27 September 2010

Ar-Raheqq Makhtum-Syeikh Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri.

Selamat datang wahai tetamu Dataran syuhada' lil khusus ala tullabul jadid..

Sesuailah dengan kedatangan antum orang ke Bumi Syuhada' ini dipersembahkan dengan hidangan-hidangan mantap, bukan sekadar maqlubah, mansaf, masyrumm, falafil, laban, halibb sahaja, kullu ma'kulatt arabi(makanan arabi) sebegitu jugalah mari menyantap hidangan hati yang lesu itu dengan membaca kisah Tokoh Ulama' Pewaris Nabi sebagai satu ibrah.

Di ajar untuk menyayangi Para Ulama' sesuailah dengan kebolehan kita di luar negara bertutur cair bahasa arab kemudian mentadbi'kannya maka amik peluang dari segenap tempat untuk menghayati tokoh-tokoh ilmuan islam..alhamdulillah barakallah.

Tokoh itu sangat Haibatt.

Walaupun maklum di ajar di kuliah-jamiah oleh Ayahanda Duktur Mustafa Abu Zaid tentang Fiqh Sirah karangan tangan Ulama' hebat dan kontemporari itu Syeikh Duktur Ramadan al-Butti, intabih itu  belum memadai atau tak cukup bagi kita tullabul ilmi menghayati kisah sirah nabawiah, banyak lagi perlu dibedah, malah bedahsiasat lagi kitab-kitab yang pelbagai di hasilkan oleh mereka terutama yang minat  mendalami tentang Sirah Nabawiah.

Tentulah wajib bagi kita tullabul ilmi hadaminya, kalau tak untuk diri sendiri, nanti dah berumah+tangga untuk zauj takpun zaujah antum kan2?untuk aulad yang comel-comel tu lagi, maka ambillah peluang sebaik mungkin di bumi ini, sila hadami Fiqh Sirah Nabawi(kefahaman tentang perjalanan kehidupan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam)dengan mantap, balik tanah air boleh ngajar dengan ajaran yang sebenar pada mujtama'@masyarakat.

Maka dengan rasa gah sekali saya ingin berkongsi dengan teman-teman tokoh haibatt ini...man huwa?kalau membaca setiap kitab ada adab-adabnya, bukan macam baca buku kartun saudara zunar tu, yang peliknya manusia melayu malaysia kini lebih takut pada kartun, apakah yang terjadi.Adab terpenting  mahu membaca kitab karangan Ulama'(1)Mulai Ummul Qur'an dan selawat ke atas Baginda,(2)Melihat siapakah ulama' penulis kitab tersebut,(3)Jika sudah kembali kepada Allah, tabarruk dengan al-fatihah,(4)Membaca doa mohon difaqihkan seperti penulis kitab tersebut..Alhamdulillah baru gembira kan mahu membaca karangan tangan Ulama'..

Kitab Ar-Raheeq Makhtum menjadi idola saya sepanjang zaman..
percayalah best tau..dapatkanlah.

Kitab ini memaparkan kisah sebenar dari sirah perjalanan hidup Rasulullah yang ditulis oleh Syeikh Safiy al-Rahman bin Abdullah bin Muhammad Akbar al-Mubarakfuri al-A’zhamiy. Beliau adalah tenaga pengajar di Universiti Salafiyah, Banaras, India. Beliau dilahirkan pada tahun 1943 dikampung Husain Abad dalam daerah Mubarakfur. Pendidikan awalnya mengenai al-Quran diterima daripada datuk dan bapa saudaranya.

Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Dar Ta’lim dalam daerah Mubarakfur pada tahun 1948. Selama enam tahun disitu beliau berjaya menamatkan pengajian peringkat rendahnya yang sebahagian subjeknya di dalam bahasa Parsi. Beliau berpindah ke Ihya al-Ulum, Mubarakfur pada tahun 1954 untuk melanjutkan pengajian menengahnya. Antara subjek yang dipelajarinya adalah Bahasa Arab dan tata bahasanya serta beberapa buah subjek agama yang lain.

Dua tahun kemudian beliau berpindah ke kolej yang Agama tersohor berhampiran wilayahnya iaitu kolej Faid ’Am dalam wialayah Mi’u yang terletak sejauh 30 kilometer dari Mubarakfur. Beliau berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang dan sijilnya itu memenuhi syarat untuk beliau menjadi pengajar dan memberikan fatwa.

Beliau turut mengambil peperiksaan yang dianjurkan oleh badan kerajaan yang berada dibawa seliaan kerajaan Uttar Pradesh bagi ujian Mawlawi pada tahun 1959 dan ujian Alim 1960. Kedua-dua ujian tersebut berjaya diperolehinya dengan pangkat jayyid jiddan (Amat Baik). Kebiasaannya lembaga peperiksaan itu tidak pernah menganugerahkan pangkat cemerlang kepada calon peperiksaannya tetapi penulis berjaya memperolehinya dengan usahanya yang bersungguh-sungguh.

Kepintarannya begitu terbukti dalam ujian yang didudukinya. Beliau ditawarkan mengajar di Kolej Faid ’Am yang pernah menjadi tempat beliau menimba ilmu. Kemudian beliau bekerja sebagai pensyarah kontrak pula di Universiti al-Rasyad dan selepas tamat beliau diundang untuk mengajar di Dar al-Hadits, daerah Mi’u, India pada tahun 1966. selepas itu beliau telah diundang untuk mengajar di Kolej Faid al-’Ulum, Madya Pradesh yang terletak sejauh 700 kilometer dari wilayah Mi’u.

Beliau mengajar di sana selama 4 tahun sebelum pulang semula ke wilayahnya pada tahun 1972. Beliau diminta semula untuk mengajar di Dar Ta’lim dalam daerah Mubarakfur pada tahun 1972. Selama dua tahun berada di sana, selepas itu beliau berpindah ke Universiti Salafiyah, Banaras hingga kini.Pada tahun 1976, beliau menduduki sebuah lagi peperiksaan yang dikenali sebagai al-Fadhilah fi al-Adab al-’Arabiy bagi kesusasteraan Arab. Dalam ujian peperiksaan ini juga, beliau mendapat pangkat jayyid jiddan (Amat Baik). 

Karyanya yang lain 

  • Syarah al-Azhar al-’Arab (Arab) kitab himpunan syair yang dikumpulkan oleh Muhammad Yusuf al-Surati.
  • Risalah al-Masabih fi Masa`il al-Tarawih karya al-Suyuthi – diterjemahkan ke dalam Bahasa Urdu.
  • Al-Kalim al-Thayyib karya Ibn Taimiyah – diterjemahkan ke dalam Bahasa Urdu.
  • Al-Arba’in al-Nawawiyah – diterjemahkan ke dalam Bahasa Urdu.
  • Berita gembira tentang Muhammad dalam kitab Yahudi dan Nasrani – diterjemahkan ke dalam Bahasa Urdu.
  • Tazkirah Syeikh al-Islam Muhammad bin Abdul Wahab al-Najdiy – diterjemahkan ke dalam Bahasa Urdu.
  • Ringkasan kitab Bulugh al-Maram dalam bahasa Arab.
  • Qadiani dan pahlawan islam Syeikh Tsana` Allah al-Amritsari – diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab dari Bahasa Urdu.
  • Kajian tesis ar-Raheeq al-Makhtum yang dipersembahkan kepada badan Rabithah al-’Alam al-Islami (Badan Ikatan Dunia Islam).

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang