29 Ogos 2009

Sikap orang islam apabila mendapat kemenangan

Salam ihya'kan ramadan...seminggu ramadan berlalu, ramadan sungguh sekejap, perkara yang berlalu sungguh pantas sekali...ah peduli apa ana nak nulis gak entry, dok kirela panjang atau pendek...asalkan tertulis niat ikhlas untuk dakwah bidang blogger ni dan ini salah satu wasilahnya pada waktu kini(keluhku fil qolbi).

Kelmarin dulu, pada 23/08/09 n3 ana ditulis di Penang, maka 2 hari setelah tarikh itu, hari yang berikutnya ana pulang ke Selangor seperti biasa, Alhamdulillah setelah taklifat selesai di sana, almaklumlah seperti di ketahui semua, Partai islam di medan badar Permatang Pasir(n11) berjaya dikekalkan dalam suasana berlakunya "selection" dalam bulan barakah, dan ketika hari orang duk berkerja seperti biasa, itu semua perancangan manusia, sesungguhnya perancangan Allah swt adalah lebih baik dan tepat masanya.

Maka apa yang berlaku, adalah Qoda' dan Qodar yang Allah yang tetapkan, berlalu cukup payah serta jerih team ana menyusun Barnamij melancarkan pelbagai gerak kerja, menghasilkan 1001 kejayaan di luar batasan, Penerangan adalah "work" paling penting dalam usaha memberi pelbagai info pada masyarakat juga rakyat, duduk di bawah Lujnh.Penerangan Negeri, sudah pasti kalau sohih maklumat tersebut maka ganjaran pahala sedang menanti para mujahid Islam begitu juga sebaliknya, bersama ana adalah team penting dalam usaha ini, ada disana haji safar, abg zul, abg rashid, abg man dll, kalau habaq nak mai utara insya'allah depa ready membantu.

Pagi 21/08/09, abg rashid call ana di ofis harakah, "ustaz..anta naik dengan ana ye, kita terus ke induk!" ok insya'allah", abg rashid mai terus bawak ana ke sana, maka di sanalah berlaku amal islam dalam amal jama'ei, yang akhirnya mencapai kemenangan, baru terengat hari tu hari jumaat, kebetulan ustaz halizal ada di kuala lumpur, maka di suruhnya ana membaca khutbah tanpa teks, di sana menggantikan tempatnya, masya'allah boleh tak ni, nak bawak mauduq apa ni?mudah2an berjalan baik.

Sehinggalah ke hari 25/08/09, berlakunya acara kemuncak, pagi itu..selesai waktu dhuha, tidak hujan seperti hari sebelum2nya, alhamdulillah riak2 kemenangan itu makin terpancar, ana lihat mentari diseluputi awan yang sungguh redup berserta angin sawah yang sepoi2 bahasa utara itu, maka ku panjatkan doa agar islam menang di sini, Rasulullah saw bersabda" 3 doa yang dengan izin Allah swt dimakbulkan ialah, (1)doa orang yang di zalimi (2)doa pemimpin yang adil (3)doa orang2 yang berpuasa, faktor inilah rupanya tanda2 kemenangan itu.

Tepat jam 0645 petang diketahui semua natijahnya, 9 tempat mengundi dapat ditawan dengan cukup bergaya satu demi satu menang, alhamdulillah, laungan takbir dalam markaz diucapkan tiap kali, kemenangan dicapai, ana pun mencapai handphone, ketika hampirnya waktu berbuka dengan memberi info kejayaan itu pada insan2 tertentu agar dapat news ini dengan rasa syukur serta dilampirkan pada mesej itu agar membuat sujud syukur kemenangan, kami berbuka magrib itu dengan penuh kepuasan, dengan bermula dari hari pertama ramadan, tidak teratur kehidupan kami, dan ana yang sudah lali semua itu, itulah tarbiyah islamiah, ada kalanya ditinggalkan anak, zaujah, cuti hujung minggu, kenduri, assingment, kerja bertimbun dLL..

Allahuakbar, rupa2nya penduduk di sini sudah lama mengimpikan acuan islam sebagai tempat mereka bergantung mereka ditarbiyah sayangkan kehidupan cara islam berbanding kemewahan yang sekejap saja tempohnya, sebab itulah segala janji manis dicurahkan "umpama mencurah air ke dalam timba", dapat ditangkis sebaiknya, Dapatlah ana yang kerdil ini merasakan pengalaman penting bagi memacu bidang dakwah ini di masa akan datang, jutaan terima kasih diucapkan pada sahabat2 yang sudi promosi iklan infaq yang lepas mudah2an usaha itu diberi jaminan entum ke jannah Allah Taala.

Walaupun agak terlewat, bagi mengucapkan alfuu syukran pada yang memberi infaq waktu itu, walau di sebut nama ataupun tidak, sesungguhnya sumbangan itu bermakna untuk islam, ana terengat bagaiamana kisah infaq ini, ketika sempat berbual dengan akh azamin amin preess harakah tu, dia cerita pernah satu masa seorang hamba Allah infaqkan wang berjumlah RM150 ribu khas fi sabilillah, payah kita jumpa org begitu waktu sekarang, muhasabahlah sahabat2ku mari kita cari peluang berganda ini di bulan mulia ini, ana terengatkan Dr.nor atas sumbangan fisabilillahnya itu, mudah2an Dr.nor sekeluarga beroleh limpahan rezeki dari Allah swt amin-amin.

Sayonara, diucapkan pada warga PP, semua tunjuk ajar antum akan ana simpan dalam memory, berasa syukur sempat berjumpa naqib ana seorang yang hebat di Damanhur itu pun cukup gembira, mudah2an ayahnya cepat sembuh kerana terhidu molotov cocktil kerana kisah dulu2, mudah2an bertambah sabar, juga pada akh zulkifli yang tak putus kerja, mudah2an taklifat seterusnya membuatkan akhi terus istiqomah, terima kasih juga sudi bagi bekal pesembuq time balik tu ye.

Cerita di atas adalah pengalaman semata-mata, maka tiada tokok tambah yang berlaku, di harapkan pembaca sentiasa mendoakan kami menjadi orang yang istiqomah dalam menjadi insan yang berguna juga sentiasa sabar, khusu' serta khudu' dalam usaha2 dakwah islamiah demi daulah islamiah...أسلم تسلم

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang