21 Mac 2012

Barnaamij: Harapan rakyat Selangor.

Muqaddimah.


Bumi syam, bumi bertuah.

Tetamu di dataran syam ini lebih bertuah, terkadang di kalangan penuntut ilmu lupa..mengapa ramai tetamu terus mahu ke bumi ini? waimma fikrah, warna, rupa, bentuknya berlainan..tetapi bumi ini teruslah dikunjungi tetamu yang hadir membawa berkat berterusan.


Ahlan Wasahlan Ya Dyuyoof Al-Kirom.


Di saat, pembentukkan negara berkebajikan iaitulah sebahagian atau se juzuk dari negara Islam yang di dambakan oleh ummat akhir ini..bumi tempat saya menuntut di datangi tetamu dari Selangor, negeri tempat lahir saya. Iaitulah negeri di bawah pemerintahan pakar Syarikat yang terkenal..dalam urusan tadbir negeri beliau menjadikan negeri Selangor sebagai Syarikat urus tadbir yang hebat.

Pengurusan Ekonomi yang boleh dibanggakan, amanah dalam jawatannya sentiasa dicemburui pihak lawan, namun slogan good governance tetaplah dianaktiri mereka yang baru melihat empat tahun pemerintahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Terlalu ketara berbanding dahulu, rakyat mendapat tempias kebajikan, antaranya..rakyat di bawah Kerajaan Selangor hanya akan membayar Ringgit Malaysia 11.50sen bagi setiap bulan.

Pemberian air percuma bagi 20 meter padu setiap bulan diteruskan kepada rakyat Selangor termasuk penghuni rumah bertingkat menerusi pemberian kupon air percuma.

Sejak 2008 sehingga September 2011, Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih RM500 juta untuk mempemberian air percuma ini dan setiap tahun hampir 1.2 juta pengguna menikmati faedah ini.

Itulah muqaddimah Ustazah Mariam Abdul Rashid(ummi) dalam open talk Selangor, Harapan & Cabaran.

Bagi MPPMJ Cawangan Mu'tah Jordan, kehadiran Ustaz Fakhrul Razi Mohd Mokhtar -TIMB PRES. ASEAN MUSLIM SOCIETY. Puan Mariam Abdul Rashid AHLI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM ini tidak menghalang anak-anak Selangor yang hadir menepukan ilmu mereka selain yang dikutip di dewan kuliah. Kehadiran mereka menambahkan semangat syubban yang ada..dan nampak mereka tidak sabar pulang ke Tanah Air mentadbi'kan ilmu yang di pelajari.

Masa untuk berjasa kepada rakyat..dari rakyat untuk rakyat.

Alhamdulillah, bersyukur...di saat fatrah imtihan awwal(masuk gua) ini..sahabat-sahabat yang hadir dalam nadwah yang di kendalikan saya itu..cukup-cukup bermakna..terutama bagi anak-anak Selangor yang berada di perantauan.




Muslimah Pembangun Ummah.

Tasyji' tausih..diberikan oleh kedua panel..membuatkan sahabat-sahabat saya tidak sempat membetulkan kedudukkan masing-masing walaupun sejuk mencengkam diri..tambahan angin bumi syam ini tidak menentu..terkadang kuatnya boleh menerbangkan bangunan apatah lagi manusia kecil seperti orang Malaysia ini.

Ummi Mariam, aktivis yang aktif masuk ke masyarakat..sebaris figure-figure muslimat yang lain..beliau memberi dorongan pada sahabiah-sahabiah yang hadir..pesannya lagi.

"..kalau kita memikirkan urusann ummat di luar..menambahkan lagi ketajaman fikiran dan antara tips menghalang minda menjadi tumpul.."

Boleh dikagumi bidang yang ditempuhi beliau, seperti aktivis masyarakat lain, muslimat seperti ummi mariam ini..ghalibnya akan berada di atas highway lagi sekitar jam 2 pagi..dan panggilan sentiasa oncall.

Ala kulli hal..tetamu yang hadir ke bumi ini, terus dimanfaatkan oleh teman-teman sepengajian saya tanpa jemu mereka yang cerdik pandai ini menilai apa yang dibawa.

Setelah selesai barnaamij ini, saya mendoakan tetamu yang hadir ke Mu'tah bumi syuhada' ini..dalam keadaan sihat dan terus berjuang tanpa jemu sebagai da'ei dan terus diberkati Allah dalam segala urusan.

Semoga menghadami apa yang didoakan Baginda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wasallam:

اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ

(Pagi) "..Ya Allah, apa saja nikmat yang kami dapati pagi ini dari mana-mana makhluk-Mu maka sebenarnya dari Engkau jua. Tidak ada sekutu bagi-Mu. Puji dan kesyukuran (kami) untuk-Mu..."

________________________________________________

Sekitar Nadwah Bersama tetamu yang Hadir.



___________________________________

Nota & Tausih'.


(1) Bertemu kali pertama ibu mertua akhi safwan anang itu membuatkan sahabat2 saya semuanya mahu mencari mertua yang terbuka mindanya seperti ummi mariam itu.
(2) Mudah-mudahan tetamu yang hadir(dyuyoof al-kirom) yang hadir membawa keberkatan menambah kekuatan kita yang berada di bumi dataran syam.
(3) Jom terus doakan...untuk jiran yang hampir dengan kita..penduduk Syiria agar tabah menghadapi kezoliman Bashar Al-Assad itu.
(4) Nadwah ini satu ibadah tambahan buat saya dan sahabat-sahabat seperjuangan.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang