Mukaddimah.
Belum pun, jemaah haji menunaikan Ibadah wukuf di Arafah, tawaf, sa'ei dan melontar jamrah, berita sedih menyelubungi penduduk di Bumi Khilafah Utmaniyyah Turki itu.
Saya antara orang pertama yang merespon hal ini, seterusnya bertanya khabar kepada akhi nawawi, beliau teman saya dari negara serumpun Indonesia yang menuntut di Intanbul Turki.
Sedih, mendengar ceritanya namun berlapang hati kerana negara di bawah pemerintahan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan itu berupaya menyelesaikan perihal rakyatnya, sesuai dengan manifesto Adalet ve Kalkinna Partisi, AK Partinya yang berkebajikan itu.
Van sebuah bandar yang penting buat Khilafah Utmaniyyah dalam menyebarluaskan Dakwah Islam ke negara Parsi(Iran) dan Russia suatu masa dahulu.
Ibrah dan pelajaran dari ummat terdahulu.
Bencana datang silih berganti dalam tahun 2011 ini, cuma terkadang kita lupa dan lalai kehadirannya, saya masih teringat dalam tahun ini gempa bumi gempa bumi di Tokyo, hari jumaat bersamaan 11 Mac 2011 sekitar pukul 2.46 petang. Dengan magnitud 9.0 membawa gegaran dan ombak tinggi tsunami ke timur negara sakura itu. Sejurus itu meranapkan bandar itu sekelip mata, memukul rata segala isi bumi yang ada, rumah, kereta, kilang, tanaman, bercampur baur bagaikan tiada lagi manusia yang hidup.
Van mengalami bencana yang sama, dulunya ketika tahun 1941 dengan 5.9 skala richter dan 23 Oktober lalu gempa bumi dengan 7.2 skala richter.
Dalam memahamkan erti ibrah, saya suka membawa pembaca untuk menghayati apa yang telah Allah Ta'ala firmankan di dalam Al-Qur'an, mudah-mudahan dengannya kita di kalangan mereka yang celik apa hikmah yang Allah tunjukkan.
Van, merupakan bandar yang menjadi saksi ketika Khilafah Utmaniyyah
menyebarkan Dakwah Islam di benua eropah itu. Rujuk wikipedia.
Wajib bagi manusia yang beriman, mengambil pengajaran terhadap apa yang Allah Ta'ala sampaikan, mudah-mudahan dengannya kita bertambah iman berasa belas kasihan terhadap saudara seAkidah walaupun berjauhan, sekurang-kurangnya doa yang tidak putus-putus kita sedekahkan.
Ironinya, secara histografi bencana yang silih berganti ini terjadi di Negara yang punyai lingkaran api pasifik contohnya di negara jiran kita Indonesia, walaupun Malaysia tidak mendapatinya namun kesan dirasai bersama.
Persoalannya adakah semua ini hanyalah fenomena alam semata-mata kerana wilayah sesebuah negara itu memang biasa di landa bencana? Tentulah tidak, kerana semua ini kehendak Allah yang sifatNya Al-alim(Yang Maha Mengetahui), meskipun secara geografi ia menjadi wilayah biasa dengan bencana, Van-Turki, Tokyo-Japan, Boyolali, acheh-Indonesia dan lain-lainnya menjadikan kita berfikir kekuasaan Allah.
Allah subhanahu wa ta'ala menceritakan dalam firmannya:
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”
(Surah Al-Hadid : Ayat 22)
Ini jelas membuktikan kebesaran Allah SWT dan betapa kecilnya manusia, betapa kuasanya Allah keatas sesuatu dan kita mesti memperhalusinya, bersa terpanggil mengetahui apa hikmahnya.
Sama ada azab, ujian atau peringatan dari Tuhan Manusia!
Di kalangan alim Ulama' banyak mengaitkan ia berupa azab dari Allah untuk manusia yang ingkar dan ujian buat mereka yang beriman. Hal ini disebabkan pelakuan yang dibuat oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Kebanjiran perkara maksiat dan kefasadan manusia ditambah mereka engkar untuk mengikut hukum Allah Ta'ala terang-terang menghinanya, wa iya zubillah.
Kalangan kita mesti menyedari umat-umat terdahulu diseksa, diazab Allah dengan balasan cash azab yang dahsyat, mengerikan apabila mereka menentang dan membangkang Rasul yang diutus Allah, itu adalah dizaman sebelum datangnya Baginda Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam.
Sebagaimana kaum-kaum yang terdahulu. Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Surah Al-Ankabut : Ayat 40)
Semoga Bumi Uthmaniyyah terus bahagia.
Musibah yang berlaku adalah cubaan buat orang-orang yang beriman, sekaligus penebus kesalahan yang pernah dilakukan.
Semoga bumi van sentiasa dalam naungan Allah SWT, waimma saya bertanya kepada akhi nawawi apa yang dibimbanginya kini, semasa lawatan dan bantuannya ke bandar timur turki itu ialah kedatangan salji.
Salji sangat disukai ramai manusia, namun menjadi mimpi indah bagi penuntut luar negara yang duduk di negara mempunyai empat musim seperti Jordan dan Syiria, tetapi saya sudah membayangi bumi uthmaniyyah itu apabila purata saljinya yang turun dengan lebat.
Dihujani cuaca sejuk sekitar -2 hingga -5 sangat sukar manusia menjalani kehidupan, tambahan yang beragama Islam solat lima waktu mesti dijaga, runtuhan bangunan ditimbusi salji begitu mengerikan saya, kini hanyalah doa sebagai bekalan buat ummat Islam disana.
Dalam maklumat carian saya bermula 23 Oktober 2011 itu mengakibat 138 terbunuh dan meranapkan bangunan tinggi lain di kawasan itu(disini).
Jabatan Meteorologi Malaysia ketika itu melaporkan gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 pada skala Richter telah berlaku di Kawasan Sempadan Turkey-Iran pada 6.42 petang, 23 Oktober, 2011. Pusat gempa bumi terletak di 38.4º Utara dan 44.3º Timur, 6611 km dari barat-laut Pulau Langkawi, Kedah.
Semua ini menjadi ujian buat mereka yang berada di bumi Syeikh Badi'uzzaman Said Nursi itu, Allah Ta'ala berfirman:
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun (seusngguhnya kami milik Allah dan sesunnguhnya kami sedang menuju kemabali kepada-Nya) Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 155 -157)
Mudah-mudahan semangat orang Islam disana tidak luntur, masih teringat sejarah lampaunya dizaman sekularisme oleh Mustafa Kamal At-Tartuk, selesai sahaja sultan terakhir uthmaniyyah, sultan abdul hamid, mimpi ngeri bertukar wajah di Intanbul, mereka merayakan kejatuhan Islam, pesta seks yang bebas di bumi itu diadakan lalu Allah datangkan gempa disana mengakibatkan ramai askar turki terbunuh sekitar 90-an lalu. Semoga ini pengajaran buat mereka.
Pesanan ringkas, kembali kepada SyariahNya.
Semoga semua ini berita dari Allah Ta'ala yang masih menyayangi Ummat Manusia di akhr zaman, semoga kita selalu beristighfar atas kesalahan yang sering dilakukan, tidak jemu memohon taubat kepada Allah.
Semoga penduduk Van yang beriman mendapat Inayah Allah Ta'ala. Menambah lagi sifat taqarrub kepadanya.
Pada teman-teman saya yang merancang jaulah ke Turkiye, apalah salahnya pergi sekali ziarah ke bandar Van ini..mudah-mudahan ibrah boleh didapati disana. Rancanglah cuti agar bermanfaat mempunyai nilai Ibadah yang hebat!
_______________________________
Nota dan Inzar.
(1) Masih merasai apa yang dirasai penduduk Van, mudah-mudahan Allah beri mereka ketenangan dan inyahNYA.
(2) Teman-teman ayuh bersama kita tadabbur Ayat Allah: Surah Al-A'raf ayat 96-99.
"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka menolak (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang rugi".
Sekitar Gempa Bumi Di Van-Turkiye 23 Nov 2011.
Gambar yang dicapture oleh akhi nawawi setelah
kedatangan salji bercelcius -3,5,10 darjah celcius...
0 komenan:
Catat Ulasan