Bersyukur & sujud syukur,
gembira,
mudah-mudahan kedua-dua mempelai selamat bersatu menuju janji Allah iaitu mawaddah wa rahmah, Allahumma amin.
Perlahan-lahan hati kecil saya berkata..mudah-mudahan saya juga mendapat nikmat yang sama suatu masa. Tidak salah untuk berdoa demi kebaikkan apatah lagi amal yang dilakukan itu merupakan sunnah Junjungan Mulia Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wasallam. Subhanallah, mabruk ya ustaz sayyid..
Teman penuh "bersemangat" pulang ke tanah air.
Beberapa purnama yang berlalu, saya, akhi fakhrul hayyi, bang mad, khairi, rahimi, sobri, khairul anuar dan lainnya mulai mengusik ustaz sayyid seusai studi berkumpulan dan mengulangkaji madah(mata pelajaran) wasoya wal mawariss(Wasiat & Harta Warisan)..sangkaan kami tepat.. ustaz sayyid yang bakal pulang ke Malaysia di semester akhir Ijazah Sarjana Uni. Mu'tah Jordan ini..bakal membawa kejutan membina jambatan ke syurga Allah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.
Bertambah daqiq(tepat) perkhabaran yang bakal membuatkan sebilangan Aktivis PERMATA Jordan menjadi kecewa pabila beliau mengumumkan secara rasmi tika selesai kuliahnya di malam hari, itulah kali terakhir sebelum saya dan teman-teman lainnya menduduki imtihan niha'ei bagi mata pelajaran Doktor Abdullah Fawwaz, Dekan Kuliyyah Syariah itu. Saya tersenyum kecil dan berdoa agar beliau semakin tabah menghadapi detik-detik terakhir di Bumi Syam bertuah ini.
"..Berdebar-debar...mohon doa dari sahabat-sahabat iya.."
Ujar beliau.. menambah sepi dan bahagia tika ditutupi awan malam yang sejuk bakal dihujani salji pada ketika itu..
"..iye akhi..mudah-mudahan enta berjaya khirij dan pulang penuh semangat.."
Saya menambah.. agar beliau lebih yakin dari hari biasa...panggilan mesra Ustaz Hasrizal aka SaifulIslam.Com pada dirinya menjadi titik kekuatan ukhwahfillah saya dan beliau semenjak Minggu Haluan Siswa 2011 yang lalu. Tika itu taklifat selaku pengarah dan beliau membantu memperkukuh jentera fasilitator bersama sahabat yang lain..lalu memberi semangat pada saya. Jazakallah kheir akhi..semoga adik-adik yang lahir dari tarbiyah MHS 2011 ini, membawa erti kehidupan sebenar bagi penuntut ilmu di Universiti bersejarah ini.
Bersama team MHS 2011 yang lalu, ustaz sayyid yang berdiri di sebelah saya tu.. |
Saya yakin adik-adik di bumi syam ini, terutama kumpulan MHS dan Usrohnya pasti merindui beliau yang mesti dicontohi, terutamalah dari sudut Akademik dan Akhlak beliau yang pasti membuatkan kita mahu berjaya sepertinya.
Ala kulli hal.. yang berlalu inilah membuatkan saya menghitung detik dan waktu untuk menjejakkan kaki juga ke bumi Malaysia walaupun dihujani onak duri dan rindu meninggalkan bumi Jordan..seperti pepatah menyebut, hujan batu dinegeri orang, hujan emas di negeri sendiri..
Saya juga sedang mencerap sahabat-sahabat keluaran Jordan ini yang berjaya meneruskan perjuangan mereka..subhanallah rupanya ramai juga bakal menjejaki langkah Ustaz Sayyid...membina rumah tangga yang tentunya perencanaan mereka sejak dulu lagi, namun sebahagian mereka sangat hebat memberikan tumpuan sepenuhnya sewaktu dalam medan tarbiyah menuntut ilmu.. sewaktu di sini..tentulah medan latihan yang panjang, memerlukan tadhiyyah(pengorbanan) dan hubungan ukhwah yang konkrit..agar kita lali sebentar dari memikirkan rindunya pada tanah air. Sabarlah teman..dugaan ini sekejap sahaja.
Ustaz sayyid dizaman mudanya.. pernah kuliah subuh gandingan bersamanya. Menggamit seribu kenangan.. |
Kumpulan Minggu Haluan Siswa[MHS] bersama Ustaz Sayyid. Semoga menjadi hibrah yang hebat membawa syiar Islam Ya Syabab.. |
Pesanan Al-Fadhil Dr.Hammad Azzam.
Ustaz sayyid sempat mengajar saya beberapa istilah baru dalam mata pelajaran zawwaj wa talak...walaupun kami menerima hujanan khilaf alim Ulama' dari kalangan Imam Mazhab Hanafi..tetapi ilmu ini sangat berguna dan mengajar kami erti disiplin dalam ilmu, hujah yang paling rojih digunakan dalam istinbat pelbagai hukum. Terkadang peningnya istilah mata pelajaran ini sehingga ada yang membawa ke dalam mimpi. Benarlah sahabat saya berpesan, belajar mata pelajaran zawwaj wa talak seperti cerita seniman P.Ramlee dalam Keluarga 69 itu.
Beberapa perkara penting diajar oleh Guru kami itu dalam bab hak antara suami dan isteri pabila sudah menjalani medan rumah tangga. Antaranya hukuk mustarikah baina zawwjain..iaitu bermaksud hak dan kewajiban dilakukan di antara suami dan isteri.
Doktor Hammad Azzam a.k.a Dekan Kuliyyah Fiqh Wa Usuluh, menerangkan satu persatu dengan teliti..harfin bil harfin..sehingga membuatkan saya dan sahabat-sahabat tak sempat membetulkan kedudukkan..ada sahaja point utama disebut agar kami menumpukan sepenuh minat dan perhatian..dala kuliahnya.
Selain, hak qiwamah bagi seorang suami, beliau mengaitkan hak mendapat harta warisan pabila salah seorang suami atau isteri meninggal dunia walaupun belum melakukan hubungan antara keduanya, kewajiban menjaga nama baik dan kehormatan antara suami&isteri, kewajiban menjaga keselamatan, keharmonian suami&isteri, kewajiban bergaul dengan baik antara satu sama lain dalam suasana aman bahagia dan kasih sayang, kewajiban menjaga rahsia rumahtangga, kewajiban berhak mendapat nasab keturunan manakala isteri berkewajiban melahirkan keturunan itu, kewajiban tarbiyah aulad atau mendidik anak-anak yang lahir..
Suatu yang menarik dalam kewajiban seorang suami ke atas isterinya, sebagai seorang pemimpin dalam rumahtangganya..maka kewajibannya amat berat..ia akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat. Maka para suami yang terpilih sahaja di atas muka bumi-Nya ini mampu menggalas amanah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Firman Allah SWT:
"..Dan pergauli lah mereka(isteri-isteri) dengan cara yang baik kerana
sekiranya kamu tidak menyukai mereka, mudah-mudahan sesuatu yang
kamu tidak sukai itu Allah jadikan padanya kebaikan yang banyak.."
[Surah An-Nisa' : Ayat 19]
Begitulah jelas Allah menyuruh para suami bergaul baik, bermesra-mesra, bertolak ansur, bertoleransi, bersatu padu, berkerjasama antara keduanya..kerana dalam kesatuan inilah bakal menjadi keluarga itu dinaungi rahmat Allah..seterusnya melahirkan generasi Ulama' di atas muka bumi ini.
Diriwayatkan oleh Aishah Radhiallahu Anha:
"...Sesungguhnya dari orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya
ialah yang paling baik akhlaknya dan yang lebih berlemah-lembut
dengan isterinya.."
[Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Al-Hakim]
Mendoakan agar mempelai selamat menjalani ibadah.
Sebagai pengakhiran catatan ini..saya mewakili teman-teman yang lain..mengucapkan agar Ustaz Sayyid dan pasangannya Ustazah Atikah...selamat menjalani kehidupan yang dulu seorang..sekarang menjadi dua.
Seorang teman pernah menasihati...dalam kehidupan berumah tangga..anggaplah semuanya ibadah..saling melengkapi antara keduanya dan saling tasamuh antara suami dan isteri..pabila isteri memakai bedak..maka suamilah yang menyapukannya..saya cuma naqalkan sahaja..pandangan sahabat ini.
Moga kedua mempelai dalam keredhaan Allah..terimalah lagu khas buat kalian..yang takkan pernah jemu saya nasyidkan..ini..semoga suami isteri menuju syurga Allah. Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fil khoir...Allahumma amin..
Bila dua hati dah terjalin,
Selamatlah pengantin kami doakan,
Moga redha Allah bersinar selalu,
Tanda bermula bahtera hidup..
Dalam melayari bahtera rumahtangga,
Ada masa tenang dan masa gelisah,
Jangan nafsu diikut melulu,
Sabar dan kemaafan itu perlu..
Beginilah resam manusia,
Tak lari dari ketentuan Ilahi,
Suami ketua isteri pembantu,
Melangkah hidup saling berpadu,
Susah dan senang hadapi bersama,
Moga kekal ke anak cucu..
Moga kekal hingga ke syurga..
Ustaz Sayyid dan Isteri...kita doakan agar mereka bahagia..dapat zuriat soleh solehah..Allahumma amin.. [Picture diambil dengan izin-dilarang copy] |
_________________________________________
Nota Munakahat.
(1) Gembira bukan main melihat..teman saya ini berjaya melangsungkan pernikahannya dengan penuh mawaddah wa rahmah..ala kulli hal doakan juga untuk kami iya ustaz sayyid..
(2) Mudah-mudahan para suami di luar sana..memahami apa ertinya hak qiwamah dan rumah tangga.
(3) Doakan saya juga iya teman-teman pembaca yang mulia&baik hati sekalian..
0 komenan:
Catat Ulasan