08 September 2011

Mendaki Jabal Nurr 27 Ramadhan.

27 Ramadhan mencatatkan lagi hibrah.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar...itulah lafaz yang terucap seusai tiba ke puncak utama Jabal Nur yang berusia 1400 tahun lalu menceritakan Sirah Nabawiyyah yang sangat hebat.

Ia betul-betul menambahkan lagi Nilai Amal Islami saya dan teman-teman seperjuangan, sekaligus menambah koleksi saya dalam misi jelajah ke Bumi Siraman Sirah Muhammad Sayyidul Anbiya' Sollallahu Alaihi Wassalam.

4 petang itu, delegasi saya ditemani 3 sahabat kirom yang berfikrah Islam yang hebat diketuai Presiden PERMATA(ini), ust nazri, akh tengku, saya dan akh syuk yazit, tanpa jemu mendaki ke Bukit yang merupakan jejak Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam mencari ketenangan demi mendekatkan diri pada TuhanNya.

Menaqalkan dari wikipedia.


Gua Hira (Arab: غار حراء‎, Ġār Ḥirāʾ) ialah sebuah gua tempat di mana Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, menerima wahyu yang pertama dari Allah melalui Malaikat Jibril. Gua Hira adalah tempat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.

Gua Hira terletak di Makkah, Arab Saudi. Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Bukit Nur atau Jabal al-Nour tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Struktur umum Gua Hira adalah berukuran 4 m (13 ka) panjang dan 1.75 m untuk lebarnya.


Menjadikan Tasyji'[Motivation].

Lafaz takbir petang itu..betul-betul saya laungkan sebelum berbuka puasa di Puncak Jabal Nur, menyaksikan peristiwa Nuzul Al-Qur'an yang mulia, bahkan itulah kali pertama memberi sejarah dan lebaran baru pada Sirah Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Sollu alann nabi, sollu alann nabi..

Sayangnya saya pada Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam tidak terbelah bahagi lagi, saya menduga pelbagai perkara rintangan yang Rasulullah SAW hadapi untuk sampai ke tempat ini sejauh 2 batu berulang alik tanpa jemu demi menjauhkan diri dari pegangan syirik dan jahiliyyah masyarakat quraisy ketika itu.


Bahkan saya mendapat ibrah lagi pabila teringat kisah isteri solehah, Ummahatul Mukminin, Saidatina Khadijah Radhiallahu Anha yang berulang-alik mendaki bukit setinggi itu demi menyediakan bekalan untuk Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, mencari ketenangan dan petunjuk dari Allah.

Batuan disini menjadi barakah kerana dipilih Allah untuk dipijak oleh jasad manusia yang agung itu, subhanallah. Kondisi Gua Hira' yang kiblatnya betul-betul menghala ke arah Baitullah yang terletaknya Kaabah yang mulia.

Saya sering bermonolog, alangkah tabahnya perjuangan di zaman Baginda, memulakan Dakwah Islam dengan sesuatu Agama yang asing, yang bila-bila masa sahaja ancaman terhadap diri Rasulullahi Sollallahu Wassalam boleh dilakukan akibat melanggar adat lama Jahiliyyah di sekitar Baitullah itu.

Lantas saya membaca Surah Al-Alaq Surah ke 96, Surah Makkiyah itu.

lalu menangis hati saya, lalu saya ulangi ayat pertama hingga ke lima itu.

Firman Allah Ta'ala untuk wahyu kali pertamanya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), 


Malaikat Jibrail Alaihissalam mendakap Rasulullah Sollallahu Aalihi Wassalam sebanyak 3 kali. Selepas dakapan yang ketiga itu, Rasulullah terus membaca wahyu pertama itu dengan sendirinya tanpa diajar oleh Malaikat Jibrail Alaihissalam.

Wahyu pertama yang diturunkan itu ialah ayat 1 hingga ayat 5 surah al-Alaq'. Wahyu terakhir yang diturunkan kepada Nabi SAW. ialah ayat 3 surah al-Maidah. 


Walau bagaimana pun terdapat pendapat yang mengatakan wahyu terakhir yang diturunkan adalah ayat 281 hingga ayat 283 surah al-Baqarah. Sementara surah lengkap yang pertama adalah Surah al-Muddattsir.

Selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira', wahyu yang turun selanjutnya adalah dalam keadaan Nabi SAW. sedar. Beliau akan berkeringat dan tubuhnya menjadi terasa sangat berat setiap kali wahyu sedang diturunkan oleh Malaikat Jibrail sa. Apabila penurunan itu selesai Nabi SAW. akan terus membaca ayat-ayat suci yang diturunkan itu dengan lancar.

Saya berkata dalam hati..


Wahai Jabal Nur yang bersejarah, jadilah saksi untuk saya yang hina sampai disini agar saya terkena tempias barakah perjuangan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam supaya saya bekalkan pula untuk mujtama' nanti..doa saya di dalam hati.

Mudah-mudahan ibrah petang 27 Ramadhan 1432 Hijriah itu benar-benar mengamit kenangan kehidupan saya, kemudian saya istiqomah dalam perjuangan yang tanpa sempadan ini. Allahumma amin.

Sayup-sayup Masjidil Haram, kiblat Utama Manusia seluruh dunia dilihat di puncak Jabal Nur..ini, sayup-sayup jugalah hati saya meninggalkannya. Allahu yubarikk alaikumm..


Nota Tasyji'
_______________________________________


(1) Dalam sirah terunggul Baginda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, Jabal Nurr telah menjadi saksi kerasulan yang diutus oleh Allah untuk ummat manusia akhir zaman.
(2) Mudah-mudahan 27 Ramadhan yang lepas menjadi titik sejarah saya dan teman-teman mendaki Jabal Nurr dalam keadaan berpuasa dan berbuka di sini. Allahuakhbar..
(3) Mohon doa teman-teman blogger lain, agar kehidupan kami penuntut ilmuu di Medan Nafar diberkati Allah Subhanahu Wa Ta'ala.



27 Romadon bersama ust nazri, akh hakim...mengangkut moya sihhi(air meneral)
ke puncak bukit untuk berbuka puasa nanti.
mendaki jabal nurr memerlukan lebihan tenaga..saya benar2 merasai
itu perjalanan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam.
ta'aban jiddan...bersama ahli syam, muhammad dari suria yang sama
mendaki Jabal Nurr bersama kami petang 27 Romadon itu. Allahuakhbar.
Pemandangan dari sebelah timur di pertengahan pendakian ke Puncak Jabal Nur
yang bersejarah.
Kelihatan ribuan bait/rumah penduduk Makkah Al-Mukarramah
dari Puncak Jabal Nur.
Gua Thur, tempat Baginda Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam
bertahanuth, mendekatkan diri pada Pencipta Yang Maha Kuasa.
Jabal Nurr ini menjadi saksi jasad Mulia Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam
yang mendakinya demi permulaan baharu Sirah Nabawiyyah.
Saya dan sahabat2 sempat berusrah menanti tunggu masuk waktu
ketika itu kami memerhatikan dari jauh Masjidil Haram yang terletaknya Kaabah yang mulia.
Sempat berzikrullah, memohon magfirah dari Allah agar sentiasa menghadami
Sirah Nabawiyyah yang semakin lama ditelan zaman fitnah yang hebat.
Bertaswir selapas solat maghrib di Puncak Jabal Nurr yang jaraknya 2 Batu ke Masjidil Haram, sayup mata memandang Kiblat Utama Ummat Islam Seluruh dunia itu dari Jabar Nurr..
Ya Allah campaklah rasa ketenangan dalam jiwa kami agar sentiasa menjadi
pemuda yang beriman padaMu. Allahumma aminn..



3 komenan:

Si Puteri Ali berkata...

masyaallah..seronoknya..bila lah dpt sampai..

ibn suhaimi™ berkata...

Alhamdulillah....mudah2an Allah berikan rezeki yang murah ke sana juga..

ibn suhaimi™ berkata...

Jangan jemu berdoanya!

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang