26 Julai 2012

# Madrasah Romadon: Membaca Al-Qur'an & Tadabur.

"..Tiada ucapan paling layak diucapkan oleh hambamu yang lemah dan berdosa ini...Wahai Allah Yang Sifatnya Al-Ghaffar(Yang Maha Pengampun) ampunkanlah dosa hamba Mu ini, janganlah hamba keluar dari madrasah ramadhanmu dengan penuh kerugian dan menyesal tiada guna..Allahumma aminn.."

Detus hati saya yang berdoa agar ramadhan yang Allah jadikan ini, tidak pergi dengan begitu sahaja.





Allahu..Ramadhan kali ini saya sudah berada di Tanah Air, suasana yang cukup berbeza..ketara memerlukan iman yang kuat.


Alhamdulillah, dalam suasana ini..bekalan iman terus dipasakkan dalam hati agar Bulan Al-Qur'an ini tidak pergi sia-sia, agaknya bagaimana teman-teman seluruh dunia milik Allah ini menghadapi bulan Ramadhan iya? Semoga dalam nusrah Allah sentiasa.


Bulan Al-Qur'an disebut ramai orang.


Waimma lepasan ijazah syariah dari universiti mu'tah Jordan, saya akui bacaan Al-Qur'an saya lebih terasa zhuqnya berbanding belajar di peringkat sekolah dan diploma dahulu..tatkala saya memahami Al-Qur'an berperingkat-peringkat... terasa sangat ilmu itu semakin kurang, waimma saya bukan penghafaz Al-Qur'an yang kamil seperti kebanyakkan teman-teman sepengajian yang lain.


Namun dek belajarnya Ijaz' Al-Qur'an, Ulum Al-Qur'an, saya merasakan ia sangat bermanfaat dalam bacaan saya dari setiap helaian ke helaian yang lain untuk merasai nikmaatnya membaca Ayat-ayat suci yang diturunkan Allah itu...subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar...


Maka benaarlah status yang dibuat Ustaz Nik Mohamad Abduh berikan, bahawa Ramadhan ini bulan pejuang agamanya, bulan membaca dustur apa yang kita perjuangkan..


Maka jomm saya kongsikan apa yang dirasai oleh Ustaz Nik Mohamad Abduh, sesuai untuk kita hayati bagi meneruskan perjuangan tanpaa jemu dalam bulan ini...


Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Antara saat kecergasan iman saya yang sentiasa dalam ingatan adalah tahun saya menghafal al Quran semasa belajar di India dulu. Oleh kerana saya mula menghafal al Quran selepas tamat pengajian menengah tinggi (berbanding adik-adik/anak-anak kita hari ini yang mula memasuki sekolah tahfiz selepas tamat UPSR), saya sudah dapat memahami makna al Quran walaupun masih bertatih.

Dari helai ke helai dan berpindah dari satu surah ke satu surah yang seterusnya, saya begitu menikmati bacaan dan hafalan dengan khusyu' sekali. Adakalanya saya diberi kenikmatan menangis semasa menghafal. Sungguh mengingati saat- saat cergas iman sebegitu..

Hari ini, dalam kesibukan tugas dan hiruk-pikuk kehidupan yang penuh ujian, saya kehilangan rentak untuk menikmati saat- saat indah masa remaja dahulu.

Hanya satu saat yang sentiasa ditunggu- tunggu oleh saya dan saya kira, oleh semua para huffaz al Quran, untuk mengembalikan saya ke tahap kecergasan lama yang tak terlupakan. Saat itu ialah kehadiran bulan Ramadhan yang penuh barakah.

Kami akan berusaha memperuntukkan masa sebanyak-banyaknya untuk hidup bertemankan al Quran, mengulang hafalan, memanaskannya dengan menjadi imam solat tarawih di samping memberikan tazkirah Quraniah sepanjang Ramadhan.

Walaupun kunjungan bulan Ramadhan hanyalah sekejap, tetapi ia adalah nikmat tak terkata daripada Allah yang maha pemurah dan penyayang.

Marilah bersama hidup bertemankan al Quran. Allah sentiasa hadir dengan rahmat, kasih dan sayang. Selagi kita bersedia dengan hati yang insaf dan taubat, saat cergas iman akan terus bertandang memasuki ruang hati kita, taman syurga di kehidupan fana.
_________________________________


Nota Cerdas Al-Qur'an.


(1) Pesanan Ramadhan ini bagi mereka yang tadabbur dengan ayat Al-Qur'an sahaja, teringat naqal Dr. Amin Buttush yakni Pakar Ulum Qur'an & Hadith, Sirah dll, iaitulah Dr. di Universiti saya pernah beritahu..ada seorang Ulama' di malam perkahwinannya beliau mampu mengkhatamkan Al-Qur'an sebanyak 3 kali...Allahu, saya menduga dialah orangnya... kita nanti di malam perkahwinan bagaimana?

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا



(2) Imam asy-Syafie pernah mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan! (lihat Kitab Siyar A’lam an-Nubala’ 10/36)


(3) Formula khatam Quran Bulan Ramadhan. Baca 2 helai (4 muka surat) Quran setiap kali habis solat fardhu.
4 muka surat x 5 kali solat = 20 muka surat (1 juzu')
1 juzu' x 30 hari = 30 juzu' (1 Al-Quran)

Selamat mencuba!

P/S: Formula ni sekadar alternatif, jika mahu membaca banyak helai lebih afdhol.




0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang