02 September 2018

Akademi Al-Qur'an Syaddad (AQS)

0 komenan

 Logo Rasmi AQS, Alhamdulillah ala kulli hal


Ayuh, warwarkan pada sahabat-sahabat kejiranan dan masyarakat


Sekapur sireh.


       Alhamdulillah september 2018, ini akademi al quran syaddad berjaya  dilancarkan, hanyalah doa dan pengharapan pada Allah agar diberikan segala pertolongan dan inayahNya.

       Bagi pihak founder saya dan keluarga memohon agar sahabat-sahabat, teman-teman mendoakan agar generasi cinta Al Quran boleh dilahirkan dimana pun kita berada supaya mereka mampan menghadapi dunia akhir zaman ini.

       Sekian.

Ustaz Muhammad Firdaus Hj Suhaimi
Sg Buloh, September 18'

1.0
 PENGENALAN

         Sebuah pusat pengajian Al-Qur’an yang menyediakan perkhidmatan untuk mendidik dan mengajar golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa agar lebih mendekati Al-Qur’an yang menjadi panduan akhir zaman.

2.0  VISI

Melahirkan generasi Al-Quran yang unggul.

3.0  MISI

Membentuk individu yang berthaqafah tinggi terhadap ilmu-ilmu asas yang berkaitan dengan Al-Quran.

4.0  OBJEKTIF

  • Melahirkan bakal ulama’ huffaz yang muktabar dan berwibawa.
  • Mampu menguasai asas Iqra dan mahir sebutan huruf.
  • Mampu membaca Al-Quran dengan tartil.
  • Dapat menghafaz Al-Quran dengan baik.

5.0 SASARAN KERJA

Semua pelajar PRA Sekolah, Sekolah Rendah Agama, Perseorangan dan Masyarakat di Saujana Utama Sg Buloh atau Bandar Puncak Alam yang minat mendalami Iqra dan Al-Qur’an.


6.0 AKTIVITI TAHUNAN

BIL
AKTIVITI
OBJEKTIF
SASARAN
PERLAKSANAAN
PENGLIBATAN
CATATAN
01
Kelas AlQuran
·         Pengajian Iqra
·         Asas dan bacaan Tajwid
·          Hafazan surah-surah lazim
Membaiki bacaan Iqra dan Al-Quran terutamanya pelajar yang lemah
Semua pelajar baru 2018
Sept 2018
Semua guru
Mengenal pasti pelajar yang lemah dalam bacaan
02

Fardhu Ain


Asas Ibadah, asas akhlak dan Praktikal
Semua pelajar
AQS
Sept 2018
Semua guru
Mempraktikalkan solat berjemaah secara betul.
03
Majlis Khatam Al-Quran
- Meraikan pelajar khatam hafazan dan membaca Al-Quran
Pelajar Akademi Qur’an Syaddad

Kakitangan AQS
Jawatankuasa perlaksanaan akan dibentuk
04
Program sempena cuti akhir sekolah
- Mendedahkan pelajar untuk menghafaz Al-Quran
- Membaiki bacaan Al-Quran
- Meningkatkan kemahiran dalam Komputer & B.Arab
Terbuka kepada pelajar luar sekolah menegah & rendah
Akhir Nov hingga pertengahan DIS
Guru-guru tahfiz, komputer & B.Arab
Melibatkan subjek seperti Tahsin & Hafazan Al-Quran, Komputer serta Bahasa Arab
05
Intensif Khas Al-Quran
- Meningkatkan hafazan dan bacaan pelajar yang lemah
- Pelajar yang lemah bacaan
- Pelajar yang tidak menghabiskan sukatan hafazan
- Cuti minggu pertama
Guru-guru
Termasuk pengisian program ibadah & aktiviti lain
06
Penilaian Al-Quran
- Menilai tahap prestasi pelajar
- Meningkatkan prestasi hafazan, tilawah & ilmu asas Al-Quran
Semua pelajar
3 bulan sekali
Semua guru
Mengenal pasti pelajar yang lemah








7.0 JADUAL WAKTU


1
2
4
MASA HARI
8.00 - 8.30 malam
8.30 - 8.50 malam
8.50
9.30
9.30 malam
ISNIN
TIADA KELAS
R
-
SELASA
KELAS
E
 PELAJAR PULANG KE RUMAH
RABU
KELAS
H
 PELAJAR PULANG KE RUMAH
KHAMIS
KELAS
A
 PELAJAR PULANG KE RUMAH
JUMAAT
KELAS
T

PELAJAR PULANG KE RUMAH

8.0 TENAGA PENGAJAR

1.      Ustaz Hj Muhammad Firdaus Bin Hj Suhaimi
2.      Ustaz Hj Ahmad Amiruddin Hj Ibrahim
3.      Ustazah Basyirah Binti Yahaya

9.0 CARTA ORGANISASI

Ketua Akademi Quran Syaddad (AQS) : Ustaz Muhammad Firdaus
Penyelaras Al-Quran dan Hafazan        Ustaz Ahmad Amiruddin Ibrahim
Penyelaras Al-Quran Dan Iqra               : Ustazah Basyirah Bt Yahaya


26 Februari 2015

Belangsungkawa TGNA. Allah teguhkan lelaki beriman hingga akhir.

0 komenan


TGNA seorang tokguru ikutan abad ini.

Setelah hampir dua minggu al-marhum tokguru meninggalkan kita semua, adalah rasa kehilangannya mula dirasai.

Bagi orang beriman mereka merasai Ulama' ini bukan sahaja meninggalkan jasadnya tetapi membawa ilmunya yang bermanfaat untuk ummah ini. Moga saham wakaf ini kekal membawa al marhum tokguru bertemu Tuhan Yang Maha Agong.

Kata-kata memberi tasyji'(motivation) buat diri.

Saya tiada pengalaman manis bertemu tokguru cuma pernah bersalam dengannya, seterusnya berharap(atamanni) tokoh ummah ini dihayati oleh generasi mendatang,  namun tokoh ummah ini akan dibekalkan untuk anak cucu suatu masa nanti, biiznillah.

Sehingga saat ini saya masih ingat kata-katanya sebagai bekal kehidupan..

"...Nyawa kita ini ibarat lampu pelita..bila-bila masa sahaja boleh terpadam.."

Sedeqahkan Al-Fatihah buat almarhum TGNA.


04 Februari 2015

Perniagaan Sunnah Nabi : Praktikal.

0 komenan
Minat Baharu

Menjengah 2015, saya sudah 6 tahun mempunyai blog peribadi seperti orang lain.

Minat saya sudah menjadi lain dari tahun ke tahun berikutnya. Alhamdulillah dikurniakan rezeki dan ilmu dari Alloh.

Terbaru sejak berkhidmat menghadapi pelanggan rasmi di UiTM (Student) banyak benda baru berlaku pada diri saya. Termasuklah untuk berniaga.

Rupanya, sunnah Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wa Sallam sejak Baginda berusia 12 Tahun menceburi bidang perniagaan dengan konsisten (istiqomah) dan amanah membuatkan Baginda tidak jemu berniaga malah di sukai ramai pembeli (customers).

Produk Islamik Education Kids (Pendidikan Islam Kanak-kanak)

 IPad Islamik Moden mendapat hati di kalangan Parenting.


Apabila kakak (pensyarah uni. tempatan) beritahu gaji dia berniaga melebihi pendapatan tetapnya, saya semakin sukar percaya dan akhirnya saya hadapinya sendiri.

Segala puji bagi Allah, dengan niat ingin menyebarkan dakwah bermula zaman kanak-kanak yang semakin dihujani hegemoni barat, produk saya sering mendapat 'PM' orders dari ramai pelanggan waimma sedia ada(setia) ataupun yang baru.

Semoga Allah berkati perniagaan ini, menjadi salah satu Sunnah pesuruhnya yang Mulia di muka bumi ini. Doakan saya berjaya teman. Saya punya cita-cita, saya pun wawasan agar anak-anak dijauhi dengan gejala gadget yang semakin menggila 100 abad setelah syahidnya mujaddid abad 21 Al-Imam Hassan Al Banna Rahimahumullah.

Berniaga sunnah Nabi, Sollu alann nabiy..

__________________________

Nota perniagaan.

(1) Banyak membaca tips berniaga, tips parenting.
(2) Taamul dengan sirah nabi dalam berjaya dan amanah dalam berniaga.
(3) Rajin ke Pos Laju untuk hantar order customers.

25 Januari 2014

Belangsungkawa: Murobbi Ummah ini, Manir menjadi saksi.

0 komenan
25 Januari 2014.

Bismilahirrahmanirrahim.

Kesedihan yang terlalu besar maknanya.

Dua berita yang didengari tentang dua guru, murobbi ummah umumnya.

Saya yang begitu sedih dihujam dengan hati yang sayu, alangkah sedihnya ummah ini bersaksikan ulama' terbilang dijiwa mereka pergi satu persatu.

Tahun yang lalu, Al fadhil(AF) ustaz azizan (almarhum) kini Tuan Guru Ustaz Haron Taib mengikuti jejaknya, bahkan jejak ulama' terdahulu.

Muktamar lalu di dewan MBSA Shah Alam, rupanya adalah akhir kedipan mata saya melihatnya, semua menceritakan tentang Al Marhum Ustaz Haron Taib, sudah tentulah tokoh ini adalah susuk peribadi yang begitu istemewa ?sehingga menjadi perbualan ramai orang ?


[TGHA yang ziarah Ustaz Harun Taib di HSNZ Kuala Terengganu]

[ manakala TG Harun Din yang dikejarkan ke IJN, semoga Allah beri kesembuhan, syahullah syifa'aan 'ajilann ]



Ghairah untuk berjihad.

Sudah tentulah tokoh ini cukup-cukup bernilai buat masyarakat, saya sempat bersembang kisah dengan sang isteri, ustazah basyirah yahaya yang merupakan insan beruntung dibesarkan bersama anak-anak almarhum, beliau menceritakan perihal Ustaz Harun Taib dengan hebat.

Lebih daripada itu dalam subjek master UKMnya beliau menyahut cabaran membuat kajian tentang tokoh ini, trilion mabruk buat sang isteri.

Adapun saya menanamkan hasrat menerbitkan kertas kerja mengenai kajiannya biiznillah.

Sebegitulah hasrat saya yang ghairah untuk berjihad.

Ustaz Haron Taib pula menunjukkan jalan pada kita semua, beliau telah menyumbang pada ummah, adakah saya tidak ada picisan tulisan demi ummah?

Allahu, teringat satu Hadith Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam:


من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل الله
Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari Radhiallahu Anhu,

Rasululluhi Sollallahu Alayhi Wasallam bersabda:
"..siapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang 
tertinggi, maka ia berada di jalan Allah.."

[Direkodkan Riwayat Muttafaqun alaih, Imam al-Bukhari dan Muslim]

DUN Manir & kubang lembek menjadi saksi perjuangan mereka terdahulu.

Kita doakan Al Marhum bersama para syuhada' yang berjuang fi sabilillah umur mudanya digunakan ke jalan menegakkan Islam bahkan beliau menjadi pengimbangtara untuk para aktivis terus berjuang tanpa mengutip kemuncup dalam perjuangan ini.

Allahu, berilah kami mengikuti jejaknya.

Dun Manir, kubang lembek menyaksikan kaki-kaki mereka yang berjuang fi sabilillah. Moga Allah beri keredhaanNya pada semua pejuang Ugamanya.

[ Al-fatihah, sumber iluvislam ]

____________________________

Nota Tasyji'

(1) Kajian tentang tokoh dapat mengenalkan kita tentang Almarhum, insyaallah.
(2) Kita doakan agar segala usaha Al Marhum menjadi amal pahalanya di dunia ini.
(3) 25 Januari, merupakan peristiwa beliau ditarbiyah dalam Ikhwan Muslimin di mesir sekaligus mengisahkan peristiwa penting kader dakwah IM dalam peristiwa Khomsah wa isrinn.
(4) Marilah kita yang membaca, sedeqahkan Al Fatihah pada Al marhum dan takziah pada ahli keluarganya.

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang