23 Ogos 2009

Selesaikan Kewajiban fisabilillah

.::Semalam sahaja ramadan pertama melabuhkan tirainya...camnela ye agaknya puasa kita la ni?adakah telah buat perkara yang membatalkan puasa@membuat perkara yang membatalkan pahala puasa?maka seeloknya kita wat bedahsiasat@postmortem cket..mudah2an hari ini n seterusnya penuh barakah puasa kita amin2.

Alhamdulillah, puasa kali ini, ana berada di negeri utara kalau tahun pas kat pantai timur, taktau la pasni kt mana n kena yakin akhirnya kita sume akan ke farsyi turab jugak..(kita meminta ditemukan lagi ramadan akan datang amin2)berbuka dgn set2 bro press harakah, bermulanya iftor jama'ei ana...engat lagi kalau tahun lepas..mesti beli nasik telur bungkus yg amat glamer kat restoran belakang jamiah tu...beriftor kami time tu kat bilik yang dah diubah suai mengikut cita rase kami..sangat sayang saat itu..takpun mesti dapat jemputan berbuka kt musolla..betullah kata ust syin sahabat ana tu...iftor dalam suasana ditempat org(bukan umah@tempat sniri) memberikan kelainan, malah rasa cam tak biasa tp tule sbenornya...adab kita menjadi musafir..kena ada qonaah@sekadarnya...janganlah kita merasakan puasa kita medan nk berbuke tu membalas dendam kesumat dgn pelbagai lauk yang hiruk pikuk tu...(time berbuke dari air sampai makanan cam ngah maj.kenduri padahal buke bape org je, pastu cam penat nk wat solat kan)mudah2an kita berengat..!

Solat terawikh malam semalam cukup2 padu memberikan kelapangan pada sanubariku...diimamkan bersama tokguru(TGHH) n kedatangan MB selangor di masjid Permatang Pasir, diselang seliakan tazkirah mujahidun nafs' maka org yang lapar n haus dalam hati beliau...sengat puas ketika itu...alhamdulilah ana berada sekejap disiti pun terasa sama sbb manusia mai berpusu-pusu(kalaula cm ni setiap waktu maka...beruntunglah pahala puasa kita, sbb tu ana bersetuju kite ni takpayah sangatlah kt su'ul ramadan tu...ini boleh mengkecilkan pahala puasa kita...tak sayang ke..pagi td dah gemuk lagi tembam...tetiba tertengok yang menakjubkan kt sana tu, maka ia jadi kecil)mudah2an kita terhindar perkara membatalkan pahala puasa ini...amin2.

Sahabat2ku, marilah kita capai 3 Marhalah puasa yang rasulullah saw anjurkan ini,
1.( مغفيره= keampunanan), 2.(رحمة= kerahmatan), 3.(إتقان من النار= dijauhkan api neraka)
sekarang ni jalannya dah ada tinggal nak ikut n maleh@tak je...ibaratnya macam kita nk gi berlumba beskal ni...kat stadium gong badak tu, 3 kali round..semestinya round lastly kita wat pecutan tahap tinggi kan...cmtu juga orang berpuasa...pada akhir yang nk tentukan natijahnya itu, rasulullah saw memberi inzar pada umat yg berpuasa ini,"Celakalah manusia yang sungguh dalam puasanya padahal tidak diterima disisi Allah Taala" hadis ini yang menunjukkan supaya kita sokmo berhati-hatilah dalam jalankan ibadat ini.

Sekurang2nya puasa kita adalah paling baik dari sebelumnya..bagi kita manusia biasa ni, janganla duk dikejarkan malam lailatul qodar dalam suasana puasanya banyak yang berlubang2..walaupun kita tau sgt2 malam itu adalah malam yang terbaik dari 1000 bulan kan..kalau penah tgk rancgan Tanyalah Ustaz Tv9 tu...banyak sangat yg tanya kadang2 btl2 takde lg thaqofah tinggi ttg puasa, penah ada sorang penonton tu bertanya"ustaz bolehkah kita bertemu malam Lailatulqodar tapi kita tak puasa, n kita wat kerja2 tak elok time ramadan, sebab bila jumpa malam tu mesti pahala kita bertambah, ini dapatlah backup pahala kita kan ustaz kan"dia pulak ajar ustaz tu..sebenornya inilah yang sgt kita takuti...mrk berpuasa hakikatnya puasanya itu hanyalah lapar dan haus sahaja, mudah2an inzar ini memberikan gentar pada hati kita ini...bagi semarakkan ramadan kita..insya'allah

Sebenornya, ana nk continue letakkan n3 disaat ada kelapangan masa menunggu taklifat jihad malam ni, iaitu ttg Fidyah(bahasa biasanya denda ramadan)ini, bagi yang tidak perlu Fidyah ini..maknanya mrk ini adalah golongan yang terbatal puasanya adalah disebabkan perkara2 tertentu dalam menjalani ibadat puasanya...mudah2an ini memberikan gambaran supaya kita berengat puasa ini adalah ibadat bagi orang yang beriman pada tuhannya..sila perhatikan n hadamkan ye, kalau ada examination senang bagi kita nak menjawab soalan ini...

Mereka yang tidak wajib membayar Fidyah kerana meninggalkan puasa.

1. Orang yang meninggalkan puasa ramadan dengan sebab uzur dan dia tidak ada masa mengqada’nya sehinga dia mati. Contoh tidak ada masa mengqada’, seperti dia mati selepas ramadan, atau berkekalan sakit sehinga dia mati.

2. Orang yang ada puasa nazar dan dia tidak ada masa memperbuatnya sehinga dia mati. Contoh seorang yang bernazar sekiranya dapat anak dia akan berpuasa selama tiga hari, kemudian dia pun mendapat anak dan dia mati pada keesokkan harinya atau sakit pada keesokkan harinya sehinga mati maka tidak perlu dikeluarkan fidyah kerana dia tidak ada masa memperbuatnya.

3. Orang yang ada puasa kafarah dan dia tidak sempat memperbuatnya dan dia pun mati atau sakit berterusan sehinga mati.

4. Perempuan yang menyusukan anak yang takut mudarat pada dirinya atau yang takut mudarat pada dirinya dan anak yang disusuinya.

5. Perempuan hamil yang takut mudarat dirinya atau mudarat dirinya dan anak di dalam kandungannya.

6. Perempuan yang meningalkan puasa ramadan dan dia tidak dapat mengqada’nya dengan sebab menyusukan anak atau hamil sehinga berselang beberapa ramadan. Perempuan ini tidak perlu membayar fidyah dan dia hanya perlu mengqada’ puasanya sahaja. Contoh, seorang perempuan beranak sebelum ramadan dan dia tidak berpuasa kerana dia di dalam nifas, setelah ramadan darahnya berhenti dan dia sedang menyusukan anak, dalam masa dia menyusukan anaknya dia hamil dan seterusnya dia beranak, dan masuk ramadan yang lain sedangkan dia tidak mengqada’ puasanya yang telah dia tingalkan kemudian dia menyusukan anak lagi begitulah seterusnya sehinga beberapa tahun. Oleh kerana dia hamil dan menyusukan anak maka dia dikira ada uzur. Dan dia boleh (tidak berdosa) menanguhkan qada puasanya sehinga masuk ramadan yang lain.

Mudah-mudahan kita beroleh pahala juga kefahaman dalam hukum syariat Allah Ta'ala..Jom kempen tingkatkan amalan berpuasa sama kita baca Al-Qur'an dan Tadabburkannya..

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang