لبيك اللهم لبيك .. لبيك لا شريك لك لبيك .. ان الحمد.والنعمة.لك والملك لا شريك لك
“Hambamu telah datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah. Hambamu telah datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan kerajaan adalah milik Mu, tiada sekutu bagi Mu”
Malam Raya Aidiladha 1432Hijriah sungguh memberi erti tadhiyyah/pengorbanan pada saya seahli rumah (Dar As-Saqifah Bani Sa'idah) di bumi jordan ini. Saya pula mulai merasai raya terakhir di tahun akhir bumi Mu'tah syuhada' ini.
Erti pengorbanan dititipkan pada jiwa pemuda kami seahli bait, terutama begitu jauh dengan keluarga tercinta nun jutaan batu di Tanah Air.
Tak mengapa, saya, muzammil, dan dua ahli bait baru zul dan syarafi begitu biasa dengan keadaan ini. Pemuda jiwanya kena kental, serta bersifat qanaah(seadanya) maka dalam bait ini, hanya saya yang ada gelaran Haji, maka saya lah yang kena jalankan operasi ini.
Puding corn mengubat kerinduan.
ذزة/jagung yang begitu mahal di Jordan ini, namun mengubat
resah dan gelisah.
Sebelum memulakan apa aktiviti masakan, hatta masakan untuk seahli rumah, masakan aktiviti Persatuan, puding family, kuih-muih, dan lain-lainnya, samalah pesanan saya iaitu niatkan semoga ia ikhlas lillahi ta'ala(kerana Allah Ta'ala) mudah-mudahan teman-teman, masakan kita tadi memberi keberkatan untuk diri waimma sahabat-sahabat yang menjamahnya.
Saya teringat di dalam Al-Qur'an dirakam tentang rezeki yang baik, yang molek ini diutamakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, mudah-mudahan dengan rezeki baik itu kita dapat ungkapkan dengan rasa bersyukur padaNya, kekuatan kita mampu untuk berjuang fisabilillah dengan makanan rezeki baik itu. Subhanallah.
FirmanNya:
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah"
[surah al-baqarah:172]
Semoga kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur pada Tuhan. Ingatlah teman, nikmat Allah Ta'ala mana diatas muka bumi ini yang mahu kita dustakan? bahkan kehidupan seharian kita dipenuhi nikmatNya.
Bagi mengubat kerinduan, saya menyeru teman-teman(terutama syabab/lelaki) menyertai saya mencuba puding zurrah/corn yang disifatkan mudah dan senang ini iya. Ada peluang boleh ajak sahabat-sahabat kita merasainya sempena Aidil Adha yang bermakna ini.
Bahan pertama: Tepung kastad, dapatkanlah teman-teman dari ammu yang menjualnya di sekitar pekan kita.
Bahan kedua: Jagung manis yang siap ditinkan dijual di kedai arabiah.
Bahan ketiga: Susu/Halib berjenama luna mengantikan susu F&N kita di Tanah Air.
Alhamdulillah, akhirnya bahan-bahan tadilah yang menghasilkan puding corn saya,
lalu saya letakkan di atas talam tempat kami seahli bait selalu menjamah makanan. Hebat.
Bahan-bahan.
1 Cawan tepung kastad.
1 Cawan jagung manis.
3 Cawan kecil gula.
3 Cawan air.
1 1/2 cawan susu cair.
Method/Cara-caranya.
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Kemudian kacaulah sehingga pekat dan kelihatan ia berkilat di atas dapur dengan api yang sederhana(pastikan sehingga ia sebati iya).
3. Angkat dan masukkan dalam loyang atau talam yang selalu kita makan bersama ahli rumah itu.
4. Pastikan di ratakan atau mahu lebih cantek hiaslah dengan buah ceri, faraulah dan lain-lain mengikut kehendak antum iya.
5. Siap.
Alhamdulillah siap akhirnya. Mudah dan bernilai Ibadah.
Pesanan.
Usah lupa teman-teman hari ini yaumul barakah, hari manusia mengerjakan haji di Makkah, hari manusia menunaikan rukun Islam kelima, berwukuf, melontar jamrah, bersa'ei, bermalam di mina, maka saya menyeru teman-teman untuk sama kita merasai pengorbanan mereka di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.
Semoga puding zurrah/corn ini memberi manfaat pada kita dan ahli rumah masing-masing, usah lupa jemputlah saya seperti biasa beraya di rumah antum dengan puding jagung masing-masingnya itu. Semoga erti pengorbanan dapat kita lakukan, membuat puding juga satu Ibadah, insya'allah.
Selamat mencuba iya, khas untuk teman-teman perantauan ini.
2 komenan:
wah..sdp 2...lg2 corn..
tob'an lah...kena mencuba..lagi2 di tempat yang tiada sumber asli di tanah air..mudah2an bermanfaat..
Catat Ulasan