02 Ogos 2011

Madrasah Ramadhan: Makmurkan Rumah Allah.

Sinonim Ramadhan.

Sedari kecil diajarkan ibubapa kita untuk menterjemahkan ramadhan dengan pergi ke masjid menjelang malam bulan puasa.

Orang melayu, bangsa yang baik diajarkan sebegitu sedari kecil supaya uruf(budaya) diikuti hinggalah si anak nanti menjadi dewasa, dengan tujuan si ibubapa bila anaknya sudah dewasa mereka tahu apa itu masjid. Begitukah? adapun orang arab di tempat saya menuntut ilmu ini, lebih baik dari sudut 'zhuq' semangat mereka ke rumah Allah tanpa bermusim-musim.

Musim panas, salji, bunga, luruh. Anak-anak orang arab diajarkan menghadirkan diri beramai-ramai ke masjid, walaupun mereka kesana hanya untuk bermain. Ironinya itulah istilah kanak-kanak, usah dimarahi. Lainlah kalau bapa kanak-kanak yang pergi ke masjid untuk bermain, dicubit pun tiada masalah.

Cukup tertarik terkadang satu family beramai-ramai pulang dari masjid dalam perjalanan berjumpa dan bertanya khabar pelajar malaysia. 

Ini kajian saya, kerana rumah saya kondisinya betul-betul tepat didepan masjid. Alhamdulillah.

Walaupun begitu, untuk lazimi diri ke masjid adalah sesuatu perkara yang ajaib hendak dilakukan dengan berterusan(istiqomah), terutama bagi manusia yang terhalang, diantaranya yang sakit uzur, perempuan yang haid, dan lainnya.

Mesti diubah, mentaliti bangsa melayu itu, mudah-mudahan pergi ke Masjid nanti bukan sempena ramadhan atau bulan satu lagi itu iya(hari rayalah tu).

Ulama' yang buta mengajarkan penuh erti.

Alhamdulillah, seorang Ulama' Jordan yang buta matanya pernah mengarang satu kitab yang cukup bernilai disisi para penuntut ilmu. Iaitu Fadilatus Syeikh Duktur Fadhl Hassan Abbas.



Kitabnya yang berjudul I'jaz Al-Qur'an, ia menjadi silibus terpenting di Universiti saya. Dari namanya kita kita sudah ketahui iaitulah Mukjizat Al-Qur'an.

Saya ingin kaitkan tajuk artikel kali ini dengan apa yang dibahaskan Ulama' tafsir di dalam kitab Duktur Fadhl Hassan Abbas(Almarhum). Sepotong ayat Al-Qur'an dari surah At-Taubah ayat ke 18, Allah berfirman:

Hanyasanya yang layak memakmurkan[menghidupkan] masjid-masjid Allah itu ialah [orang-orang yang beriman] kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. 



Begitulah mukjizat Al-Qur'an diterangkan Allah didalamnya, Allah tidak menggunakan
kalimah إنما يعمر المؤمنين مسجد الله waimmalah perkataan 'mu'minin' jikalau ditambah berubah dari sudut maksud dan konteks ayat diatas walaupun maknanya di fahami.

Ulama' tafsir menyatakan jika Allah meletakkan kalimah 'mu'minin' pada ayat dalam surah diatas, maka orang-orang yang beriman ini akan nampak dengan cara menghidupkan masjid rumah Allah ini sahajalah mereka ini dapat hidayah dan rahmat besar dari Allah.

Maksudnya, tidak perlu dan berhajat terhadap perkara lain, lebih-lebih lagi perkara dunia, tidak perlu berniaga di bazar ramadhan, bercucuk tanam, menyambung pengajian di sekolah, universiti, main internet, buat fan club facebook, tweeter, waiimma tak perlu berkahwin sekalipun.

Hanya sekadar pergi ke Masjid beribadah dengan syariat yang Allah tentukan, sudah dapat pahala besarnya tetapi amalan lain ditinggalkan dalam masa yang sama? Tentulah Allah mencorakkan pelbagai Ibadah di atas muka bumi ini.

Menjadikan pengajaran baik dan berguna.

Justeru itulah kalimah 'mu'minin' itu tidak diletakkan Allah sebagai I'jaz atau mukjizat pada keagungan Al-Qu'ran. Subhanallah, maha suci Allah.

Masjid adalah tempat kaum muslimin melakukan pelbagai aktiviti mereka, masjid dizaman nabi bukan sekadar untuk para sahabat mendapat talaqqi dan ilmu yang berguna, malah nabi berbincang strategi peperangan, tempat memberi ceramah umum, tempat memberi talk, peringatan sesuatu perkara yang Allah datangkan contohnya bala', penyakit, musim kemarau dan lain-lain.

Namun masjid di kawasan kita, cubalah check kalau bukan majlis perkahwinan, kenduri kematian dan tahlil sahajalah masjid digunakan, malah orang yang mahu beri'tikaf(berzikrullah) di masjid pun mendapat halangan dari pihak tertentu kan.

Secara mafhum mukhallafah dan siyasahnya pula, Allah datangkan tamsilan kerana terdapat jenis manusia dizaman kini yang bersungguh-sungguh memakmurkan rumah Allah ini hanya pada hiasannya, masjid semuanya terbina dengan nilai jutaan ribann, ada yang berkristal lagi, namun tiada pengisian dilakukan didalamnya, hanya boleh solat 5 waktu sahaja, yang dihiasi untuk ditangkap gambar untuk special edition majalah raya dan puasa dan dimasukkan ke dalam flickr sahaja. 

Itulah hakikatnya. Mudah-mudahan Masjid kita kali ini dipenuhi dengan penghayatan yang baik bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Insya'allah terutama di selangor sekarang meng'ihya'kan masjid sudah kembali dihayati. Terbaru Ustaz Azhar Idrus dapat berdiskusi di Masjid Shah Alam, yang dulunya sunyi sepi, hanya hiasan lampu-lampu mahal cuba menghidupkannya.

Puasa jadikan Masjid rumah kedua.

Saya amat berpuas hati, orang arab tidaklah menjadikan masjid sebagai pusat pernikahan yang paling afdhal, mereka ke masjid adakalanya demi beri'tikaf  kerana dengan cara bersendirian dapat memujuk masalah pada hati dan terus berdoa khusyu' pada Tuhan. 

Cubalah ke Masjid sendirian jam 3 pagi, kalau bukan takut mesti dalam fikirannya macam tiada kerja. Ataupun dianggap merompak harta wakaf di dalam Masjid pula.

Oleh itu inisiatif yang dianjurkan Masjid untuk ramadhan ini di kawasan kita mesti diikuti, sama ada qiamullailnya, tadarus al-qur'an, ceramah umum pun mesti hadiri. Masjid menjadi syiar kita seharian, bukan mengikut musim-musimnya.

Alangkah baiknya kita dapat bawa bersama, isteri dan anak-anak yang comel itu ke masjid bersama. Anak-anak yang dibiasakan dengan masjid sedari kecil ironinya pabila dewasa ia menjadi anak yang bermasyarakat. Semua program dia mesti datang disamping dikenali masyarakat setempat, itulah tarbiyah baik yang mesti dilakukan ibubapa kini. Sedihlah tugas seorang bapa hanya membawa anaknya ke Masjid untuk hari Aqiqah sahaja. Usah biar anak tidak mengenali fungsi masjid.

Ulangan suara:  bawalah anak-anak ke Masjid, anak-anak kecil jangan dipukul dan dimarah depan jemaah, kesannya cukup tidak baik, tetapi ajarlah dengan janji yang pasti. 

Contohnya, Si Abi: kalau bising-bising lagi papa tak mau bawak dah ke masjid, bukan itu saja papa tak mau bagi  minum susu dumex dugro kegemaran adik tu..orait? 
Si Adik: okey papa, janji tak buat dah, ni betul-betul ni..tak caye tanyalah ummi, memujuk si kecil. [walaupun esok lusa dia buat lagi, itu perkara biasa untuk si anak kecil, mainkanlah pula peranan masjid adalah tempat ibadah yang wajib di hormati] 

Semoga mentarbiyah keluarga bermula dari Masjid yang difahami fungsinya. 


Masjid tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan masjid kan.


Kenangan saya di Masjid Sultan Ahmed/Blue Mosque Istanbul, Turki.
Masjid mesti diimarahkan di bulan puasa mulia ini. Terlalu
banyak fadilatnya. Cubalah.


0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang