03 Disember 2011

Tasamuh maharnya, jalan ke syurga menanti.

Kartun Hiasan by-kartunis ubi
[Semoga sefamily berbahagia]


Mukaddimah.


Artikel lalu iaitu permasalahan yang membelenggu anak-anak muda yang mengharapkan jawapan terbaik demi kehidupan mereka dibaca dengan teliti demi memahamkan erti perkahwinan yang merupakan ibadah tambahan dalam kehidupan, alhamdulillah, terima kasih sudi iya membaca(disini).

Teman-teman rajinkanlah kita membaca hukum-hukum berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan mengikut Islam, ia merupakan antara faktor menjadikan kehidupan kita bertambah baik, sebenarnya terlalu banyak kitab yang ditahkik oleh alim ulama' fiqh(yang saya request dulu), bukanlah maqasid(tujuannya) mengalakkan perkahwinan sahaja, dalam satu bab yang lain demi melahirkan Umat yang mana dia faham menjalani kehidupan dan beribadah, terutamalah rintangan haibat direct dari musuh-musuh Agama Allah makin ramai bersimpang-siur hari ini..

Agama sudah menunjukkan kita secara terperinci dalam urusan hidup ini, dari mula lahir sampailah ke jinjang pelamin, Islam yang dibawa Baginda Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam menunjukkan pelbagai kaedah agar ummat Islam menjadi hebat.

Suami menyayangi isteri, si isteri memahami dan mematuhi kehendak suami, bukankah itu yang Islam anjurkan? agar generasi yang terdidik dari suami isteri soleh solehah ini melahirkan para alim ulama' dimasa hadapan. Insya'allah yakinlah.

Sifirnya mudah...teman, patuhilah kehendak syariat yang Allah gariskan, kehidupan menuju alam rumah tangga menjadi hebat bahkan diredhai Allah swt. Cubalah.

Memahami maharnya, penting.

Sebelum kita menghadami apa yang dibincangkan oleh Ulama' Fiqh mengenai tajuk yang saya  utarakan kali ini, kita telahpun memotong line beberapa tajuk yang penting yang dibincangkan oleh muda-mudi, remaja-remaji masakini..

Contohnya, Kufu' dalam pernikahan seseorang, Hukum melihat wanita yang dikhitbah, Khitbah, Pemutusan peminangan dan akibatnya, Wanita-wanita hari ini yang haram dikahwini, Bab penyusuan(Radha'ah) yang menyebabkan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan, Khutbah dalam perkahwinan, Berdoa ke atas pengantin, Walimah(kenduri-wedding of the years) yang digariskan Islam, Berhibur dalam majlis perkahwinan, baru bab mahar..banyak kan?

Adapun begitu telah saya jelaskan pada sahabat-sahabat pembaca di luar sana pada lepas-lepas kan..siap ada yang hafal dalil-dalilnya lagi, alhamdulillah baguslah, tapi satu bab lain janganlah suka ambil separuh di buang yang lain! nanti akibat buruk melanda, lagi-lagilah dalam bab ta'adud zaujat itu..dia belum kenal si isterinya punyai Phd Tafsir wal I'jazuhu dari Universiti Urduniyyah Jordan lagi..silaplah mahu ambil dalil separuh-separuh waimma ayatul qur'an atau hadis demi memuaskan nafsunya..Islam ini syumuliyyah, kita mesti mengambil sepenuh dalil dengan hujjahnya yang bernas! penting tuan-tuan..

Apa yang ingin saya bawakan kali ini, sesuailah apa yang menjadi persoalan muda-mudi, remaja-remaji termasuk ibubapa yang fasih membaca pemikiran dalam konteks kehendak anak-anaknya. Insya'allah, akhirnya nanti kita mendapat solusi yang terbaik..doa-doalah agar anak muda generasi Y kini terhindar masalah yang memeningkan minda mereka iya..

Dan suggestion saya, teman-teman pembaca yang mulia, sudilah juga menelaah pula apa yang dinukilkan guru saya al-fadhil ustaz haji anhar opir calon dari Phd Amman tentang qiwammah(tanggungjawab/tolenrasi/memikul amanah) yang sebenar, artikel best yang mesti kita hadami di era pesat iphone4 ini..Penting(disini).

Kembali kepada asal perbincangan, mahar..apakah itu mahar? mahar berbahasa arab, adapun bahasa melayu bermaksud maskahwin. 

Dalam istilah Fiqh: Suatu pemberian, samaada berupa wang, harta benda yang  wajib bagi suami memberikan pada isteri dengan sebab beliau menikahinya.

Apakah yang penting sangat mahar ini, sehinggakan Allah SWT berfirman di dalam Al-Qur'an:


Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan(yang kamu kahwini) itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib, tetapi jika mereka berikan kepada kamu sebahagian daripadanya dengan kerelaan mereka, maka bolehlah kamu memakannya(gunakannya) pemberian (yang halal itu) sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.
[Surah An-nisa' ayat ke 4]


Seorang suami wajib memberikan isterinya satu pemberian yang berupa wang ringgit atau harta benda atau barang-barang atau pakaian atau khidmat atau sebagainya. Maka pemberian inilah sebagai satu kewajibannya dinamakan ianya mahar.

Persoalan yang timbul iaitu, adakah mahar a.k.a maskahwin perlu mahal semahal mahal mahalnya yaa ustadz? adakah kita perlu memberikan mahar yang berupa wang ringgit yang begitu famous hari ini dilakukan..samalah seperti Perkahwinan of the years, of the world yang dibangga-banggakan masyarakat hari ini?

Jawapannya tetaplah sama, tidak semestinya jika kita menjadi raja seharian itu, hantaran maskahwin mestilah beribu-riban sama dan mesti tiru Royal Wedding Prince William dengan Catherine Middelton itu..bahkan ini pula yang kita tiru..bukankah keperluan melayari bahtera rumah tangga lebih besar nilainya yang diperlukan nanti..

Dalam satu perkara lain, Islam tidak menyempitkan jalan yang halal, kekayaan bukan satu dosa iaitu memang sahih kedua mempelai kaya, duitnya sampai tak tahu nak buat apa kan..adapun disana, usahlah terlalu ikutkan hawa nafsu demi menjaga pandangan manusia..perlu diingati bahawa Islam juga melarang kita membazir..Ingat iya!

Satu perkara yang mesti kita ingat nanti iaitu, tanggungjawab lebih besar dari masa yang kita ada..suami yang memimpin isteri, lelaki menjadi pemimpin bagi orang perempuan dan tanggungjawab mereka sangat besar. 

Dengan wafatnya Baginda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, Allah SWT telahpun menyempurnakan Agama Islam, antara kesempurnaan itu ialah (qiwamah) tanggungjawab suami didalam rumahtangganya, disaat si suami melafazkan nikahnya dengan mahar semasa peringkat akad nikah maka WAJIBlah beliau melaksanakannya..

Allah Ta'ala berfirman:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal (qawwamun) yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.
[Surah An-nisa' ayat 34]

Ia menjadi wajhu dilalah(dalil yang sama digunakan) dan  Qawwamun iaitu qiwamah dalam ayat tersebut ialah yang bertanggungjawab menjaga dan melaksanakan sesuatu. Iaitu suami wajib mentadbir, mengawal dan memastikan pendidikan dalam keluarga. Taklifan amanah ini dipikul oleh golongan lelaki iaitu suami yang menjadi ketua keluarga.

Maka jikalau mahar sedikit pun sukar di laksanakan inikan pula mahar beribu-riban itu dibazirkan dalam waktu yang sama, semua itu wajib dimanfaatkan selepas perkahwinan.

Tambahan pula suami dan isteri orang yang berjuang fisabilillah, harta bendanya banyak disedeqahkan untuk keperluan jemaah, cawangan, dun, negeri dan lain-lainnya. Maka perbelanjaan mereka mesti tawazun(seimbang) demi melengkapi keperluan akan datang. Tetapi janganlah beri alasan berjuang fisabilillah itu menghalang kita memberikan mahar pada isteri..

Suami: Saya tak dapat berikan awak mahar, sebab banyak dah saya infaqkan fisabilillah..awak rasa macam mana ek??
Isteri: ohh awak berjuang kuat sangat lah ni sampai tak dapat beri hak pada seorang isteri..tegas si isteri, awak ingat bagi tak bagi mahar ni...ikut tahap mampu atau tak ke? awak tak ingat dulu masa akad nikah punyalah awak setuju terima saya then setuju bayar mahar sekian..sekian..bertanggungjawab pada saya..pada hak saya seadanya... yang muskilnya saya tengok markaz kita tu pun macam nak roboh aje..apa yang awak sumbang fisabilillah tu..papan playwood punn tak mampu beli..sampai nak beli lampu kalimantang pun susah, orang kampong nak buat usrah pun sampai terpaksa bawak lilin rumah masing2???..sumbang fisabilillah lah..apa lah..konon alasan lah..

Dalam tanah air kita mahar telah pun ditetapkan oleh Negeri dan Jabatan Agama melalui peringkat Qadhi masing-masing, manakala yang selebihnya itu adalah pemberian atau hadiah dari si suami mengikut kaedah perbincangan masing-masing. Adapun di tanah arab(jordan) ini pemberian mahar menjadi pertikaian, sehinggakan mencecah 50k syibih-syibih menjual anaklah tu, siapa mahal dia berjaya! itulah sifir arabiyyah ditempat saya menuntut ilmu, alhamdulillah semua itu satu tasawur(big picture) mengambil pengalaman..

Pemberian mahar ini telah pun disebut dalam Hadis diriwayatkan oleh Sahal bin Sa'ad berkata bahawa Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda:

التمس ولو خاتما من حديد
Maksudnya: Carilah (untuk mahar) walaupun sebentuk cincin.
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Dan kewajiban memberikan mahar ini kepada isteri yang dikahwini tiada khilaf pendapat di kalangan Ulama', tetapi tidaklah menjadi rukun nikah dan bukan pula menjadi syarat sahnya nikah itu. Jika ia tidak diberikan pada masa ataupun tidak disebut dalam akad, nikahnya sah juga. Ia adalah satu kewajiban yang dituntut.

'Uqbah bin Amir meriwayatkan:

Maksudnya: " Bahawa Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam berkata kepada seorang lelaki: " Mahukah aku kahwinkan engkau dengan si fulanah? lalu lelaki itu menjawab: Mahu. Dan baginda berkata pula kepada seorang wanita: Mahukah engkau aku kahwinkan engkau dengan si fulan? 
Mahu. Jawab wanita itu. Lalu Baginda mengahwinkan antara lelaki dan wanita tersebut, kemudian lelaki itu mencampuri(bersetubuh) isterinya padahal maharnya belum ditetapkan lagi 
dan diapun tidak pernah memberikan isterinya sesuatu.
Lelaki ini adalah salah seorang(tentera muslimin) yang mengikuti peperangan Hudaibiyah, dan sesiapa yang ikut peperangan Hudaibiyah ada bahagian untuknya di Khaibar. Tatkala lelaki itu hendak meninggal dunia ia berkata: Rasulullah telah mengahwinkannya dengan seorang perempuan dan saya belum lagi menetapkan maharnya dan saya belum pun memberikan sesuatu untuknya. Sekarang saya mempersaksikan kamu semua bahawa saya memberikan sebahagian saya di Khaibar kepadanya sebagai maharnya. Wanita itu kemudian mengambil bahagian suaminya lalu dijualnya dengan harga seratus ribu.."

[Hadith Riwayat Abu Daud]

Jumlah Mahar dizaman Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam.

Begitulah pentingnya mahar, dimana Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam menetapkan agar memberi kasih sayang diantara suami dan isteri seterusnya saham menuju jalan bahagia, menanti masuk Syurga Allah. Allahumma amin.

Tidakkah disini kita melihat Islam telah meninggikan martabat kaum perempuan sehingga mereka wajib dibayar maharnya. Hikmah disyariatkan mahar a.k.a maskahwin ini adalah menyatakan kebenaran, keinginan suami untuk hidup sebagai suami isteri secara mulia dan terhormat, si isteri boleh menyediakan keperluannya sebagai isteri nan solehah dan keperluan lain bagi menjalani kehidupan yang baharu..

Justeru Syariat Islam tidak menentukan jumlah atau jenis-jenis harta yang tertentu untuk dijadikan mahar. Banyak atau sedikit serta jenis-jenisnya diserahkan kepada pertimbangan dan persetujuan antara pihak pengantin lelaki dan perempuan. Tiada dasar yang sah mengenai batas minima atau maksimanya, semuanya diserahkan kepada budi bicara dan persetujuan antara kedua belah pihak yang terlibat..

Kalau mampu si bakal suami dengan hartanya bernilai emas, perak, batu-batu permata berharga, wang ringgit, ladang felda, sawah sekangkang kera, bangunan 14 tingkat, binatang ternakan, pakaian musta'mal(bundle) dan lain-lain itu sah ianya untuk dijadikan mahar..selagi tidak melepasi sempadan haramnya ia.

Abu Hurairah Radhiallahu anhu meriwayatkan sabda Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam:

كان صداقنا إذ كان فينا رسول الله صلى الله عليه وسلم
عشر أواقي
Maksudnya: "Adalah mahar kami di kala Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam masih hidup
ialah 10 auqiah(satu auqiah=40 dirham)
[Hadith Riwayat An-Nasa'ei, Imam Ahmad]

Dalam hadis yang lain, Amir Bin Rabi'ah meriwayatkan katanya:

Maksudnya: " Bahawasanya seorang wanita dari Bani Fazarah berkahwin dengan maskahwinnya sepasang kasut, maka Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda: Apakah kamu relakan dirimu dan hak kamu dengan sepasang kasut? wanita itu menjawab: Iya, saya rela. Maka Rasulullah SAW mengesahkan perkahwinannya".
[Hadith Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, At-Tirmizi]

Hadith yang menunjukkan jenis-jenis maskahwin ini dan jumlahnya berbeza-beza dizaman Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, walaupun begitu maskahwin(mahar) ini sah berupa khidmat atau manfaat asalkan ia dipersetujui oleh mempelai perempuan kerana dialah yang berhak menentukannya.

Ulama' dikalangan mazhab hanafi mempunyai khilaf pendapat dan menyebutkan mahar paling sedikit ialah sepuluh dirham atau seharganya. Dan Imam Malik menyebutkan sekurang-kurang mahar ialah seperempat dirham, sebenarnya hikmah yang cukup besar dalam pemberian mahar ini, dalam mendidik kaum perempuan agar mereka menjadi manusia yang qanaah(menerima seadanya), tidak ada dalil jumlah mahar itu baik maksima atau minimanya, dan tiada dalil menetapkan jenis-jenis harta untuk mahar itu.

Tanzilat Suwaiyya wahai ayahku.

Islam merupakan agama yang mudah, yang sukarnya manusia sering menyusahkannya, Islam sama sekali tidak menyukai mahar yang mahal dan memberatkan..sudahlah berat nanti bebanannya pula ditanggung sama oleh suami isteri tersebut. Ingat! Maskahwin yang mahal hukumnya makruh bahkan boleh menjadi haram jika kerana maskahwinnya yang tinggi lalu menyebabkan tertutupnya pintu perkahwinan dan terbukanya maksiat(zina).

Hikmahnya dengan demikian, maka banyaklah perkahwinan yang digalakkan oleh syarak kerana ia mampu dilakukan oleh orang-orang miskin yang tiada harta, hidup segan mati tak mahu...dan dengan itu ramailah ummat Islam yang menjadikan maqasid(tujuan) utama perkahwinan tersebut.

Sering sangat masyarakat terkeliru hal ini..tidak lain tidak bukan menganggap perkahwinan ini mengikut tahap keduniaannya waimma perkerjaan anak dan bakal menantunya...

Untie A: Anak awak kerja pe ek? bukan ape anak saya nih Degree, MA, Phd semuanya kat oversea, luar negaralah kirenya..jadinye kalau letak maharnya, sayalah yang tetapkan sempena tahun 2011 ini, mahar anak saya biase-biase jer, RM111.11.11 itupun dengan rumah sebijik sebelah Bank Negara Malaysia, sebidang tanah dan kereta Lamborghini Diablo Jota..rim 17..orait..awak rasa okey kan?
Untie B: ohh anak awak banyak belajar kat luar negara lah ni ek, hebatnyee.. agaknya kat luar negara tu..subjek apa yang diambik sampai rumah nak buat sebelah Bank Negara tu, subjek infrastruktur pun muskil jugak..selalu rumah sebelah bank ni rumah pakguard je, okey fine..anak saya kerja biasa-biasa je jadi imam masjid syuhada' kire 5waktu udah kene ada kat masjidlah tu..kalau anak awak tak sudi..orait je, sebab payah bawak kereta banyak2 ke masjid, lagi-lagi sekarang ni jenayah pun berlaku dikawasan masjid..nak bawak kereta Lamborghini tu alamatnya hilanglah sidemiror sebelah..

Sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam:

Maksudnya: " Sesungguhnya perkahwinan yang paling berkat ialah 
yang paling ringan perbelanjaannya "
[Hadith Riwayat Al-Baihaqi]

Dalam kisah lainnya, Saidina Umar Al-Khattab Radhiallahu Anhu berkata:

"Janganlah kamu saling meninggikan(memahalkan) mahar untuk wanita kerana jika ia satu perbuatan mulia di dunia dan taqwa di sisi Allah tentulah Nabi Allah orang yang paling utama di antara kamu dengannya, tetapi aku tidak ketahui Rasulullah SAW mengahwinkan seseorang daripada puterinya dengan mahar yang lebh banyak daripada 12 auqiah"
[Hadith riwayat Ahmad, At-Tirmizi, Abu Daud, An-Nasa'ei]

Kata bakal bapa mertuanya: takpelah kalau kamu nak belajar sampai habis dulu..sementara kamu habis belajar pakcik support belanja anak pakcik bulan-bulan..belanja kamu tu..kamu suruh ayah kamu beri macam biasa tu.. yang penting sekarang kamu kahwin laksanakan tanggungjawab dan jaga anak pakcik sungguh-sungguh..nanti dah kerja..bergaji baik..kamu tanggung semula pemberian yang wajib kamu lakukan pada kami ahli keluarga...boleh??
kata kita: bolehhhhhh sangatttt pakcikkkk!~ memang dah lama tunggu pakcik cakap macam tu....terima kasih ayahku...sayang sangat ayahku...ayah terusss tu..


Hadith-hadith inilah yang menjadi dalil keutamaan dalam perkahwinan dengan mahar yang sedikit, kerana tidak semestinya jika kita punyai harta kekayaan yang melimpah ruah, boleh melakukan perkahwinan yang besar-besaran, menaikkan mahar tetapi erti perkahwinan sebenar yang dinilai bukan sudut hartanya..tetapi tujuan perkahwinan itu demi meningkatkan nilaian taqwa kepada Allah..hidup bahagia menuju syurga Allah.

Kesimpulan.

Perkahwinan dengan mahar yang sedikit itu adalah sunah Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, kerana jika sedikitnya ia(mahar itu)tidak akan menyukarkan perkahwinan bagi sesiapa jua muslim yang mahu mendirikannya.

Apabila taklifat membayar mahar ini menjadi amanah kepada suami maka sebenarnya ia adalah satu kemuliaan kepada isteri, suami wajib melindungi isteri dalam ikatan perkahwinan yang mereka jalinkan kerana Allah Ta'ala.

Dan sama-samalah kita membetulkan niat dalam memahami erti perkahwinan, akhirnya demi mencapai apa yang Allah janjikan dalam maqasid(tujuan)perkahwinan iaitu untuk mendirikan keluarga yang diberi mawaddah wa rahmah..seterusnya membina masyarakat Islam demi menegakkan kalimah Allah di Muka BumiNya.

______________________________
Nota fiqh zawaj wa talak.

(1) Tahniah kepada seniur saya ustaz abdul hadi harun yang mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, kami teman-teman dari luar negara mendoakan ustaz hadi semakin mantap menyusuri bahtera rumah tangga demi melahirkan mujtama' Islam insya'allah...Barakallahu lakuma.
(2) Alhamdulillah, saya menulis dalam waktu yang sama studi maut..untuk madah Fiqh Zawaj Wa Talak yang diambil madahnya untuk semester musim sejuk ini, mudah-mudahan bekalan ilmu sampai kepada diri dan orang lain juga. Mohon doa yang berterusan iya.
(3) Tasamuh(toleransi) sangat penting dalam memahami kaedah mahar(masperkahwinan) ini mesti ada tasamuh antara kedua-dua belah pihak, usah ada permusuhan yang timbul pula didalamnya.
(4) Mudah-mudahan kita semua digolongkan dalam golongan manusia yang sentiasa bersyukur dan bersifat qanaah(seadanya/sederhana) dalam menyusuri rumah tangga.


0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang