01 Mei 2011

Nadwah Ilmu Syeikhain Abdul Malik As-Sa'di | Abdul Razak As-Sa'di.

Pendahuluan.


Kedatangan, Alim Ulama' selalunya membawa perkhabaran dan berita gembira buat orang-orang yang beriman, sebab itu antara cara dan kaedah terbaik untuk merapatkan hubungan hamba dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala iaitu bertemu para Alim Ulama' kerana mereka adalah waris bagi para Nabi di Akhir zaman, tidak mungkin ada Nabi setelah kewafatan junjungan Mulia Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, maka Ulama' mewarisi perjuangan mereka.


Dua beradik Ulama'dari Iraq menambah bekalan Ilmu.


Terima kasih daun keladi, kepada teman-teman yang berjaya menganjur kempen Biah soleh-solehah selama seminggu tempohnya, dan diakhiri dengan kehadiran dua beradik Ulama' sebagai jemputan Nadwah Ilmiah yang dimotivatorkan duktur favourite kami Dr.Syuesh Al-Mahamid.

Syeikh Duktur Abdul Malik Abdul Bin Rahman As-Sa'di bersama adiknya Syeikh Duktur Abdul Razak Bin Abdul Rahman As-Sa'adi menghidangkan bekalan ilmu pada kami di malam barokah itu, alhamdulillah, sesungguhnya inti-pati yang padat penuh hikmah disampaikan mereka cukup-cukup menyemarakkan kembali semangat menceduk mutiara hikmah tiada nilaiannya. Subhanallah.

Saya pernah membaca artikel mengenai Biodata Syeikh Abd.Malik, beliau begitu lama dengan pelajar Malaysia dan Ajanib(Luar Jordan) yang lain kerana belasan tahun pernah menjadi Pensyarah Kuliyyah Syariah di Universiti Mu'tah. Dan kini disarakan atas mungkin asbab tertentu.

Pernah ditanya pelajar terdahulu(seniur) tentang zaman pengajian Syeikh Dr.Abdul Malik As-Sa'di yang merupakan, Bekas Mufti Iraq, Jordan Phd. Ummul Qura dengan First Class. Pakar Fiqh Muqaran dan Fatwa ‘Am. ini; 

Berkenaan pengajian saya , saya telah belajar al-Qur’an dan Nasafiah ( Kitab Aqidah ) kemudian saya memasuki sekolah rendah namun tidak menamatkannya kerana bapa saya tidak sukakannya . Selepas saya belajar membaca , menulis dan mengira saya telah memasuki sekolah agama pada tahun 1948 . Seterusnya saya belajar di masjid-masjid sehingga tahun … saya terlupa namun selama tempoh ini saya habiskan untuk pembelajaran. 
Selepas itu saya sambung pelajaran ke peringkat yang tinggi dan selepas universiti dibuka saya memasukinya dan sebaik tamat dari universiti saya mengambil Sarjana ( MA ) dan seterusnya ( Ph.D ) di tempat saya . Akan tetapi pengajian kami adalah seperti berikut : Pada waktu pagi kami menghafaz dan juga mengikuti pengajian. Selepas Zohor kami menghafaz matan dan sebahagian syarahnya. Apabila kami selesai mengaji sesebuah kitab maka Syeikh akan memdengar bacaan kitab tersebut dan menyoal kami dari awal sehingga akhir kitab tersebut dan kami akan menjawab persoalan beliau. Selebihnya kami menghafaz matan-matan beserta i’rabnya dan setelah itu kami mula membaca kitab-kitab yang besar (luas dan panjang perbicaraannya).
Setiap daripada kami belajar dan kami mengulang semula apa yang kami belajar. Kami belajar bermula pukul 7 pagi dan berakhir pukul 12 malam dan kemudian kami tidur. Manakala kitab-kitab yang kami pelajari berperingkat-peringkat, bermula dari kitab yang kecil seterusnya besar dan lebih besar lagi. Manakala pengajian di masjid pula , setiap pelajaran yang dipelajari seakan-akan menjadikan kami mahir dalam pelajaran-pelajaran itu dan kerana itu kami belajar Nahu ,Sorof,Aqidah,Mantiq,Balaghah,Faraidh dan Tajwid. Kesemua ini kami pelajari sebagai tambahan kepada pelajaran Fiqh dan Usulnya , Hadith, Tafsir dan Ulum al-Qur’an dan apabila saya ingin mendapatkan ijazah saya telah pun mahir dalam Fiqh al-Muqaranah.
Hattalah malam berlangsungnya Nadwah di Masjid Bin Baz, Syeikh Abdul Malik yang dalam keadaan tidak sihat dan nampak lesu, namun sudi berkunjung tiba, datang kerana tahu yang menjemputnya iaitu anak-anak dari Malaysia. Terasa begitu dihargai oleh Ulama', Subhanallah.


Sedikit mengenai Syeikh Dr.Abdul Razak As-Sa'di, juga Ulama' yang selama 5, 6 tahun berkelana di Bumi Tanah Air Malaysia, beliau juga masak benar keadaan di Malazia, dan menjadi salah satu Pensyarah sambilan di Uia dan Kida. Kekuatan ingatannya membolehkan beliau faham lahjah negeri-negeri di Tanah air, sangat terhibur menceritakan Amalan orang melayu di Malaysia kepada arabiah yang hadir, menjadikan ia bermakna pertemuan kami malam itu.

Sungguhpun begitu keluarga Ulama' ini yang berasal dari Ar-Ramadi, Iraq pernah mencatatkan suka-duka dalam keluarganya, kerana salah seorang adik-beradik mereka iaitu Syeikh Dr.Abd Alim Bin Abd.Rahman As-Sa'di mendapat syahid, dibunuh dihadapan rumahnya di Iraq pada 2 Julai 2010 yang lalu dipercayai dilakukan oleh kumpulan pengganas Al-Qaedah mahu melenyapkan Ulama' Ahli Sunnah disana. 


Kepentingan Ilmu menjadi Tradisi Ulama'.


Disebut acapkali oleh Syeikh Abd Malik tentang ilmu yang mesti diamalkan dengan toleransi dan tadbi'nya. Berilmu kemudian beramallah dengan mempraktikkan dalam kehidupan terutama untuk kita yang bakal pulang membawa hajat masyarakat nantinya. Mana mungkin kedua unsur ini dipisahkan. Dibaca Syeikh dengan Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala;


"Wahai orang-orang yang beriman! Megapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?
[Surah As-Saff:Ayat ke 2].


Adapun satu kalam Tarbiyyah dari Syeikh Abd Malik dalam satu wawancara dengan pelajar Malaysia di Kuliyyah Syariah suatu masa dahulu, diminta untuk memberi nasihat kepada kami pelajar Malaysia.


'Untuk kamu dan sahabat-sahabat kamu , hendaklah kamu semua merebut peluang dengan tidak mensia-siakan masa (selama berada di sini). Sebahagian dari sahabat-sahabat kamu , antara masalah kebiasaan mereka ini adalah mereka pergi ke Amman dan pada masa yang sama mereka meninggalkan pengajian. Sekiranya kamu lihat situasi saya , saya yang mengajar kamu akan tetapi kadangkala saya terpaksa pergi sesuatu tempat maka saya katakan kepada diri saya sendiri: Tidak, esok saya mesti mengajar maka saya mesti datang(untuk mengajar). Maka saya akan pasti datang sekiranya saya mengajar namun kamu yang duduk (belajar) dengan saya ini, lebih ramai akhawat dari syabab kerana sebahagiannya pergi ke Amman. Ini menunjukkan ada rintangan dalam diri mereka sendiri. Kerana itu Imam Syafie Rahimahumullah telah bermadah :

'Barangsiapa yang tidak merasai kesengsaraan dalam menuntut ilmu sesaat ,
Dia akan meneguk kepedihan kejahilan sepanjang hayatnya.
Barangsiapa yang tinggalkan pelajaran waktu mudanya,
Maka angkatlah takbir ke atasnya sebanyak 4 kali'.


Dan beginilah apa yang saya faham dan saya amalkan sehinggalah sekarang dalam usia saya 66 tahun(ketika itu). Selain itu hidup ini adalah(pada)nafas. Dan kita sama sekali tidak akan mengetahui bilakah kita akan mati.

Penutup Nadwah.
Di sambung barnamij nadwah dengan pelengkap kata-kata hikmah dari Dr.Syuesh, tentang Manhaj Dakwah yang jelas dan mesti dihadami oleh kami, contohnya dalam Al-Qur'an juzuk ke 29, surah An-Nuh, menceritakan manhaj-manhaj dakwah dan inti-patinya, Surah Al-Ma'arij sifat-sifat Mu'min dan lain-lainnya menamatkan Nadwah Ilmiah malam itu dengan semangat dan Tasyji' penuh hikmah. Subhanallahil azim. Jom Doakan Alim Ulama' ini diberikan Usia panjang dalam menyebarluaskan dakwahnya insya'allah, Allahumma amin.




Sekitar Barnamij Nadwah Ilmiah dengan Syeikh Abd.Malik
dan Syeikh Abd.Razak As-Sa'di.

 Nadwah dimulakan dengan miftahul kalam Dr.Syuesh yang
memegang microfon.
 Syeikh Duktur Abdul Malik Bin Abdul Rahman As-Sa'di,
yang memberi pelbagai tasyji' yang hebat.Subhanallah.
Bersebelahannya iaitu adiknya Syeikh Duktur Abdul Razak
Bin Abdul Rahman As-Sa'di.
Ini pula gambar Syeikh Duktur Alim Bin Abdul Rahman As-Sa'di
yang mendapat syahid di Iraq. Moga Allah berikan as-syahid pahala
beribu ganjaran.


Sekitar wida' Barnamij Nadwah Ilmiah dengan Syeikhain.

 Pelajar Melayu di Mu'tah Jordan yang beruntung dengan 
sering berdamping dengan Alim Ulama'.
 Mengambil barokah Syeikh supaya alim dan tadbi'kan Ilmu
untuk Islam dan gerakannya.
 Ahli Bait saya namanya ust saifudin al-kelantani,
ibtisam je kalau bertaswir dengannya. Allahuyusahhil alaik.
 Semoga Nadwah yang dibuat mendapat hikmah dan sabar 
dalam menempuh cabaran|mehnah menuntut Ilmu. 
Kelihatan teman saya ustaz syed bersebelahan Syeikh
Abd.Malik.Allahuyusahhil alaik.
Dua orang syeikh yang direkodkan sedang bertaswir 
mengambil peluang yang ada. Moga berjaya dalam
bidang ilmu.Allohumma amin.

__________________________


Nota Pesanan Diri;
(1)Semoga para penuntut ilmu medan ini makin berjaya dalam mempraktik Ilmu yang dikutip, kerana ini adalah pertanggungjawaban kita penuntut agamawan.
(2)Sejak-sejak akhir bulan jamadil Awwal ini, Bumi Syuhada' Mu'tah sering disinggahi Alim Ulama' mudah-mudahan tertempias pada kami semua.Allahumma amin.
(3) Jaga disiplin dalam Ilmu kemudian Sabar dalam segala mehnah dan tribulasinya iya. Kerana menuntut Ilmu salah satu cabang mati Syahid dan satu IBADAH.

2 komenan:

ReM berkata...

Tahniah... mantop sungguh penulisannya..
Teruskan usaha...

ibn suhaimi™ berkata...

jazakallah..akhi jom jumpa syeikh abd malik mintak taujihat...

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang