02 Jun 2011

Galakan|persepsi itu ada untuk perkahwinan.

Gambar karikatur..by kartunis ubi..
kredit to Cartun Ubi..

Muqaddimah.
Peringatan betul-betul: kali ini lebih santai penulisannya.

Perasaan setelah examination yang bertalu-talu telahpun sepi berlalu, mimpi-mimpi terkini indah sahaja saya lihat dan rasai, entahlah imtihan di bumi arab begitulah, cepat secepatnya, kesian tengok pada adik-adik baru ini, riak wajahnya macam termengah-mengah mengejar tarikh mahu hurriyyah merdeka, sama perasaan saya dululah tu, ada yang fikirannya di kuliah periksa lagi, ada yang nampak kertas periksa syibih-syibih kampung halamannya pun ada, ada yang sudah hitung perancangan yaumul utlahnya, tidak dilupai ada yang mengintai jenis kapal terbang yang menanti di airport Queen Alia-Amman itu.

Dan biasanya, waktu beginilah saya gunakan untuk tumpu-menumpu pada penulisan, idea banyak kot agaknya, life campus dibumi arab, inilah pengalaman namanya. Mudah-mudahan ia penulisan berjaya mengubah gelisah  seharian dek melawan hawa nafsu dengan ibadah. Penting tu. 

Perhatian saya di mukabuku sudah tidak keruan lagi, ada saja Walimatul Al-Urus(Majlis Pengantin) yang dijemput supaya saya hadir ke sana, kenal atau tidak dijemput jugalah, ini penangan facebooklah ni, walhal tidak tahu ke saya duduk luar negara ni, sambil mencebik bibir saya.

Ataupun panggilan terkini "musim-musim TAG kad wangi".

Masakan tidak! orang kampong saya yang dulu kerjanya menghantar kad wangi yang ada gambar love itu ke 100 buah rumah ahli kariah kampong pun macam dah tiada kerja sekarang. Menganggur katanya. Dahsyat betul kan. 

Alhamdulillah, sesuailah idea datang mencurah-curah kali ini, mengikut tajuk pada blog saya kali ini. Lihat tajuk pun senyumlah tu, terima lah seadanya iya. Saya tahu ramai suka membaca penulisan picisan saya ini kan?kan?perasanlah tu.

Pernah satu kali, datang mesej yang berbaur request, hajatnya supaya saya tulislah hal nikah kahwin ini, "sekurang-kurangnya berseri sikit blog ustad tu, katanya", sungguh-sungguh bunyinya ye, maaflah penulisan saya bukan serencam mana sekadar memotong bawang merah dan halia kemudian dicampak ke kuali buat masak tumis bolehlah.

Tapi bagi tidak mengecewakan kepada yang beria-ria merequest saya tu, ambil lah yang mana-mana baik dan boleh dijadikan pengajaran, istifadah, terutama topik perbincangan pemuda-pemudi, dewasa-dewasi kini yang tak lain tak bukan tajuknya kalau duduk ramai-ramai berbincang bab munakahat, nikah kahwinlah tu. Punyalah gambaran remaja zaman kini, bab kahwin saja ye tersenyum sampai gusinya pun ikut senyum juga.

Cuma, teringatlah kata TITM yang dulu pernah saya dengar ceramahnya, orang melayu kalau duduk seorang tidur jadinya, duduk berdua mengumpat mengata sekali-sekala, duduk ramai-ramai kendurilah tu. Tersenyum saya, inzar yang kena pada masa kini, mentalitinya kan begitu, tak mahu mengakulah tu. Orang melayu yang mu'min dan mukminat kena sentiasa kuat keyakinannya okey. Jangan suka duduk bersendirian, bermasyarakatlah.

Peringatan begini terkandung dalam pelbagai berita gembira dan berita buruknya sebagai peringatan pada orang mukmin supaya bertambah kuat iman mereka. Ingatlah wahai diri saya.Muhasabahlah.Muhasabah.

Maka,kembali semula kepada soalan yang kerap ditanya pada saya:

"Wehh, ngko bila nak balik malaysia lame beno kat tempat orang tu?!"

Selalunya yang tanya soalan begini adalah dikalangan ahli keluarga, sepupu-sepapat yang rapat, yang kenal saya, kawan-kawan diploma dulu pun ramai juga yang tanya hal yang sama.

Selalunya juga saya sering jawab begini, "abis belajo aku baliklah, tak cukup purnama agilah, tunggu purnama cukup dululah wokey, bulan purnama tu penting, tunggu ye, dun wuri wokey"

Tetapi, soalan yang seterusnya ini yang membuatkan saya cuba perasanlah sikit, tabiat, fitrah selaku manusia lemah yang biasa.

"ha bila kamu nak kawin yob? enta kan udah lama belajar, kalau belajar aje kahwinnya bila ust?"

Confius jugak dengan soalan tersebut[bagi soalan ke jawabkan sekali ni?], selalunya kalau soalan begini, kawan-kawan yang dah kahwinlah suka tanya ni, sudahlah, sajalah tu buat-buat tasjiy' membina pada saya pula. 

Tetapi saya terima dengan lapang dada, itu fitrah manusia, siapapun kita usahlah melanggar fitrahnya tetap sama ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Sebenarnya, yang tanya itu, sengaja nak suruh saya jawab camni kan; okey fine,esok jugak ana buat announcement, ana kawin dengan si fulanah binti si fulan, dengan mas kahwin sekian-sekian, live di masjid sekian-sekian, pukul sekian-sekian, ha sukalah tu, ana jawab begitu kan! meh sini ana pukulkan, nak sangat tahu pukul berapa ye..

Hish...ada satu kali tu, dia kenal mana-mana si fulanah binti si fulan, rajin dan gatal tangannya pergi telefon dan cakap si ustad pidaus tu dah lama perhati kamu tau. Minat betul dia pada kamu. Memang tak sayang mulutnya jenis macam ni..!hmm..

"tolonglah si ustad pidaus ni dah tak sabar gamaknya, kesian betul dah tahap  
kewajiban ni"katanya lagi..Hish layankan karenah kawan-kawan ni, tergelak sendiri banyak kali pun ada tau.Lagho betul, macam-macam kan..

Satu Fitrah.

Cerita mengenai perkahwinan takkan kering air liurnya, malah sentiasa terhibur sahaja, takkan habis, panjang sangatlah, berpuluh-puluh kitab boleh ditahkik kalau munaqasyah bab perkahwinan ini belajar guna kitab Nikah[dalam Minhaj Tolibin] tu pun tak abis-abis, mengikut pula penyampaian si penceramah, duktur atau masyeikh, baru faslun nikah,belum bab khitbah lagi, belum bab sekufu lagi...baru satu kitab, belum bahas kitab al-usratu wal mujtama', fatawa an-nisa', wasoya rasulullahi ilal maratil muslimah, kitab ar-maratul muslimatu, fatawa an-nisa' al-ashriah dan lain-lain lagi, banyak kitab dan bab, allahurobbi hebatnya ulama' terdahulu menulis pelbagai kitab kan.

Kalaupun ambil madah zawaj wa tholaq dengan Dr. Azzam atau Dr.Ali Zuqayli atau Dr. Faris Mur'ei pun takkan habis lagi ceritanya, pulak-pulak kita pelajar syariah,yang reti mengistinbat hukum dari bab munakahat, perkahwinan ni memang deras semacam. Kalaulah derasnya sama mengistinbat hukum dari bab solat jama' wal qasar ke, bab al-aimann sumpah, qhamus wal mun akidah ke tak pun bab safar mar'ah ila makkah ke, ataupun bab huruf jar yang bercabang-cabang itu[tak termasuk i'robnya tu], sentuh malam imtihanlah jawabnya.Muhasabah lagi.Muhasabah itu ibadah.

"Dijadikan indah pada(pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa
yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak
dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak
dan sawah ladang".[Ali Imran:14].

Tiada siapa menafikan fitrah manusia adalah berkasih kemudian sayang menyayangi, orang lelaki memandang perempuan sabagai satu yang sangat indah dipandangan mata mereka, manakala yang perempuan memandang lelaki sebagai satu pelengkap dalam kehidupan, kebahagiaan mereka. Menjadi sunnatullah pada kehidupan ini. Maka kalau kita melihat sejarah Nabi yang agung Saidina Adam Alaihissalam yang sunyi di dalam syurga Allah, lalu diciptakan Saidatina Hawa bagi melengkapkan hidup yang kosong itu, penuh hikmah penciptaan Allah Yang Maha Agung, lalu berkembanglah zuriat demi zuriat, generasi demi generasi, jadilah kita sebagaimana pada hari ini, maka berjuta-juta manusia pada hari ini, yang lain warna dan rupanya pada setiap satu daripadanya di atas muka bumi ini, yang berasal dari satu fitrah dan nalurinya ingin berpasangan, berkasih sayang dan melahirkan zuriat dari kalangan mereka.


Muslim ataupun non-muslim, asalkan namanya manusia, pastinya inginkan perkahwinan, [walaupun hakikat disana ada orang yang bukan beragama Islam, tidak menginginkan perkahwinan tetapi tidak dapat dinafikan mereka tetap ada nafsu inginkan persetubuhan diantara keduanya] yang lelaki inginkan perempuan, yang perempuan mahu lelaki. Waimmalah binatang yang tiada akal pun Allah ciptakan supaya mereka berpasangan suka antara jantan dan betina, kemudian lahirlah binatang yang lain dari hubungan itu. Cumanya haiwan tiadalah akad nikah, tak payah semua itu, janji mereka bahagia menjalani kehidupannya, makan, tidur, dapat lahirkan anak. Adapun manusia Allah ciptakan dengan sebaik-baik kejadian, diciptakan nafsu dan naluri berkeinginan, lalu akal lah yang memandu naluri manusia itu, maka tidak sepatutnya manusia berkelakuan seperti haiwan, jika ada dikalangan manusia berkelakuan seperti itu maka sebenarnya beliau lebih teruk dari haiwan itu tadi, sebaiknya manusia muhasabahlah diri, mereka sebaik-baik kejadian. Dicipta menjadi khalifah[orang yang memimpin] di atas muka bumi Allah Yang Maha Besar ini.


Maka oleh itu Islam sebagai ad-deen yang syumul telah menggariskan dan mengajarkan cara dan kaedah paling terbaik untuk memandu naluri dan fitrah manusia itu tadi. Maka dengan itulah apa yang disyariatkan di dalam Islam yang namanya pernikahan. Hebat kan Islam.


"Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu
dari diri-diri kamu isteri-isteri kamu supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kamu kasih dan sayang. 
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang mahu berfikir"[Ar-rum:21].

Allah subhanahu wa ta'ala mencipta manusia, cipta fitrah suami yang faham tanggungjawabnya dan toleransi serta sifat ihsan pada sang isteri,dan cipta isteri yang mudah menjadi penawar hati bagi suami, mudah cerita macam nasyid kumpuan raihan itulah, isteri cerdik nan solehah penyejuk mata, penawar hati, pengubat fikiran, pandai memasak, dia ibarat tongkat sibuta, bila tiada satu kehilangan..sila sambung sendirilah ye..

"Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak)
perempuan yang yatim(bila mana kamu mengahwininya), Maka kahwinilah
wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, Maka kahwinilah
yang seorang sahaja atau budak-budak yang kamu miliki, yang demikian
itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya".[An-nisa':3].

Dalam membahaskan ayat ini, tidaklah saya ingin memperincikannya, di dalam mentafsir ayat kena fahami kaedahnya, seperti kaedah "al-ibrah bil umum lafaz laisa bi khusus as-sabab" kaedah yang diambil untuk ayat al-qur'an berdasarkan lafaz umum bukan sebab-sebab tertentu, siapa bidang usuluddin tahulah tu.

Adapun kalimah طاب pada ayat ini membawa maksud perempuan yang terbaik bagi kita ataupun yang kita senangi bersamanya sama ada dari sudut muamalah dalam kehidupan seharian kita bersamanya, penuh rasa izzah pada dirinya tika melihatnya, menyejukkan mata zahir dan mata hati kita, maka pilihlah yang kita senangi untuk dijadikan permaisuri hati dan teman hidup kita.

Selain itu ayat ini menjadi wajhu dilalah(dalil yang sama) pada hukum yang berkaitan dalam bab ini, contohnya bab berkahwin dengan anak yatim dan takut berlaku zalim dalam ayat tersebut, dan paling utama dalam bab poligami, yang asyik menjadi sebutan kepada muda-muda, mahupun yang berusia ketika kini atau istilah arabnya 'ta'adud zaujah'. Kalau belajar kitab rawa'iul bayan tafsir ayatul ahkam minal Al-qur'an dengan Syeikh Dr. Amin Butush yang membuka kuliyyah talaqqi di masjid syuhada' itu fahamlah apa yang disampaikannya tentang taadud zaujah ini.

Ayat ini terangkum tentang dalam pensyariatan keharusan hukum berpoligami, mengikut tafsir al-qurtubi berkata pada ayat 'masna wa thula wa ruba' diatas pada pandangan syiah rafidhah dan firqah zahiri mengatakan 2+2,3+3,4+4 bersamaan 18 orang isteri yang boleh dikahwini, itulah sebab mereka boleh membuat kahwin mut'ah tu. Adapun disisi Jumhur Ulama', menjelaskan kalimah ini daripada lafaz bilangan yang jelas, dua, tiga, empat. Haram pabila lebih daripadanya. 

Ramai pula dikalangan lelaki menjadikan ia sebagai hujah asas yang kuat pada si isterinya, lagi-lagi bila tiba masa untuk membuka cawangan keseterusnya, fahamlah tu kan, kalau boleh mahu dihafalnya dan diulang serta ditasmik sebanyak mungkin, sampai 20kali agaknya ye. Adapun disana dalilnya memang sohih, boleh diambil sebagai hujah tetapi ramai yang mengambil separuh-separuh saja, hish.. ini yang nak kena cubit perutnya ni! time bertekak dengan isterinya mulalah istinbat hukum dengan separuh-separuh mengikut kepala akalnya tu, takpelah kalau si isteri memang jahil pada hukum hakam ini, tapi kalau zaujahnya seorang hamalatul qur'an, seorang hafizoh, ada pHd Uni.of Jordan bidang usuluddin tafsir lagi macam mana?terlupa pulak disitu kan.. silap yang besar mahu si suami nak berhujah separuh-separuh ni..

Maka dinaqalkan pada saya satu kisah yang diolognya dapat dirakam seperti berikut:

Si isteri: "ooo.....'masna wa thulas wa ruba' ye, pandai awak, sayang awak..untungnya saya dapat suami macam awak..masyi pulak tafsir al-qur'an, pastu kahwin sentiasa ikut sunnah Nabi..
Kata si lelaki: "memanglah, tob'anlah awak pilih saya dulu pun sebab saya alim la kan?kan?
Kata si isteri: alim ye, alim sangadd, abiss 'wa inn khiftumm alla ta'dilu tu awak nak letak mana yer? awak tak sedar, makan,minum saya uruskan, pakaian awak tu saya yang asyik basuhkan termasuk yang kecik tu pun saya belikan, kahwin pun berhutang keliling pinggang, kononlah dulu kitalah Raja SEHARIAN ye, nak tanggung mana bini awak yang lain tu? nak pakaikan apa ye? nanti ada anak nak suruh sayalah tolong jagakan ye? nak suruh mintak ya hagalillah2x kat tepi masjid syuhada' ye? itu yang zahirnya yang batinnya belum lagi dengan keadaan awak yang lemah tu..awak nak zalimkan yang 3 lagi tu ye?blalalala..
Si lelaki: hihihi, awak tolonglah berkorban demi saya, katanya awak sayang saya seribu kali sayang, sayang sampai ke pintu syurga, inilah masa untuk berjuang berkorban demi suami kan?kan? yang batin tu, jangan risau adalah rahsia saya..hehehe...
Si isteri: "ooo...camtu ye..banyaklah cantek muka awak, udahlah saya kerja separuh mati, awak tu kerjanye makan pastu tengok cerita detektif canon aje..kerja taknakk kawinn nak...blablablablaaaaa..blabebelbebelbebell..

Sinopsis ceritera itu tidak berkesudahan, dengar katanya 100jam tanpa henti, ishh..katanya sampai jiran sebelah menyebelah semuanya belah taktahan akibat pertekakan si suami dan isterinya. Mudah-mudahanlah pembaca yang budiman di laman saya ini dijauhkan tapi tidak mustahil beginilah realiti dalam masyarakat kita yang wujud harini. 

Perlukan golongan pendakwah masakini yang masuk kepada mereka dalam pelbagai aspek dan pakar segala skill dalam dalam urusan rumahtangga. Maka kita orang muda jangan jemu mencari dan hadami ilmu demi hari mendatang okey. Ingat tu.


Salah satu sunnah Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam.

Pernikahan salah satu sunnah Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam dan dikira ibadah yang amat besar pahalanya.

Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda: 
"kamu mengatakan sekian-sekian? Demi Allah akulah orang yang paling takut
 kepada Allah dari kalangan kamu..dan akulah orang yang paling bertaqwa kepadaNYA,
 tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur dan
 aku berkahwin dengan perempuan, barang siapa yang tidak suka 
dengan sunnahku maka dia bukanlah dari kalanganku".

Wurudnya hadis ini, adalah kisah daripada Anas Bin Malik Radhiallahu anhu, bersama beberapa sahabat yang datang ke rumah isteri Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam yang ingin membanding diri mereka disisi Nabi dan Rasullullah adalah yang diampunkan dosanya yang sebelum dan selepas oleh Allah Ta'ala, salah seorang mereka berkata, aku mahu beribadah sepanjang malam tanpa henti, berpuasa sepanjangnya tanpa berbuka, dan aku tidak mahu kahwin dengan perempuan. Maka Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam menjawab seperti didalam hadis riwayat Imam Bukhari Radhiallahu anhu tersebut...maka Nikah adalah salah satu sunnah nabi kita, allahurobbi, siapalah yang tidak mahu mengikut sunnah nabi kekasih Allah itu. Ruginya kita.

Maka disana terdapat manusia yang berhujah, tidak mahu berkahwin ingin tumpukan dakwahnya sahaja pada ummat di akhir zaman. Ha..jenis ini pun ada tau, tidaklah dinafikan. Maka muhasabahlah diri balik, sebelum kita melakukan amal. Andai kata setelah berkahwin kononnya tidak boleh uruskan usrah cawangan ke negeri ke, takpun susah nak tumpu pada gerak kerja jemaah, usahlah kalian cepat melatah, perjuangan Nabi kita dalam berdakwah selama 23 tahun didatangi segala dan pelbagai mehnah dan tribulasi, dalam sirahnya pun Allah datangkan arahan menikah sebagai satu pensyariatan. Inikan kita ummat Islam akhir zaman yang mencabar ini. 

Dan bagi muslimah yang membangunkan ummahnya, perjuangan kalian bukan sekadar mengislahkan mujtama' atau masyarakat, tetapi juga untuk jemaah islam, paling utama kalian punyai tanggungjawab lebih besar dari itu dalam menyambungkan mata rantai perjuangan nabi dan melahirkan zuriat-zuriat keturunan yang bakal dibanggakan Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam. 

"Daripada Ma'qal bin Yasar radhiallahu anhu berkata: Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam
bersabda: Kahwinilah wanita yang sangat berkasih sayang dan boleh beranak banyak,
sesungguhnya aku amat berbangga dengan umatku yang ramai". 

Maka jikalau kalian tidak mahu berkahwin, siapakah lagi yang akan melahirkan zuriat-zuriat yang soleh-solehah yang bakal menyambung rantaian perjuangan islam nanti. Siapakah kilang-kilang yang mengeluarkan para alim ulama'... Bahkan lebih dahsyat dari itu, adakah kalian mahu mengharapkan pelacur a.k.a GRO yang terlampau berleluasa di masa kini yang akan melahirkan para ulama? na'uzubillah, tidakkah kalian bertanya pada diri kalian sendiri? Itu belum lagi menyebut statistik pembuangan anak zina yang melambung tinggi di tanah air, yang kalian sendiri telah tahu perkhabaran itu. Seorang pelacur yang sering melakukan maksiat mahukan anaknya nanti menjadi Ulama' sedangkan muslimah yang melaung-laungkan slogan-slogan keramat hidup dan mati untuk islam dan berjuang sepenuh jiwa dan raga tidak mahu melahirkan zuriat keturunan yang meneruskan perjuangannya?Ini suatu yang saya rasa sangat-sangat pelik berlaku ni.

Jadilah kalian dalam menyumbang saham demi perjuangan islam, maka skill medan dakwah yang antunna ada itu gunakan sepenuhnya untuk disumbang pada suami kalian, jadilah tulang belakangnya, ataupun sayap kiri perjuangannya ataupun menjadi makmum yang sentiasa memberi sepenuh kayakinan pada suami untuk istiqomah menyampaikan dakwah islamiah pada masyarakat nanti. Tidak jemu memberi sokongan moral pada suami kalian, sekurang-kurangnya memberi moral-support dalam mengislah masyarakat nanti..kalian tidak perlu ke hadapan tetapi tidak dibelakang dalam medan dakwah, seiringlah dalam pergerakkan acuan Muslimah yang solehah kini. Ingat jugalah tempat kalian yang sebenar adalah dalam memberi tarbiyatul awlad, pendidikan pada anak kalian dan anak-anak suami kalian..maka pabila telah bercantumnya 2 benih yang sangat baik.. benih kalian yang solehah dan benih suami kalian yang soleh diredhai Allah..lahirlah anak-anak yang soleh dan solehah, cubalah kalian lihat sejarah terdahulu dalam kalangan sahabat dan tabi'in..lahirnya Abdullah bin Az-zubair hasil perkahwinan Az-zubair Al-awwam dengan Asma' Binti Abu bakar, lahirnya Saidina Hassan dan Hussin dari baitul muslim antara Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah Az-Zahra', kalau kita di Jordan ini, dalam tokoh gerakan islam, Said Hawwa Rahimahumullah dan hasil perkahwinannya dengan ummu muhammad, melahirkan masyeikh kita pada harini Syeikh Muhammad, Syeikh Ahmad dan Syeikh Muaz Hawwa Hafizahullah. Dan banyak lagi contoh mereka yang berkahwin demi memperlihatkan pada masyarakat sebagai contoh tauladan yang diajarkan oleh Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam sebagai sunnahnya dan kita melihat zuriat keturunan mereka pada hari ini aktif berdakwah menyampaikan risalah Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam. Hebat tak, hebat kan.

Fenomena dalam masyarakat kini sangat dahsyat, masakan tidak, sampai terlajak press menulis report dan berita hari-hari kes yang melibatkan suami dan isteri, bergaduh, sepak, terajang, talak mentalak menjadi sebutan biasa dalam fail mahkamah syariah, kata teman saya yang praktikal di Mahkamah Syariah, fail yang terlalu banyak, dan makin meningkat, akibat sistem di Tanah Air yang sangat birokrasi dan kepelbagaiannya, Maka tiba masanya hak Islam dikembalikan, kembalilah menjunjung tinggi syariatullah di atas muka bumi, letakkan sistem dan nizhom islam ditempat tertinggi pemerintahan, barulah kes-kes sebegini tidak dipandang enteng oleh masyarakat. 

Oleh yang demikian ada yang takut berkahwin kerana takut akan menghadapi risiko dan ujian pada hari mendatang, namun tidak ingatkah kita atau lupa pada ayat dalam firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang dibaca selepas habis ma'thurat itu? yang mafhumnya Allah Ta'ala tidak membebani hambanya dengan bebanan  yang tidak mampu hambanya tanggung. Usahlah kuatir kerana kita semua akan diuji, dan ujian Allah dalam kepelbagaian bentuknya waimma kesenangan dan kesusahan, Ingatlah Islam ini agama lengkap dari pelbagai aspeknya, kalau takut menghadapi risiko adakah kita ketepikan sunnah yang telah menjadi pensyariatan dari Allah ta'ala, tiada manusia yang 90 tahun umurnya waimma lebih dari itu tiada ujian dalam rumahtangganya. Sifirnya ingatlah ini adalah Ibadah kita sepanjang hidup bersama pasangan, hadapi susah payahnya bersama, itulah kunci pada bahagianya.

Jikalau kita melihat, kehidupan ulama' terdahulu yang tidak berkahwin sepanjang usianya, sebagai contoh Imam Nawawi Rahimahumullah[631-676H], jasadnya ditanam dimaqamnya yang dhorih di kampung halamannya qaryah ann-nawa di Syiria, kita mengenali Imam Nawawi sebagai ulama' yang muktabar, bahkan pengarang kitab al-minhaj ini, menjadi rujukan ramai ulama' untuk mengeluarkan fatwa dalam hukum hakam, tetapi dalam tempoh 45 tahun ini Imam Nawawi tidak berkahwin, adakah dia tidak mengamalkan sunnah nabi?Maka jangan kita suuzhon dengan Ulama' nauzubillah, bukan sebab beliau tidak mahu mengamalkan sunnah nabi, hattalah jangka hayat yang singkat bermula usia mudanya dicurahkan untuk ummat terkemudian, banyak kitab yang dihasilkan oleh Imam Nawawi Rahimahumullah, subhanallah, walaupun beliau tidak berkahwin tetapi beliau lah yang faqih dalam ahwal an-nisa' perempuan ini. Tidak dapat disangkal lagi, kita melihat dalam karangannya kitab Al-Majmuk syarah kepada kitab Al-Muhazzab karangan imam As-syirazi, beliau membahaskan bab haid yang sangat panjang lebar dan detail sampaikan 1 jilid sahaja mengenai hal haid wanita. Subhanallah. Inilah satu karamah yang Allah berikan pada wali-walinya yang sepanjang hidupnya berkhidmat serta berbakti hanyalah pada agama Allah, hinggakan ada sebahagian ulama' mengatakan ulama' yang lahir seperti ini diciptakan oleh Allah sebagai alatNYA untuk membantu agama Allah. Subhanalloh.

Galakan untuk perkahwinan.

"Dari abdullah Ibnu Mas'ud radhiallahu anhu berkata:
 Rasullullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda: Wahai golongan pemuda sekalian 
barangsiapa diantara kamu yang mampu untuk memberikan nafkah
 maka kahwinlah, sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan 
dan lebih menjaga maruah, barangsiapa yang tidak mampu 
maka hendaklah dia berpuasa, sesungguhnya berpuasa itu
 akan menjadi pelindung bagi dirinya".

Dalam mentakhrij hadis diatas, ulama' muhaddisthin berselisih pandangan pada kalimah 'al-baah' sebahagian menyatakan 'al-baah' disini iaitu al-qudrah alal jima'(kemampuan untuk berjima') dan sebahagian yang lain mengatakan ia bermaksud memberi isteri nafkah berupa tempat tinggal, wang, dan keperluan lainnya.

Namun kita terfikir, mengapakan Rasulullah SAW, menggunakan perkataan 'syabab' ye?? hal ini, sudah tentulah kerana ditujukan khas untuk remaja-remaji, dewasa-dewasi ini, dan Nabi memahami fitrah orang muda ini, mereka ini pabila telah sampai ke satu tahap dan peringkat umur-umur dalam kehidupannya, maka nafsu dan keinginannya juga ikut sama bergelojak dan sangat tertarik mendekati golongan yang bukan mahram baginya dan tertarik mendekati jantina berlainan. Maka sampai umur-umur tertentu mereka ingin dibelai dan ingin membelai, kalau dulu segalanya diceritakan pada ibubapa, kini tidak lagi, menjadi rahsia dikalangan mereka, yang dirasakan ini adalah teman bagi hidupnya. Dan Rasulullah SAW paling faham fitrah ini, lalu Baginda mengajarkan kepada kita cara untuk memandu dan menyesuaikan diri kita dengan fitrah ini, Barang siapa yang mampu membahagiakan isterinya dengan hubungan jimak diantaranya, ataupun membahagiakan rumahtangganya dari sudut tertunainya hak nafkah bagi isterinya nanti, maka kahwinlah. Jangan tunggu lagi, tetapi bagi sesiapa yang tidak mampu baginya maka berpuasalah, supaya puasanya tadi dapat menurunkan gelisah, duram durja dalam hatinya, menurunkan gelojak hawa nafsu dalam dirinya, paling utama senjata ampuh membentengi diri dari godaan syaitan. Dan Ulama' berpendapat puasa disini bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum tetapi menahan sekali pandangan matanya, puasa dari perkara maksiat, puasa dari memandang benda yang bukan-bukanlah, puasa dari dating, puasa dari sms yang ustaz hasrizal saifulislam sebut, 'sepinggan dosa berulamkan pahala' ingat tak? Maka puasanya itulah yang mengikut apa yang diajarkan oleh Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, bukan sekadar menahan nafsu malah Allah berikan ganjaran pahala kepada pemuda yang hebat tersebut. Subhanallah.

Pemilihan Jodoh terbaik, ciri-ciri idealnya.
(1) Yang beragama dan berakhlak mulia.

"Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina
atau perempuan yang musyrik dan perempuan yang berzina tidak
dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki yang musyrik
dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang mukmin
[An-Nur:3]#
"Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji
adalah buat wanita yang keji(pula) dan wanita-wanita yang baik
adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk
wanita yang baik(pula)[An-Nur:26]#

Dua ayat yang disebutkan diatas adalah ketetapan jodoh yang Allah telah tetapkan pada kita, Maha suci Allah menetapkan kadar jodoh mengikut apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan kita sendiri.

Banyak gejala yang dahsyatlah berlaku pada hari ini yang benar-benar menginsafkan kita kan, tengok sahajalah anak muda, kadang-kadang kita yang lihat pun rasa malu, eh..diaorang pula tak rasa seperti yang kita rasai. Kefasadan berlaku dengan selamba aje, kadang-kadang berdating depan mata kita selamba saja lagi menunjuk adalah. Mudah-mudahan bagi sesiapa yang terbaca artikel saya ini, sebarkan pada mereka ye, hafal ayat suci al-qur'an ini. Fahami baik-baik maknanya tau.

Sebab itulah, Allah Ta'ala tunjukkan pada kita cara supaya hambanya berasa penuh insaf dalam diri sendiri dahulu sebelum mencari apa yang kita rasakan terbaik, oleh itu apa yang kita fakuskan iaitu menjadikan diri kita terbaik, barulah kena dengan janji yang Allah akan berikan pada kita nantinya..janji Allah mengurniakan lelaki baik untuk perempuan yang baik....perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..islah diri kita sungguh-sungguh..bersihkan hati..carilah ilmu sebanyak-banyaknya..jangan jemu tau..jaga solat kita..jaga puasa kita..jaga ibadah seharian kita..lihat balik mutabaah dalam ibadah seharian kita..jaga hubungan kita dengan Allah Ta'ala, jaga hubungan kita dengan ahli keluarga, jaga hubungan kita dengan kawan-kawan, jaga hubungan dengan masyarakat setempat..ini tidak dengan telepon bimbit iphonenyalah hidupnya, mak abahnya pesan jangan buat..tapi itulah yang dilakukannya..hidupnya dengan syok sendiri dengan mambang a.k.a aweknya saja..adakah hidup sebegitu yang diharapkan?Minta maaflah, takkan dapatlah apa yang Allah Ta'ala janjikan kalau begitu kehidupannya.

Tetapi kita muhasabah sebaiknya, namun kita tengok sendiri ada kaki zina di atas muka bumi Allah ini mendapat pula isteri yang solehah? Bagaimana pulak tu? Sebenarnya ini adalah kes-kes yang jarang-jarang dan kadang-kadang berlaku, kalau ianya berlaku adalah ibtila' atau ujian Allah ke atas seorang isteri yang solehah supaya bertambah iman dan pahalanya, sama jugalah seorang suami yang mendapat isterinya seorang penzina, ia merupakan kes-kes yang jarangnya berlaku dengan asbab kejadiannya supaya si suami membimbing isterinya tadi ke jalan yang sebenar, sanggup berkorban jiwa dan perasaannya demi ingin melihat isterinya kembali ke jalan yang sebenar, selalunya suami yang sebegini jiwanya soleh, Allah Ta'ala campakkan keimanan yang kuat pada dirinya demi membimbing isterinya untuk berdakwah. Adapun kita usahlah lupa taubat adalah jalan terbaik yang diajarkan oleh Allah untuk hamba-hambanya, Jikalau taubatnya dengan penuh rasa rendah hati dan sebenar-benar takut untuk kembali kepada dosa besarnya Maka Allah ampunkan dosanya dan dia layak mendapat pasangan yang soleh atau solehah yang telah Allah janjikan. Sesungguhnya Allah itu sifatnya Al-Ghaffar(Yang Maha Pengampun), marilah kita sama-sama beristiqfar supaya Allah ampunkan dosa kita yang lalu, berazam tidak mengulangi dosa-dosa itu, ingatlah kisah-kisah terdahulu di kalangan alim ulama' yang mana ada kalangan mereka asalnya mereka juga asii tetapi Allah angkat mereka menjadi hamba yang paling hampir dengannya, pintu taubat itu sentiasa terbuka selagi roh kita tidak sampai ke destinasi halkum itu..mudah-mudahan kita sering memohon taubat pada Allah, tergolong mereka yang diampunkan dosa oleh Allah..allahumma aminn.

"Daripada Abu Hurairah R.A: Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam telah
bersabda: Perempuan dikahwini 4 perkara: Kerana hartanya..kerana keturunannya..
kerana kecantikkannya..dan kerana agamanya..maka
pilihlah yang beragama..nescaya kamu akan selamat".

Maka Rasulullah mengajarkan kita ciri-ciri jodoh yang ideal itu, ha bab ini semua tersenyum sampai ke telingalah tu..Maka hadis yang biasa sangatlah kita berjumpa dengannya, sampai ada kumpulan nasyid dendangkan, kita pun duduk menghafal sampai penat kan..kan..maka hadis ini secara zahirnya menyebutkan ciri-ciri yang mesti ada untuk kita membuat pilihan dalam perkahwinan, namun begitu tidak bermakna hadis ini khusus buat kaum adam juga, kaum hawa juga perlu sangat memilih para lelaki mengikut 4 ciri dalam pengajaran hadis tersebut..lihatlah kita betapa cantiknya nabi menyusunkan pada kita dalam kes untuk memilih para pasangan yang ideal, pilihlah yang berharta dengan asbab supaya tidak melarat kehidupan kita, supaya hidupnya tidak susah, malah pabila kaya boleh pula menyumbang untuk gerak kerja islam...mambantu jemaah islam, pilihlah yang baik keturunannya, dengan asbab supaya nanti zuriat yang dilahirkan bakal menyambung kepada keturunan yang seterusnya dan keturunan yang baik semuanya..mustahil sangatlah ada orang yang teringinkan orang yang tiada akalnya dan menjadikan dia sebagai isteri atau suaminya, melanggar fitrah manusialah tu, jikalau ada pun mungkin beliau juga sifatnya sama sepertinya[yang tiada akal itu]. 

Seterusnya pilihan yang cantik mengikut kemahuannya, ataupun pilih yang hensem mengikut citarasanya, memanglah manusia sifatnya begitu, sedari kecil lagi kita diajar emak dan abah supaya sukakan kecantikkan, lagi-lagi waktu hari raya kan, semua anak-anaknya mahu baju cantik, colour cantik tu sejauh 275km dah boleh nampak, 7 hari raya 7 colour berbeza, sifatnya manusia memang begitu sukakan kecantikkan, sama ada miskin atau kaya, begitulah juga pada pandangan manusia memilih pasangan hidupnya, cumanya cantik itu sifatnya  'amrun i'tibari' iaitu 'subjektif' ada orang yang suka gemuk-gemuk ala-ala chubby di wajah pasangannya cantik katanya, ada yang suka hitam pekat likat....ada yang suka janggut atau lehyahnya panjang..ada yang suka orangnya kurus syibih2 tiang telefon kot..banyak lagi..ada yang suka orang putih macam mat soleh tu..dan lain-lain. Namun ingatlah cantik dipandangan manusia adalah berbeza dengan cantiknya amalan serta taqwanya disisi Allah Subhanhu wa Ta'ala, mereka inilah yang berbeza dalam kalangan manusia. Kalaupun muka tak cantik tak lawa tak hensem, sudahlah tak cantik miskin pulak, anak yatim piatu, tetapi beliau menunjukkan satu kesenangan pada pasangannya, setiap kali suami balik rumah dialah yang pertama sambut di depan pintu, muamalah dengan ibu mertuanya sangat rapat sampaikan kalau boleh tak payah balik rumah sendiri, tidur selalu di peha ibu mertuanya, seorang hamalatul qur'an pulak, jaga solatnya, ibadah sendiri dan anak-anak ditekankannya, semuanya yang dibuat dirasakan senang untuk beribadah pada tuhannya, demi mendapat redha suaminya dan merebut peluang memasuki mana-mana pintu syurga yang Allah janjikan, maka pabila suaminya pulang kerja pun tak stress menghilangkan tension dan tekanan ditempat kerjanya bila bersamanya maka dia tidak menjejaskan apa yang ada dalam prinsip kecantikkannya, dan pilihan yang berharta itu tadi, kerana dia telah pun mencapai kebahagiaan yang disebutkan Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam sekaligus mengikut dan menepati ciri yang ke 4 pula, iaitu pilihlah dari sudut Agamanya...sudahlah beragama..akhlaknya pula sangat mulia.

Agamalah yang memandu suami dan isteri sebagai pedoman dalam kehidupan, kalau bakal suaminya pentingkan tengok bola di stadium bukit jalil jam 7.30 maghrib daripada solat maghrib maka fikir-fikirkan dan pilih-pilihlah dulu, jangan menyesal di kemudian harinya, sebab waktu solat maghrib adalah yang palingg singkat antara waktu solat yang lainnya..satu perkara bila disebutkan tentang agama, mesti para pembaca blog saya ini ingatkan, ustad atau ustazah aje kan, kena ingat ustad atau ustazah juga tak semestinya semua memegang prinsip agama, namun kena ingat juga sama juga kes sebelum ini, jarang-jarang ia berlakunya[kes-kes nadir]..dan alhamdulillah selalunya ditempat saya sendiri ustad ustazahnya semua menjadi tauladan pada yang lain, yang dikatakan beragama itu adalah yang memegang, menggenggam erat prinsip Islam seluruhnya dan mengamalkan dalam kehidupan seharian, beliau mengerti apa maknanya dia memeluk agama Islam yang alamiyyah ini, bukan kata dia ustad ataupun ustazah, kalau duktur ke, engineer ke, dia penjaga maqam ke, menjaga kambing baka japnapari ke, buka restoran ke, nelayan ke laut ke, repair notebook orang ke, belanja pergi amman ke, apa yang dilakukannya halal jauh sekali perkara haram atau syubhah, dia beriman dengan rukun iman yang 6 dan  turut melaksanakan rukun Islam yang 5 perkara.. tambahan pulalah dia rajin bersedekah, al-qur'an tak lekang dari amalan sehariannya, kira dia mencapai tahap menjaga agamanya, itu yang pentingnya, agama membimbingnya. Cumanya kita melihat pada hari ini terlalu dahsyat, bak kata Anwar Ibrahim jaman wes edan, fitnah yang berleluasa, kalau mahu masuk meminang pun banyak kena fikir lagi, sudahlah terbongkang depan tv tengok cartoon pink panther, doraemon sampai azan dilaungkan pun buat dekk..orang kata, lagi kuatkan volume adalah...hakikat begitulah dalam lautan manusia dalam pasaran pada masa kini, tapi kalau masuk meminang pun nak tolak pinangannya lagi pikir sampai 2766kali kot ye..kes begini sering sangat berlaku..Sudahlah..ingatlah tanggungjawab orang lelaki besar sangat-sangat hatta menjadi suami lebih berat amanahnya, ibadahnya kena kuat, imannya tak boleh longgar, sudahlah orang lelaki makin kurang populasinya, pupus ke macam mana ye..

Maka pilihan yang beragama adalah paling layak di semua peringkat yang saya nyatakan diatas tadi, dalam satu riwayat yang lain[hadis riwayat At-Tarmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Nu'aim, Al-Hafiz Ibn Hajar]

   ليتخذ أحدكم قلبا شاكرا وليسانا ذاكرا وزوجة مؤمنة 
تعين أحدكم على أمر الآخرة
"Hendaklah seseorang dikalangan kamu mengambil/mendapatkan hati yang bersyukur,
 lidah yang sentiasa berzikir dan seorang isteri yang mukminah yang akan menolong
 kamu melaksanakan urusan akhirat"

Islam sama sekali tidak menolak ciri-ciri kecantikkan, kekayaan dan kebangsawanan kerana naluri manusia memang cenderung kepadanya asalkan saja disertai ciri-ciri agama yang disebutkan dan baik akhlaknya, tetapi jika ciri-ciri agama dan akhlak tidak ada, maka wanita yang hodoh tetapi beragama dan berakhlak mulia itulah adalah pilihan tepatnya. Wanita yang beragama dan berakhlak mulia ini dinamakan mukminah yang solehah, adapun yang sebaliknya ialah wanita yang fasik. Ciri-cirinya selalu menepati syara' taat beragama, akhlak mulia, taat dan setia, sharing is caring, jujur pada suami, manis dipandangan mata, bukannya pahit macam hempedu, sentiasa setiap masa berkhidmat untk suami...penat dah saya nulis..banyak lagi ni..tapi nasib baik pembaca setia blog saya masih stay lagi kan[perasan kann] suka lah tu saya tulis panjang-panjang kan?kan? Namun kalau mahu semua nak yang perfect perfomance susahlah...dapat yang beragama itu cukup bersyukurlah ye, tu dah kira beruntung dah tu..namanya kesempurnaan tu, kamil mutakammil..lawa, kaya, keturunan baik, beragama..agaknya senang ke dapat sebegitu ye? pikir 83ribukali pun susah dapat kan...mudah-mudahan kita dikurniakan lelaki yang[4 ciri ideal] dan wanita yang[4 ciri ideal] itu...insya'allah doa banyak sedari sekarang ye..kawan-kawan saya yang ke Umrah dan mendaki ke Jabal Rahmah tu bukan bawak kain ihram je tu, bawak sekali kertas-kertas, surat-surat cinta mohon didoakan namanya di Jabal Rahmahlah tu..macam-macam fe'el kawan-kawan ustad disini..tergelak berguling saya tau, ala kulli hal moga antum orang menumpukan sepenuh ibadah umrah dalam bulan jamadil akhir nak masuk bulan rejab ini okey..banyak ganjarannya..tinggalkan hal keduniaan sementara..ingat molek tu.

(2) Yang pengasih penyayang idaman hati.

Jom kita kaji, siapakah mar'ah solehah ini? adakah sengaja nabi sebutkan dalam sabdanya yang suruh kita pilih dan cari ada ciri ini? apakah ciri-ciri beliau[mar'ah solehah] sampaikan Baginda Sollallahu alaihi Wassalam menjanjikan kebahagiaan pada mereka yang menjadikan mar'ah solehah sebagai pasangan hidup?

Maka sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam:

"Dunia ini seluruhnya adalah kesenangan hidup, dan sebaik-baik kesenangan hidup adalah
wanita yang solehah"

"Daripada Abi Umamah, daripada Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam, Baginda bersabda
Apa yang memberi manfaat kepada orang mukmin selepas taqwa kepada
Allah adalah kebaikkan yang diperolehi daripada Wanita yang solehah, Pabila
suami menyuruhnya dia mentaati, pabila suami melihatnya dia mengembirakannya
jika suami meminta untuk bersamanya dia mematuhinya, jika suami
tiada dia menjaga maruah dirinya dan menjaga harta suaminya"

Hadis yang pertama: kalau lihatkan..punyalah banyak nikmat Allah diatas mukabumi-NYA yang luas ini, perempuan solehah jugalah yang Allah dan Nabi pilih, malah duduk di tangga yang teratas lagi. Subhanallah, ish rasa-rasa diri kitalah, taknak ke kita jadi perempuan yang solehah??cuba jawab ikhlas tau? Sudahlah hidup dengannnya nanti memberi kesenangan pada diri, kemudian memberi kesenangan pada orang lain pula..besar betul ganjaran perempuan yang solehah kan.

Dan hadis yang kedua: sudah jelas, kholas, terang lagi bersuluh ciri-ciri si isteri yang solehah, tak perlu ulas dan syarah panjang..banyak lagi mahu cerita ni..[agaknya ramai ke yang membaca artikel saya ini tanpa henti ye? moga-moga ambil yang baiknya buat pedoman, bacalah terus membaca, jangan jemu tau, kemudian pesan pada diri sendiri dan orang lain ye..].

Perempuan menjadi ibtila' ujian pada lelaki.

"Daripada Usamah Bin Zaid RA berkata, Sabda Rasullullahi Sollallahu 
Alaihi Wassalam: Tidak aku tinggalkan selepasku satu fitnah kepada kaum lelaki
yang lebih besar daripada perempuan".

Maka perempuan disini bukanlah bermaksud, perempuan tersebut kerjanya asyik memberi fitnah, tuduh menuduh..bukan, bukan..fitnah itu bukan sahaja bermaksud menuduh seseorang, sama ada melemparkan fitnah tersebut, sama ada beliau meletakkan fitnah itu sebaik-baiknya dengan tujuan menuduh tanpa saksi yang jelas, dan tuduhan yang tidak benar maka berlakulah fitnah itu..fitnah juga membawa maksud satu ujian, maka perempuan menjadi satu ujian yang paling berat buat kaum lelaki, kenapa iya? Masakan tidak, kenapa Allah letakkan ranking perempuan adalah nombor 1..awwalan, yang menjadi syahwat pada lelaki..Maka harta benda yang paling sukar inilah.. orang lelaki mahukan..dan yang menjadi paling banyak cabaran, dugaannya disitu..

"Dijadikan indah pada(pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa
yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak
dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak
dan sawah ladang".[Ali Imran:14].


Maka usahlah para wanita meletakkan diri mereka untuk menjadi golongan yang memberi fitnah pada orang lelaki, namun usah kita alpa...kerana Allah dan Rasul-NYA menggariskan perkara ini supaya meninggikan martabat kaum wanita ini..maka jangan gatal-gatal tangan, kaki, dan anggota lain untuk masuk ke dalam golongan ini..tapi kenapa tak tutup aurat ye? kenapa suka sangat hubungan yang tiada batasan...eh..kan Nabi dah pesan itu fitnah yang besar, ujian yang besar pada kaum lelaki?..enggak percaya cakapnya nabi ke..ya ampunn..maka apa yang kita bincang panjang berjela inilah yang ada kait-mengait kaitannya, disebabkan wanita menjadi fitnah kepada kaum lelaki inilah disyariatkan Allah kepada perkahwinan..supaya apa..supaya kaum lelaki ini dapat mengelakkan diri mereka dari fitnah ini..

Pesanan ikhlas saya, hati-hatilah wahai kaum yang dimuliakan Allah dan Nabi utusannya, orang lelaki yang berkepelbagaian ini bermacam-macam pandangannya, masakan tidak...sepanjang saya duduk di dunia arab jordan ini pun..dah boleh baca lirikan mata mereka, perempuan ini adalah yang sangat menarik di seluruh tubuhnya, maaflah sebut memang begitulah yang terjadi, takkan tak percaya.. maka kalau pun kita lihat..bukti di jamiah kita sendiri tu..memang berbeza orang perempuan arabiyah dengan perempuan melayu kita, alhamdulillah satu sudut yang baik..kekalkanlah..terkadang kesian kawan-kawan saya semuanya merungut balik rumah masing-masing musim panas ni...diaorang cakap penat dah hafal hadis matan arbaa'in nombor 6, lupa terus tengok kejadian-kejadian, exciedent begini..sudahlah panas terik sang mentari, panas juga mata kami tau, tak kesian ke..antunna pun panas kan, panas yang satu kesabarannya yang berbeza..arab tahu-tahu jelah, kalau boleh pakaian berenang mahu dibawaknya ke jamiah, mereka jenis takpe dan tak kisahlah tu..astagfirullahal azimm..dan kita teruskan menjalani kehidupan dan cepat-cepat sedar jangan terleka buaian dunia yang fana ini ye.

kalau di negara eropah lagilah, tanya jelah kawan-kawan kita kat sana tu, mudah-mudahan kesedaran golongan Intelek Islam di Bumi orang putih menguatkan iman mereka, dulu-dulu pernah satu kali tu..ini cerita betul ni, masa saya ke Turki itu hari, memang terkejut betul..calcer syok lah ni...Allahurobbi, pelacur sendiri menawarkan harga yang begitu berpatutan di sekitar ibu bandar Istanbul tu...tahu-tahu jelah orang Turki macammana wajahnya ya akhi..huishh dahsyatlah..kata kawan saya akhi faiz yang mengambil jurusan master engineer disana..pernah satu kali tu, memang buat konsert terbuka untuk para pelacur a.k.a Gro ni..murah tu..murah katanya, ana tanya beliau, bistu enta camne?? dia bagitahu dengan nada marahnya, ini tak lain tak bukan kerja golongan sekularisme acuan si At-Tarturk laknatullahi alaik lah nii..akhi kita doakan golongan generasi Said Nursi Badi'uzzaman muncul semula membebaskan Turki iya..sambil saya mengangguk-angguk setuju..

(3) Yang masih anak dara. Masih perawan.

"Daripada Abdur Rahman Bin Salim Bin Utbah Bin Uwaim Bin Saadah Al-Ansari:
daripada bapanya daripada datuknya berkata, Sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi
Wassalam: Hendaklah bagi kamu semua memilih anak dara, mereka itu 
lebih harum mulutnya, dan lebih banyak anak yang bakal dilahirkan dari rahimnya,
dan lebih redha dengan mudah".

Kalimah أعذب أفواها bermaksud 'harum mulutnya' adalah kalimah yang majazi, simpulan bahasalah lebih kurang..si anak dara ini cakapnya tak banyak..songehnya pun kurang..begitulah ayat yang senang difahami kan..maka disana berbezalah dengan si janda pula, kalau janda beliau sudah banyak pengalaman dengan bekas suaminya, tambahan pula janda yang ada anaknya, maka kalau janda sebahagiannya suka membuat comparison diri kita dengan si suami yang lamanya, macam mana tu? hari-hari pulak tu dicomparenya pada si suami, compare itu tak best, ini tak best, suami dulu lagi romantik di situ dan di sini, pandai kerjanya buat itu dan buat yang ini...maka kita tinggal apa ye? sedihh tu..maka itu yang jadinya baling selipar, piring terbang, mangkuk tingkat melayang..maka pilihan di tangan mereka sendiri.

Kata si isteri: abang kite bosanlah..suami saya dulu best taw, kalau saya tengah lepak tengok tv filem industan macam ni, tiba-tiba ade je surprise untuk saya tau, kadang-kadang dia datang peluk tiba-tiba dari belakang pastu, kadang-kadang dia buatkan minuman kegemaran sayalah, shai bil halib..abang pulak? asyik suruh saya buat air aje..dah la pas minum tak mau basuh sendiri, tinggal camtu aje..saya pulak yang basuh, abang nak tau, suami saya dulu bukan basuh cawan aje..basuh baju..basuh aquarium..baju anak2 dengan saya pun dia basuhkan..siap sidaikan lagi..
Kata si suami: hmm..iyeeke..hmm jom awak lekas siap..ikut saya okey.. 
Kata si isteri: nak pegi mane abang? kita nak tengok promosi mafrusyat ye.. nak pegi halla' mall ke?atau kita ke city mall tu..nak ikut..jomm yeyy..eee..bestnyeee..
kata si suami: nak bawak awak ke kubor..nak suruh awak tinggal bersama selamanya dengan suami awak kat dalam tu..dah awak kata dia je yang bestt..awak duduklah hidup bahagialah dengan dia dalam kubor tu.
kata si isteri: abaaaaaaaaggggggg!!

Maka perasaan mengahwini yang perawan, dara ini dengan janda adalah sangat berbeza..Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam yang menjadi contoh buat kaum manusia pun pernah nyatakan bahawa kasih cintanya pada Aishah Radhiallahu anha lebih daripada isteri-isterinya yang lain.

"Daripada Jabir berkata: Kami bersama Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam dalam satu peperangan
tikamana kafilah(rombongan) kami sudah hampir dengan Madinah, maka aku pun berkata:
Wahai Rasulullah! Boleh ke jikalau aku balik awal, Nabi bertanya(Kamu baru berkahwin?)
aku menjawab; iya, Maka Nabi bersabda: (Anak dara ke janda?) aku menjawab: janda.
Nabi bersabda: (alangkah baiknya bila kamu berkahwin dengan si dara, kamu boleh
bermesra-mesra, bergurau senda dengannya, dan dia dapat bergurau senda dengan
kamu.) Kita sudah sampai kami di Madinah, kami pun mahu pulang dan jumpa
isteri kami, lalu baginda bersabda: (Nanti dulu, tunggulah sampai malam dahulu
contoh selepas isya' agar isteri kamu dirumah dapat mempersiapkan diri mereka).

Kalau kita menghayati hadis ini, maka pengajaran yang besar boleh diambil dari sikap yang Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam ajarkan kepada pada sahabatnya, tambahan pula title si isteri kepada pejuang Agama Allah, sudahlah penat jerih pahitnya menghadapi isu-isu yang melanda ummat islam, keluar pagi balik petang...adakala tak balik langsung pun ada..memikirkan masalah dalaman ummat Islam. Alangkah baiknya, anjuran yang Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam ajarkan para si isteri dalam menyambut kepulangan suaminya ke rumah, Allahurobbi..bahagia menanti mereka sekeluarga. Maka indahnya hidup dalam syariat yang nabi ajarkan. Maka suggestion saya yang terakhir, pilihlah yang anak dara iya..kempen sekalilah ni..Maaf saja berguraulah.

يا رسول الله أرأيت واديا وفيه شجرة قد اكل منها وشجرة
لم يؤكل منها فى اي منها ترتع بعيرك؟ قال عليه الصلاة وسلام
فئ التي لم يرتع منها. قالت رضى الله عنها فانا هي!ء
"Ya Rasulullah! Jika kekanda berhenti di sebuah wadi(tanah lembah) padanya
ada pokok yang sudah dimakan dedaunnya kemudian ada pula pokok yang belum dimakan
dedaunnya, maka pokok yang mana kekanda akan lepaskan unta mencari makan?
Rasulullah menjawab: pada pokok yang belum dimakan dedaunnya.
Aishah Radhiallahu Anha berkata: Maka itulah saya". 

Maka begitulah kiasan dari seorang isteri yang Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam cintakan, seorang yang masih anak muda, dara, dan penuh sifat kasih sayang...gurauannya banyak untuk suami tercinta, dan Saidatina Aishah Radhiallahu anha yang paling hampir dengan baginda, dan banyak meriwayatkan hadis Baginda, sehinggakan setelah kewafatan Nabi Sollallahu alaihi Wassalam, para sahabat banyak merujuk kepada ummahatul mu'minin ini. Maka usahalah diri kalian menjadi isteri yang solehah iya.

Orang dhulu dan orang sekarang.

Kalau pun ikutkan saya, tentang hal ini sebenarnya boleh dibuat pada topik yang lain, namun saya melihat kala ini, ramai betul kawan-kawan buat status yang bermacam-macam demi terkesan suasana musim perkahwinan yang banyak berlaku kini. Iyalah sama macam bagitahu awal-awal dulu, medium utama iaitu mukabukulah apa lagi..

Sebenarnya isu perkahwinan diusia muda telah lama pun dibahaskan, dan dari zaman dolu lagi perkahwinan awal ini telah diwarwarkan..adalah perkara biasa kalau si isteri dalam usia 15 tahun sudah mendapat anak..cumanya zaman kini hal itu kembali dimainkan..jadi macam perkara pelik pulak jikalau orang muda kahwin awal di usianya..sebenarnya tiada apa pun yang dipelikkan..sehingga pabila program persatuan pun apa yang dibincangkan dalam bab kahwin muda disyarah habis oleh ustaz-ustaz kita, ikut penyampaian masing-masing, kona baring, kona 345darjah, kona lipat semua skill dah ditunjukkan..namun begitu bagaimanakah pendapat Islam dalam isu kahwin awal ini..adakah ia digalakkan sehingga membuatkan pemuda pemudi kita untuk kahwin awal? ataupun ia sangat bertentangan dengan kehendak masyarakat hinggakan perlunya kita menghalang orang muda untuk kahwin awal? Maka sama-sama kita nantikan iya..berdebar tak rasa?mesti rasa biasa aje kan..tunggu sampailah saya syarahkan habis tau..tahu dah semua dah tak sabar-sabar lagi tu...ustad pdaus ni suka buat gempak-gempak taw..[amboi..ini blog saya..kata monolog hatiku yang suka bergurau itu..]

Orang dolu-dolu matangnya dengan cepat seawal umur 15 tahun sudah menggunakan kudratnya yang nyata, membanting jerami di sawah padi, menebang pokok balak di hutan, menebar roti canai 48jam, dan kerja yang lainya, yang menggunakan tulang belulangnya 14 kerat...dengan tulang empat kerat itulah berjaya melatih mentarbiyyah diri mereka untuk berjaya dalam mencari nafkah yang halal untuk keluarga..

Namun lihatlah orang sekarang, umurnya 15 tahun sama macam umur adiknya 5 tahun yang sekolah pasti tu....permainan tora datang lagi dengan yoyo pun masih ditangannya..kena marah takmau pergi mengaji pun menangis sampai hingusnya meleleh kan..kan..mana nak sama dengan orang dhulu-dhulu. Adakah kita nak gunakan istilah matang dan pandai mencari nafkah sendiri sama macam orang dhulu-dhulu? tidak sama sekali, kita mengatakan keperluan  untuk kahwin awal itu benar sebagai satu keperluan..tetapi mestilah juga atas dasar kematangan berfikir dan mampu mencari nafkah..

Urufnya dalam masyarakat begitulah...suasana semasa kita pada masakini yang kebiasaannya kalau anaknya itu masih di alam pengajian, belum menamatkan pengajian, sama ada diperingkat mana sekalipun...waimmalah di peringkat menengah...diploma..atau ijazah...atau master...atau pHd...dia masih dibawah tanggungan emak abahnya...dan biasa sangatlah...mereka yang masih dalam tanggungan ini..selagi mana tidak mampu menyakini ibubapanya maka selagi itulah ditekan supaya kamuu jangan kahwin dululah...tunggu kamu kerja, dapat duit gaji sendiri menyara nafkah keluarga kamu..barulah kamu boleh memikirkan hal perkahwinan, kesempurnaan agama ini..dan begitulah selalunya uruf dalam masyarakat kita pada hari ini...adapun kalau kita melihat kesan yang berlaku, orang terdahulu tidak mendapat kesan yang banyak dalam melaksanakan kahwin muda ini...kahwin dulu pun takpe..kahwin kemudian pun tiada masalahnya..itulah antara asbab musabab orang dulu kahwin diusia awalnya dan beza orang sekarang yang kahwin muda..orang sekarang kahwin diusia mudanya antara sebab kerana mereka tahu akan berlaku fitnah dan kefasadan yang lebih besar berlaku sekiranya perkahwinan itu tidak dilaksanakan...
"Daripada Abi Hurairah berkata: Sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam:
Apabila datang pinangan kepada kamu yang mana orang itu kamu redha
dari segi Agama dan Akhlaknya, Maka kahwinilah dia, jika tidak melakukan
sedemikian maka berlakulah fitnah kerosakan yang besar".

Terlalu banyak kisah yang berlaku disebabkan perkara yang disebutkan tentang hadis di atas..sehinggakan berlaku gangguan perasaan pun ada, dalam hal ini peranan ibubapalah yang mesti membaca lirikan ekor mata anak-anaknya masing-masing, ibubapa sangat memahami apa yang anak-anak mahukan..tak percaya tanyalah emak abah kita..kan..kan, dan sebagai anak seperti yang saya bagitahu sebelum ini..jadilah yang betul-betul matang dalam berbincang dua peringkat..kalau balik unversiti pun main kereta tamiya lagi camne tu?fikir-fikirkanlah cara terbaik ye..

Simpang siur dalam rumah tangga.

Tidaklah kita nafikan terdapat asam garamnya dalam kehidupan, sedangkan dalam kalangan isteri-isteri nabi sendiri juga ada pertikaiannya..namun itulah yang menjadi contoh buat si suami dan isteri menjalani kehidupannya. Ada yang setelah melaksanakan sebahagian kesempurnaan agama ini, dikurniakan pelbagai rezeki yang tidak dijangka-jangka, setelah kahwin score mumtaz 4plat sentiasa dalam imtihan, setelah kahwin tenang nampak pada wajahnya berbanding sebelum berkahwin, berasa senang kerana ada orang yang dapat menjaga memudahkan urusan seharian dalam kehidupannya...Waimmalah ada juga yang sebaliknya..ada teman saya setelah berkahwin duji pula dengan kematian pada kedua-dua orang anaknya, ada yang pula yang perkahwinan di usia mudanya yang dijangkakan sebaik mungkin tapi akhirnya di uji dengan penceraian dan tekanan hidup..hidupnya ditekan dengan ketidakpandaian dalam menguruskan masa dengan teratur, dek asbab itu pula assignment yang banyak, kuliyyah lagi, thesis yang 500 mukasurat lagi, maka diabai tanggungjawab untuk suami dan anak-anak, akhirnya berhenti di pertengahan jalan..suami pula tidak tahan diuji dengan ujian yang dahsyat ini..maka jalan terakhirnya iaitulah penceraian..disebabkan asbab-asbab yang dinyatakan diatas inilah yang mesti difikirkan oleh para penuntut ilmu yang bergelar pelajar jika mahu berkahwin dalam masa belajar...mereka mesti teliti dan betul-betul bersedia bagaikan seorang pahlawan yang masuk ke dalam medan sebenar peperangan dan sedia diuji dengan pelbagai ujian dalam menempoh alam rumahtangganya nanti.Mudah-mudahan orang muda pembaca blog ini penuh daya ketahanan itu, sebab itulah yang utama suruh pergi usrah dulu, ini naqib panggil pun takmau datang, macammana nak uji ketahanan yang lain ni..

Persediaan ekonomi. 

Merupakan satu sudut yang amat pentingnya, bahkan terpenting dari pelbagai sudut, sememangnya wang bukanlah segalanya, tetapi tanpa namanya uwang ini bagaimana mungkin boleh terlaksana apa yang dirancang kita sebelum dan selepas berkahwin nanti, bagi kita orang lelaki kena bertanya pada diri sendiri bagaimana yang boleh kita lakukan untuk majlis walimah al-urus ini, dari hantaran..mas kahwin...kenduri..manakala setelah berkahwin dengan kos makan isteri, jika isteri sakit kosnya bagaimana...kalau pun isteri diuji dengan sakit kronik yang menelan ribuan ringgit bagaimana kos rawatannya?jika ada anak, siapakah yang biaya pampers dan susu anak..jika di luar negara pula..bagaimana untuk menanggung tiket isteri balik ke malaysia?dah tentu jawapannya mereka yang memerlukan duit kan..betul kan..

kalau suami dikurniakan Allah dengan kekayaan yang melimpah..tak perlu kita bincangkan disini..maka yang kita bincangkan disini adalah bagi mereka yang kurang dari sudut income, belum kukuh dalam menjalani bahtera rumah tangga..ustaz shariff a.k.a pengerusi baitmuslim bimbingan dan kaunseling di Mu'tah ini, pernah menasihati kita, bahawa ekonomi memang menjadi perkara penting dalam membina rumah tangga..bahkan ia juga memberikan kesan kepada hukum kahwin kepada seseorang. Masalah ekonomi ini juga penting dalam sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan, malah lebih dari itu ekonomi penting dalam perkembangan dakwah islam di muka bumi ini.

Dan ingatlah Islam tidak menolak kepentingan ekonomi kepada kehidupan dunia, cuma Islam tidak mewajibkan kita menjadi orang yang kaya, cukup sekadarnya di atas dunia yang fana' ini...Cukup makan, pakai, macam saya cakap sebelum ini takkan nak suruh si isteri ya haggalillah2x tepi masjid hussin amman tu? na'uzubillah..kesederhanaan dalam erti kata 'ummatan wasatho' ia juga sama dalam masalah ekonomi perkahwinan ini..Tetapi jika diberikan peluang dan nikmat kekayaan jangan pula ditolak, datangnya 1 juta, berjuta-juta lain atas usahanya dan sumber yang halal, usahlah menolak..cuma ingat juga orang yang ramai masuk ke dalam syurga Allah adalah dari kalangan mereka yang miskin di dunianya, dengan asbab kemiskinan ini selalunya manusia mudah ingat kepada Allah ta'ala..sehinggakan suatu ketika Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam berdoa:

اللهم اجعلنا مسكينا،وأمتنا مسكينا،واحشرنا يوم القيامة
مع المساكين
"Ya Allah jadikanlah kami orang yang miskin, matikanlah kami bersama mereka yang
miskin, dan bangkitkanlah kami pada hri kebangkitan bersama orang yang miskin".

Maka dengan asbab kemiskinan itulah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam berdoa untuk sahabat-sahabatnya, dan kalau kita melihat sirah nabawiyyah banyak dikalangan mereka yang hamba dan miskin berjuang habis-habisan sehingga diseksa dalam jalan dakwah Islam di zaman baginda.

Maka disana terdapat beberapa alternatif bagi orang-orang muda diluar sana...senyumlah sikit...jom lihat-lihat:

(1)Mintak tanzilatt syuwaiya.[turun harganya].

Antara masalah yang berlaku masakini iaitu tak lain tak bukan..ada sesetengah ibubapak yang macam nak jual anaknya ke apa ni...tahulah anaknya ada dgree...ada master...ada pHd...ada macam-macam lain sijilnya...agak-agaklah sampai hantaran RM44.444.44 riban tu...hish, makcik pakcik taktau ke kami belajar luar negara pun zakat negeri RM5 ribu je setahun, udahlah yuran jamiah melambung-lambung tinggi...cubalah tasamuh sikit...padahal anaknya yang pHd tu pun..kalau masak nasi jadi bubur...sukat beras pun ragu-ragu lagi..yang tak tahan tu..sapu sampah pun letak bawah karpet..inikan pula mahu menzalimi orang lain..fikirkanlah..fikirlah..adapun yang nilaian mahu tinggi sangat sampai berhutang-hutang inilah yang menjadikan hukumnya kepada haram..kalaupun mampunya buat walimah sahaja..maka go onlah..kata orang kampung saya..

Maka disini Islam mengajar kita tidak semestinya bermewah-mewahan dalam urusan dunia, termasuklah urusan perkahwinan..masyarakat mesti diingatkan bukan semestinya Raja Sehari itu mesti tiru Royal Wedding prince william dengan catherine middelton itu..itulah banyaknya mujtama' kita terkeliru... sebenarnya yang di anjur Islam..benarlah kata Imam Syafe'i Rahimahumullah;

رضي الناس غاية لا تدرك
"Redha manusia itu adalah tujuan yang tidak akan boleh dicapai
sama sekali".


Namun alangkah baiknya, jika semua masyarakat hari ini mengikut apa yang telah diajarkan oleh Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam:
"Daripada Aishah Radhiallahu anha: Pernikahan yang paling besar barakahnya
adalah yang paling kurang perbelanjaannya".

(2) Bantuan ibu bapa dan keluarga yang permai.

Ada kawan saya yang datang ke jordan ini, pabila sembang dengannya, memang faktor keluarga memanisfestasikan semangat untuk berumah tangga katanya, perkara ini memang ada dalam kepelbagaian masyarakat kita hari ini, kalau memang jenis keluarganya yang support dan sporting..selalunya dia tidak kisah dan peringkat ibubapanya si bakal isteri yang memang sporting..kan..kan..selalunya yang dengar begini..orang lelaki cukup legalah tu..

Kata bakal bapa mertuanya: takpelah kalau kamu nak belajar sampai habis dulu..sementara kamu habis belajar pakcik support belanja anak pakcik bulan-bulan..belanja kamu tu..kamu suruh ayah kamu beri macam biasa tu.. yang penting sekarang kamu kahwin laksanakan tanggungjawab dan jaga anak pakcik sungguh-sungguh..nanti dah kerja..bergaji baik..kamu tanggung semula pemberian yang wajib kamu lakukan pada kami ahli keluarga...boleh??
kata kita: bolehhhhhh sangatttt pakcikkkk!~ memang dah lama tunggu pakcik cakap macam tu....terima kasih abahku...sayang sangat abahku...abah terusss tu..

(3) Tajaan/zakat/pinjaman/Bisnes.

Perkataan diatas sengaja digabungkan penulis, supaya alternatif lain boleh diusahakan..kerana mustahil punyalah dan tiada orang yang sudi cakap bercakap macam hiwar atau dialog diatas dengan kita ye..bersabarlah, usahalah sebaiknya...kalau mahu diikutkan pinjaman wang, atau zakat sudah tentu tidak cukup bagi mereka yang menuntut ilmu dperantauan ini...lagi-lagilah yang pinjam wang pinjaman ptptipu tu..[dengan penuntut ilmu pun masih nak berniaga dengan bayaran balik yang tidak sepatutnya kan] boleh juga usaha dengan kemahiran membuat surat-menyurat, amboi kan dah biasa buat urusan persatuan..kepala surat itu tujukanlah pada keluarga kita yang kaya...berada tu..dengan syarat bayar baliklah nantinya, jangan buat tak tahu pulak lepas hidup senang nanti...tak patut tu..Ataupun jalan alternatif dengan usaha berniaga..tahu sahajalah duduk diluar ni macam-macam idea ligat boleh berlaku kan..bisnes ala kulli hal..niat mahupun qosad kita tetap ingat belajar ini belajar dengan serius..kalau dengan bisnes membuatkan kita lalai..baiknya tak perlu bisnes membisnes ini..hanyalah pandangan saya ni..adapun disana terdapat juga kawan-kawan kita yang berjaya dalam bidang bisnes ini.

Panjang katanya begitulah kepentingannya an-nukud duit ini dalam erti menuju rumah tangga..dan apa saya tulis ini adalah dari pengalaman mendengar hal cabaran, mehnah orang-orang lain yang cerita bab rumah tangga ini, kalau saya belumlah ada lagi tau..maka ini sebagai perkongsian pengalaman saya saja..

Yakinilah apa yang Allah Ta'ala firmankan:

"Dan kahwinlah orang-orang yang bersendirian 
[Maksudnya; hendaklah lelaki yang belum kahwin atau wanita-wanita
yang tidak bersuami, dibantu mereka agar dapat berkahwin]
diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba
sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan,
jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya
dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui"
[An-Nur 32].

Maka ayat suci Al-Qur'an ini dalil yang menunjukkan bahawa Allah akan membantu kita yang berniat suci murni untuk mendirikan rumah tangganya, pabila terdirinya rumah tangga atas dasar mawaddah wa rahmah, kemudian atas dasar kepentingan Islam maka rezeki kita akan dimudahkan, dimurahkan Allah Ta'ala...tambahan pula dengan kehadiran orang baru dalam rumah tangga yang bahagia itu, lahirnya anak pula membawa rezeki yang melimpah ruah, maka yakinkanlah ibubapa masing-masing ye..[amboi jangan sebut nama saya pulak tau..]nyatakan inilah sunnatullah yang Allah berikan pada setiap makhluk yang wujud di atas muka buminya, mana mungkin Allah akan berlaku zalim dengan hamba-hambanya, sudah tercatat lagi rezeki kita sejak berada di rahim ibu..hafal ayat ini ye...nanti mintak kawan2 tasmikkan.. buat hujah di alam pernikahan kan..kan..

"Dan orang-orang yang tak mampu kahwin, hendaklah menjaga kesucian
(dirinya), sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaannya"
[An-Nuur:33].

Namun beringatlah juga, jikalau kita betul-betul tidak mampu..bersabarlah diri kita masing-masing...sampai masanya nanti jodoh akan sampai..pokoknya bawak bersabarlah mass..ya ampunn..

Sebagai pengakhiran yang tak akhir-akhir ye..usahlah kita letakkan bebanan dalam usaha melengkapkan separuh kesempurnaan agama ini...puncanya kita kembali kepada asal hukum perkahwinan 5 yang telah ditetapkan oleh Islam, agama yang syumul ini...lihat sungguh-sungguh dimana tahap kita untuk bersedia melayari bahtera rumahtangga...bersedia menjadi lelaki orang dan isteri orang ataupun menjadi abah atau emak yang matang..berilmu agama serta berwawasan tinggi, supaya nanti masyarakat yang lahir semuanya mahu kepada pemerintahan secara Islam, akhirnya terjadi yang dikatakan fardhu muslim, bait muslim, mujtama' Islam dan daulah Islam..

Hukum Nikah yang Lima.

Wajib.
Bagi mereka yang mampu memberikan nafkah zahir batin, ia sangat menginginkannya dan takut jika tak menikah akan terjatuh kepada perkara yang haram seperti zina.

Sunat.
Bagi mereka yang ada keinginan, dia pula berkemampuan untuk memberi nafkah sama ada zahir atau batin.

Harus.
Bagi mereka yang mampu memberi nafkah, iaitu atau kalau ia berkahwin pun tiada pula masalah baginya, tak berkahwin pun tiada halangan baginya. 

Makruh.
Bagi mereka yang ingin berkahwin..namun tiada kemampuan untuk memberi nafkah.

Haram.
Bagi yang rasa jika dia kahwin, dia akan zalimi isterinya..maka tak tertunai hak isterinya..ataupun tiadalah kemampuan baginya zahir batin.

"Daripada Anas Radhiallahu Anhu berkata, Sabda Nabi Sollallahu alaihi Wassalam,
Apabila berkahwin seorang itu Maka dia telah pun menyempurnakan separuh daripada
Agama,Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan baki yang
separuh lagi"

Wallahu taala a'la wa a'lam...

Maka dengan artikel yang panjang ini...yang saya sudah bagitahu awal-awal lagi ianya berbentuk santai...supaya golongan muda-mudi yang suka baca blog saya ini senang fahamlah apa yang ingin disampaikan..mudah-mudahan kalau yang baik itu dijadikan istifadah, dan yang tak molek itu...saya akhiri dengan jutaan ribuan maaf zahir batin kepada para pembaca yang setia...tapi jarang baca kot ye..saya jelah yang baca sendiri...ye, semua yang saya coretkan ini adalah idea yang dikongsi terutama dari seniur saya di mesir...pengalaman mereka mematangkan saya di jordan..ala kulli hal pun ini sebagai coretan saya untuk diri saya sendiri akhirnya...

Pesanan saya, kepada mereka kawan-kawan saya yang sudah tiba masanya maka jangan lewatkan lagi..ikutkan apa yang disyariatkan Islam..dengan ucapan Barakallahu lakum wa barakah alaikum wa jama'a bainakum fil khoir..

Sebagai pengakhiran jom kita hayati puisi dari ustaz nasruddin at-tantawi ini.


Buat isteri seorang pejuang.

Jelmaanmu merentas bongkah sendu
Mengorban naluri merungkai pilu
Mengharungi gurun tanpa bayu
Isteriku...

Kehadhiranmu adalah mustika
Mengerlip cahaya sakinah
Laksana bintang membentuk arah burujnya
Isteriku...

Saban waktu, dirimu abdi di gobokku
Senyum manismu menenang jiwaku
Kerlinganmu mengorak senyumku
Kesetiaanmu menyejuk mataku
Isteriku...

Ketika kesejukan mataku
Memandang wajahmu duhai isteriku
Memori ini mengimbau zaman remajaku
Dikala kuhamparkan tangan ke awan biru
Merintih harap isteri yang solehah
Penyejuk mata dan penyeri rumahtangga
Isteriku...

Di senjakala, ku menongkat resah
Dirimu tersangkar dalam kemiskinanku
Dirimu tak punya manikam permata untuk kukalungkan
Tiada nota ringgit untuk kuunjukkan
Tiada lambang kemewahan untukku hamparkan
Dirimu hanya ku langir debu
Ku balutkan jubah
Ku hilangkan dahagamu secangkir cuma
Ku hambat bosanmu seketika sahaja
Isteriku...

Di hening subuh ku merenung sayu
Dirimu kesepian dalam kesibukkanku
Hari-hari berlabuh kita berasingan
Kesedihanmu, sementara diriku di medan
Kesakitanmu pun tiada aku disisi
Rumahku, dirimulah penanti setia
Sementara bagiku, ia hanyalah dangau persinggahan
Isteriku...

Dirimu masih setia dalam sangkar yang sepi
Demi nilai cinta dan ketaatanmu
Isteriku...

Dongaklah wajahmu ke atas
Hulurlah tanganmu ke hadapan
Tabahlah duhai isteriku
Tidakkan ku sia siakan hidupmu
Kan ku hidangkan ilmu buatmu
Kan ku bawamu ke alam perjuangan
Kan ku hantarkan ke perlembahan hidayah
Isteriku...

Bajailah cinta kita
Tenggelamkanlah kemelut rasamu
Isteriku...

Diriku tetap setia disampingmu
Sungguhpun kita jarang bertemu
Sayang isteriku... sayang isteriku.
Diatas adalah seniur saya dahulu di Kusza dari keluarga Jabatan Dakwah,
yang baru melangsungkan walimahnya, en.suhail dan cik aida nan..
Alhamdulillah selamat ke jinjang pelamin antuma berdua ye..
mudah-mudahan sering beroleh bahagia melayari bahtera
 rumah tangga, barakallahu lakuma..Allahumma amin..
 teruskan berdakwah...Dakwah itu Indah..


6 komenan:

(^^)v berkata...

panjang ni ustaz karangannya... terbaek... saya cadangkan ustaz buat part2 cikit... huhu... nanti pembaca cepat bosan sebab tulisan panjang sangat.. insyaAllah, isi mantap dah!

ibn suhaimi™ berkata...

terima kasih ya Duktur..memang macam saya jangkakanlah...panjang baca sampai 2 haripun tak abis kan...membaca kan satu ibadah..

ibn suhaimi™ berkata...

disebabkan panjang memanjang ini, lain kali berilah idea iya..penat tulis pun ada nilai ini, pulak2 akan datang amik madah zawaj wa tolaq dengan duktur faris mur'e di jordan ini..mohon doa semua iya

ibn suhaimi™ berkata...

teman-teman doakan saya diberikan kefahaman dalam menangkap apa yang Dr cakap dalam bab munakahat ini yer...nanti senang nak syarah tau..terima kasih you all.

mawarberduri berkata...

Allahurabbi panjangY ust subhanallah~

ana bc slow2 insyaALlah. ap pn, syukran jiddan ats pkongsian bmanfaat ni, alhmdlh

moga Allah mudahkan SEGALA urusan ust, ALlahumma amin~

ibn suhaimi™ berkata...

MB, Allahu yu'tikal afiat..Alfun sukronn..

Baca dengan penuh penghayatan tak tu?Ala kulli hal ini sekadar perkongsian supaya orang muda celik mndanya..menyelesaikan Ibadah mereka yang tertangguh itu k.

Selamat beribadah semua.

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang