03 Oktober 2011

Konsep Team MHS Mu'tah 2011|1432Hijriah.


Muqaddimah.

Dimulakan dengan lafaz permulaan setiap perbuatan seorang hamba Allah Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selangkah kaki saya dan akhirnya menuju ke kemuncak Wida'/Majlis penutup Minggu Haluan Siswa Universiti Islam Mu'tah Jordan Al-Hasyimiyyah pada khamis bersamaan 29 September 2011, 1 Zulkaedah 1432 Hijriah.

Kronologi bermula 7 September 2011 lalu yang diumumkan Presiden PERMATA(ini) sebagai Minggu Haluan Siswa Jamiah Mu'tah wajib diikuti adik-adik tanpa ada hati yang berbolak-balik, mereka kini ialah tetamu baru dataran syam ini, saya sengaja panaskan semula planning asal dan sessi brainstorming dengan AJK MHS setelah 5 hari kuliah iaitu pada 27 September lalu, ini  dilakukan untuk mencernakan otak dan minda kanan saya supaya berfungsi baik mengikut sunnatullah, kemudian menyusun persediaan sebaiknya. 


Alhamdulillah, semuanya berjalan baik ini. Mudah-mudahan ini kesempurnaan pertolongan Allah SWT, Allahumma amin.

Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.

Team MHS saya ditemani sahabat-sahabat yang haibat kali ini, iaitu:


Timbalan Pengarah: Noor Aeshah Binti Jamil.
Setiausaha: Siti Hajar Binti Radzali.
Bendahari: Mohd Syafiq Bin Abdullah.
Program|Protokol: Fakhrul Hayyi Mohamad/Nor Hafizah Ahmad Shahbudin.
Ketua Fasilitator: Mohd Rahimi/ Nurul Atikah.
Bahan Penerbitan: Hafizulfaiz/ Wan Salwa Wan Hassan.
Penempatan Kebajikan: Ahmad Lukmanulhakim/ Masturina.
Pesegaran: Nazri Yassin/ Umaimah Salam.
Disiplin: Noor Farid Zilan/ Nur Hidayah Zawawi.
Teknikal: Mohamad Shukri Yazit/ Nur Hidayatul Aishah
Perhubungan: Anas Abd.Rahman/Muhasnita.
Persiapan: Nabil Nasir/Nor Asyikin Jusoh.
Tugas-tugas khas: Mohd Iezwan Ielyas/Siti Syazani.



Setelah bertungkus lumus tiga kali meeting semenjak purnama awal bulan syawal lalu, akhirnya nafas paling dalam jasad ini, saya hembuskan dengan perlahan-lahan namun begitu puas. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.

Saya ingatkan pada AJK, bahawa kerja yang dilakukan ini termasuk Amal Islami yang tiada dipandang disisi manusia namun ia bernilai disisi Allah. Maka saya menyebut kalam yang dinaqalkan oleh Ustaz TITM itu..'Debu yang melekat dikaki mereka yang memperjuangkan Islam, menyebabkan mereka itu tidak disentuh oleh api neraka Allah di Hari Akhirat..saya cuba membaca kerutan dahi AJK saya semuanya tunduk tetapi khusyu'. 

Mudah-mudahan Allah SWT limpahkan pertolongan dan inayah pada kami seusai 3jam di meja mesyuarat Pusat Khidmat Mahasiswa Malaysia Mu'tah[Puskma] dan medan berlapang dada itu.

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau kita sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Seratus lapan puluh tiga peserta MHS 2011 wajibat berkumpul di Puskma[Pusat Khidmat Mahasiswa Malaysia Mu'tah] pada malam LDK 1 untuk Module ice-breaking, itulah arahan pertama saya beri pada akhi rohimi, beliau saya taklifkan memegang amanah selaku ketua fasilitator. 30 fasilitator mesti hadami 7 LDK yang dibincangkan dalam fatrah dan masa singkat di kedatangan tetamu dataran syam ini.

Disana saya keluarkan qarar untuk sahabat-sahabat dikalangan fasi hadami hadaf atau objektif sebelum adik-adik baharu mendapat taklifat bermula kemuncak MHS 22,23,24 september.

Saya cukup sedar dan fahami jobskop mereka sangat terbatas, dikalangan fasi ada yang sudah longlai tubuhnya, ada yang memaksa diri mahu menjadi fasilitator bukan bidang terjun, ada yang bersemangat demi memberi saham pada Persatuan yang disayangi di Bumi Syam ini.

Akhirnya, rahmat berbentuk perasaan yang harmoni itu turun dari Allah SWT untuk kami yang merasainya bersama. Kata Alim Ulama' resah, gelisah, tenang dan ceria itu adalah cuaca di dalam hati kita, yang memandunya waimma baik atau buruk adalah bermula diri manusia yang menarik rahmat Allah itu.

Maka saya cuba menarik rahmat Allah itu, harapannya supaya Allah berikan kesenangan di akhirnya.

Saya berikan arahan sekali lagi kepada akhi Rohimi, agar setiap fasi wajib menunaikan qiamullail bersama-sama, berjemaah di rumah Persatuan[Puskma], manakala ikhwah di rumah mereka[bait izzudin dan bait fuqaihah], supaya nanti arahan untuk adik-adik baharu tiada yang umpama 'melepaskan batuk ditepi tangga'. 

Itu harapan saya, saya cuba menarik rahmat Allah, mudah-mudahan Allah sempurnakan pertolonganNya. Allahumma amin.

Alhamdulillah sebahagian setiap daripada mereka menjalankan taklifat fardhu kifayah itu. Mereka faham fiqh awlawiyyat disisipkan fiqh muazzanat. Hati saya lega sedikit, moga ini merupakan ibadah tambahan buat teman-teman saya yang terlibat melancarkan jentera MHS 2011/1432Hijriah ini.


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Cabaran getir memandu Mahasiswa baharu kali benar-benar teruji, terkadang yang menyusun lebih parah berbanding yang mengikuti, disana saya dan sahabat-sahabat sedia mengatur LDK dan Modul yang bersesuaian agar nanti adik-adik berusaha hadami suasana kehidupan sebagai Tullabul ilm' yang bersedia!

Terima kasih dan jutaan harapan pada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus menghadami kaedah pelaksanaannya. Mudah-mudahan kerja ini menambah ilmu baru dalam skop pengurusan diri dan jadual kita.

Waimma hidup merantau serba kekurangan, namun kita dapat usahakan dengan bijaksana. Itu beza keluaran dari lulusan Universiti Mu'tah ini. Kebanyakkan mereka yang menjadi khirijin[Graduat] yang sering sabar menempuh cabaran semasa. Saya perhatikan hal ini pada seniur-seniur lama. Alhamdulillah sebahagian mereka sangat hebat.


Bagi melaksanakan tema MHS kali ini, 'Membentuk Mahasiswa Islam Berkredibiliti' sekaligus mencapai hasrat MPPMJ(ini) dibawah kepimpinan pembaharuan teman saya itu Ustaz Hussin, saya dan teman-teman memerlukan doa dan sokongan. Subhanallah kuasa doa sangat hebat rupanya dalam kehidupan. Allahuyubarikfikum jami'an.


Ingatan pada diri kita, jangan sesekali perkecilkan utamanya doa dalam kehidupan, iya doa membuatkan diri menjadi lebih yakin. Cubalah.


سر النجاح على الدوام هو أن تسير إلى الأمامThe secret to success is to walk forward


Pada kesempatan ini, saya memohon jutaan kemaafan pada teman-teman saya yang terlebih masanya dalam erti berkerja untuk Team MHS, saya dapat laporan sampaikan tertidur pun termimpi-mimpi membuat, merangka modul.


Adapun yang melakukan kerja tidak sekuat mana, usah diulangi perbuatan itu, kerana ia merupakan amanah kita yang bakal ditanya di sana nanti. Apa yang penting kerjasamalah iya.

Pengarah Baharu EMJ Prof Madya Dr.Mohd Azidan Abdul Jabar, meletakkan harapan tinggi beliau dan ucapan alfun mabruk dalam usaha menggerakkan jentera MHS 2011/1432H ini.

Satu kalimah yang saya ingat dalam ucapannya iaitu, usah insaf menjemput saya berprogram bersama-sama. Bagus perwatakan Pengarah Education Malaysia Jordan[EMJ] kami yang baharu ini, mudah-mudahan urusan kerja beliau ke tanah Jordan dimudahkan Allah.

Bagi peringkat saya selaku Pengarah taklifat kali ini, mengucapkan alfunn mabruk alaikumm jami'an yang menjayakan urusan Minggu Haluan Siswa 2011/1432 H ini.

Semoga Allah memberi inayah selalu. Semua gerakkerja kali ini dinilai Ibadah buat diri antum masing-masing.
Sirru ala barakatillah.


Pengarah MHS 2011/1432Hijriah.
Muhammad Firdaus Suhaimi.
Via: Dar Saqifah Bani Saidah, Muqobil Jami' Syuhada'.
__________________________________
Nota MHS 2011/1432Hijriah.


(1) Alhamdulillah wa syukurillah, barnaamij ini selesai dengan baik, mudah-mudahan saya dan sahabat-sahabat mendapat redha dari Allah atas kerja sedikit yang istiqomah dilakukan ini. Allahumma amin.
(2) Mencari ruangan masa untuk AJK/fasi yang terlibat melakukan makan-makan sikitlah, tengoklah bajet macam mana nanti iya. Doa-doalah 5 waktu lepas solat iya sahabat-sahabat.
(3) Saya sedang mengelakkan diri kelalaian, hati-hati dan intabih jiddan pada diri kita sendiri, usah termakan pujuk rayu syaitan wahai sahabat pembaca blog ini. Muhasabah dan isilah borang mutabaah selalu iya. Analisa amalan kita.
(4) Mudah-mudahan, pengalaman ini menjadikan saya lebih bersedia berdepan mujtama' nantinya. Salamatus sodru wal fikru. 
(5) Saya tanamkan kaedah/konsep sahabat-sahabat Team MHS yang kuat berkerja kali ini:
1. Lupakan kebaikan diri sendiri.
2. Ingatkan kelemahan yang dilakukan untuk diperbaiki.
(6) Macam biasalah jomlah bergambar|meneliti kejadian MHS 2011 lalu bersama saya tau. Hibrah yang hebatt.Subhanallah.

_________________________________

Jazakumullah wa barakallahufik ya ustaz husin,
beliau merupakan pres MPPMJ yang saya kagumi saat ini.
Jom ke laman MPPMJ, support habis(ini). 
 Berikut adalah Pengarah MHS yang bukan bidang terjun beliau,
mudah-mudahan menjadi saham untuk akhirat nanti. Insya'alloh.
 Berikut bersama Pegawai Atase Pendidikan Education Malaysia Jordan[EMJ]
Mulhaqiyyah Thaqafiyyah Malaziyyah, Ustaz Saifudin Husin.
 Jazakumullah ya ustaz sudi hadir merasmikan Al-Usbu3
li ta'aruf Al-ihkwanul jadid Bumi Syam barakah ini..
 Iqrar teman-teman baharu yang meletakkan harapan tinggi
meneruskan kehidupan Di Bumi Barakah..
 Berikut kumpulan Syabab bersama Fasi Ustaz Nazmi Afifi.
 Di atas Kumpulan bersama Fasi Syafiq Abdullah.
 Berikut kumpulan bersama fasi ustaz saifulislam/Sayyid muzaffar.
 Berikut kumpulan bersama fasi Ustaz Muhammad Bin Isa.
 Berikut kumpulan bersama fasi Ustaz Ehsan Sebri As-syimali.
 Berikut kumpulan fasi bersama Ustaz Mahadi Baharum.
 Berikut kumpulan bersama Fasi Ustaz Khairul Anuar Redwan.
 Berikut kumpulan bersama Fasi Ustaz Hisyam.
 Berikut kumpulan bersama Ketua fasi Ustaz Rahimi Rem.
 Berikut kumpulan bersama fasi Ustaz Fauzan.
 Berikut kumpulan bersama fasi Ustaz Muzammil.
 Berikut kumpulan bersama fasi Ustaz Tengku Hakim.
Berikut kumpulan bersama fasi Ustaz Qayyum Al-karaki.
 Bersama jentera Fasiliator MHS yang haibat..Mudah-mudahan usaha kita diredhai
Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Allahumma amin.
Bersama jentera penggerak utama MHS yang haibat..Mudah-mudahan usaha kita diredhai
Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Allahumma amin. Barakallahufikum jami'ann.
Tetamu dataran syam, nasyid yang dimainkan kembali untuk adik-adik baharu
tetamu dataran ini. Lagu asal:Usrah al-firdausi/Hasrizal Jamil/1995.
Tag Flickr:[ini]. 



0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang