02 Jun 2009

Jom cari buku di muktamar minggu ni..


ayahchik, pemimpin di hati rakyat..

Abdul Hadi Awang
Pemimpin, Idealouge, Murabbi


Penulis: Riduan Mohamad Nor (EXCO DPP Pusat)


Keluaran: Jundi Resource Sdn. Bhd.


Akan terbit pada Jun 2009


Aku mengenalinya sejak kecil lagi. Aku mengikuti slot ceramah dan kuliah agama yang dusampaikan oleh beliau bersama ayahku. Aku begitu mengaguminya. Seorang pejuang, pemimpin yang adil, ulama' dan guru. Ketokohannya dikagumi oleh oleh masyarakat Islam baik di Terengganu, Malaysia mahupun di seluruh dunia.


Aku sangat suka membaca buku-buku yang menulis tentang peribadinya. Izinkan aku mencoretan sedikit di sini berdasarkan pengetahuanku.


Berasal dari Marang, Terengganu. Ayah beliau juga seorang ustaz. Beliau mendapat pendidikan agama secara formal di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin seterusnya ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Islam Madinah (mendapat biasiswa kerajaan Arab Saudi) dan peringkat MA di Universiti Al-Azhar, Mesir.. Beliau pernah terlibat secara aktif dengan gerakan Ikhwanul Muslimin dan mendapat tarbiyyah daripada pimpinan mereka seperti Sheikh Said Hawwa, tokoh IM di Syria sehingga pernah diharamkan memasuki Mesir. Beliau sering dijemput dalam seminar-seminar dan persidangan-persidangan gerakan Islam antarabangsa.


Beliau adalah ikon gerakan Islam di Malaysia baik bagi kalangan ahli PAS, ABIM dan JIM sehingga mencetuskan "Fenomena Abdul Hadi" pada suatu ketika dahulu. Beliau terlibat dalam transformasi kepimpinan PAS kepada kepimpinan ulama' dan membawa corak tarbiyyah Ikhwanul Muslimin ke dalam PAS. Hal ini dapat dilihat melalui penubuhan Institut Berakan di Terengganu suatu ketika dahulu yang telah melahirkan ramai petugas dan pimpinan PAS yang berjiwa Islam yang mantap. Beliau juga seorang ahli dalam Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat sekian lamanya sejak awal penglibatannya dalam PAS.


Ketokohannya dalam bidang agama diakui. Beliau mewarisi kuliah pengajian agama di Masjid Rusila daripada bapanya. Kitab karangannya yang masyhur ialah Muqaddimah Aqidatul Muslimin dan Fiqhul Harakah Li Sirah An-Nabawiyyah. Beliau adalah salah seorang ulama' yang berusaha menyatukan ummat Islam walaupun dalam berbagai mazhab (Taqarib Bainal Mazahib) di peringkat antarabangsa.


Beliau pernah menjadi Menteri Besar Terengganu selama empat tahun selepas PAS Terengganu memenangi Pilihanraya Umum Ke-11 pada tahun 1999. Sekarang beliau masih lagi memegang jawatan sebagai ADUN Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang.


Beliau mengasaskan Maahad Darul Quran, Rusila.


Dialah...Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


::Bagi sahabat-sahabat maila kite ke Muktamar minggu ni...insya'allah banyak info memberi maslahah di sana..sampai bertemu, insya'allah.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang