereka tatkala zaman Nabi sebelum kedatangan junjungan Mulia Muhammad Sollallahu Alayhi Wasallam khotimul anbiya'.



Semoga kita meneladani kisah ini...dan nantikan siri rehlah tarbawi saya bersama teman-teman di posting lainnya iya.


Doakan kesejahteraan Ummat Islam di Bumi Baitul Maqdis dan sekitarnya yang termasuk bumi syam..

_______________________________
Nota Bumi Isra'

(1) Jom teman-teman meneladani kisah yang sungguh hebat dalam posting kali ini.
(2) Perjalanan pendek dari Youtube yang dilampirkan diatas adalah siri 1 perjalanan saya bersama teman-teman..menuju ke Hebron(Al-Khalil) di sana terletaknya maqam Nabi Ibrahim, Ishak, Ya'akub, Yusuf alahissalam..
(3) Didoakan teman-teman juga ke sana suatu masa yang ditentukan nanti..Allahumma amin.


0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang