08 November 2011

Aidiladha: Subhanallah..Haza min fadhli Rabbi.

9,10,11,12 Zulhijjah pengubat rindu.

11 Zulhijjah, saat ini saya dan teman-teman, ustaz syahidi, ustaz arif ariffin dan ustaz amir, sudah bersedia untuk keluar dari penginapan kami di Al-Aziziyyah, iaitulah suatu kawasan di Makkah Al-Mukarramah yang paling hampir dengan tempat melontar Jamrah tetapi begitu jauh ke Masjidil Haram As-Syariff.

Saya dan teman-teman menduga pandangan dan bermonolog "alangkah baiknya kalau kita keluar awal melontar, malam pukul 12 kita ke Mina selepas subuh kita sudah siap melakukan Ibadah melontar Jamrah"..ajak ustaz arif teman saya yang khirij mendapat ijazah sarjana fiqh wa usuluh universiti mu'tah jordan ini.

Di akhirnya saya dan teman-teman lainnya bersetuju, kerana saat inilah, manusia seramai 2.5 juta sedang berehat dan waktu paling afdhal bagi Jemaah Haji Malaysia melakukan ibadah melontar.

Suatu yang cukup menarik, jemaah Haji Malaysia begitu disiplin, kebanyakkan susunan jadual waimma dari pihak Tabung Haji atau Travel dalam mengatur langkah makcik-makcik dan pakcik-pakcik(Jemaah Malaysia)melakukan ibadah di Mina iaitu selepas siap ibadah wukuf di Arafah kala Manusia gagah datang dari bangsa semenanjung arab itu sedang berehat. Peluang inilah Jemaah Haji Malaysia keluar berkumpulan, mengikut arahan ketua rombangan mereka.

Itulah tasawur(gambaran) yang saya ingat tika berada di Mina pada Tahun lalu..Haji 2010. 

Teringat peristiwa ini hati saya tersentuh. Subhanallah..hebatnya arahan Allah Ta'ala pada ummat manusia pelbagai bangsa melakukan suatu perkara, dalam waktu yang singkat yang telah ditetapkan olehNya.

Sedikit pesanan saya, teman-teman yang berusia muda, ditakdirkan Allah  untuk menunaikan Ibadah Haji, pergilah dengan tenang, usah kuatir diri masih belum sempurna dan menanti saat paling sesuai, teman-teman sesungguhnya Ibadah Haji memerlukan tenaga kuat yang luar biasa!

Semoga mendapat Haji yang Mabrur, kerana Haji yang mabrur itu dijamin untuk menuju syurga Allah yang kekal abadi di Hari Akhirat nanti. 

Tasawur(pemandangan) Haji 1432Hijriah-Wukuf di Arafah.
saya membayangi ia seperti mahsyar yang dahsyat suatu masa nanti!



















Sumber: Reuters. 

Bersama kita doakan Ummat Islam mendapat Haji yang mabrur..Allahumma amin.


6 komenan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Ibn Suhaimi

Subhanallah

moga tuan dan sahabat memperolehi haji yg mabrur

Wassalam

karim berkata...

Salam..
Apa kabar adik beradik PERMATA..
Kami dari UNIT TDI nk bertanya..
TDI kalian yg anak buahnya BATCH MU pd tahun lepas ingin diteruskn ker?
Klu ingin diteruskan ..maka x perlu ada perubahan,
Emmmmmmmmm…

ibn suhaimi™ berkata...

Dato Phd..

Terima Kasih..mudah-mudahan Amalan yang sedikit tetapi istiqamah kita teruskan dalam Ibadah seharian..

Salam eid mubarak..

ibn suhaimi™ berkata...

to Karim..

Ana bilkhair...okey cantek..ana rasa macam mahu TDI yang komited yang lama...rindu..semua..

Shaker™ berkata...

sedih tak dapat beraya ni sana tahun ni

ibn suhaimi™ berkata...

to Shaker™ insya'allah ada hikmahnya ya ustaz ket...

Allah sentiasa memberi peluang pada semua hambanya menjadi ad-dyuyoof al-kirom..Allahumma aminn

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang