01 April 2012

GMJ: Masiroh Al-Quds Al-'Alamiyyah, baru "permulaan hujan" membebaskan Baitul Maqdis.

Masiroh Al-Quds Al-'Alamiyyah.

Merupakan Kemeriahan paling bermakna dalam kehidupan ini. Lebih saya rasai daripada lenangan air mata syawal di pagi 'Idulfitri itu.

Dalam hati mengucapkan "..wallahi hazaa min fadhl rabbi..." Semua ini adalah nikmat daripada Allah Ta'ala.


Sehari sebelum berlaku masiroh(perhimpunan aman) ini, Syeikh Dr. Hamman Said memberi tausih dan tasyji'...menyeru para pemuda-pemuda Jordan turun ke medan 2KM menuju hudud(border) Falastin itu.

Beliau seorang murobbi yang berusia, tetapi semangat yang mesti dicontohi sangat digeruni musuh-musuh Allah terutama yang bertopengkan panji-panji Islam.

Sangat jitu semangat juangnya waimma isu ummat Islam terutama Falestin, Syeikh Hammam akan menyatakan pendirian tanpa berubah-ubah sedikit pun beliau tegas mengatakan "...hazihii rehlahh jihadiyyah.." bagi sesiapa yang menyertai puluhan ribu manusia pada Jumaat itu dengan iltizam membebaskan bumi Al-Aqsa As-Shariff yang diberkati Allah sekitarnya.


30/03/2012.


Entiti Zionis Yahudi sangat takut dengan perihal kemuncak kebencian ummat ini terhadap penyembelihan mereka pada bumi Jerusalem atau Baitul Maqdis. Di dalam Al-Qur'an diceritakan bahawasanya Allah Ta'ala mencampakkan perasaan takut pada jiwa mereka(Yahudi). 

"..Aku(Allah) akan mencampakkan hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun/takut.."
[Surah Al-Anfal: Ayat 22]

Lebih dahsyat lagi, Allah ta'ala menghancurkan harapan As-sahyuniyyun atau Yahudi ini sehinggalah ke Hari Kiamat kelak, Allah mencela mereka yang mengasari Ummat Islam terutama di Palestin dengan mencampakkan perasaan pemusuhan dikalangan mereka(Yahudi) walaupun kita nampak mereka seperti ummat yang bersatu. Ini adalah sokongan moral dari Allah terhadap Ummat Islam dan pejuang agamanya. Subhanallahil 'Azimm.

"..Dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka 
hingga hari kiamat.."
[Surah Al-Maidah: Ayat 64]

Namun Ummat Islam seluruh dunia telah bangkit menyahut saranan Perdana Menteri Palestin yang dicari oleh Isreal itu, mereka menganjurkan Global March For Jerusalem[GMJ] dengan hasrat supaya dunia faham erti Palestin, harta warisan Ummat Islam yang wajib di ambil semula.

Seluruh dunia menyatakan hasrat ini terutamalah di semenanjung jazirah arabiyyah ini. Jordan negara terhampir setelah Lubnan dan Syiria yang melihat Bumi Isra' itu dari dekat tetapi bagaikan tembok yang tebal sedang menghalang.


Memuncak.

Rakyat Jordan sangat sedar apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka suatu masa..ia sangat menyedihkan terutama pada peristiwa Oktober 1994 itu, bagaikan jatuh ditimpa tangga..begitulah perasaan rakyat Jordan yang berusaha menyelamatkan Palestin dari dahulu sehingga kini.

Ketika itu Jordan sedang panas dengan kedatangan Bill Clinton untuk mempengerusikan Perjanjian Damai di Antara Jordan dan Regim Yahudi Israel pada 26 Oktober 1994. Perjanjian Damai itu diadakan di Wadi Arabah berhampiran sempadan Eilat (Israel) dan Aqabah (Jordan) dan rakyat menyaksikannya dengan penuh kehancuran jiwa melalui siaran langsung di kaca televisyen.

Ia bukan perjanjian damai (mu’ahadah al-salaam) tetapi lebih kepada penyerahan diri (mu’ahadah al-istislaam) kerana kesan Perjanjian Damai itu, Jordan telah mengalami perubahan yang tidak dapat dipadamkan lagi.


Semenjak peristiwa inilah kebangkitan Ummat Jordan dan sekitarnya semakin hari semakin memuncak..tunggu saat dan masa sahaja Ummat Yahudi akan dihancurkan selumat-lumatnya..terutama penindasan mereka kepada rakyat Ghazzah itu.


Pemergian dengan niat Jihadiyyah.

Awal pemergian rombongan kami ditahan oleh syurtoh(polis) karak...namun tiada apa mahu digusarkan tika ini, ruh dan zhuq sudah dihalakan di seberang Falastin disana.

Alhamdulillah, saya sampai disana bersama sahabat-sahabat perjuangan disambut Al-'Alam(Bendera/panji) Palestin dan Jordan yang bezanya tidak ketara. Sedang rancak khutbah jumaat dibacakan khatib yang tidak lain tidak bukan..saya sangat mengecam suara keramat Syeikh Hammam Said Murokib Am Ikhwan Muslimun Jordan itu.

Suatu masa Syeikh pernah membaca khutbah dengan mengkritik isi kandungan Perjanjian Damai Jordan-Israel itu, Lalu Sheikh Hammam menundingkan jarinya ke langit dari atas minbar, meminta kepada Allah agar membersihkan bumi Isra’ dan Mi’raj ini dari tercemar oleh pendirian-pendirian pemerintah Arab yang berlutut di kaki Amerika. Masjid ‘pecah’ dengan tangisan!


Khutbah yang boleh menggetarkan lubuk hati pemuda Jordan yang mahu membebaskan Palestin dibacakan ketika ribuan manusia berkumpul di Syuwaimeh 2 Kilometer ke Hudud Allenby Brigde, Israel itu.


Saya dan sahabat-sahabat sempat menunaikan solat jumaat yang diimami oleh Syeikh Hammam, serak kemudian teresak-esak suaranya, pada rakaat pertama. Beliau mambacakan Firman Allah SWT dari Surah Al-Isra' hingga ayat ke 7 beliau seakan-akan menangis kerana tadabbur dengan kalamullah itu:


"..Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya..
[Surah Al-Isra'; Ayat 7]

Setiap patah yang dibaca, bagai ungkapan yang dibaca dari Allah buat jundi-jundi perjuangan Islam dibumi Isra' ini, tambahan pula ketika itu ribuan muslimin berada berhampiran bumi Baitul Maqdis.

Seluruh muslimin yang bersolat jumaat di padang luas syuwaimeih turut merasai dan tabaddur surah yang dibaca oleh Syeikh Hammam, rakaat kedua beliau membaca surah Al-Munafiquun yang menjadi hujah buat kaum muslimin supaya berhati-hati terhadap golongan yang dibenci Allah itu, hati saya mulai sebak, mudah-mudahan dijauhkan Allah pada hati orang-orang yang berjuang dengan sifat munafiq!

Dr. Syeikh Hammam Said.

Global March To Jerusalem: "Permulaan Hujan" membebaskan Al-Aqsa..

Suasana, menjadi lebih hangat diluar sana, jeritan..."As-sa'abb yuridd tahrir al-aqsa..", "..birruh biddam nafdika ya Aqsa.." kedengaran, laungan takbir juga memenuhi ruangan angkasa petang Jumaat bersejarah itu.

kehadiran manusia begitu mendadak sehingga ke angka puluhan ribu...saya melihat pelbagai manusia dari latar belakang berbeza hadir menunjukkan rasa sayang kepada Bumi Isra' bertuah itu.

Dari sudut yang lain, kereta-kereta perisai sedang membarisi benteng sempadan Palestin yang dinafikan Isreal itu, cukup ramai polis arab yang membentengi lautan manusia petang 30 Mac 2012 itu. 

Pemimpin dari negara Jazirah Arabiyyah memulakan ucapan silih berganti, termasuk wakil dari Asia, Indonesia & Malaysia. Mereka menggesa  israel menyatakan sokongan dan menolak segala bentuk kezaliman yang di lakukan oleh entiti Yahudi.

Apa yang menarik, wakil dari Yahudi turut sertai perhimpuan itu..mereka turut menperjuangkan hak Ummat Islam Palestin..saya pula tertanya di manakah Ummat Islam yang lainnya?

Venue/Lokasi Masiroh Al-Quds Al-'Alamiyyah bersempadan Palestin,
 di Syuwaimieh Jordan.

Pemuda-pemuda Palestin yang duduk di Jordan mengibarkan syiar mereka..ada yang membawa replika kunci dan geran tanah asal...untuk menafikan tindakan Israel yang kejam.

Rakyat Jordan sedang bersatu menunjukkan mereka tidak akan takut pada ugutan dan ancaman mana pihak yang berkompromi dengan Israel. Alhamdulillah akhirnya tiadalah sebarang provokasi mana-mana pihak diadakan, jika adapun hanyalah niat dihati yang dirasuk iblis supaya takutkan mati syahid!

Dalam Khutbah jumaat dikatakan, sangat panas..Syeikh Hammam menyebut, perhimpunan ini adalah "permulan hujann" bagi membebaskan Bumi Al-Aqsa, beliau turut mengecam mana pemimpin arab yang mengikut telunjuk Amerika dan Barak Obama adalah..bodoh dan dungu, beliau menggesa pemimpin arab segera kembali bermuhasabah atas hubungan mereka dengan entiti Yahudi itu(by as-sabeel).

Kembali penuh semangat.

Petang itu masiroh al-quds al-'alamiyyah dapat dihabiskan dengan baik, hadaf pihak penganjur mengadakannya sangat tercapai bahkan boleh dipuji kerana sudah sampai sempadan dengan Israel. Implikasi perhimpunan ini cukuplah mengerunkan hati-hati mereka yang bersekutu dengan Yahudi Zionis.

Saya dan sahabat-sahabat pulang membawa harapan. Pulang dan akan kembali membebaskan Al-Aqsa yang dicintai Ummat Manusia.

Pulang menjadikan peristiwa ini rakaman sejarah dalam kehidupan. Supaya kita bersama mereka yang beriman membawa panji-panji Islam yang hebat.




Masiroh Al-Quds Al-'Alamiyyah 30/03/2012.
[Sebahagian gambar dari News As-Sabeel]
______________________________________

Polis Jordan menjaga sempadan di Syuwaimieh 2 KM ke Border Jordan-Palestin.
"Black Maria" khas didatangkan bagi mengawal lautan manusia.
Menganggarkan lebih 70 ribu lautan manusia membanjiri Himpunan Raksasa ini.
Rakyat Jordan & Palestin dari dari segenap tempat membanjiri Syuwaimieh.
Muslimat turut hadir meberi dokongan, subhanallah sangat mengagumkan.
Kehadiran lautan manusia yang ramai membantah dasar tanah Israel
pada 30 Mac 1976.
Rakyat Jordan turun memperingati 36 Tahun peristiwa ini berlaku.
Golongan berusia tetap bersama menuntut keadilan.
Bendera Negara Libya turut dikibarkan.
Saff pimpinan Ikhwan Muslimin duduk bersama Syeikh Hammam Said.
Unjuk asa pemuda-pemuda yang bakal syahid turut serta.
________________________________________

 Syeikh Hammam Said- Picture By Ustaz Ihsan Fadhli.
Gambar yang tidak boleh saya lupakan sepanjang hidup. Si anak kecil juga
menyertai Perhimpunan Rehlah Jihadiyyah itu..Subhanallahil 'Azim.
 Sepetang bersama pemuda Palestin di Syuwaimieh.
Delegasi Malaysia[GMJ] yang hadir turut membuat liputan.
 Saya, Ustaz mad, Ustaz Hanif, Ustaz Khairul & Ustaz Fakhrul.
[Hibroh: Bersama kesatuan pemuda-pemuda seusai Perhimpunan Raksasa]
_______________________________________



2 komenan:

Tanpa Nama berkata...

aKM...HE..HE..HE...Lama tk jumpa...mai la Kedah..minggu ni ana bawa Ust Wan jalan2....hari ni ana berjaya juga adjust Ust Wan pi kuliah kat Menara Ambank...

ibn suhaimi™ berkata...

to Ustaz Halizal- Thank You daun keladi ustazku.... tak sabar nak jumpa ustaz sefamily...mana tau boleh hantaq kad wangi ka...

Mohon doa tuk ana iya..jazakallah kheir..

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang