26 September 2011

Anak-anak yang lahir dari Bait Muslim Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi.


Mukaddimah.

Alhamdulillah seusai kuliyyah saya di tahun akhir bersama Al-Ustaz Duktur Hamad Fakhri Azzam, bekas Dekan Kuliyyah Syariah jabatan Fiqh wa Usuluh itu.

Matapelajaran yang diambil kali ini, dipastikan cukup menampung keperluan saya dan teman-teman sekuliyyah menuju ke destinasi itu nanti, biiznillah iaitu Akhwal Syakhsiyyah Zawaj Wa Talaq. 

Secara peribadi madah ini begitu "adiy/familiar" dengan penuntut ilmu di medan Kuliyyah Syariah Universiti penuh kenangan ini.

Duktur Hamad Azzam menyentuh perihal, munakahat yang termaktub di dalam silibus kami pada bab khitbah/pertunangan, sehinggalah habis juzuk perkahwinan yang berlaku di zaman jahiliyyah era sebelum kedatangan Islam yang Syumul. Dihidangkan pada kami hukum nikah yang lima mengambil kira pandangan Ulama' Fiqh dan Jumhur alim Ulama'.

Sesuatu yang menarik perhatian saya di bilik kuliah yang bersuhu rendah tanpa sinaran matahari pagi bumi syam itu. Duktur mengajar erti tarbiatul awladd[pendidikan kanak-kanak sedari kecil]. Saya sedar hal itu bermula dari kedua ibubapa yang soleh-solehah bagi mencorakkan si anak kecil.

Para alim Ulama' menekankan hal 'Tarbiatul awlad' ini berabad lamanya, antara lainnya iaitu Syeikh Duktur Abdullah Nasih Ulwan dengan kitab besarnya' [Tarbiyatul Awlad fil Islam]. Disebut antara lain kewajiban si ayah dan ibu mendidik anak sedari dalam kandungan si ibu lagi, sehinggalah menamakan mereka pabila sudah melihat bumi Allah yang luas ini.

Menamakan anak juga adalah perkara penting, sehinggakan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda:

Kamu sekalian di hari Kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu. [Hadis Riwayat Abu Daud dari Abi Darda'].


Dalam hadis lain: Hadis Riwayat Imam Muslim dari Ibn Umar r.a. (bermaksud) Telah bersabda Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam : Sebaik-baik nama kamu disisi Allah ialah Abdullah dan Abdur Rahman.

Sekarang saya ingin mengupas syarahan untuk mereka yang mahu anaknya soleh-solehah, agar nantinya mereka pula memberi saham pada kita di Hari Akhirat. Saya cukup tertarik kajian ilmiah Al-Fadilah Ustazah Fatimah Syarha itu tentang anak-anak yang lahir hasil pernikahan Syeik Duktur Alamah Yusuf Al-Qaradhawi hafizahullah.

Semoga kita semua terhibur tau.

Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi Hafizahullah, kehebatannya tidak perlu diperkenalkan lagi. Harum di mana-mana, seantero dunia. Baik kawan ataupun lawan, takjub dengan jihadnya. 

Mari sama-sama kita berkenalan dengan wanita hebat d belakang tokoh terkemuka dunia ini. Begitu juga kehebatan anugerah cinta yang lahir daripada mereka.

BIDADARI AL-QARADHAWI…satu-satunya.

Satu-satunya isteri Syeikh ini ialah Ummu Muhammad, seorang wanita solehah yang berasal daripada Hasyimiah Husainiyah, keturunan Rasulullah SAW. Beliau adalah nikmat yang lebih besar daripada dunia dan seisinya buat Al-Qaradhawi.

Berkongsi suami dengan umat memberi ketenangan hati bukannya azab cemburu.  Berkongsi suami dengan dakwah dan perjuangan, menganugerahkan pahala sabar yang besar buatnya. 

Beliau merelakan suaminya pergi ke mana sahaja belahan dunia untuk Islam. Di rumah, tangannya banyak membantu aktiviti keilmuan, serta dakwah dan tarbiyah dengan mengorbankan waktu dan perhatian yang besar.

PUTERI-PUTERI KESAYANGAN AL-QARADHAWI.

Dr. Ilham Al-Qaradhawi, Profesor Fizik di Universiti  Qatar.
[tekan ini].

Dari didikan seorang ibu yang amanah, lahirlah anak-anak yang hebat. Pasangan bahagia ini dianugerahi 7 orang anak. 4 perempuan diikuti 3 lelaki. Masyallah! Macam angka anak Rasulullah.

Semua anak-anak ini sering menduduki nombor satu di kelas pengajian sejak tadika sehinggalah habis Ph.D. Semua puteri Al-Qaradhawi pakar dalam bidang eksak (Matematik, Fizik, Kimia). Kesemuanya merupakan alumni Universiti Qatar.

Puteri sulungnya, Ilham, meraih ‘first class’ di Universiti Qatar. Dengan kelayakannya yang tinggi, pemerintah Qatar menaja hingga dia menggapai ijazah kedoktoran dalam bidang Fizik, pengkhususan Nuklear di Universiti London.

Puteri keduanya, Siham, alumni Universiti Qatar, meraih ‘first class’ dalam jurusan Kimia. Kemudian menggenggam ijazah kedoktoran dari salah sebuah universiti di Inggeris dalam bidang Biologi pengkhususan Organ Tubuh. Dia juga ditaja oleh pemerintah Qatar.
                
Manakal puterinya yang ketiga, A’la, mendapat ‘first class’ dari Fakulti Biologi, pengkhususan Haiwan. Memperoleh Master di Universiti Texas, Amerika dalam bidang Genetik.
               
Puteri keempatnya pula, Asma’, memperoleh Master di Universiti Khalij di Bahrain. Kemudian mengambil program kedoktoran di Universiti Nottingham di Inggeris bersama-sama suaminya.

Mereka semua telah menikah dengan lelaki-lelaki hebat yang sekufu’.

PUTERA-PUTERA KEBANGGAAN AL-QARADHAWI

Puteranya Muhammad, alumni Fakulti Teknik Jurusan Mesin dari Universiti Qatar. Memperoleh Master dari Universiti Denver di Colorado. Mengambil program kedoktoran di Universiti Orlando, Florida, Amerika.
                
Puteranya, Abdur Rahman, mengambil jurusan keagamaan di Universiti Qatar, jurusan Syariah dan Fikih. Kemudian menyambung Master ke Universiti Darul Ulum di Mesir dalam bidang Usul Fiqh. Terkenal sebagai seorang sasterawan dan penyair. Antara karya puisinya ialah Nazf al-Huruf.
                
Putera bongsunya iaitu Usamah, alumni Fakulti Teknik Jurusan Elektro. Kini, dalam proses melanjutkan lagi pelajaran.

PERIBADI ANAK-ANAK AL-QARADHAWI

Mereka bukan hanya terkenal dengan kepintaran luar biasa. Malah, dikagumi kerana berpegang teguh kepada agama dan menjunjung tinggi akhlak yang terpuji. 

Dalam setiap posisi yang mereka duduki, mereka sering menjadi contoh ikutan yang terbaik. Siapa jua yang pernah berinteraksi dengan mereka, akan menjadi saksi kepada kebaikan mereka. Cara bergaul mereka selalu diwarnai dengan kerendahan hati yang tidak dibuat-buat.

_____________________________

Nota keibubapaan.

(1) Mudah-mudahan saya juga beroleh anak-anak yang haibat seumpama Syeikh Duktur Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah. Itu antara sisipan cita-cita saya, moga Allah perkenankan. Allahumma amin.

(2) Menaqalkan dari blog yang memberi kesedaran pada remaja di luar sana daripada terjerumus padsa hegemoni barat yang melalaikan. jazakillah ustazah fatimah syarha(tekan ini).
Sumber rujukan beliau iaitu (Rujukan: Ishom Talimah, Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi).

(3) Mudah-mudahan pembaca laman saya mendapat istifadah yang bermanfaat. Mahu anak yang comel, soleh solehah adalah bermula dari kita dahulu. Cubalah iya.


2 komenan:

Si Puteri Ali berkata...

smoga ank2 kita akn mnjadi sbaik2 hambaNYA..Allahuma amen

ibn suhaimi™ berkata...

Insya'allah..bermula mereka berusaha ke arah itulah.

menulis satu ibadah.

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang