07 Januari 2012

Menujulah mas, kepada temanmu Yang Maha Tinggi.

Muqaddimah.


"....Pedih, sedih, terkejut..." begitulah monologi dalam hati saya seusai pemergian mas Abdul Aziz Abd Rahman(al-marhum), menitis juga air mata kepemudaan ini..dalam saya menerima berita itu pada fatrah bakal menghadapi dan berikhtiar sedaya mungkin, berperang saraf dengan imtihan madah(matapelajaran) Ahadis Ahkam Duktur Masyhur Al-Qutaisyat pada 03 Januari 2012 yang lalu.

Inna Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon…

Telalu pantas.

Tibanya tidak disangka-sangka.

Saya begitu faham penderitaan kerana penyakit leukemia, kronologi bermula 03 Disember 2011, seluruh warga se-jordan dikejutkan dengan pemergian mendadak al-marhum Ilham Ilani di Irbid, kini Mas Abd Aziz Presiden Himpunan Pelajar-Mahasiswa Indonesia itu pula menjejakinya bertemu Yang Maha Tinggi. Saya sifatkan, penyakit ini umpama penderitaan Nabi Allah Ayyub Alaihissalam, mereka yang diuji begitu begitu sabar dan tawadhu' dalam kehidupannya.

Sentiasa tawadhu' dalam kehidupan.

Saya ingin berkongsi dengan teman-teman pembaca, berita yang paling sedih dan mengharukan ketika kita jauh dari keluarga di tanah air iaitulah khabar mengenai kematian, khabar ini adakalanya memberi semangat, adakalanya membunuh semangat pada diri.

Buat teman-teman saya di bumi mu'tah ini, jika diuji kematian sesiapapun, usah kita lupa itulah janji Tuhan untuk manusia, cukuplah mati itu sebagai satu peringatan! membuka lembaran sirah junjungan besar Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, para sahabat dan fuqaha'.

Tatkala Imam Syafe'i Rahimahumullah menimba lautan ilmu Allah yang luas beliau juga diuji kematian ibunya, pergi menimba ilmu dengan izinnya ibu lalu jenazah yang diterima sebagai tatapan akhir hidupnya. 

Mereka yang derita ini sentiasa mengerut dada namun didiamkan penderitaannya. Begitu juga akhi Abdul Aziz, waimma beliau teman serumpun saya, kunjungan kami pada 18/12/2011 yang lalu menceritakan kehidupannya.

Ustaz Hussin Fauzi(Presiden MPPMJ) menukilkannya(disini), cukup-cukup membuatkan saya sedia mengalir airmata. Seorang yang memperbaharui Wudhu' tatkala rukhsah diberikan syariat, namun dia berkeras kerana itu sunnah paling afdhal dan disukai para nabi dan alim Ulama'. Semoga Allah masukkan beliau ke dalam syurga melalui pintu Bilal Bin Rabbah Rahimahumullah yang didengari Nabi derapan kakinya menuju syurga. Allahuakhbar..

Begitu juga YDP Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, ustaz ihsan fadhli(disini)..teman seusroh menukil kalam mengenai mas abdul aziz.

Tuhan ingin bertemu denganmu mas..

Dalam seluruh kesedihan yang terbendung di hati ini menyambut berita pemergianmu, kulepaskan dirimu kembali ke Temanmu yang Maha Tinggi bersama selautan doa agar engkau ditempatkan di sisi hamba-hamba-Nya yang soleh dan solehah.

Mas..

Aku tidak menyimpan sebarang kenangan tentang dirimu kecuali engkau adalah seorang PEJUANG yang TIDAK PERNAH BERHENTI BERLARI.

Takziah buat kedua ayah bonda dan keluarga serta seluruh sahabat seperjuangan. Moga kesabaran melepaskan Dyuyoof al-kiroom kita ini, dibalas dengan Syurga-Nya, ameen.

Ziarah terakhir bersama delegasi MPPMJ-18/12/2011.

"....Akhi doakan untuk ana iya, ana udah tahun akhir majesternya..lalu ku balas, insya'alloh akhi...insya'alloh...banyakkan rehatnya iya.."

Itulah ucapan terakhir bersamanya di Mustaysfa(Hospital) Islami di Abdali Amman, saat itu ku yakin beliau makin pulih..

Cukuplah gambar yang diambil membuatkan mesej saya sampai buat para pembaca. Saya tidak sedia menulis lebih panjang.

Tetapi tiada siapa sangka.

Di Bumi itu juga janji Allah untuknya datang.

Kita tidak pernah tahu di bumi mana janji Nya tiba.

Kali terakhir bertemu dengan mas abd aziz, pelajar MA tahun akhir 
di Universiti WISE Urduniyyah. Saat yang sukar saya lupakan. Allahu Allah..

Teman seperjuangannya, dua presiden ini membuatkan saya yakin mereka
sentiasa bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat di Jordan Ini. Namun mas Abd Aziz pergi dulu
menemui Tuhan Nya. Subhanallahi aziimm..

Di Bumi Anbiya’ yang menjadikan dirimu ilmuan
Di Ard al-Ribath yang menjadikan engkau pendukung perjuangan
Di Tanah al-Israa’ kita berukhuwwah mengikat persaudaraan
Hening Pagi di bumi itu juga engkau kembali kepada Tuhan
Bersama Iman dan amal kebajikan
Dalam linangan air mata kusambut berita pemergianmu
Dalam piluku ada segumpal rindu
Namun kau berangkat pergi dengan Husn al-Khatimah
Bekalan paling bermakna untuk mengadap Allah
Tiada yang lebih berharga daripadanya sebagai anugerah
Selamat berkelana Teman, engkau di Barzakh…

… Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat Meliputi PengetahuanNya” [Luqman 31: 34]

Dan cukuplah kematian itu menjadi peringatan buatku.

Firdaus Suhaimi
Dar saqifah bani sa'idah-Jordan.
_________________________________
Nota diri.

(1)Saya mengesat air mata kesedihan keseorangan, agar ia menjadi saksi bahawa yang hidup usah lupa jadikan kematian sebagai satu peringatan buat diriNya.
(2)Al-fatihah buat al-marhum mas abd aziz, moga pahala kesabarannya mengnyahkan penyakit yang dideritai membolehkan beliau menuju masuk ke syurga Allah melalui pintu kesabaran. Amin.
(3)Semoga teman-teman negara serumpun terus berjuang, kembalikan sinar PKS di bumi syam bertuah ini!


3 komenan:

Azza Azman berkata...

tersentuh baca entry ni.. mashaAllah..

Azza Azman berkata...

follow blog ini juga sebagi tanda persahabatan dan sokongan.. teruskan menulis untuk Allah swt.

ibn suhaimi™ berkata...

Azza Azman...begitulah cabaran kami berada di luar negara(bumi barakah) ini..mohon doanya agar semua yang datang menjadi tetamu dataran syam ini tabahh kemudian sabarr iya....

Alfunn Syukroon..

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang