14 Oktober 2011

Suami dan isteri di Syurga Allah.

[ Majlis Kesyukuran Mutazawwijin ]
Dijemput kepada semua keluarga Permata untuk memeriahkan Majlis Kesyukuran Mutazawwijin pada :
Tarikh : Khamis , 13 Oktober 2011
Masa : 6.45 petang
Tempat : Puskma & Wisma

' Keluarga Permata , Inspirasi Bersama '
 
(klik kiri untuk besar..)

Muqaddimah yaumul Jum'ah. 14/10/2011.

Perhatian: Pembacaan teliti penuh fokus diperlukan.

Kalau sebelum ini, saya pernah menulis tasawur panjang tanpa henti di artikel persepsi pernikahan a.k.a perkahwinan disini(ini). 

Insya'allah kali ini saya mahu menulis lagi dalam fiqh munakahat ini agar pembaca laman saya dapat menarik rahmat Allah supaya hatinya menjadi tenang seterusnya sebagi satu Ibadah. Tenang dan tenteram adalah cuaca dalam hati, jalannya cuma satu iaitu setelah mendapat rahmat Allah tersebut.

Alhamdulillah wa syukurillah, haflah mutazawwijin 2011(Sambutan Majlis Perkahwinan) dianjurkan Persatuan tercinta PERMATA mendapat pujian ramai, mabruk alaikum AJK pelaksana, adhoc yang haibat mempersiapkan majlis simple ini menjadi bermakna. Bermakna untuk keluarga PERMATA, bermakna untuk kemaslahatan Ummat Islam.

Kalau dulu, di batch saya(tahun 2010) 7 pasangan mempelai berjaya mengharumkan nama Mu'tah Jordan ini, kini bertambah 10 pasangan mempelai melakukan Baitul Dakwah menuju sakinah, mawaddah wa rahmah di Bumi Syam barakah ini.

Sifirnya, makin meningkat tahun makin bertambahlah pasangan. Tak pasti mungkin andaian teman-teman sayalah tu.

Barakallahulakum jami'ann, muqaddimah ucapan Ustaz Nazri selaku Presiden PERMATA malam tadi cukup bermakna, ditakhrijnya Hadis Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam yang diriwayatkan Abu Hurairah Radhiallahu anhu:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
'Seseorang wanita itu dikahwini kerana Empat perkara: kerana kekayaannya, keturunannya, kecantikkannya, Agamanya, Maka pilihlah yang menjaga Agamanya nescaya engkau beruntung'
[Hadis riwayat Imam Bukhari wa Muslim, Kitab An-Nikah 4802, kitab Ar-rida' 1466]

Hadis yang menarik minat para pemuda-pemudi diluar sana, dan martabat hadis sahih ini sangat terkenal dikalangan Ummat manusia, sampaikan kalau boleh mahu dihafal terus dan ditasmik 20kali tanpa henti-henti..

Sesuatu yang menarik dalam pemilihan ciri-ciri jodoh yang ideal yang digariskan oleh Junjungan Mulia Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, mengikut fitrah, kehendak, keinginan manusia dan Rasulullah SAW adalah orang yang paling memahami fitrah ini, permulaan hartanya, kedua nasab keturunannya, ketiga cantiknya, keempat Agamanya, Allahurabbi susunan ini menandakan fitrah manusia dilatih oleh Baginda SAW supaya manusia akur dan bersyukur.

Subhanallahil a'zim pada akhirnya Agamalah yang menjadi pilihan si pemuda-pemudi yang beriman itu. 

Muqaddimah pres mppmj itu.

Apa yang boleh saya gambarkan perasaan gembira dan teruja terpamer di wajah teman-teman saya yang baru berumah tangga itu, semuanya bertenaga menceritakan saat lafaz sakinah mereka.

Sesuatu yang menarik minat saya, teman saya Ustaz Hamzah Hassan itu bertemu zaujahnya dalam tempoh 10 hari yang berlalu, beliau mampu membina ikatan  pernikahan dalam tempoh(fatrah) sekejap itu sebelum kembali semula ke Bumi Urdun bertuah ini. Hebat.

Ustaz Hussin Fauzi, sering mengingatkan pandanglah masa depan 10, 20 tahun ke hadapan, pandanglah masa depan untuk Islam, kalau mahu anak seramai sepuluh orang nanti, pastikan mendidik mereka dari saat ini, kinayah hebat itu lahir dari ucapan Presiden MPPMJ(ini) waimma belum pun berumah tangga. Mantap kalamnya.

Bertepatan itu, Allah SWT merakamkan dalam Al-Qur'an:

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak, bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, dan jagalah silaturrahim"
[An-nisa': Ayat 1]

Dan firman Allah SWT lagi:

"Dan dari segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan(Suami dan Isteri),
supaya kamu mengingati Allah.
[Adz-Zariyaat: Ayat 49]

Suami dan Isteri di Syurga Allah.

Mungkin dikalangan kita masih belum membaca kisah pertemuan Baitul Dakwah Syeikh Said Hawwa Rahimahullah dan Ummu Muhammad, saya ada ceritanya, saya cukup kagum dengan penulis Kitab Tafsir Al-Asas Fit Tafsir itu, sejenis karya agungnya yang ditulis di dalam penjara.

Tika didalam sijnun(penjara) Ummu Muhammad menjaga Syeikh Muhammad, Syeikh Ahmad, Syeikh Muaz dan Fatimah dikala mereka masih kecil dan perlukan perhatian seorang bapa.

Ironinya Allah SWT menyempurnakan bantuan kepada Isteri seorang pejuang AgamaNya, beliau mampu mendidik anak-anak kecilnya, semasa ditekan musuh-musuh agama dikiri kanannya, justeru 5 tahun Syeikh Said Hawa di dalam penjara dirasaikan kekuatan dirinya mampu mentarbiyah anak-anaknya dengan didikan Agama, apabila Syeikh Said keluar penjara beliau mendapati anak-anaknya mendapat didikan yang hebat. Subhanallah.

Ditanya kepada Ummu Muhammad bagaimanakah Syeikh Rahimahumullah mengenalinya?

Awalnya, saya hanya mengetahuinya ketika di tahun akhir di Universiti sedangkan dia ketika itu telah 2 tahun meninggalkan universiti. 

Saya tidak mengenalinya langsung namun mengetahuinya dari sepupu sebelah ibu saya. Sebelum kami berkahwin, berlaku pelbagai penentangan di Syria, kemudian demonstrasi Hammah, masjid-masjid dibakar dan keadaan ini memaksa beliau berlindung di Iraq selama 2 bulan. 

Beberapa individu tertentu yang baik hati telah membantunya sehingga diampuni dan dibolehkan memasuki Syria kembali. Sekembalinya dari Iraq, kami terus mendirikan rumahtangga dan menetap di kampungnya, Hammah selama 2 tahun. Kemudian kami ke Saudi selama 5 tahun dan kembali semula ke Syria dan ketika itulah beliau dipenjarakan.

Beliau sering menawarkan saya menemaninya dalam musafir namun saya lebih selesa untuk bersama anak-anak dan meneruskan tanggungjawab saya mendidik mereka. Waktu keluar untuk urusan dakwahnya sering tidak menentu namun saya akan selalu berpesan setiap kali beliau ingin keluar.." ALLAH MA'AK" (ALLAH BERSAMA KAMU) dan apabila tetamu datang , saya akan ucapkan "Ahlan wa sahlan."

Jika dikunjungi keluarganya, saya akan meraikan dan melayan mereka dengan sebaik-baiknya. 

Antara sikap beliau yang amat saya fahami adalah beliau inginkan agar ibu bapanya dilayan dengan baik. Begitu juga dengan tetamunya. Ibunya masih ada lagi dan kami sering menziarahinya. Bapanya telah pulang ke rahmatullah 4 bulan lebih selepas Syeikh Said Hawwa Rahimahullah meninggal.

Kehidupan pasangan suami isteri, soleh solehah yang menerima ujian Allah SWT ini sangat hebat, sehingga kini anak-anaknya pula mewarisi perjuangan Ibubapanya, mereka istiqamah memberi ilmu tanpa jemu pada Ummah dan Masyarakat.

Kita di Mu'tah Jordan berbangga mendapat didikan langsung dari anak sulung Syeikh Said Hawwa iaitulah Syeikh Duktur Muhammad Said Hawwa Hafizahullah yang pakar dalam bidang ilmu jarrah wa ta'dil, Hadis Ahkam dan Takhrij Hadisnya. Usah persia-siakan teman-teman, Allahuakhbar.

Mengutip mutiara ilmu dari Syeikh Duktur Ahmad Said Hawwa
turut bersama saya akh pudin dan rohimi [kenangan lalu].


Anak buah TDI a.k.a Usrah saya memberi tasyji'.

Jazakumullah, kumpulan nasyid mirone yang sudi mendendangkan nasyid mereka untuk malam Haflah Mutazawwijin kali ini, cukup bermakna namun perlu dihayati, lebih baik kalau hafal sekali.

Bila dua hati dah terjalin,
Selamatlah pengantin kami doakan,
Moga redha Allah bersinar selalu,
Tanda bermula bahtera hidup..

Dalam melayari bahtera rumahtangga,
Ada masa tenang dan masa gelisah,
Jangan nafsu diikut melulu,
Sabar dan kemaafan itu perlu..

Beginilah resam manusia,
Tak lari dari ketentuan Ilahi,
Suami ketua isteri pembantu,
Melangkah hidup saling berpadu,
Susah dan senang hadapi bersama,
Moga kekal ke anak cucu..

Moga kekal hingga ke syurga..

Saya diberi tasyji'(motivation) percuma oleh akhi Ashaari(ini), beliau berpesan pada saya agar menuju jalan sama yang dilaluinya kini, namun beliau telah pun selamat dalam proses ijab kabul bersama pasangannya ustazah salwani dikala kami adik-beradik usrah sedang memerlukannya, bukan sedih tapi kehilangan sebentar.

Saya dan ahli usrah lain meredhai perjuangannya dalam menuju bahagia yang dimulai dengan lafaz mawaddah wa rahmah itu. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati antuma berdua dan akhirnya lahirnya zuriat soleh-solehah yang hebat di muka bumi Allah SWT ini, Allahumma amin.

A.Ashaari yang berbaju putih kini penjagaan dirinya telah
disempurnakan zaujahnya. Mabruk alaik ya akh dari kami ahli usrah yang komited.
[kenangan TDI/Usrah di Dar Saqifah]

Perkahwinan itu menjadikan sepinggan nasi boleh makan berdua.

Sebelum mengakhiri kalam buat kali ini, saya memetik kalimah ustaz mad diantara teman-teman mutazawwijin yang kuat memberi tasyji'nya, 'Perkahwinan itulah yang menjadikan sepinggan nasi boleh makan berdua' dan dari ikatan yang halal itulah manusia mampu melakukan amal-amal Islami yang lain, semua perbuatan diantara suami isteri yang soleh-solehah menjadi Ibadah disisi Allah SWT. Insya'allah.

"Daripada Anas Radhiallahu Anhu berkata, Sabda Nabi Sollallahu alaihi Wassalam,
Apabila berkahwin seorang itu Maka dia telah pun menyempurnakan separuh daripada
Agama, Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan baki yang
separuh lagi"

Untuk akhirnya, alfun mabruk jami'an untuk pasangan Mutazawwijin di negeri Mu'tah Jordan ini, mudah-mudahan dengan ini bertambah haibat pengukuhan Unit Kaunseling/Baitul Muslim disini seterusnya mampu mengawal gerak-geri sahabat-sahabiah, syabab akhwat yang masih menanti waktu itu yang akan berkunjung tiba, insya'allah.

Selamat Menyusuri Rumah Tangga
Ustaz Ashaari dan Ukhti Salwani
_________________________________________

Dahsyatlah akhi, berbaju ungu[purple] syibih-syibih warna Nisa' Malaysia tuh.
Mabrukk alaik..
Ahli TDI/Usrah ana yang komited pulang ke Malaysia membawa berita gembira,
mudah-mudahan antuma lebih hebat dalam perjuangan di Bumi Urdun nanti. Aminn.
[sumber dari keizinan tuan-di facebooknya]
Sahabat-sahabat yang sempat ke Walimah Al-urusnya di Perak dalam 
fatrah cuti semester musim panas yang lalu. Tunggulah ana balik nanti,
semua walimah ana pergi..Barakallahu fikumm jaami'ann.

5 komenan:

Si Puteri Ali berkata...

=)

ibn suhaimi™ berkata...

senyum sahaja...beri semangat teman2 saya..tu..

Saifudin Abu Bakar AlBanggoli berkata...

Waduh,akhi...
huhu,bab baitul muslim plak yer..
راءع جدا !!!...

p/s:-terharu,dimasukkan lagi skali gambar kita bertiga bersama Al-Faqih Dr. Ahmad Hawwa...
semoga Allah merahmati Dr. Muhammad Hawwa,Dr. Ahmad Hawwa,dan Syeikh Muaz Hawwa...
قدس الله سرهم,وينفعنا بعلومهم,...

ibn suhaimi™ berkata...

Saifudin: ana rinduuu pudinlah:( kenangan bersama talaqqi dengan Duktur Ahmad Hawwa Hafizahullah,

Bila pudin nak mai bayt kita ni? mudah-mudahan perjuangan yg istiqamah di Tanah Air iya...

ibn suhaimi™ berkata...

الله يوبارك فيكم جميعا.....اللهم أمين

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang