Pendahuluan.
Sepetang 22 April yang lepas, kedatangan Al-'alamah Habib Umar Al-Hafiz Hafizuhullah, entah hati saya begitu terpaut dengan khutbah Jumaatnya itu, ibrahnya cukup mantap, ia sempena mengingati peristiwa penting sejarah Islam, Ma'arikah Mu'tah yang berlaku pada Jamadil awal Tahun 8 Hijriah. Subhanallah, seorang Ulama' yang begitu jauh merantau demi menggembangkan Islam dan Syiarnya.
Kenali Al-'alamah Habib Umar Hafizahullah.
Ramai pemuda dan pelajar melayu berpusu-pusu ke sana(Masjid Mazar) iaitu makam ditempatkan tiga sahabat serangkai yang syahid, Saidina Jaafar Bin Abi Tholib, Zaid Ibn Harithah dan Abdullah Ibn Rawahah Radhiallahu anhum, zhoq mahu melihat jasad ahlil bait Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam itu sangat terkesan dilubuk hati kami, Al-'alamah Habib Umar dan anak muridnya yang sering berkunjung ke Bumi Mu'tah dalam rehlah tahunannya.
Beliau mendapat pendidikan awal daripada ayahandanya yang pada masa itu menjawat jawatan sebagai Mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada Ulama-ulama Hadralmaut yang ada pasa masa tersebut. Di antara guru beliau yang utama ialah Al-Habib Salim bin Abdullah as-Shathiry.
Bermula pada tahun 1402H bersamaan 1982M, Habib Umar berulang alik ke al-Haramain as-Shariffain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif ad-Daiyah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqaf, al-Arif ad-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Hadad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Athas bin Abdullah al-Habasi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musanid as-Syeikh Muhammad Yassin al-Fadany dan al-Alamah Muhaddith al-Haramain as-Sayid Muhammad bin Alawi al-Maliki dan ulama-ulama lain.
Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugas sebagai pendakwah Islam pada seawal usianya 15 tahun. Di samping itu, beliau juga meneruskan pengajiannya secara talaqi. Berdakwah, megajar dan belajar telah menjadi darah dagingnya. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M, sekembalinya beliau ke tanah airnya di Yaman, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama 'Darul Mustofa' di bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau.
Akhirnya Darul Mustofa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 ZulHijjah bersamaam 6 Mei 1997. Kini Darul Mustofa mendapat perhatian yang begitu hebat dalam kalangan pelajar-pelajar Islam seantero dunia. Tambahan pula, para graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar as-Syarif dan kebanyakan Universiti Islam terkemuka dunia.
Al-Alamah al-Habib Umar telah banyak membuat lawatan Dakwah Islamiyah, menyampaikan khutbah dan ilmu ke serata negara-negara Islam lain seperti Syiria, Mesir, Sudan, dan banyak lagi saban tahun.
Masih beruntung | Para Pemuda mesti gagah.
Teman-teman saya di Bumi barakah beruntung dengan kedatangan para Ulama' serta-merta membawa barakah dan cahaya ilmunya bersama, Sifirnya tinggal lagi kita para pemuda mahu menjejaki cara dan kaedah mereka menuntut ilmu itu.
Satu matan hadis sahih yang begitu mantap serta memberi kekuatan untuk kita para pemuda dan pemudi medan ini:
Sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yg ALLAH kehendaki akan kurnia kebaikan padanya, nescaya akan diberi kepadanya kefahaman dalam agama.[Riwayat Imam Bukhari|Muslim]
Rasa bersyukur sangat, Alhamdulillah, mudah-mudahan segala perancangan mencari ilmu diteruskan oleh kita(penuntut ilmu yang lemah)yang bakal membawa bekalan untuk mujtama' masyarakat nantinya. Mereka betul-betul perlukan kita para agamawan, Sifirnya jangan menjadi Musuh Allah yang Berijazah Syariah udahlah, itulah khitob yang akan saya ingat sampaibilabila dari Duktur Musthafa Abu Zaid yang sering diulang-tayangkan. Kalam masyukk orang panggil, sekaligus naziiran wa basyiraan. Ingat molek-molek tu.
Doakan saya punyai kekuatan semangat membara di Musim Soifi ini, dan sekurang-kurangnya saya punyai teman-teman yang haibat dan penuh nur cahaya di wajah masing-masing berdepan musim panas ini. Pada adik-adik yang baru ke Bumi ini, ambil lah ibrah cepat-cepat, jangan asyik leka dengan buaian dunia, hati-hatilah setiap langkahmu ye dik.
Teringat satu potongan kalam yang saya naqalkan dari Ustaz Nassuddin a.k.a YB Speaker Dun kelantan dalam ziarahnya ke Tanah ini, Abi Ustaz Ahmad Syakir itulah[Tekan ini]. Antum pelajar di Bumi Syuhada' kenapa perlu rasa tidak bersemangat dalam setiap langkah kaki menuntut ilmu? Baru setengah Tahun dah rindu mahu pulang ke Malaysia. kenapa?Why? Sedangkan 3 sahabat Radhiallahu anhum syahid di Medan yang asing bagi diri mereka, jasad mereka tertanam disini. Jauhnya Mu'tah dengan Makkah. Siapa pernah ke Haramain tahulah tu.
Sebagai penutup ingin saya dendangkan pantun khas buat para pemuda, kalau rajin hafal lah iya, bagitahu sahaja saya bila mahu di tasmik. Semoga kita dalam keredhaan Allah sentiasa. Ubah masa yang ada dengan amalan IBADAH.
___________________________Pemuda melangkah gagah, alang-alang mandibiar basah, Nyiur gading puncak mahligai,Sayang ketupat berisi inti, Biar hancur jiwaPemuda, tulang berkecai, Demi ISLAM Kitasanggup Mati. Orang Muda geng kita.
Nota pesanan:
(1) Ya Allah, berikanlah kami para penuntut ilmu medan ini, kemudahan menghafal dan mengingati sekuat para Ulama' bumi ini menghafal kalam-kalam dan ilmu daripadaMU.
(2) Tugas saya semakin berat, ditaklif mencari pemimpin untuk SPR MPPMJ 2011. Bertegas| Amanah.Mohon doa iya.
(3) Masa yang cemburu. Maka setiap detik itu TARBIYYAH. Ingat tau.
(4) Bertemu Ulama' memberi kekuatan luar biasa. Subhanallahil A'zim.
_____________________________
Jom. Sekitar kedatangan Habib Umar Al-yamani Hafizahullah.
Al-'alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Hussin bin al-Sheikh Abdul Rahman as-Saqaf bin Muhammad al-Maulay ad-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad Sahib as-Saumiah bin Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad an-Naqib bin Ali bin Abi Tolib dan anakanda Fatimah az-Zahra binti Sayidina Muhammad Khatam an-Nabiyin SAW.
Al-'alamah Habib Umar Hafizahullah, selesai ziarah Maqam Zaid Ibnu Harithah
Radhiallahu anhu.
Ustaz al-Zubair mengiringi Al-'alamah Habib Umar Hafizahullah keluar
masjid Ja'afar Bin Abi Thalib selesai solat Jumaat. Moga mendapat barakah yang banyak ya akh.
Ini dua orang Habib entahdarimanaentah, keluar bertaswir.
Mudah-mudahan mendapat barokah yang banyak petang Jumaat 22April tersebut.
Di dalam Maqam Saidina Ja'afar Bin Abi Tholib Radhiallahu anhu.
Al-'alamah Habib Umar mengetuai bacaan Hizib dan doa memohon keredhaan Allah.
Bersama anak murid Habib Umar Hafizahullah, Muhammad, dari tanah Syam mengiringi
Al-Alamah ke Mu'tah. Ahlan Wasahlan.
Beberapa orang ust, dikesan bertaswir di pekarangan Masjid Ja'afar At-thoiyyar.
Bertaswir kemudian ambil Ibrah. Mabruk alaik.
Akhirnya para ustad yang hadir bertaswir jami'ann. Moga pulang nanti ke kediaman masing-masing
dengan beroleh kekuatan luarbiasa, esok boleh lawan orang arab pulak. Barakallahu fikumm teman-teman Bumi bertuah ini.
0 komenan:
Catat Ulasan