Cuaca adalah perkara utama dalam kehidupan penuntut ilmu di Medan Mu'tah ini, adapun cuaca dalam hati juga penting, penjagaan iman menentukan cuaca hati seseorang muslim itu.
Cuaca dimaksudkan saya disini berkait dengan tahap kesihatan dan paling membimbangkan pabila terkena tempias selsema atau demam, mana tidaknya terkadang cuaca siang hari dengan suhu semaksima 14° malam yang menjadi sekejap sekitar jam 4 petang menjadikan suhu menurun ke 6°, terus menurun ke -1° sekitar jam 11 malam ke 6 pagi..
Begitulah ujian penuntut ilmu mengutip ilmu di medan penuh cabaran ini.
Namun saya seyakin teman-teman yang lain itu bukan lagi halangan buat kami, mungkin doa tanpa putus dari keluarga Tanah Air menjadikan saya kuat penuh istiqamah.
Suasana Maal Hijrah 1433Hijriah dipenuhi dengan cuaca dan motivasi baru. Politik negara-negara semenanjung arab juga berubah mengikut cuaca dan suhu yang saya ceritakan tadi. Kini ada sahaja tasyji'(motivasi) penuh bermakna sekali buat kehidupan penuntut ilmu seperti saya. Penting.

Yahya Hawwa dan Yamaniyyah.
_______________________________________
Jom bersama Yahya Hawwa penyanyi yang menaikkan semangat para pemuda dikala sejuk menjelma di negara tempias salji ini. Yamaniyyah, yamaniyyah.
Nota dan tasyji'
(1) Memasuki Tahun Baru Islam 1433Hijriah, mudah-mudahan cuaca juga berubah, perubahan ummat manusia mahu kepada kebebasan dan Islam kembali memerintah bukan diperintah.
(2) Syita'-Musim sejuk melanda tempat pengajian saya, cuma diharapkan teman-teman menjaga kesihatan. Kesihatan sangat penting dan tidak boleh dipandang enting oleh kita dalam erti perjuangan ini.
(3) Fatrah imtihan kedua mulai menjelma bagaikan hujan. Mohon doa teman-teman seblogger agar pnuntut ilmu medan ini berjaya. Insya'alloh, Allahumma amin..
(4) JOM bersama penyanyi favourite saya, Yahya Hawwa yang hebat, dakwah bil hal disampaikan sangat penting dalam lagu-lagunya. Tahu-tahu sajalah orang arab ini budaya mereka melalui penyampaian lagu. Allahuyubarikk fik.
0 komenan:
Catat Ulasan