24 Ogos 2011

Via; Funduk Al-Nawarat Al-Arabia.[Umrah Ramadhan]


Bersama akh shukri dan akh nua. Ibrah di depan funduk.

Haza min fadhl rabbi.

Alhamduillah, perjalanan musafir 30 jam mubasarotan di dalam bus berjaya ditamatkan dengan masuknya rombangan saya dan teman-teman diketuai sahabat saya yang rajin senyum itu aka Presiden MPPMJ, Ustaz Hussin Fauzi, ke Bumi yang sering dirindui Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam.

Kemasukkan kali ini benar-benar dirasai saya persis berlakunya fathul makkah yang berlaku pada tahun ke apan hijrah dalam bulan ramadhan yang mulia.

Sebelum sampai di sempadan Jordan-Saudi arabiah lagi hati saya cukup-cukup memohon ampun pada Allah, jikalan perjalanan ini yang terakhir buat saya dan teman-teman untuk menjadi dyuyoof al-kirom[tetamu Allah yang mulia].

Murobbi kami Ustaz Anhar memberi guideline, manasik umrah tarbawi kali ini, benar-benar saya rasai seperti menyoroti kisah sirah nabawiyyah yang panjang itu.

Untuk kali ini saya diberi taklifat oleh presiden untuk menyampaikan tazkirah dalam bus mengenai peperangan Tabuk usai kami melalui daerah yang berlakunya peperangan tabuk itu.

Ia berlaku pada bulan rejab tahun ke 9 hijrah, peperangan yang akhirnya ditauti oleh rom yang menjadi musuh utama Islam ketika itu, ibrahnya cukup besar iaitulah menangkis tanggapan yang menyatakan Nabi SAW tidak cakna pada urusan membebaskan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman Rom saat itu, kerana ghazwah ini berlaku di sempadan arab dan bumi syam.

Saya turut mengupas, ibrah penting dalam ghazwah Tabuk ini iaitu sikap manusia yang suka dan banyak beralasan untuk beribadah kepada Allah SWT, antara alasan mereka takutkan panas, sehinggakan Allah merakamkan di dalam Al-Qur'an dan surah At-Taubah ayat ke 81:

 "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. 

Semoga hati kami pemuda syam dari Jordan yang ikuti umrah musim panas, musim ramadhan, musim ujian, musim peperangan yang banyak berlaku dalam sirah nabawiyyah sentiasa kami hadami untuk masyarakat nanti. Insya'allah.

Bersama dua presiden hayati ibrah.

Presiden MPPMJ dan Presiden PERMATA, turut bersama dalam rehlah tarbawi kali ke Haramain kali ini, subhanallah sampainya kami di disambut dengan cuaca dahsyat 45°Celcius, penat kerana belum berbuka sangat dirasai bersama ummat Islam yang menuju ke kota ini, dan hampir 150 ribu yang memuatkan Masjidil Haram bulan lail al-qadar yang terdapat kaabah yang suci itu.

Alhamdulillah, ibadah umrah kami bermula dari niat miqat dan ihram di birr ali, tawaf, sa'ei dan akhir bebas dari larangan semasa berihram(tahalul).

Tika ini saya sering ingat, pesanan TGHH dalam erti Haji imma Umrah ada feqhnya, begitu juga dan siasah, ibadah, muamalah, kehidupan manusia yang diatur Tuhan supaya mengikut segala apa yang diperintahkanNya, usah ambil perkara yang separuh(hanya pada memberi kebaikkan dirinya) dan meninggalkan sebahagian yang lainnya.

Akhirnya saya begitu selesa untuk memahami dan lebih hayati lagi ibrah di Tanah Suci ini.

Malam tadi(malam ke 24) hajat saya tercapai untuk mengikuti Imam Masjid Al-haramain Syeikh Maher Al-Mua'qeli hafizahullah, diikuti tahajud oleh syeikh saud Ash-shuraim dan syeikh Abdur rahman ash-sudaisy yang jarang untuk turun menjadi imam kecuali musim umrah di bulan ramadhan yang mulia.

Syeikh Abdur Rahman Ash-Sudaiys yang jarang-jarang kali
menjadi imam haramain kecuali di Bulan Barakah ramadhan karemm.

Mudah-mudahan ibadah umrah saya dan teman-teman kali ini mengikut apa yang disebut oleh Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam, iaitu "umrah pada bulan ramadhan menyamai satu haji, dalam riwayat yang lain menyamai haji tika ada bersamaku"[riwayat sohihain]

Memberi tumpuan Ibadah ditempat yang manusia menjadikan kiblat padanya.

Alhamdulillah, saya dan teman-teman meneruskan ibadah disamping menanti malam ganjil penuh ibrah, malam yang diberikan keampunan oleh Allah untuk mereka yang ikhlas memohon ampunan padaNya.

Mohon doa sahabat2 blogger agar kami diberi kesihatan yang baik, meneruskan agenda doa yang dikirim sahabat-sahabat untuk dibacakan di pinggirin tempat mustajab berdoa seperti, multazam, hijr islamil, maqam ibrahim, safa, marwah dan lain-lainnya.

Bersama akh nua di sutuh(bumbung) aras ke tiga demi mencari
Ibrah dalam erti perjuangan pemuda bumi syam.

Akhir kalam, selamat meningkatkan ibadah malam penuh keampunan itu, usah disibukkan dengan erti hari raya yang namun kita tidak difahami erti sebenarnya. Ingat tu.

[semoga takbir raya kita nanti takbir kemenangan]

firdaus suhaimi
via: makkah al-mukarramah
10.08 pagi.



2 komenan:

Si Puteri Ali berkata...

wahhh..seronoknya dpt jejakkn kaki ke sana..skali pergi tntu nk pegi lg kn2...

ibn suhaimi™ berkata...

Tob'an si puteri ali..mudah2an doa anda juga termakbul ke sana..

Gandakan usaha sedaya mungkin!!

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang