17 Mac 2012

Diari Jordan: Jumaat nan barokah.

Muqaddimah 16 mac 2012.

Saya terjaga dari tidur.


Mengucap panjang, memohon istighfar dari Mu Ya Allah.

Bersyukur padaNya kerana di beri nikmat bangun dari mati sementara di atas muka bumi pinjamannya.


terjaga dari tidur...terus teringat Kubatus Sahra'-Baitul Maqdis...
Binaan Khalifah Malik Ibnu Marwan ini telah menyaksikan
pelbagai perkara sejak peristiwa pembebasan Al-Aqsa As-Shariff.
Wallahul musta'an.
Falastin bumi jihad yang dirindui.

Lantas teringat bumi Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Ya'akub, Nabi Salleh, Nabi Yusuff 'Alaihissalam...nunn mungkin 100 KM dari kediaman saya di Jordan ini.

Subhanallahil 'azim bagaimanalah keadaan Imam Masjidil Aqsa yang berusia tetapi istiqamah itu...mungkin sekarang Syeikh Baker Geith..sedang berusaha membangkitkan semangat pemuda-pemuda di Baitul Maqdis dengan ucapan tasyji'nya yang cukup syahdu & padu..seperti semalam saya baru bertemunya..

Detus hati & doa saya mudah-mudahan Jumaat ke Jumaat adalah pengampunan dosa-dosa kecil yang kita lakukan...semoga Jumaat adalah hari kemenangan bagi kaum muslimin...bukankah hari Jumaat dibacakan khutbah dengan permulaan ittaqullah(bertaqwalah kamu semua wahai orang-orang lelaki kepada Allah)..

Semoga dengan amalan Surah Al-kahfi menerangi jiwa para syabab di luar sana...memandu jalan, melindungi diri kita dari fitnah di atas muka bumi hinggalah sampai ke Jumaat akan datang..



Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam bersabda: 

"...Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya.." 
[ Hadith Riwayat Al-Baihaqi ] 

Semoga Amal Islami yang dilakukan menjadi asbab kita masuk ke Syurga Allah...Usah terputus dari rahmat Allah setiap kali terjaga dari tidur dan ingin kembali tidur, memisahkan ruh dengan jasad, merehatkan jasad kita seketika...

Seperkara bagi mereka yang melakukan amalan sedikit tetapi berterusan..usah lupakan makanan hatinya (Al-Ma'thurat) bagi pembantu Agama Nya.

Buat teman-teman...kalau tidak mampu membaca Ma'thurat kubro yang sughro pun tidak mengapalah...asalkan menjadi pakaian seharian...

أصبحنا على فطرة الاسلام وكلمة الاخلاص وعلى دين نبينا محمد صلى عليه وسلم وعلى ملة أبينا ابراهيم حنيفا وماكان من المشركين 

(Pagi) "...Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimah Ikhlas (dan prinsip) keikhlasan. Berpegang kepada agama Nabi-Mu Muhammad (SAW), yang juga agama bapa kami (Nabi) Ibrahim dengan setulus hati. Dan (Nabi) Ibrahim sama sekali bukan seorang yang musyrikin..." 

Semoga berlalu Jumaat dengan sakinah(ketenangan) buat para sahabat di luar sana.

Doakan kemenangan kaum Muslimin iya. Siruu ala barakatillah.


Dar Saqifah-Mu'tah Jordan Al-Hasyimiyyah.

________________________________

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang